click this cute!

Thursday 23 April 2015

Hujan di petang hari

Assalamualaikum.

 Martini di sini melaporkan hujan semakin reda di kawasan melaka si bumi hijau. :) Martini balik kelas tadi cuba buat kerja mengadap laptop walaupun ada gak la terpengaruh dengan gejala facebooking.haha. Tu masalah laptop yang ada New Tab or New Window ke apa. (tetap taknak salahkan diri sendiri..hihihi)

Tapi takleh buat kerja la sebab badan tak selesa pakai baju dari pagi pergi kelas tadi. so, Martini pergilah mandi dan sekarang dah siap mandi, rasa bersih..wangi...hmmm..dan selesa! :) Macam iklan pampers baby.hahaha.

Martini pakai baju kuning, seluar hijau sambil tuala di atas kepala sambil meng update blog sambil makan pelam masam.

Terliur tak? hihi..

Hari tu Martini beli sebab Martini mengidam.
Anak dara nie memang selalu mengidam makanan. Bukan orang kawin yang pregnant je.
Orang cakap kalau kita pregnant betul-betul kita akan mengidam benda yang tak biasa kita suka.

jadi aku rasa sama ada aku akan tidak mengidam langsung sebab sepanjang hidup kerjanya mengidam je atau aku akan mengidam benda-benda luar biasa pastu aku buat la permintaan kat laki aku.. "Abang, nak makan sup tanduk unicorn" takpun, "Bie, nak makan kari kepala Naga Tasik Chini". Hahahaha..bengong la perempuan nie =_="

Lepas mandi aku teringat la kebanyakan kawan-kawan perempuan aku suka pakai bedak debu tu kan siram kat badan diorang banyak-banyak macam kita sapu bedak kat baby tu..Wehh.. berapa kilo bedak nie diorang letak? haha. Saje je nak cakap, ke memang semua perempuan macam tu ehh? ke aku sorang je tak cam tu??

Aku tak suka ahh sebab masa kecik dulu pernah buat...hahahaaa.. Pastu, berpeluh habis badan nie bila keluar, melekit-lekit. sangat tak selesa. bedak campur peluh bau dia jadi lain. Lepas tu memang aku tak pakai dah!!  Bagi aku, aku suka guna losyen, perfume, deodorant.. losyen yang lembut dan lembap dan sangat hmmm wangi dan sangat selesa.. =)

Lain orang lain cara. Tapi syok kot tengok mereka-mereka nie bermandi bedak macam main hujan! ^^ macam nak join! hihi.

Wei, nak cari perfume adalah benda yang paling susah. Bayangkan bila kita tengah pilih dengan cubaan membau itu, kali ketiga, kita dah nak pengsan, pening bapakkkk ahhh..
Kalau bernasib baik jumpa la yang best dalam tiga cubaan itu. . Betul tak? haha.

Dah la tu sembang, buat kerja pulak..


Thank you for selongkar my blog and good day! ^^



Friday 3 April 2015

Pulau Langkawi 2015 Part 3/4: Skycab & Oriental Village

Assalamualaikum!

Mari sambung lagi cerita kat Langkawi..kat mana dah kita? muka surat berapa? surah mana?

Oh kat sini, berpagi-pagian di hari kedua..lepas solat subuh aku lepak dengan Shud atas sofa. We were planning on something very evil...ggrrrhhhh..hehehheee.. While Emi di pulaukan sementara.. *kenyit mata*

Oleh sebab Skycab buka pukul 11 pagi, kami pun keluar rumah lambat sikit...pergi makan dulu..
Pasal makan aku nak share sikit. Banyak cite kat blog manusia-manusia nie menyatakan bahawa makanan-makanan kat Langkawi nie mahal la. RM7 dan ke atas.. Ada yang pergi terjah KFC je sebab KFC kan yang RM10 jadi RM7, tak makan nasi, cari chicken cop murah laa, takpun makan roti je. Waktu aku google pengalaman orang kan, aku pun percaya lah! macam seksa je bunyinya..macam kedai makan terhad betul. So, aku pun sedia la bahagian duit makan lebih sikit..makan penting. haha.
Nie kali kedua pergi, kali pertama aku dah lupa dah cam mana makan tu.

Nak dijadikan cerita, asal lapar kami main terjah je kedai-kedai makan yang ada lauk pauk tepi-tepi jalan sebab kami nie jenis makan nasi berlauk, ada sambal belacan..waaahhhh...heaven!
 Hari pertama makan belakang HIG atau Langkawi Saga, tak ingat dah, kedai ore kelate.
Aku punya RM4 je, aku jenis minum air masak (kawan-kawan yang selalu keluar makan dengan aku biasa tolong orderkan, nak cakapnya diorang begitu memahami kehendak aku kan..hehe..)
kiranya standard harga la, kawan-kawan pun harga lebih kurang je walaupun tambah air milo ke apa.

Hari kedua singgah kedai tepi jalan je, harga pun lebih kurang dan memang sepanjang jalan memang berlambak la kedai makan.
Malam pernah makan nasi goreng kat kedai makan, ada harga RM1, nasi putih kosong.hahaha.
Yang lain kebanyakan RM5.50 dan ke atas. Yang nie kot mahal sikit daripada tempat kita. Kalau korang nak berjimat,jumaat malam dan sabtu malam aku pergi tu, ada pasar malam kat Pekan Kuah,senang jumpa la.
Hari last singgah tepi jalan aku makan RM10, reasonable la..sebab aku ambik nasi, ikan bakar, sotong bakar, ulam banyak, sambal belacan..sedap! :')

Sekarang jom beli tiket naik Skycab or Cable Car!
Harga tiket RM20 seorang. Boleh masuk Dome sekali tengok something yang kalau aku cite kang tutup pulak dome tu sebab..hahahahhaaaa..

nevermind!


 Bahagia kot mereka beratur nak masuk..

Lepas masuk dome, baru naik cable car. Kat sini boleh sewa teropong tu. RM8 kalau tak silap. Kalau rasa nak teropong orang mandi kat Telaga 7 tu, sewa la.hahha..aku ajar?? aku?

Kami pun naik la cable car nie tanpa sewa teropong. Cewah..nak cakap baik leerrr tu!
Gambar bawah nie waktu  nak naik ke puncak..

Apa yang aku boleh cakap Subhanallah..Indah sangat, tenang sangat..luas sangat..Ciptaan yang Maha Kuasa. Allah hebat sangat ok! Aku pandang bawah sebab aku cuba meneliti mungkin ternampak Kingkong merentas desa ke. Oh lupa sabtu cuti sekolah.

Dalam cable car haruslah buli "jiran sementara" kat depan untuk ambik gambar persahabatan.. =)




 Ok, beratur, selfie kat hentian pertama!
Apa yang kami buat di hentian pertama..?

 
Gambar di bawah menunjukkan seorang gadis cantik telah melengkapkan kecantikan gambar tersebut.heee..
 Lepas duk main-main kat sini, kami pun naik ke puncak belakang Shud dengan harapan dapat naik jambatan yang Shah Rukh Khan nak jatuh dalam cite Don tu..Dulu first time datang aku pernah naik benda tu best sangat!! I miss it so much! ^_^




Sekali lagi Shud, pemandu cable car itu membawa kami ke puncak kejayaan. Muka dia nie macam tak ada sinar kejayaan je, boleh percaya ke nie? heheheheee..*tutup mulut*

Nanti i terima tawaran staff skycab naik cable car VIP RM500 baru tau..haha.

Dah sampai..rupanya jambatan yang Don jatuh tu sedang dibaik pulih, Don buat ke?..Sedih kite.. T_T

So, kami cuma main-main di kawasan terhad je laa..Sori eehh..banyak gambar atas nie, cuma angin kuat sangat sampai banyak la gambar yang terselak sana-sini kan.. sori..sori ehh..sori eehhh.. =)
By the way, jambatan tu dah siap sekrang sebab kawan aku ada pergi sana sebulan lepas trip aku.



 Kalau nak tahu kat atas nie ada kedai makanan dan ramai sangat orang..Memang melayang-layang la kau main kat sini, rasa lagi teruk daripada kat bulan..macam la aku pernah pergi ke bulan..hihi.
Dan kat setiap perhentian akan ada staff cable car nie ambik gambar kita dan print. Bila nak balik, kita boleh beli gambar kita tu, tak silap RM10 sekeping.


Peace!!
Kat sini bila nak turun bawah tak payah terjun, takut melantun balik. so, kena beratur naik cable car untuk turun ke bawah ok.


 

Nie permandangan nak turun..gayat tak korang tengok? Comel je cable cars semua, rasa nak petik pastu makan. (kau ingat nie apple?)

Macam biasa la bila dah turun banyak la kedai cenderamata kat bawah.. Kawasan tu dipanggil Oriental Village, ada kereta kuda (nak ambik gambar pun kena bayar), ada kedai pakaian, kolam ikan yang aku dengan Shud beri ikan makan jack n jill roller coaster walaupun kami tak tahu la boleh bagi makan ke tak, cuma kaki kami memang dah bersedia untuk lari lintang pukang kalau ditengking oleh sape-sape. haha. 

Amboi, bertuah ikan, selama nie makan makanan ikan je, tetiba hari tu dapat makan ringan! Aku rasa diekorss ketagih sejak tu atau mabuk pening-pening. heeee..

Baiklah, dalam banyak-banyak tempat kat Oriental Village, kami telah jumpa satu aktiviti best sangat!! Waktu nie dah petang tapi panas. Aku tak tahu nak panggil apa nie..panggil bola air je la ehh..

Gambar kat bawah nie cylinder yang roll macam cylinder la. Kena duduk ramai-ramai kat dalam. Sori, lupa harga untuk yang nie.

 Bola air nie pulak boleh naik maksimum 2 orang.


Kalau sorang RM10, kalau 2 orang RM18 untuk 8 minit sahaja. Sekejap kan? Berbaloi tak korang rasa? nanti aku jawab. Aku naik berdua sebab Emi taknak main benda nie.
Kau ingat aku berani nak naik sorang-sorang..Kalau tenggelam boleh tenggelam sama-sama.hahhaaaa..



Mula-mula, bola nie kempis je, so, kita masuk dulu kat dalam, sambil kita pakai safety jacket, sambil staff dia isi oksigen dalam ball. Ok, uoollss takleh rasa masuk dalam bola nie, so, uooolllsss duk kat luar dengan Emi hokey!

Oh jangan lupa, abang tu akan suruh kita cek kat badan kita kalau-kalau ada benda-benda tajam. Perempuan biasanya kena tanggal kerongsang kecuali kat bawah dagu..tu pun kalau ok. Jarum semua kena tanggalkan..susuk ok kot tak cabut, in case keluar tajam tak?haha..

lelaki pun kalau ada benda-benda tajam kena tanggal la. Sebab takut tercucuk bola. Kasut pun kena tanggal..kalau naik berdua lagi la, kang ada yang muka ada cap tapak kasut lepas dah keluar dari bola tu..haha.

Bila dah sedia, abang tu akan suruh kita merangkak bersama perlahan-lahan untuk masuk ke air. Once dah naik atas air, bestnya!!.. =')

Waktu duk dalam nie, abang tu suruh bangun berjalan bersama, tapi we cant even stand up pun sebab bola tu tak stable. So, aku terfikir manusia mana yang boleh bangun dalam keadaan macam nie?haha..

Jadi memang merangkak je la cite dia...Tau tak kenapa dua-dua kena bergerak serentak??
Sebab kalau sorang je bergerak, sorang lagi akan menderita tergolek guling bating! Dan orang yang asyik berguling-gulingan tu adalah aku sebab gerakan shud dua kali ganda gerakan aku...laju dia..hahahahaaa

Tengok Sud muka bahagia sungguh, mana aku?

Waktu tu takde orang main, so, takde la malu kan..masalahnya tetiba untuk kesekian waktu, kawasan tu dipenuhi orang ramai yang jadi penonton kami..malu aaahhhh..!!.
Abang tu jerit " Korang jalan je, takyah malu, bukan diorang kenal awak pun!! hahahahaaa!!"
Thanks abang sebab bagi motivasi dalam keadaan gelak. =_='
Aku pun memang tak tahan sangat, dah tergolek macam aku nie bola..aku gelak sakan waktu tu.



Emi pun sambil ambik gambar sambil gelak..Emi, mu kah yang bawa penonton beramai-ramai itu?
emmm..8 minit? aku rasa macam 8 jam dah duk kat dalam..lama giler 8 minit..Berbaloi la RM10 tu..Dapat nikmati sepenuhnya gitu!



 Best gak la dapat rasa kena tindih dengan kawan baik sendiri. sedap..T_T

Hahahaaa..thanks Shud sebab teman ini naik walaupun Shud penat giler lepas tu tapi ini suka sangat!! Harap Shud pun hepi and ingat sokmo plez!! kalau naik sorang mesti tak best camnie!! thanks Emi sebab tolong ambik gambar, len kali kena paksa jugak mu naik.

Jangan tanya aku kalau orang obesiti boleh naik ke tak..emm.. kalau difikirkan, macam boleh..alaaa..teruk sangat pun bola tenggelam separuh je, masih boleh dilihat ok la tu..
*gelak senyap tutup mulut* kihkihkihhh.. just enjoy the moment ok!

Lepas tu jalan-jalan kat kawasan nie dan pergi tempat lain.
Sebenarnya kami terlajak nak masuk simpang. Waktu kami pergi Langkawi nie macam tak banyak kereta mungkin sebab bukan waktu cuti sekolah so, boleh uturn kat mana-mana sesuka hati..haha..nakal kawan-kawanku ini.. like the whole things in this island kami yang punya!
Yang bestnya kali nie nak u-turn termasuk balai polis tanpa disedari. yang nie taknak cite, kita gelak sama-sama ok Emi dan Shud sebab kelakar giler!!

Dalam perjalanan, kami singgah di gerai Laksa Power. Memang tepi jalan je bersama-sama gerai lain. Sedap gak laksa dia. Tapi aku pasti ramai yang kenal laksa nie, just try it ok..lepak petang-petang sambil minum air kelapa tepi pantai best sangat..






Harga laksa RM3 kot, or 3.50. Air kelapa nie RM4. Kalau tak silap, aku ingat-ingat lupa.

Lepas tu boleh main tepi pantai.. Oh ye, nie bukan Pantai Cenang setahu aku. Kami tak sempat pergi Pantai Cenang.

Then kami balik, kami pergi ke Aquaria. Kami tak masuk pun, Oh, baru perasan tak ambik gambar kat situ. Kami pergi sebab tepi Aquaria tu ada kedai coklat dan souvenirs. Aku sangat suka sebab kat sini ada banyak barang-barang unik..Kalau nak beli cenderamata macam best beli kat sini, aku paling suka rantai dan gelang dia, macam susah nak jumpa tempat lain. Harga coklat sama macam HIG dan Langkawi Saga.

Pastu kami balik beli segala coklat kat Pekan Kuah takut esoknya tak sempat beli sebab ada aktiviti best dan mungkin akan rushing nak balik. Tiket petang pukul5 tu.

Bersambung..

 


Thanks kepada penaja secara tidak langsung dalam honeymarikh kami ini dengan menyumbang bubur lambuk versi Langkawi..Thanks sebab tahan kereta kami tengah jalan semata-mata nak bagi bubur nie..Baiknya makcik pakcik..MashaAllah!

Acikk..kenapa bagi dua? kami bertiga..heloo..takde sape nampak aku kat belakang ke? hahahha...gurau je..dua pun tak habis.
Mari kita sama-sam doakan mereka murah rezeki. Mana yang lalu ke arah cable car dapat tau!


Thank you for selongkar my blog and good day!! ^_^

Oh ye, siapa yang belum tengok video aku main bola air tu boleh klik kat sini @themart_ini. Cari la kat situ ok. Aku jatuh gitu je..hihihihiiii..sama-sama kita gelak.

Thursday 2 April 2015

Cerita pendek sebelum tidur

 Assalamualaikum..

Aku bukan nak cite pasal Pak Pandir. Just nak sembang sikit

Sekarang aku busy dengan final project, hari-hari aku masuk lab.. Alhamdulillah..kalau nak tahu memang Allah tersangat banyak tolong permudahkan segala urusan dan Allah hantar ramai sangat manusia yang baik-baik untuk bantu aku dan aku berdoa agar esok dan hari-hari seterusnya Allah akan sentiasa tambahkan kemudahan ini dan Allah juga beri kemudahan kepada setiap orang yang telah bantu aku.

Selagi tak habis final project nie selagi tu la, hati nie berdentum-dentum je. kuat. Satu dunia dengar. Manusia je takleh dengar. betullll...! ^_^

Mid sem nie rasa macam takut nak balik kalau project nie tak habis-habis lagi.. Tapi ma dengan pa kena jenguk jugak..rinduu!! Mana sama dengan jumpa dan call T_T kan??..

emm..

Nie aku nak share satu benda yang best yang ada dalam bilik aku.
Hari tu aku beli dengan niat nak bagi kat adik. Tapi sebenarnya tu alasan je padahal sebab aku yang suka..hihihihiiii..
Benda nie macam bola, tapi once kita lambung atau sepak, dia akan mengembang, kalau jatuh atas permukaan tak kira la tangan ke apa, dia akan tertutup balik.


 Unik kan? Nie bukan mainan budak-budak je..
Dewasa pun boleh tau! Aku kan orang dewasa yang sukakan benda-benda yang nampak bijak macam nie. hwahahahaaa.. Benda nie mesti ramai yang tahu, aku beli kat kedai-kedai cenderamata kat A famosa.. bersepah la benda nie.

yang bestnya, benda nie dah jadi penyebab aku melambat-lambatkan masa..ish..ish..ishhhhh! Sebelum aku tidur ke, nak pergi kelas ke, nak buat apa ke, aku duk main benda nie la, lambung-lambung, sepak-sepak macam apa..seronok kot!!  Kadang-kadang ada sampai bunyi gegegebuuummmmm.!!!!booomm!!!..barang-barang jatuh kena benda nie..hehe.. Nasib baik aku rumah aku sewa nie aku duk bilik sorang so, suka hati aku la nak buat apa pun kan.. =)

Rasa macam tak boleh nak menahan diri..
Balik kelas lambat-lambat mandi sebab duk kejar benda nie dulu.! hikhikkk!!
Jadi aku ingat tak jadilah bagi kat adik.!

Nie la rahsia fit. 8pax. haha..gurau je.

Dah pukul satu lebih..lewat benauuu!! kena tidur nie, gudnite!

Thank you for selongkar my blog and good day!!



Sebelum tidur minum susu dulu ok! =)