click this cute!

Thursday 1 August 2013

Mop lantai dengan betul

Assalamualaikum..

Sekarang aku update blog kat rumah orang,teman orang tu takut duk sorang-sorang,sebab tengok cerita hantu orang putih semalam! hantu ke orang? eee..aku pulak seram sejuk.

petang tadi pergi kedai beli CUKA sebotol. on the way balik,ada satu kereta goda aku naik kereta dia,so aku relakan diri diculik atas sebab "jom kalau nak ikut!" berpantang maut sebelum ajal kalau dengar ayat nie.. haha..(ape yg kelakar? gelak je la..)


Dalam jadual kepala aku,nak mop lantai petang tu sebab malam nak keluar makan dengan budak kelas.tak sempat la kalau nak mop malam tu,sebab kawan aku cakap Iftar daripada pukul 9 sampai 12 tengah malam.amboi,iftar ke moreh nie?,lagi lama dari solat terawih nie..haha. tapi takpe, Kitorang join la ramai-ramai disebabkan jarang dapat peluang macam nie.

Penculikku tanya,kenapa nak mop lantai,kan esok dah nak balik?
"sebab dah nak raya!" haha..alasan bijak.bajet aku raya kat hostel.
"sebab selama nie aku mop,tak betul,dengan harapan nanti aku datang balik bulan depan, "Waaa.cantiknya lantai,rumah siapa nieeeeee...?" itu satu harapan.

Nasib baik kawan aku dah culik,pandai pulak dia bawa balik aku dengan selamatnya ke rumah.so,sempat la aku mop lantai.. Ceritanya,aku nak berkongsi sesuatu yang mungkin diketahui ramai atau yang di buat-buat ketahui ramai.kih3!

for your information,aku share nie bukan untuk mak-mak,suri rumah tangga,MR MAMA je tapi untuk orang yang nak tolong mak,orang yang rumah berlantai,orang yang bakal jadi mak mentua..=_=' nak ajar menantu.keh3.. orang yang dah ada rumah sendiri,atau penyewa rumah tegar yang lama atau baru berdaftar,orang yang baru saja dilulus permohonan rumah subsidi, orang yang bercita-cita nak jadi cleaner tak berani bagitahu cikgu,orang yang nak beli berus gigi tertukar dengan mop lantai.orang yang rockers boleh nyanyi sambil mengemop lantai untuk naikkan stamina..! dan siapa pun anda... ngeeeee~


Nak mop lantai pun guna google.i like!

Kalau dulu mesti kena belajar dengan orang tua-tua.zaman sekarang,
"siapa nenek kau?"
"Google"
binti apa? (marah nenek aku! diduakan begitu sahaja..hehe)

Biasanya,pagi-pagi cuti,housemate tak bangun lagi aku mop lantai,untuk elakkan orang pijak lantai basah,kali nie petang sebab housemate tido sampai petang.kah3! tak la,tipu je.. sebab aku dah nak balik esoknya.
haaa..kalau nak mop lantai tu mop la waktu-waktu orang tak ada kat rumah.kalau waktu orang buat kenduri tu gatal-gatal nak mop,baik kau mop muka sendiri,lagi bagus.ish3..

tapi tak berapa nak bersih jugak. Pernah mop sampai banjir rumah,mula-mula air sabun,pastu air bersih banyak kali,pastu mop lagi,lap-lap dengan kain.gila penat(penat sampai gila?) !

macam ni la!

Waktu malas,tadah air,mop macam tu je.takut budak-budak jatuh pulak kalau guna air sabun. Ececeh..maksud aku,takut bakal mak-mak budak jatuh.kan macam nangka buruk disitu,kalau aku jatuh macam berlian ke belimbing entah.haha.

waktu malas lagi,ludah air liur je! eeeeee..siapa yang buat tu!

Aku jumpa banyak cara,banyak jugak yang kutuk budak muda sekarang tak guna cara yang betul untuk mengemop.marah kita..marahHHHH!!!!! sebab kena kat batang hidung sendiri.hehe

Setelah buat research dan compare banyak method..hasilnya:

Ada yang cadangkan guna pencuci nie,pencuci tuuu...banyak betul.tapi aku tertarik dengan cuka.

Persiapan sebelum MOP..

jenis air= bukan indah water,tapi guna air panas.
              masak la air,goreng air pun tak apa,tapi jangan guna minyak.

campur air dengan sedikit cuka.tak bau kot...kot?hehe
aku guna banyak tadi,satu rumah bau cuka,lepas kering,bau hilang! lantai bersih.lebih bersih,tak nampak berkilat sebab mozek jenis kasar.
kalau yang mozek smooth dan gebu...anda akan nampak lantai licin berkilat lepas kering.

melekit? tidak! tak percaya,boleh cuba!


Pakaian

suka hati,pakai seluar pendek sikit senang,baju biasa-biasa ikut keselesaan,tak wajib pakai lab coat atau uniform sekolah.

Step

1.Sapu rumah dengan penyapu bersih-bersih.terutama rambut-rambut yang gugur tu.

2.Masukkan mop lantai dalam baldi yang terdapat air panas+cuka,rendam,angkat,putarkan,jilat dan makan!
   ish,jangan ditelan benda tu,lepas angkat,putarkan mop,bagi bulunya terbuka.baru letak atas lantai.
macam nie contohnya..

tips= beli mop yang bulu dia lebat,banyak..baru berkesan.. kot ye pun nak murah,jangan sampai beli
       yang buat aku rasa nak sponsor product Yun Nam Hair care kat mop korang!
        kalau nak jimat sangat,guna rambut sendiri sudah...hehe

3. mulakan mop lantai di bilik dulu sehingga ke dapur.dapur yang terakhir tau!

Tips=Mop lantai secara berundur.pastikan tak pijak tempat yang kita dah mop.
Melainkan you ada ilmu terbang,you boleh la mop dari mana-mana kutub pun,kalau tak ada,sudah-sudah la berangan

4. lepas mop,agak-agak air dah kotor,tukar air baru,kalau boleh kerap la,ikut naluri masing-masing,tapi sebelum mop kat dapur,pastikan tukar air jugak,sebab dapur lebih kotor berbanding tempat lain! sebab tu dapur tempat terakhir kena mop.

5. Waktu mop,buka lah kipas volume tinggi-tinggi,supaya cepat kering.

6.bertanggungjawab lah terhadap mop yang anda guna,terutama yang kebas mop kawan macam aku.haha. basuh mop yang telah digunakan dan rendam dalam air panas seketika lepas tu baru jemur.

kebersihan sebahagian daripada iman.kebersihan tanggungjawab bersama. tajuk karangan bahasa melayu buat adik-adik hari ini. karangan paling bagus,akan dihadiahkan mop lantai kawan aku.
(marah kawan..haha)


Itu lah teknik-teknik yang aku yakin betul dan bagus yang aku dah pun guna petang tadi daripada internet. so apalagi,mop lantai sekarang! jangan mop muka!

Thank you for selongkar my blog..good day!

=)

Alhamdulillah,INI_EMPIRE CLOTHING kini dibuka..jemput visit & like..


6 comments:

  1. Hahaha. Memang paling tak sangka cara mop lantai dgn betul pun ada. Kihkihkih. Btw, thanks sebab sudi sangat menarik hati saya utk baca. Ada masa nanti singgah2 blog saya plak http://www.mamafisya.com/

    ReplyDelete
  2. ekceli tgh serbei pencuci lantai best..jumpe sini plak...mekasih yer tips tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo gune cuka ..TQ dik :)
      Wwe.anjungceria.blogspot,com

      Delete
  3. Sy pula, suka campurkan cecair pencuci lantai dgn pencuci BASIC H shaklee. Campur setengah penutup kecik je tp lantai.....mmg berkilat...bekas2 susu yg anak2 tumpahkan pun mudah tanggal😀

    ReplyDelete
  4. As salam w.b.t.

    Kelakar artikel ni, tapi betul, nk mop lantai kena ada cara... Kalau ada yang tak tahu cara nk cuci lantai/jubin yang betul, boleh hubungi kami di MyCuci Cleaning Services, korang call je, nanti kami mai cuci di rumah ampa. Harga sangat berpatutan, service terbaik kami boleh bagi.

    Sila like FB kami http://fb.com/mycuci atau forward kepada kenalan yang lain...

    ReplyDelete