click this cute!

Thursday 21 July 2016

Nak sambung master? (taught course, mix mode or research?)

Assalamualaikum.. =)

Hai. dah lama tak tulis blog.
 tetiba rasa nak share pasal sambung master nie, maklum la sekarang nie mungkin ada yang tengah fikir nak buat apa lepas dah habis degree kan.

Tapi nak cakap dengan korang yang baru habis degree, kalau nak sambung master sebab takut tak dapat kerja, lelaki mahupun perempuan, sebenarnya kawan-kawan aku mostly dapat kerja la walaupun lain bidang dan di zaman ekonomi yang tidak begitu bagus ini.

 contoh belajar engineering lain tapi dapat kerja engineering lain.
 Tak tahu la kawan-kawan korang macam mana, pasal aku bukan kawan dengan kawan korang. 
huhuhu (gelak sopan tutup mulut) 

Nie semua rezeki Allah..

Sebelum habis degree dulu, banyak gak la mintak pendapat lecturer yang berpangkat DR nie sebab mereka kan lebih ada pengalaman, kan diorang dah pernah ambik master & phd dan lebih tau kesusahannya.

Okay, first, master nie biasanya terbahagi kepada tiga
1. Taught  course
    masuk kelas dan ada satu final project macam degree tapi mungkin lebih mendalam

2. Mixmode
    separuh kelas separuh research

3. Research
     Buat research jeeee
     tapi macam universiti aku sekarang kami diwajibkan ambik dua subjek untuk
     satu sem (satu hari seminggu) sebagai syarat .
     Subjek tu berkait dengan research yang sangat membantu research
     kita.

Dulu aku pening gak nak ambik yang mana, tapi sebenarnya aku dah malas nak masuk kelas, ambik exam dan seangkatan dengannya. Come on, aku nak buat benda yang berbeza pulak. im not kids anymore!
Tapi still aku ambik pendapat orang yang lebih berpengalaman jugak waktu pilih master research dengan sebab,

1. Bila kita sambung master, kita tak tahu lagi betul ke kita nak sambung phd atau tidak. hati kan selalu berubah. tapi bab cinta, aku setia tau! hahah.
(kebanyakan yang aku kenal, biasa yang takde niat tu yang akan sambung nanti..kihkih)

Senang kata, master research nie waktu kita bersusah, waktu kita jatuh bangun, waktu timba ilmu research, buat silap dan belajar, waktu tau step by step. waktu nie la kita paling bodoh.
Dan tetiba kita rasa nak sambung phd, kita dah ada segala pengalaman master research untuk bantu kita buat phd yang lebih mendalam itu yeay!!!
sebab tu ada phd student yang boleh siapkan phd lebih awal daripada orang lain
 ( Nie nasihat lecturer tau)

2. Then, kita akan jadi sangat berdikari sebab kena pandai-pandai nak hidup dan kena pandai mintak pertolongan orang, orang dalam atau orang luar atau orang-orang (Hei! ingat takleh ke bercakap dengan orang-orang kalau stress..haha)
*Nie lepas pengalaman sendiri dan dengar cite member dan senior master yang lain tapi still bawah bimbingan lecturer. Bab "orang-orang" tu memang takde sape bimbing..kihkih.

3. Kita akan fokus pada satu bidang je.
Kalau masuk kelas, kita ambik banyak subjek, dan bila balik lupaaa, lagi-lagi lepas exam..hahaha..aku ler tu..
Tapi bila research tak! kita senang ingat sebab kita berfikir dan tambah ilmu dalam benda yang lebih kurang, kalau benda berbeza pun still dalam skop kita, jadi kita makin hari makin pakar dalam bidang tersebut..

4. Pendapat peribadi, bila kita buat research kita akan hasilkan result, result tu kita boleh ketengahkan melalui conference (bentangkan depan orang ramai/ilmuan) or jurnal. Nak tak nak, hasil research tu akan digunakan oleh orang lain sebagai rujukan. Walaupun setiap research tu mengambil masa yang cukup lama, tapi setiap teknologi kita hari ini adalah hasil research-research tu tau!
Bayangkan pahala ilmu bermanfaat yang kita boleh tinggal terutama bila kita meninggal..semoga Allah permudahkan.. ^_^

5. Buat research masa lebih flexible, masa tu kita urus sendiri, yang penting kerja kena siap, ada progress!

6. Boleh pergi jalan-jalan, sebab kita kena bentangkan kerja kita kat conference at least sekali dan biasanya conference mestilah tempat jauh-jauh..heee.. Conference nie tak macam bentang final year project kena kecam semua. Bila kita bentang, mungkin ada orang boleh bagi pendapat untuk kita baiki research kita untuk hasilkan hasil yang lebih baik..

Emm..Jangan la kau tanya mana yang lebih senang, sebab aku pun melalui waktu-waktu yang sukar, sakit kepala lagi dan student taught course pun sama, nak nangis jugak aku tengok kawan tu. Kalau dah ambik master, tak sama dengan tadika. hahahha..

Ramai ambik master taught course sebab boleh habis awal dalam 1 tahun setengah berbanding master research.

Tapi master research tak mustahil boleh habis dalam 1 tahun setengah depend on your supervisor/lecturer dan pada kerajinan. Biasanya, master research boleh graduate dalam masa 2 tahun. Pernah gak dengar ada student ambik masa 5 tahun untuk habiskan master, rupanya sebab tak buat kerja. Takde usaha macam mana nak dapat hasil.

Tapi waktu grad nie kita boleh target lepas bincang planning dengan supervisor. Kita kan akan ada timeline/gantt chart untuk tengok bila kita boleh grad. Yang pasti kita kena rajin dan buat sungguh-sungguh ikut plan.

selebihnya kita serah pada Dia. insyaAllah.

Cabaran buat master research adalah bila equipment rosak, kerja kita akan delay, tapi benda nie boleh di atasi sebab supervisor dan kita sama-sama nak pastikan research habis ikut time. So, kita akan sama-sama berusaha untuk pastikan equipment tu kembali seperti sedia kala..Chaiyok!! ^_^

Oh ye, mix mode tu terpulang la..sebab kalau kau rasa nak ambik exam lagi pastu nak buat research jugak okay je. Ada gak tanya kawan kenapa ambik mix mode. Katanya nak tambah ilmu sebab dah lama tinggal kelas.

Lepas dah baca, mungkin post aku nie lebih kepada research sebab aku tengah buat research, lepas nie tanya la orang lain yang ada pengalaman dalam taught  course and mix mode pulak supaya lebih yakin!

Bagi aku semua ada kelebihan dan kekurangan. Yang penting yang mana kita lebih happy.. Okay, nanti aku share tips sebelum sambung master pulak..hehe

Thanks for selongkar my blog and good day! 
=)