click this cute!

Friday 22 May 2020

Bila tak boleh puasa

Assalamualaikum & good day 😃

Puasa tak tu?..hihi
Kalau tak puasa pasal uzur takpe huhu. Since masih di bulan puasa, benda yang aku nak sembang nie mesti gigirls paham & jom cry togethergetheerrrr ape yang jadi bila kita tak boleh puasa. Walaupun family kau cakap, makan je, tak terliur pun..tapi kite tau perbuatan makan di depan orang berpuasa itu dosa huhu.

Situasi pun berlaku terutama kalau family ramai

1. Bila kau buka tudung periuk makanan basi pasal kau lupa nak panaskan

2. Bila kau buka tudung periuk takde makanan sob sob

3. Bila kau masuk dapur sorang, tapi bila pegang tudung periuk, tetiba ada 16358282929 orang manusia berdiri  belakang kau tanya "tak puasa ke" padahal dah tau

4. Bila kau minum air dengan perlahan, tetiba terbunyi gurlp dengan kuat..pastu kau rasa bersalah 👀

5. Bila dapur sunyi tapi bila kau nak makan kat dapur tetiba semua orang nak lalu ikut dapur ntah nak pegi mana padahal boleh je lalu tempat lain, lalu luar rumah pun boleh huhu. Dah tetiba nak cek peti ais tengah2 hari buta dah kenapa?😅

6. Bila kau makan, pastu orang puasa saje datang duk depan kau, pastu kau terpaksa pegang nasi lama tanpa suapan

7. Bila kau makan tak sempat kunyah  tetiba orang puasa lalu depan kau sepantas siput b*bi, so kau terpaksa kemam makanan tu selama 2hari sampai dia blaaa

8. Bila kau dah menyorok di sudut rumah pakai baju sama warna dinding  tetiba seorang demi seorang duk intai cak cak "buat ape tuuu". walhal time kau tak makan kau duduk di tengah rumah takde orang nak tanya kabar bagai tunggul yang halimunan

9. Bila kau duk dalam bilik kunci pintu, baru nak suap, ramai pula knock knock the door. Dah tiba2, bilik bergegar, nasi di tangan jatuh oh sadis. kejap nak amik benda tu benda ni, waktu tu la nak deco2 bilik, bilik kongsi la katakan huhu

10. Bila kau masuk bilik gelap senyap2 makan mee,  tercekik tak jumpa air, rupanya air kau tumpah. tersepak waktu kau nak pasang kipas tadi. bila buka lampu tengok2 kau makan ulat dengan daun kering hahah kau ingat nie cite hantu😂

11. Bila kau takde pilihan, kau bawa makanan duk dalam reban ayam pastu ayam tanya kau ayam ke itik

Tapi kadang2 aku tengok orang tak puasa nie lebih lapar dari orang puasa, dah la tak sahur, nak makan pun tak sempat, kena buat kerja banyak, kadang makanan takde, makan kena marah pastu di diskriminasikan waktu berbuka hahahah tak baik tau aniaya orang tak puasa..

nasib baik kat umah aku tak jadi macam tu  pasal aku dah pesan awal, makanan sahur jangan habiskan☝🏾 & waktu berbuka, takde sape tau sape puasa tak puasa hwahahaahaaa😂

okay bye =D

Monday 4 May 2020

Welcome Back Ex-Blogger

Assalamualaikum. haloo halooo. im back🤗 yes im back!
Jangan risau, aku tak bawa corona virus bersama. huhu tak kelakar tapi tersengih juga.

Sebenarnya lama aku cari title post ini. aku ingat nak tulis "kembali bersiaran selepas tut tut ratus hari" tapi kepala aku jadi pening nak kira berapa tut tut  ratus hari yang tepat tu, kalau tak tepat nanti orang cakap aku menipu. nanti Allah marah. nanti puasa batal. nanti takleh berbuka. nanti duk bucu dapur. tapi dah rembat ayam golek sebelah.  nanti kesunyian. nanti takde orang nak sayang. nanti kau dah kenapa?

Pastu aku ingat nak letak "Kembali Bersiaran dari Angkasapuri" tapi aku termenung kejap kenapa orang nak letak puri tepi angkasa, tak basi ke. *Jangan menjawab haip!

Pastu lagi aku letak la "Welcome Back Ex-Blogger". tapi aku risau juga nanti lagi 2 tahun baru aku post  entry seterusnya. Lebih sadis waktu tu mungkin title post itu adalah "Welcome Back ExEx-Blogger" ehehehe.

Bila dah ada instagram, facebook, wasap nie, aku jadi tak terbuka blog. konon2 selalu update kat sana tapi lupa tangan aku kuat membebel tak muat nak cite. sebab mulut tak kuat membebel, mungkin kuat mengunyah. eh mana ada *saya pandang awak,awak pandang saya* haha

Mesti peminat-peminat aku tengah bersorak kegembiraan di atas kepulangan aku ke blog ini.
saya tak cakap pasal awak. saya cakap pasal "peminat-peminat imaginary" saya.
uhuk uhuk

alamak nak cite benda lain, tercite benda lain heeee.

by the way, dah lama sangat tak buka blog nie, tetiba aku jadi terkapai-kapai nak buka setting bagai dalam blog nie, terasa tua di situ. dan sendu juga. aku lupa, dasar angkasapuri betul la dah lupa nak buka apa. Hari tu aku terhantuk kepala, aku rasa macam hilang ingatan sikit. Mungkin inilah  part sikit yang hilang tu. nanti aku belajar balik dengan sape-sape balik, mungkin dengan mak awak? itupun kalau mak awak masih muda. kau dah kenapa ahahaha

ok, sekarang aku lupa dah macam mana Senyum Macam Saya style nak akhiri setiap entry aku. nanti la aku cek. kalau tak pernah ada, malu plak huhuhu.

tata =)