click this cute!

Thursday 6 February 2014

Cara bela Hamster dan keperluannya

Assalamualaikum.. =)

Tak suka tajuk tu.sounds annoying.ayat-ayat skema nie buat kite rasa tak boleh blah..huhu. Takpe.baik ada daripada tak ada. kan?

Im a mother of two naughty sons. since a few months before the end of 2013.

(GAMBAR PERTAMA KALI PEGANG LISA KAT TANGAN,kat kaki,belum lagi.coming soon.heee..)

Bebbie si Lisa(sopan santun macam perempuan sampai aku ingat dia perempuan waktu first met) and Bebbie si Louis(The hyperactive one.)
Ops.Diorang Hamster.not rats!

and Im happy!
they are happy too.errr...kot. =_="

Ok,tetiba bermurah hati nak share pasal penjagaan hamster.
Mungkin sebab rasa diri dah kurang pahala,hohoho. manusia,manusia...

Aku punya HAMSTER DWARF yang kecil. Tapi penjagaan yang aku nak share nie 
sesuai untuk semua jenis hamster tau.

Nak jaga Hamster nie senang je.
Kadang-kadang orang cakap bela binatang nie kena keluar duit banyak.
Mungkin.
Tapi aku selalu ingatkan diri,apa je keperluan yang kita beli untuk diorang,i mean diekors sebenarnya sedekah dan salah satu perkongsian rezeki yang Allah bagi. Mungkin rezeki kita murah sebab kita banyak share dengan diorang atau sebahagiannya memang Allah dah tetapkan untuk diorang. Rezeki Allah takkan pernah tertukar.kan? =)
Yang penting jangan sampai membazir dan jangan menyeksa.

Mula-mula bela hamster kena la sediakan tempat tinggal.

BELI CAGE

Aku tengok cage yang biasa macam aku punya nie harga dia lebih kurangRM 59.90 atau 69.90 macam tu la.lebih kurang.Lupa.

(GAMBAR PERTAMA KALI SELFIE DENGAN BEBBIE)

Tapi ada lagi murah,cage simple dan lebih kecil.Harga dalam RM30 macam tu la.
Kalau beli cage,kita akan dapat cage dengan peralatan yang lengkap macam cage aku tu.

Kalau rosak apa-apa,nak beli baru,contoh macam botol air warna putih hijau tu harga RM8.

 Kalau benda exercise biru tu harga lebih kurang RM 10. Dan sebenarnya apa-apa mainan atau peralatan harga lebih kurang RM10 satu.

BARANG ASAS HAMSTER


1.MAKANAN

Nie untuk 600 gram.Tahan dalam 2 bulan lebih aku punya.depend pada besar mana hamster.
Makanan ada paket lebih kecil harga dalam RM5 .Tapi aku suka beli banyak terus,senang,tak payah pergi beli kerap-kerap. 

Tolong jangan bagi makan kuaci untuk manusia tu.banyak garam,banyak lemak.tak bagus. Kalau nak bagi,bagi satu je la.

Setahu aku memang tak bagus hamster makan kuaci banyak-banyak.nanti BODOH DAN LEMBAB.
Dan kalau nak bagi sikit-sikit boleh la tapi bagi kuaci hamster.

Dalam makanan yang aku beli kat atas tu pun memang ada campuran kuaci tapi sikit je. Yang nie ok laa..


2.MINUMAN

ok,hamster bagi minum air masak masukkan dalam botol dia.air paip?not sure.Aku tak jamin.

Dan masukkan sikit vitamin nie dalam air masak tu. WAJIB.
sebab,hamster pun boleh jatuh sakit,luruh bulu...takmau laaaa..T_T
vitamin nie sesuai untuk arnab,hamster dan haiwan lain-lain.Ada tulis kat botol.

Kalau aku,aku letak setitik dua je dalam satu botol air tu. Aku rasa satu botol nie boleh jadi stok dalam setahun kot.

3.BEDDING


Habuk kayu nak letak dalam cage.RM10 aku punya. Harga lebih kurang RM10-RM12 jugak. Ikut jenama,ikut saiz la,ada lagi besar sdan lagi kecil. So aku pilih yang sederhana sebab nie pun tahan dalam 2 bulan lebih,takpun 3 bulan..lebih kurang. Yang nie depend kat tuan la jugak,kalau guna banyak,cepat la habis. Tapi hamster suka main dalam habuk nie.


4.MANDIAN


Jangan kongsi kita punya sabun. Diorang ada sabun sendiri.
Hamster tak macam tikus,dia tak boleh tempat basah,lembap. boleh jatuh sakit.
Sebab tu tak digalakkan mandi dengan kita dalam bilik air,berendam segala.haha

Kalau mandikan dengan air sekalipun,kena cepat-cepat lap supaya kering. 
Sebenarnya,Hamster boleh mandi dengan dua cara.
Sama ada spray air sabun khasnya atau mandi dalam pasir sabun.

Aku guna sabun pasir macam gambar bawah.senang.

RM12.80,pelbagai jenis bau..wangiiiii...!!!
Ada yang lagi kecil tau.

Cara-cara hamster mandi


Dulu aku letak sabun dalam tupperware sikit,pastu letak hamster,pandai-pandai la dia main dalam tu. Biar je,bagi sabun tu sentuh dia,bersih la tu.Cuma nak bagi dia bersih dan elak jangkitan.

Sekarang dah beli akuarium kecil harga dalam RM6.




Kadang-kadang dia gosok badan dia sendiri

Kadang-kadang,dia keluarkan makanan yang dia sembunyi kat leher dan makan dengan bahagia. Jangan risau.safe.


Kalau lama sangat boleh jadi sampai tertidur,haha.
Aku tinggal lama dalam nie sebab pergi bersihkan cage waktu nie.

Sebenarnya,mandikan dia sekejap je,dalam 5 minit,pastu keluarkan la.. takde la dia sempat berak atau kencing atau tertidur. So,boleh guna sabun yang sama untuk mandi lain kali. Mungkin boleh ulang 2 kali. Pastu buang sabun tu.

PENGGUNAAN BARANG ASAS HAMSTER

1. Salin makanan 1 kali sehari. Cek makanan dah habis belum terutama sebelum kita tidur dan bangun tidur.Kalau boleh jangan letak makanan banyak-banyak dalam bekas dia sekali gus sebab malas nak bagi makan setiap hari,takut nanti masuk angin,hamster tak makan.Reject,membazir. 

2. Bersihkan cage 2-3 kali dalam seminggu.Tukar bedding. Tapi lama-lama kita akan kenal dan tahu sendiri kerap mana perlu bersihkan depend pada hamster tu sendiri. Kalau sibuk macam mana pun seminggu mesti cuci sekali kalau tak,busuk la jawabnya....T_T 

3.Tukar air bergantung pada kita la..kalau dah habis masuk la balik air masak tu.

4.Selalu la bermain dengan dia supaya dia kenal tuan dia. Bau tangan tuan dia ,dia kenal. Baru dia suka,sayang.... =)

KESIHATAN HAMSTER

Nasihat aku,banyakkan kaji dan google macam dia anak sendiri.

1.Pastikan kebersihannya
2.Pastikan kekeringannya
3.Ambik tahu pasal jenis-jenis penyakit hamster contoh wet tail.
4.Ambik tahu klinik vaterina/haiwan terdekat. Kalau emergency senang.
5.Kalau ada luka pada badan dia,letak minyak gamat je,paling selamat.
6.Jauhi kucing.hehe.

TRAVEL HAMSTER

Sebenarnya akuarium tu aku beli untuk bawa hamster naik bas selama 8 jam atau lebih untuk balik kampung. Pernah guna tupperware tapi banyak kali dia keluar.

Sebenarnya ada bekas travel dia sendiri,berpuluh-puluh ringgit kalau tak silap.
Bila fikir-fikir balik,membazir jugak la kalau nak beli yang tu sebab naik bas bukan setiap hari. Besar pulak tu.
Aku cadangkan kalau nak bawa naik bas tu beli akuarium nie je la..

Tetiba jumpa akuarium nie,memang puas hati giler. Dah la kemas.tak senang terbuka.Ruang udara pun bagus. Kecik je. Selamat.

Dalam akuarium tu letak bedding banyak-banyak tapi jangan sampai penuh.Bagi ruang sikit.Dia suka menyorok dalam bedding tu. Sesuai la kalau bas tu sejuk dia masuk dalam bedding. Kalau dia rasa panas,dia naik atas bedding. Sesuai sangat!!!!!!

Nie waktu naik bas sebelum nie,lena dia tidur.macam baby.

Pastu aku letak akuarium nie dalam beg galas bawa naik kat kerusi.,zip beg,buka sikit zip supaya udara masuk.
Hamster suka gelap dan tidur.
Aku pun senang hati nak tidur.kehkeh.

KATA_KATA CINTAKAN HAIWAN

Sebenarnya,nie semua perkara asas dan bajet yang perlu tahu sebelum nak bela hamster. Selebihnya kena kaji sendiri bila dah ada hamster sendiri.
Kalau nak tahu bila dia dah lama dengan kita,kita akan kenal dia jenis macam mana,mungkin dia jenis yang tahan lasak,atau tahan sakit,atau selalu sakit atau sensitif atau tak suka benda nie,tak suka benda tu..dan banyak lagi.
Macam manusia jugak,ada kerenah masing-masing.

Hamster kalau dia rasa situasi tak membahayakan dia,dia tak gigit sampai luka.
Dan kalau macam aku selalu jugak kena gigit-gigit manja,rasa la gigi dia.Tapi tak luka pun,dia main-main je,,tak la sakit sangat..
Tapi...
serik jugak sehari sebab terkejut..kahkah.

Jangan risau.Jaga Hamster nie senang je. Tak menyusahkan pun dan boleh hilangkan stress lagi dengan kekiutannya.haha.


comel sangat kaki dan hidung dia.

Ok,sekian.


Thank you for selongkar my blog and good day!!

10 comments:

  1. Thanks...bagi tips....sbb anak baru beli dua ekor...

    ReplyDelete
  2. Nak tanya kalau hamster tidur waktu malam kenapa ???

    ReplyDelete
  3. Kenapa hamster saya selalu tidur ?

    ReplyDelete
  4. TIME KASIH UTK INFO NI..PETANG NI SY ADE HAMSTER SEPASANG..DWARF HAMSTER..

    ReplyDelete
  5. Terimakasih kerana beri tip anak baru beli 2 ekor

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Hamstet suka tempat yg gelap ke???kenapa hamster saya mcm x suka tempat gelap je...

    ReplyDelete
  8. Mana nak cari vitamin tu yee ? & tkde cara lain ke nk bagi minum selain letak dlam botol ?

    ReplyDelete
  9. Sya akan ingat pesan kamu. Sya akan beli anak.... Tak pastu lah brapa ekor, tapi itu hadiah hari jadi lah,harap dapat beli sebab mungkin keluarga sya x nak beli kan T_T

    ReplyDelete
  10. bole tak hamster jantan dan betina aq 1 cage semua

    ReplyDelete