click this cute!

Saturday 5 April 2014

Its a big matter.Take notes.

Assalamualaikum.. =)

Hari nie start cuti midsem..Tapi aku dah start minggu lepas.haha.
Doktor yang bagi mc seminggu..nak buat cam mana..hehe..

Alhamdulillah selepas banyak benda berlaku yang sangat berat itu entry TANDA KASIH SAYANG ALLAH tetiba kena minyak panas nie pulak sekali lagi tanda kasih sayang Allah ^_^ Allah nak bagi balik kampung awal berehat...mental dan fizikal... Dia lah Paling Memahami dan sebaik-baik Pengatur... Sejujurnya i loss my spirit a bit..much sebenarnya, melalui waktu-waktu sukar yang sangat panjang..memang tak sihat sangat rasanya..

Muka ini membuktikan?? haha..macam taknak senyum..kosong rumah sebab malam sebelum aku balik rumah tu ada kenduri cukur kepala Arshad(my first nephew)..bengang tak sempat join!! tak mau senyum!! ngee~ haha



Balik kampung pun ma kite cakap muka pucat cengkung,kesian "biar kat dunia dapat semua nie,doa supaya senang kat akhirat,jangan merungut,kalau tak,nanti,tak dapat apa,rugi..."

Maksudnya redha dengan takdir Allah,semua kehendak Allah...Ada nasihat di situ yang aku rasa berguna untuk dikongsikan dengan semua orang yang aku pasti setiap orang ada dugaan masing-masing..Mungkin lagi teruk berganda-ganda lagi...

By the way,let me share detik itu..sebab kelakar tapi ada pengajaran jugak untuk semua..berhati-hatilah dan mulakan sekarang untuk ambik tahu..

Ada orang nak datang rumah hari tu,so,aku goreng keropok..sekali minyak panas tu tersimbah tangan kanan nie..huihhh.dasyat..dasyat sangat rasanya..macam nak mati..

lepas kena terkejut la sebab selama nie kena percikan je,kali nie,tersimbah terus.. T_T
Cepat-cepat angkat tangan basuh dengan air mengalir..(tahu sebab teringat iklan tangan melecur dalam tv waktu kecik dulu..sempat lagi tuh...haha)

apalagi jerit panggil housemate..dahla kitorang berdua aje kat rumah..
Aku nie dah jerit-jerit,punya la sakit,sampai tak ternangis,aku gelak. Tu je cara nak lepaskan kesakitan..gelak-gelak sambil jerit..ntah apa-apa perempuan nie,berpeluh-peluh sebab pk nak buat apa,kitorang memang tak tahu apa-apa!!

Col kawan-kawan mintak tolong la, yang tak tahan sempat lagi suruh kawan ambik fon aku google nak buat apa..haha..Google.u seem like knowing everything *_*

bila dapat tahu ada orang tulis letak kicap la,ubat gigi la,(jangan tiru,tak betul,baca website kementerian kesihatan nie ) semua letak,tak jadi apa pun,akhirnya letak kat paip balik!! tu je yang dapat tahan sakit...

Alhamdulillah sorang kawan tu sampai,terus pergi hospital...Kawan aku ambik air letak dalam plastik suruh aku letak tangan dalam tu tau,masalahnya dia pun tergelak-gelak sebab punya la kelakar tangan aku dalam tu nak bawa sampai pergi hospital,memang memalukan!!! aku nie dah gelak sakit,campur lagi gelak kelakar tu,aduiii laa..aku pun dah tak tahan,picit ubat gigi banyak-banyak berlari keluar rumah naik kereta kawan tuu...

aku nie dah macam orang nak beranak mengerang kesakitan tahu tak,tengah perjalanan tu akhirnya menangis jugak sebab rasa macam dah tak boleh nak bernafas dah,sakit tak terkata...tapi kejap je,sebab antara gelak dengan menangis,gelak lebih membantu kurangkan sakit nie..huhu. kesian kat kawan-kawan sebab aku cakap banyak tinggikan suara masa tu sebab nak lepas rasa sakit..ganas perempuan nie..ganas..+_+

 kejap-kejap gelak,kejap-kejap menangis,kejap-kejap "SakiiiiiTTTTTTT!!!!" haha

Tapi macam best je sebab first time masuk bilik kecemasan.

woo..its not like what i thought.
tengok drama,semua dalam tu akan rushing kan..tapi real punya tak pun.semua relax. Aku je rushing pusing-pusing dalam tu sebab sakit tangan..lepas tu baru dia balut tangan nie..

Tapi betul jugak, kalau doktor panik,tak ke pesakit semua lagi teruk . huhu
Maybe sebab nampak muka boleh hidup lagi tu yang diorang relax je..hahaha

Pastu jumpa doktor,dia tengok je,dia tak cakap apa,boleh pulak dia cerita pasal adik dia kena satu badan waktu ambik oil&gas punya degree.. balik kampung dengan gelembung-gelembungnyeeeee...Ok,cerita tu berjaya buat aku rasa "SYUKURNYAAAAAA YA ALLAH!!!!" aku kena tangan je,orang lain ada yang lebih teruk... but,u know what,aku tak boleh bayang macam mana situasi dia sebab aku punya pun dah bagai nak mati rasa sakitnya!

Macam mana nak jawab test kalau tangan pun cam gini!! Yang paling teruk,satu ibu jari ke bawah..kat situ la paling sakit sebab dia la paling banyak kena..jari goreng. ngeee~

INI PENGAJARAN BUAT KITA..

Aku yakin dan pasti setiap orang patut ambik tahu pasal benda nie sebab kejadian-kejadian nie kita tak boleh jangka..kalau tak tahu apa,mulalah jadi macam aku..haha

cuba baca website KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA nie,at least tahu la asas kalau tetiba melecur,apa nak buat!!!  jangan letak mentega,ubat gigi atau kicap ke apa kalau melecur sebab boleh kena jangkitan dan aku silap la letak ubat gigi tu,sebab tu kot,gelembung besar... T_T

Sekarang Alhamdulillah dah ok,cuma makan pakai sudu garfu lagi..tak puas makan!

Letak krim aloe vera..Kalau nak beli jugak harganya RM11.90 beli kat farmasi..pembalut tambahan semua beli kat farmasi..doktor hospital bagi pembalut sikit je dan ubat antibiotik dan painkiller..hehewww..yang penting bagi mc.. *_*

Terima kasih kat kawan yang dah tolong kite hari tuu..yang hampir tolong pun,yang dah drive tetiba tak sempat sampai..maaf susahkan!! =') Pasti ada ganjaran buat keikhlasan korang daripadaNya!!

Thank you for selongkar my blog and good day!!


Thursday 3 April 2014

Tanda kasih sayang Allah

Assalamualaikum.. =)

Sakit,sakit,sakit dan sakit..Takut nak hadapi sakit.. Tapi bila dah terlalu banyak sakit sampai satu masa kita dah tak terkeluar air mata..kalau keluar pun bukan sebab sakit dah tapi sebab keberanian untuk bertahan dan sebab kesyukuran..

Masuk tahun nie,aku pernah bertanya dalam hati "Ya Allah,tahun-tahun lepas ujian-ujian itu yang Engkau beri,tahun nie,ujian apa ye? Mesti ada ujian jugak kan dalam setahun.Takkan saje je hidup tanpa diuji iman.." Sempat lagi menghitung ujian-ujian yang aku pernah lalui..sampai terfikir rasa macam dah berbagai ujian yang aku hadapi,ujian macam mana lagi ye lepas nie??

Allah Maha Hebat..
Tak pernah terfikir pun yang Allah akan uji aku dengan satu ujian yang memang tak dijangka...MashaAllah!!

Bulan 3 nie memang bulan yang paling aku rasa seksa yang amat..hari demi hari,kadang-kadang aku ingat dah selesai,rupanya ujian tu makin hebat pula...huhu..

Sampai satu masa lepas aku solat,nak berdoa,tetiba air mata mengalir,tangan jatuh ke bawah,aku sebak,menangis tak henti,sehingga dalam hati aku berkata Ya Allah,jangan kau uji aku dengan perkara yang aku tak mampu,sebab aku dah tak mampu...Aku loss giler... Lama aku menangis,rasa macam hadapi sorang-sorang..

family,kawan-kawan bagi semangat "Ini,kau tak boleh lemah,kau kena kuat"

Tapi kalau boleh aku nak ada yang faham aku dah tak kuat,aku pura-pura kuat nie,aku lemah sangat nie,aku nak berhenti jadi kuat..faham tak..T_T
Apa perasaan kau bila orang tanya kita "kau ok tak?"
then kau terpaksa cakap "ok"
Harap sangat orang faham yang "aku tak ok!!! aku cuma tak tahu nak terang kat orang yang aku sebenarnya tak ok!!!"

Tapi itulah kehidupan,hanya diri sendiri dan Allah je faham situasi dan perasaan kita.hmmm...

mungkin kalau ada yang melihat mungkin akan cakap perempuan nie dah putus asa,dah kalah!!!
tapi tangisan nie sebenarnya untuk lepaskan kepenatan, satu permulaan baru,tangisan untuk bina kekuatan,kekuatan untuk menang dengan ujian ALLAH.. >_<

Satu hari aku termenung dengan kejadian yang sedang aku lalui itu..aku tercari-cari hikmahnya,aku tercari-cari kebaikannya...
Sukarnya melalui ujian ini,sangat susah..tapi.. =) hebatnya Allah,makin sukar ujian yang Dia bagi,makin banyak pertolongan yang Dia beri,makin bertambah kesusahannya,makin bertambah pertolonganNya...

contoh macam Dia bahayakan aku dengan Giant,Dia tolong aku dengan Doraemon,Dia bahayakan aku dengan alien,Dia hadirkan power rangers, Dia bahayakan aku dengan Bezita,Dia hantar Goku tolong aku,Dia bahayakan aku dengan raksasa,tetiba Dia datangkan Ultraman disamping aku... What im going to say is,Dia beri bahaya dengan pertolongan yang bersesuaian dan bertambah sedikit demi sedikit..

    ”Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” [Al-Baqarah: 214]

Kite pun nak masuk syurga!! kite pun macam korang,struggle kuatkan iman sendiri...

Alhamdulillah..Allah hantar ramai orang untuk tolong mental dan fizikal,ada yang tolong dari jauh dan ada tu yang aku tak pernah kenal pun datang tolong aku...MashaAllah aturan Allah itu tak siapa yang tahu...Untuk lalui semua nie,aku rasa dah banyak susahkan orang,kawan-kawan terutamanya..maaf sangat...T_T

Kalau mereka-mereka yang tolong aku nie sedang baca entry nie,Ini berterima kasih sangat-sangat,hanya Allah yang dapat balas budi kalian..Ini doakan kebaikan dunia akhirat untuk korang..Semoga Allah permudahkan urusan kalian,andai satu hari korang ada masalah yang Ini tak mampu nak tolong,Ini doakan Allah akan hadirkan orang-orang yang tepat untuk korang macam Allah hadirkan untuk Ini sepanjang ujian ini..Amin!

What im going to say is, menangislah,lemahlah,mengadulah di hadapan Allah..
Kerana manusia itu lemah di hadapan Allah,tapi kuat kerana Allah,hanya kepadaNya tempat meminta pertolongan dan Dia Pemberi Kekuatan..

Aku percaya setiap orang ada dugaan masing-masing,bezanya adakah kita melaluinya dengan pertolongan Allah atau kita melaluinya dengan  putus asa dan amukan tak tentu hala..??haha
Kenapa nak lalui sorang-sorang sedangkan Allah itu ada?
Allah bagi ujian sebab nak tengok kita percaya dengan Dia ke tak? Kita nak mintak tolong Dia ke tak??

Itu intro.panjang bebenor..haha

Nie yang aku nak share..

Kalau nak tahu sebenarnya setiap kali ujian,aku akan ada satu masa,kita lemah betul,kesabaran di tahap paling maksima, dan kita rasa macam Allah,nak buat apa lagi nie? nak kuat macam mana lagi nie? penat dah nie...T_T Aku panggil waktu tu sebagai waktu kemuncak yang paling dekat dengan putus asa tapi taknak putus asa....Dan waktu tu Allah akan bagi sesuatu yang istimewa antaranya hadirkan seseorang yang istimewa..bersyukur sangat sebab dia akan bawa satu nasihat lain dari yang lain,dia akan bawa satu pertolongan yang lain dari yang lain..


Kawan aku nie suka sangat cari ilmu,rapat-rapat dengan ulamak,pada aku dia nie hebat sangat dengan keilmuan dia tapi humble je..Antara sifat yang aku suka pada dia nie,dia suka mendoakan orang lain..sejuk hati kalau bercakap dengan dia nie..

dan daripada situ,aku belajar..

Kuat menghadapi ujian,kuat? kuat itu apa? Orang selalu suruh kita kuat,sampai aku sendiri tak faham dah apa maksud kuat...hahaaaaaa
Kuat tu bukan kau sasa,six pack,atau kuat makan atau kuat tahan perasaan..

Tapi kuat itu sebenarnya sejauh mana kita percaya Allah itu ada,hadirkan pertongan,sejauh mana kita percaya hanya Allah yang mampu izinkan sesuatu untuk berlaku,hanya Allah yang mampu memudaratkan,hanya Allah yang mampu menyelamatkan,hanya Allah yang memberi sesuatu masalah atau beban mengikut kemampuan kita...

Bayangkan kalau kita betul-betul yakin tentang semua ini,pasti kita tak takut sebab kita percaya semua di bawah kawalan Allah..
Contoh macam ada harimau nak makan kita,kalau Allah izin,dia makanlah,kalau Allah tak izin,tak makanlah dia..sebab? Allah yang berkuasa mengawal setiap pergerakan di dunia ini sama ada yang memudaratkan atau yang menyelamatkan..

Ya Allah kuatkan hatiku,sabarkan hatiku,teguhkan kepercayaanku kepadaMu,hanya Engkau yang mampu memberi kekuatan kepadaku..

    ”Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.” [Ali Imran: 200]

Iktikad dan ikhtiar

Iktikad dan ikhtiar satu kewajipan, perlu seiring..Ada orang buat salah satu je..sebab tu ada yang cakap ikhtiar tak berkesan atau iktikad tak berkesan..

ikhtiar nie satu usaha,perlukan jasmani..
Contohnya,kalau kita tinggal kereta,kita tak kunci,kita cakap je aku tawakal kat Allah..
Boleh jadi jasmani kita berdosa kat Allah sebab Allah dah bagi kemampuan kat kita,dah bagi fizikal jasmani kat kita untuk berusaha mengunci kereta itu..

iktikad nie pulak tawakal..
Percaya betul-betul kat hati Allah Maha berkuasa,hanya dia yang mampu mengizinkan sesuatu berlaku atau tidak..
Contohnya,kenapa ulamak cuma sebut Allahuakbar atau ayat-ayat simple untuk halau jin terus berkesan,tapi kita yang biasa nie baca macam-macam surah belum tentu lagi jin lari..haha

Bezanya IKTIKAD.

Keyakinan kita bahawa Allah yang menghalau jin itu sebenarnya iktikad..

Kalau perasan sebenarnya ayat-ayat Alquran atau doa pelindung banyaknya mempunyai maksud lebih kepada ayat-ayat keinsafan dan bertaubat..ayat-ayat yang mendekatkan diri kepada Allah..

So,sama-sama kita cuba sedaya upaya seiringkan berikhtiar dan kuatkan iktikad..memang susah tapi kita mempunyai senjata doa,yang lemah boleh jadi kuat..satu perkara "Mintalah,jangan kita sombong dalam meminta kepadaNya.."

Pernah tak terfikir kenapa aku yang lalui semua ini,kenapa bukan orang lain???

Percayalah,Allah maha Adil,setiap orang ada dugaan masing-masing,mungkin Allah pilih kita lalui bahagian nie,orang lain kena bahagian lain..

    ”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.” [al-Ankabut: 2-3]

Dan, ujian itu tanda kasih sayang Allah..

    ’Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.“ [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Satu kekuatan aku menghadapi setiap ujian ini "Allah uji sebab Allah sayang,rupanya Allah ambik tahu pasal aku"

Sebenarnya ada seorang kawan pernah cakap kat aku,semua orang ada keistimewaannya sendiri di hadapan Allah,hanya Allah yang mampu menilai hamba-hambanya..
Perkara yang kita perlu take notes!!

-Jangan menganggap kita nie manusia yang paling baik tapi sentiasa lah bersedia untuk kembali kepadaNya

-Jangan bersangka buruk kepada orang lain,mungkin dia lebih baik darjatnya disisi Allah berbanding kita walaupun pada pandangan kita dia tu pendosa..

Semua orang struggle untuk hadapi ujian yang Allah beri sama ada ujian itu kenikmatan,kemaksiatan atau apa saja perkara..hentikan sangka buruk,banyakkan perbaiki diri sendiri!!

Thank you for selongkar my blog and good day!! =)