click this cute!

Sunday, 4 January 2015

My screenshot!


Assalamualaikum. hye guys!


Happy new year 2015 and Salam Maulidur Rasul!

Sebelum aku mengarut dengan benda-benda yang aku nak sembang hari nie, apakata aku share a bit tentang sayang sayang sayangku Rasulullah. Tahukah korang bahawa dengan hanya terbit rasa gembira atau sukanya! sukanya! sukanya tengok lelaki tu pakai jubah sebab Rasulullah suka pakai jubah boleh jadi sebab kita masuk syurga.

 Dan apa saja benda yang berkait dengan Rasulullah kita tengok orang amalkan membuatkan kita suka boleh jadi salah satu sebab tempat kita di syurga. *i got this from Ustaz Azhar Idrus. Boleh tengok kat youtube.kite lupa tajuk dia..sori.*

Dan jomlah kita jadikan Rasulullah sebahagian dari hidup kita, masukkan baginda ke dalam keluarga kita. Jadikan baginda idola kita. The most perfect man ever!! Sekalipun semua orang tinggalkan kita, Allah dan Rasulullah takkan sesekali tinggalkan kita dan Allah dan Nabi Muhammad lah penyebab ramai orang sayang kita. Lets put much much muchhhhh effort as we can to do what they love!!
Macam mana nak sayang Rasulullah??

1. Mintalah pada Pemberi Cinta (Doa) disertakan dengan selawat

2. Kengkadang kita macam tak berapa nak ingatlah family baginda kan, tapi apakata mulakan dengan sekecil benda, cari persamaan kita dengan Rasulullah. Rasulullah suka senyum,aku suka senyum so bila senyum terus ingat Rasulullah dan sebarkan..Rasulullah suka bantal. Walaupun tak tidur, baginda guna bantal letak atas riba atau peluk. Jadi bila peluk bantal tu ingat-ingatlah Rasulullah "Eh,sama dengan Rasulullah pulak,sweet gitu..!!"

3. Mulalah belajar menyukai benda yang Rasulullah suka sebab memang banyak manfaat kat kita. Rasulullah sangat pemaaf, jadi kita belajar lah untuk memaafkan,,Kalau tak tau manfaatnya.google! haha.


4. Apapun situasi yang kita hadapi tanyalah diri "Apa rasulullah akan buat jika baginda di tempatku?"


Ok, kita dah berada di zon 2015 sekarang dan aku belum kahwin..hwahahaha.*Doh nape gitu*
Malam tu aku tengah tidur, dalam keadaan pejam mata tetiba  kan kepala aku macam kena gegaran otak, kebomb!! kebomb!! mata aku masih lagi terpejam dalam lena..tapi hati masih lagi berkata-kata "apa tu?"

tidur tetap diteruskan sampai la pukul berapa pagi ntah, aku bangun buka fon tengok instagram orang ber"caption"kan selfie last 2014.. me like..haa..apa..?? 2014? hepi new year?? haa?? Aku pun nak selfie terakhir 2014 jugak!!! that was in my plan. aku yang buat plan, asal orang lain yang realisasikan my plan dengan muka mereka yang tak boleh blah? kau ingat boleh melegakan hati aku? ee...tarik rambut kang! T_T *nanges*
Selama nie aku tak boleh tidur tetiba tertidur awal malam new year. how come?

 Dalam sekelip mata, dunia menduapuluhtigakan umur aku yang baru je masuk duapuluhdua bulan 8 tahun lepas tanpa menghiraukan tarikh keramat kelahiran aku. ini sangat kejam. aiihh..bukan ini kejam, dunia yang sangat kejam. Sekelip mata, aku tidur masa umur 22, bangun tidur umur 23. ape nie?? >_<  
*Buat muka tak puas hati*

Panjang mukadimah tahun baru. Ok, my screenshot means aku nie suka google, instagram semua tengok gambar terutama yang comel-comel dan pelik-pelik, jadi dengan menggunakan application grabshot,atau aku download ambik gambar-gambar yang aku suka dan simpan. giteew. pastu tak tau arah tujuannya, beratkan fon pastu bila fon aku hang(pronounce english plez,bukan kedah.haha) aku macam "apa benda yang berat sangat fon aku nie", so, aku mula delete application yang ada, bukan gambar screenshot.haha. ok,sekarang sedar lah kan. Lepas nie boleh screenshot lagi. ^_^

So,here they are....

Nie gambar glowing wall. Aku suka benda nie memandangkan bilik aku sekarang memang di penuhi glowing star sejak beberapa tahun yang lalu. Aku takut gelap tapi aku tak takut duk sorang-sorang, tidur sorang-sorang unless letak aku dalam hutan.haha  Walaupun ada glowing stars, planets and what so ever, aku tetap tidur dengan lampu terbuka.haha. so, apa function erkkk.. in case,blackout maybe.

This cats shadow tak perlu kot, macam menakutkan je telinga tu..letak la  emm apa ekk? lu pk la sendiri.!
Tapi, kitee suka la benda nie. hihihi

Ok, tengok hamster cute nie buat aku rasa macam aahhhhhhhh!! aku nak bela pets lagi..baik Bebbie Si Lisa dan Bebbie Si Louis, uooollsss are going to have new sister/brother ok. Tapi ini cari spesis lain ok. Biar family kita variasi gitu! haha. dalam otak nie dah terfikir spesis apa tapi tak boleh la sekarang coz aku macam banyak bergerak, travel and others. sabar-sabar.. tak lama lagi!! hehe
Yes. Picture from 9gag dengan caption. what cracker? i dont know what are u talking about. haha.something like that,i dont remember much. this is so cute. ^_^

Next picture is a crocodile!! i really need this. Best arrrrr ada benda nie boleh kejar Wiwi. *niat jahat di situ* haha.  eh. kalau sejuk-sejuk best kan kena telan dengan buaya nie. "Amacam buaya? banyak lemak tak aku?" hihi

 
 Tapi agak malang la kalau orang jumpa benda nie,ikat-ikat, terus buang ke sungai dalam keadaan aku tengah tidur kat dalam. T_T Takleh kira manusia sekarang.

Yang nie best bean sofa?? gileerrr aaarrr kalau ada benda nie, tak bangun la. GemukBoroi machine!! lama-lama sofa nie tido atas kita sebab kita dah jadi lagi besar..haha. Tapi kalau duit takde, peti sejuk pun kosong, tempat bersemadi kau la nie ye.eee.... T_T



 Best jugak benda nie...untuk orang yang pandai berenang je la. haha. tak pandai takpe, buai tepi tu ada. hihi

Aku macam takut sikit dengan sungai sebab selalu membayangkan benda-benda menakutkan, macam letak kaki dalam sungai yang dalam dan keroh lepas tu macam mana tetiba ada buaya tarik kaki kau, takpun binatang lain ke kan..eee... Tengah-tengah berenang tetiba ada binatang gigit..eeeeuuuu... Tapi semua fikiran nie kurang sikit bila air cetek, clear crystal. tapi terfikir jugak..hwahaha.. am i paranoid or something? kehkeh..

Oh my god!! Ya Allah!! this is what i really want!! swing chair..macam nie. tolong belikan!! haha. Seronoknya boleh lepak atas buai nie. Banyak benda yang aku nak termenungkan! banyak. Macam cite Jauh dari cinta tuu.. yang anzalna selalu lepak dalam buai nie..hahaha.. entah apa-apa ikut anzalna.! But this is amazing!! Nanti dah besar aku pau laki aku beli benda nie. ehhh..kata sayang. hihihi


Bayangkan kalau kena halau dari rumah sewa ke, bankrap ke, kau boleh tarik benda nie letak tepi jalan atau kat taman ke sambil mintak simpati orang.hahaha. selesa kot. tapi lebih ergonomic kalau dia letak roda kan..boleh tarik ke mana-mana. By the way, bankrap swing chair kena tarik tak? haahaa..


Orite guys. good nite. dah lewat. antara azam 2015 aku nak tidur awal. I want to have my normal sleep cycle back.. tapi waktu belajar nie macam mustahil je..haha. InsyaAllah! love semua!


Perfecto de amor..dahlah hitam! huh!
Thank you for selongkar my blog and good day!! =)

Ops.lupa nak cakap kebomb..kebomb waktu aku tido tu bunyi bunga api kat luar tu orang sambut new year. Rasanya umah aku jauh dari dataran merdeka. Bunyi dari dataran kat london kot..hwahaha bila masa plak waktu london sama dengan waktu melaka =_=' ..zzz..zzzz...zzz...

Monday, 22 December 2014

Social standard or giving standard?

Assalamualaikum!

Ah! seronoknya hidup ini. Ingin sekali aku terbang tinggi meniti awan biru mengejar pelangi..

Sumpah menyampah buat ayat cerpen!  haha.

Hai.study week dah bermula! =D

Semua report, assignment, presentation semua dah settle. Selama nie siang malam duk buat kerja, bengkak mata i. Jiwa pun bengkak! Tangan pun cramp duk menaip lama..tak tidur malam. bukan buat kerja last minit ok tapi banyak sangat, pastu ada yang kena baiki balik....dah siap, kena repeat balik atas sebab-sebab tertentu..sedih jeeee..penat..Kalau tak caye tanya kite! kihkihkih..

Oleh sebab dah terbiasa buat kerja tu,tak cukup otak tau, siap menagih simpati kawan-kawan lagi,sape ada otak lebih nak pinjam. malu kite! Haha. jadi, hari nie rasa macam kosong,kosong, kosong.. otak kita pun kita dah simpan masuk peti ais. :) gitu! nanti exam kite bawa keluar balik..hee..

Ok, slot penghargaan,
kite nak mintak maaf sangat kat pengunjung-pengunjung blog kita terutama yang komen. Ada pertanyaan tak terjawab, ada yang kite lambat publish, ada yang soalan dah berbulan baru kite publish..Sori. i love u. kita bz, kita selalu tak sempat check blog pun. ada tu memang lupa betul nak reply. Dan kite sangat hargai kehadiran uoollls semua.. May Allah bless u. senyum macam saya!!  :)


Baiklah. Hari nie jom kita sembang. tak,tak. aku sembang.korang diam.haha.

Mana korang suka? duit atau barang yang di beli?
Aku suka barang. Sebab duit nie menyerabutkan otak.duit menyebabkan ramai orang bergaduh,duit semua orang nak. Tapi yang bestnya ada duit bila dapat memberi banyak-banyak kat orang yang memerlukan. When Allah bless u with financial,it does not upgrade your social standard but it upgrade your giving standard. 

kan?

Barang yang kita beli pulak mungkin tak nampak berharga pada orang lain tapi pada diri sendiri yes! barang yang kita beli biasanya yang kita suka kan.. boleh guna sepuas hati. walaupun kadang-kadang tersalah beli barang. memang dajal. Bengkak hati seminggu. T_T

Whatever it is, jangan kita letak harta benda di hati. pisahkannya..letak kat tangan je, dengan itu kita akan jadi manusia yang mudah memberi dan amanah dalam menjaga harta.

 Amanah? Yes. Harta tu amanah Allah ok. Lagi banyak harta lagi berat amanah kita supaya harta tu tak berlegar-legar kat golongan kaya je tapi sampai ke golongan yang susah! Berat amanah maka beratlah ganjarannya kepada orang yang menjaga amanah kan? :)

Ingatlah duit itu amanah tau,tak kira la berapa pun duit tu sampai kat tangan kita,, kita kena fikir bagaimana untuk pastikan tiada pembaziran, berapa banyak untuk diri kita?? dan kepada siapa yang kita nak bahagikan?.

Jadi setuju tak kalau aku cakap kalau kita nie seorang yang amanah dalam menggunakan harta Allah, kita akan jadi manusia yang berjimat cermat,bukan semua benda kita kena beli, sewaktu guna harta untuk diri sendiri, ada juga bahagiannya sampai kepada manusia-manusia lain.

Tak kira la kan kau beli lamborgini sebuah sebab kau mampu tapi dalam masa yang sama banyak harta kau sampaikan kepada orang susah.
Kalau kita takut susah, miskin, kita banyakkan bersedekah. Sebab Allah dah janjikan orang yang bersedekah nie memang akan ditambahkan lagi nikmat dan rezekinya.
Bukan waktu kita kaya dan senang je tapi
Kalau tengah kesempitan,sedekah.
Kalau tengah sakit, sedekah.
Kalau tengah susah hati, sedekah.

PERNAH DENGAR ORANG YANG BANYAK SEDEKAH BANKRAP??? tak.

Sifat pemurah Allah nie sampai orang bukan islam yang banyak sedekah pun, Allah balas sedekahnya dengan memberi umur yang panjang atas dunia.
(Yang nie kita dengar ustaz azhar cite siap bagi contoh lagi orang-orang bukan islam yang terlibat tu.Tapi kite lupa..hehe)

 Adakala kita perlu bersedekah di hadapan umum sebagai contoh dan dakwah, ada kala kita perlu bersedekah senyap-senyap kalau tak mampu jaga niat. Tapi lagi bagus kan kalau kita dapat bahagikan satu bahagian sedekah secara umum terutama depan kanak-kanak dan dalam masa yang sama sebahagian lagi kita sedekah senyap-senyap biar Allah je tau.

Tapi semua jenis ibadah pun sepatutnya gitu!
kat diri sendiri pun dapat , kat orang lain pun dapat. Dan bila kat orang lain dapat tu, memang kat diri sendiri dapat banyak giler-giler laaa ganjarannya kan!!! ^_^

IKHLAS DAN BERHARAP HANYA PADA ALLAH. Tak kira aarrr,manusia dah pandang serong ke,sakit hati ke dengan apa kita buat kan. who care?

Bila kita tetiba hari-hari terpaksa buat benda yang bukan tanggungjawab kita, contoh, hari-hari asyik aku je yang kena kutip kayu kat tengah jalan. Cuba jugak la ikhlaskan diri. Padahal, ramai orang guna. Hari-hari la kita duk kutip..satu hari, ada seorang mamat nie pegi kutip mesti kita gembira  kan? sebab kita dah tak susah.

 Tapi kita lupa, pahala sedekah kita hari tu dah tak ada macam mana yang hari-hari sebelum nie kita dapat. Mungkin sedekah hari-hari tu yang banyak Allah tukarkan musibah yang sepatutnya terjadi kat kita kepada tidak terjadi. Atau rezeki yang melimpah ruah atau Allah gantikan dengan kemudahan urusan kita yang sepatutnya susah. Alaaa..rugi dah la..hihihi. Tapi bagi kita yang tengok orang yang sama je buat kerja tu, kita kena tolong jugak kan..

Kalau nak kira sedekah tu bukan harta je tapi dengan ilmu, memudahkan urusan orang, berkongsi benda baik-baik dengan orang dan SENYUM! macam Rasulullah!

Jom niatkan untuk menjadi Hamba Allah yang kaya yang bersyukur, berilmu yang bersyukur, senang yang bersyukur supaya STANDARD OF GIVING kita high class hokey!!!.

Amboi kalau bercakap. Terer. haha. em.just share. Mana yang bermanfaat boleh la kita apply dalam kehidupan masing-masing.. :)

Thank you for selongkar my blog and good day!!







Friday, 10 October 2014

Robot melipat pakaian!!

Assalamualaikum..hye!!
Hehe. Kalau korang masuk dalam blog aku dalam keadaan yang tertekan,sedih-sedih,bermasalah.. nie aku nak share satu petua.. petua Allah Maha Besar...

Kalau korang rasa masalah korang besar,yakinlah Allah lagi besar dari masalah tu..
Kalau masalah tu berpunca dari keadaan, yakinlah Allahlah yang mengizinkan keadaan itu terjadi atau tidak dan semua itu mempunyai hikmah yang Allah tetapkan. Dan keadaan boleh berubah kalau Allah berkehendak dan usahakannya dengan doa yang bersungguh!!!

Kalau masalah itu berpunca dari orang, yakinlahh..Allah lebih berkuasa daripada orang itu dan Allah yang memegang hati mereka sepertimana Allah memegang hati kita..dan usahakanlah dengan doa... Allahuakbar!

Ikhlaskan hati menerima kerana Dia, kuatkan doa! Kerana dunia ini terlalu banyak ketakutan buat kita dan kita pasti boleh laluinya dengan menyorok sedekat2nya dengan Allah macam seorang anak ketakutan menyorok paling dekat dengan ibu bapanya apabila nampak kucing melintas..hehe..Dia sedang melihat kita...^^

Cukup tazkirah. sharing is caring. hahaha.
 Citenya aku nak kongsikan satu benda yang bermanfaat hari ini!! Yes!
Hari tu balik umah jeles betul tengok adik Wiwi lipat baju..laju tuuu... sampai waktu kemas-kemas pakaian nak balik melaka, tetiba adik cakap ''ini, bagi adik tolong ini lipat baju.." omaigoddd..budak darjah 1 nak lipatkan baju kakak...kakak pun apa lagi..."boleh-boleh!!!" =D

Apa rahsia kerajinan adik aku ini???haha

Ye..kerana dia telah memiliki satu robot melipat baju!!! Budak kecik mana tahan nak lipat baju sendiri tetiba hancursss sebab pegang pun tak betul..tapi bila dia ada robot nie, lipat baju pun straight je..sama je...cepat jee...cantik jeeeee....mana tak excited budak tu... ^^

Tapi masalahnya orang tua pun bukan pandai sangat pun..haha. kadang-kadang baju jenis berbeza, saiz lipatan pun berbeza pastu bila susun mula nak jadi runtuhan besar gitu...!

 Jadi aku pun buat satu sebab lajuuuu jeeeeee lipat bila dah biasa guna..dan cepat sikit..best lorrr..bila susun,sama jeeeee saiz...korang pun boleh buat jugak...^^

Bahan-bahannya cuma KOTAK yang bersih dan SALETIP SAIZ BESAR.

CARA NAK BUAT semudah 1,2,3,4...
 (kalau dah sampai 4 tu macam susah pulak..haha..tidak,senang sangat)



Kan dah cakap robot melipat pakaian..ada tangan ada kaki ada lidah.hehe

1. Potong satu keping kotak mengikut saiz hasil lipatan yang kita nak untuk NO 1..
ala..saiz lipat baju kita yang biasa kita lipat, tapi kalau nak bagi anak punya takkan la nak bagi saiz kita ye dak???emmm...kalau saiz anak,boleh guna untuk baju mak ayahnya nanti jadi la lipatan kecil.ikut suka!!!

2. Potong kepingan kotak NO 2 sama saiz dengan kepingan NO 1 tapi panjangkan sikit..bila korang lipat, korang akan tahu kenapa kena panjang sikit..

3. Kepingan sisi kanan dan kiri  NO 3 tu potong sama lebar dengan kepingan NO 1 tapi panjang adalah dua kali ganda panjang kepingan NO 1.

4. Saletipkan setiap kepingan tadi pada kepingan atas sahaja belakang dan depan ye...tapi..jangan saletip rapat-rapat tau..

Tiga tempat perlu disaletip.

bagi ada sedikit jarak yang kita agak-agak je sebab bila lipat, pakaian akan jadi makin tebal, bagi sedikit ruang untuk ketebalan tersebut..sikit je..dalam 1cm gitu..


Begini la rupanya...^^


CARA GUNA,
Robot nie kita boleh guna untuk semua pakaian lelaki dan perempuan seperti baju,seluar,skirt,jubah,baju kurung, baju melayu,jeans dan termasuk yang leceh-leceh tu..biasa baju perempuan kan..hehe..
Gambar kat bawah nie antara contoh hokeyy!!

Letak baju bahagian depan ke belakang.. lebihan pakaian kat bawah lipat naik ke atas kotak

Tapi bukan lengan yang panjang, yang tu tak payah lipat dulu. Guna kotak nie je untuk lipat..

Bila lipat guna keping kotak sebelah kanan,lebih lengan baju pun naik sekali...

lipat lagi guna robot nie,ulang-ulang sampai dah straight lipatan baju macam gambar kat bawah nie 

 pastu baru lipat kepingan kotak bawah NO2 ke atas NO1
dan siap..baju akan berbentuk segiempat dengan kemas!



Nie contoh lipat seluar..tapi ikut kreativiti la.. 

Nak senang cari bahagian lurus pada pakaian,pastu letak kat hujung sisi kepingan kotak tu,pastu mula melipat!! ^^



Baju ada hood pun boleh...


Tengtengteng...dah siap..sama kan lipatannya... =) sama saiz..


Baju kurung dan jubah pun sama saiz jugak!!!

 Bila tengok adik kite lipat kita rasa salah satu cara nak didik anak berdikari adalah bagi anak robot melipat baju nie.
olooo..jangan la bagi kat baby...nanti jadi nestum pulak robot nie...=_="

Thank you for selongkar my blog and good day!! :)
 selamat mencuba!
Nyum-nyum cam saya! =)