click this cute!

Sunday 24 May 2015

Mungkin kita dah lupa


Assalamualaikum.

Berhenti buat kerja jap. Aku nak share video paling best di dunia ini. Video yang buat kita tersenyum sorang-sorang, video yang buat kita teringatkan si dia. video yang buat kita rindu si dia..MashaAllah.. :')

Tengok ok, tengok!

Kita sayang Allah, kita sayang ibu kita, kita sayang ayah kita, tapi kita lupa selepas sayang Allah, kita patut sayang Rasulullah barulah kita sayang ibu dan ayah kita.

Rasulullah. Padahal baginda sayang kita sangat-sangat.

Mungkin sebab tu,

Bila kita bersama ibu bapa kita, kita lawan.
Bila kita bersama orang tua, kita hilang hormat.
Bila kita bersahabat kita khianat
Bila kita jadi suami kita tak jadi suami yang lembut
Bila kita jadi isteri kita banyak merungut

Bila kita jadi pemimpin kita banyak hambakan orang yang dipimpin
Bila kita memberi kita mengungkit dan menyakitkan hati orang yang menerima
Bila kita nasihat kita marah dan kasar dan mengaibkan saudara kita
 Bila kita lihat kanak-kanak kita tak rasa sayang
Bila kita lihat binatang, kita sepak dan aniaya..

Kenapa? sebab kita tak kenal Rasulullah, kita tak cuba untuk kenal..ada kah usaha itu?
Risaukan kalau tak cintakan Rasulullah?

sebab siapa yang tak cintakan Rasulullah tak sempurna imannya..

Padahal Rasulullah itu penyayang dan Rasulullah telah tinggalkan segala contoh manusia baik yang kita perlu jadi..


Suka ahh video nie terutama part budak kutip sampah dan bagi minum anjing tu..hebatnya seorang ibu dan ayah mampu didik anak-anak jadi begitu bertanggungjawab tanpa ibu ayahnya lihat..impress sangat!

Dan cara Rasulullah sangat bila perempuan tu buang sampah depan pintu lelaki tu, last2 lelaki tu masakkan sup untuk perempuan tu.. Patutlah ramai sayang Rasulullah sangat, patutlah Allah sayang Rasulullah sangat..patutlah Rasulullah ahli syurga..kita selalu sembang nak jadi ahli syurga tapi cara kita tak ada langsung macam Rasulullah..ahli syurgakah kita? ya Allah.. T_T



jom kita usaha buat apa yang Rasulullah suka dan sayang apa yang Rasulullah sayang.. Ustaz Azhar cakap kalau kita suka apa yang Rasulullah suka, boleh jadi penyebab kita masuk syurga tau! inshaaAllah.. Mungkin kita takkan sesempurna Rasulullah tapi Allah beri satu ruang supaya kita dapat jadi ke arah itu..iaitu ruang usaha dan masa..  =')

Bila kita hadapi sesuatu perkara kita tanya la diri kita bagaimana Rasulullah akan hadapi apa yang aku hadapi sekarang? inshaAllah pasti kita sedang lakukan perkara yang betul, keputusan yang betul pada pandangan Allah..kan?


Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad

Thank you for selongkar my blog and good day!


Aku sedih sebab kadang-kadang aku sendiri tak letak Rasulullah dalam setiap perkara yang aku buat, dalam setiap tanggungjawab..kenapalah aku tak dapat jadi manusia yang cukup baik lagi macam mana yang Rasulullah suka.. T_T





Friday 22 May 2015

saje sembang.

Assalamualaikum.

Tadi col family. Kelakarnya adik. Bila kakak bagi fon kat dia. Dia senyap pastu bunyi gelak2 tersembur pulak.. pastu dia cakap sambil gelak. Adik nak kenakan ini. Nak diam je biar ini cakap helo helo macam takde orang tapi adik tak tahan nak gelak! Hahaha.. dia yang nak kenakan orang dia yg gelak. ingat nak main hide and seek dalam fon ke.? :)

Pastu dia banyak kali jerit. Ingat nak marah kat aku. Rupanya marah kat TV. tengah tengok rancangan budak2 menyanyi tuh!. Budak yang dia tak suka kena puji comel.Budak yg dia suka tak dipuji pulak. Frust dia.haha.

Allah! Aku cukup tak suka rancangan tu.

Personally..kenapa ada mak ayah didik anak jadi macam tu eh! Biasa la mungkin anak sukakan hiburan, nyanyi comel, but bukan untuk show yang melalaikan.. banyak lagi benda berguna yang kanak-kanak boleh buat atas muka bumi nie sebagai khalifah Allah.. Parent yang mencorakkan anak-anak. Bagi aku budak-budak nie dia senang dibentuk, waktu nie la nak masukkan nilai-nilai agama terutama Al quran dan akhlak-akhlak yang baik. Waktu nie nak terap mana yang betul mana yang salah. Mungkin kita cakap mereka masih budak-budak, tapi kita kena ingat mereka meningkat dewasa, kalau kita tanam benda tak elok dulu sejak kecil, lama-lama dia akan terbiasa. Macam kalau waktu kecil menyanyi dan menari depan public, bila besar tak malu dah..terutama yang perempuan.. mak ayah gak tanggung dosa sekali.

Semoga Allah lindungi anak-anak kita dari perkara yang Allah tak suka.. dan Allah lindungi kita sendiri dari perkara yang melalaikan juga. Takut jugak dengan masa depan family aku nanti!

Aku pun risau gak adik aku tengok benda tu,takut terpengaruh. siap pesan lagi, nak tengok boleh tapi jangan niat nak jadi camtu. kita orang islam tak baik buat gitu.

Pastu dia cakap taknak ah jadi macam tu. :)
Tapi aku takde masalah pun adik Wiwi nyanyi dan menari depan family sahaja..she just too cute. ^^

Tu cite adik perempuan.

Teringat waktu balik kampung hari tu. Adik lelaki aku jenis nakal sikit, nakal suka main-main i mean. Satu hari aku masuk bilik. Pintu macam terbuka sikit. Aku pulak pakai telekung waktu tu, duk pegang-pegang telekung labuh. So aku jalan perlahan la.nak ambik barang dalam bagasi dekat je dengan pintu. Makin dekat dengan pintu, aku perasan ada something menyilau.. MashaAllah! sape nie pasang perangkap dalam bilik aku!.. letak tali lutsinar orang buat pancing ikan tu antara tombol pintu ke dinding.. Nasib baik aku nampak, kalau aku langgar nie jatuh gitu je..Fuhh..nasib baik aku jalan slow motion. Aku pegang ingat nak putuskan pakai tangan. Tak boleh pulak..tebal gak tali tu.

Aku pun senyumm "cehh nak buat perangkap tak jadi..hihihiii.." Aku pun angkat sikit tali, lalu ikut bawah tali, berdiri, jalan selangkah dua, duduk cari barang dalam bagasi, jumpa!!

Aku pun berdiri, pusing nak keluar, jalan... tat!! Tali putus. Aku hampir jatuh sembam kat lantai. =_="  lupa!!!! Aaahhhhh!!

Pakai telekung putih. Ada rupa macam hantu kena perangkap?

Hahaha. Kelako. Aku cite kat family. Dia yang paling kuat gelak tu kerja dia ahh tu..Arof.Arof.semua tempat nak main.

Bestnya nak balik umah. Rindu kucing. U know. Kat umah sekarang ada 3 ekor anak kucing. Hari tu aku mandikan diekors comel sangat-sangat.. Kucing memang takut air. Tapi kalau kena cara, dia akan mandi dengan tenang..dia macam baby. Kalau baby taknak mandi baby nangis je. Kalau kucing taknak mandi. Habis la dia cakar kau!

Tapi dengan teknik-teknik yang betul dia akan ok. Feeling2 like duk kat spa waktu mandi.. sambil gosok sambil bagi kata-kata kasih sayang.."ok je..takpe..tak sejuk ..semua ok..best..sabun best..bagusnya..comel..budak baik..ok je.."

aku rasa kata-kata kita nie mungkin dia faham atau dia dengar bunyi cam memberi ketenangan so dia jadi ok. Dia haiwan bernyawa dan bijak dan manja dan macam baby..takleh berkasar, takleh terkejut..kan..kan..kucing lovers..??huhu..rindu sangat kucing. Takleh bela kat umah sewa nie sebab suasana macam tak sesuai.. hmm..

Oh ye. Seekor daripadanya baru mati. Dia memang tak sihat dari mula lagi. Sedih.

Thank you for selongkar my blog and good night! =)