click this cute!

Saturday 27 July 2013

TRust ME They LOVE u!


Assalamualaikum & hye..

Tiba terdetik hati nak tulis benda yang sentimental nie..

Tersentuh hati,kadang-kadang aku baca jugak blog diari mak-mak nie,what they do for their children,what they think and they want for their children.

Aku tanya mak aku "Ma,actually seorang mak nie nak anak dia jadi macam mana? anak kaya,banyak duit ke,atau nak anak jadi baik,soleh?"

mak aku cakap "nak anak jadi dua2" 
"ma!!" haha.. Tapi betul cakap ma aku,kalau anak tak ada duit,macam mana nak hidup,zaman sekarang semua benda pakai duit.maksudnya anak tak hidup senang la..Kalau anak tak baik,tak soleh,hidup tak senang jugak,kaya je buat ape kalau perangai macam serigala~ (apa kaitan serigala?? haha)

Aku tambah sikit Dan sihat,kalau kaya,tak sihat? makanan banyak,tak boleh makan. Baju cantik,tapi muka,badan lemah dan pucat,pakai apa pun muka macam hantu,cantik sikit vampire! haha..
kan?

Kaya+soleh+sihat = perfect! (pastu hidup bersederhana macam Rasulullah.. ^_^ )

Kalau aku ada anak,aku nak anak aku macam nie..Amin! Aku percaya ramai Mak Ayah pun nak anak2 mereka macam nie..


Dear Readers, 
Mom,dad,Ma,pa,mama,papa,ayah,Mak,umi,abi,abah,MOK,POK,Ibu,Bapak, Mummy,daddy or puppy??
mesti ada yang tengah fikir anak2 nanti nak panggil aku apa erk?? jangan la panggil ayah dia puppy,lempang kan! haha.

anak2 aku panggil aku DATIN..haha.
"kurang ajar Mama aku"(bakal anak aku berkata)

whatever u call your parents,They love u more than anything~

walaupun kadang2 diorang marah kita pecahkan pinggan cantik kesayangan diorang,conteng2 rumah,gunting baju mak,tapi tak pernah pulak diorang gadaikan nyawa kita untuk benda yang diorang sayang. Buat sistem butter ke,
Pernah dengar mak tukar anak dengan tupperware? atau ayah tukar anak dengan motorbike?
(motorbike je? tupperware je? tukar la dengan ferrari ke,rasa jugak mahal.haha)


Emm..lepas marah2,ajak makan nasi jugak akhirnya.

Bila aku baca diari mak-mak nie,rupanya mak ayah nie layan kita macam GIRLFRIEND,BOYFRIEND,PAKWE,MAKWE atau KEKASIH HATI sejak kecik lagi..
Bagi makan kita macam2,masa kecik,tak cukup buat susu,buat bubur,bawa bekal pergi mana2,siap ada spare lagi makanan,takut kita lapar. Kalau anak borink,kena ada makanan jugak,mainan bagi main.
Tak bagi makan anak makanan sebarangan,cincai2,cari jugak yang berkhasiat..

Pergi mana2 fikir nak beli makanan apa kat anak,mainan apa,apa yang anak suka..kalau anak ramai,duk kira jari anak berapa orang,nak beli apa,takut tertinggal 

nie ayah aku,haha..pegi kedai runcit,anak 8,kadang2 banyak kali kira..aku tahu la,aku selalu ikut..Sebab tu kalau nak cari laki,cari yang pandai MATHEMATIC..haha..Pa,u r my driver ever! drive anak everywhere daripada kecik sampai besar! hayati lagu ini,


                                                               MILEY CYRUS - BUTTERFLY FLY AWAY
You tucked me in, turned out the lightKept me safe and sound at nightLittle girls depend on things like that

Brushed my teeth and combed my hairHad to drive me everywhereYou were always there when I looked back

You had to do it all aloneMake a living, make a homeMust have been as hard as it could be

And when I couldn't sleep at nightScared things wouldn't turn out rightYou would hold my hand and sing to me

Caterpillar in the treeHow you wonder who you'll beCan't go far but you can always dream

Wish you may and wish you mightDon't you worry, hold on tightI promise you there will come a dayButterfly fly away

Butterfly fly away, butterfly fly awayFlap your wings now you can't stayTake those dreams and make them all come true

Butterfly fly away, butterfly fly awayWe've been waiting for this dayAll along and knowing just what to doButterfly, butterfly, butterfly, butterfly fly away

Butterfly fly awayButterfly fly away


Bila anak meningkat besar pun,pergi mana2,anak selalu jadi keutamaan, kalau tak ada duit pun sanggup bagi anak makan sedap2 jugak, Kalau diri sendiri nak berjimat,air tak payah beli,minum air paip je,nasi putih telur goreng tak apa,tapi untuk anak,siap tanya lagi nak air apa? milo? tea ais? jus oren? makan nasi goreng siap ada ayam goreng besar,pastu ada kuih,anak tak mintak pun kan? tanya pulak nak apa2 lagi? bagi anak kenyang dulu... What i want to tell here is,mereka tak berkira pun dengan kita,yang penting anak bahagia dulu.semua tentang anak.semua.

mak aku kadang2 aku tak tercol dalam seminggu,kadang tak perasan,masa berlalu dengan pantas..bila aku col,baru nak mintak maaf, mak aku dulu mintak maaf sebab tak col aku,bukan maksud lupa..bla...bla..touching.. sobsobs..teruknya anak.

Pa aku lagi la,aku balik je,mesti tanya nak makan apa,pergi sana sini cari..angkut anak lagi.


Sometime they dont have to say ILOVEU everyday,they just show it every single second in our life,cuma kita sebagai anak yang tak tahu atau buat2 tak tahu.. Mungkin suatu hari nanti aku dah jadi seorang ibu,aku akan tahu.korang pun! :p

Dah makan belum? makan apa? kalau kita tak sihat,ayah dan mak susah hati,padahal sikit je pun. Ayah duk sibuk nak hantar klinik la. kulit merah sikit,dah macam ubat diorang cari. memang keje mak aku la duk promote macam2 ubat.

Perasan tak cara mereka ambik berat style2nya seperti seorang Boyfriend ambik berat pasal Girlfriend,atau Girlfriend ambik berat pasal Boyfriendnya yang tersayang?
 ops..

TAK SAMA! IBU BAPA ambik berat lebih banyak dan lebih ikhlas berbanding your GF & BF korang. tiada tandingannya~

Jadi siapa yang lebih sayang kita? siapa lebih terima perangai baik dan buruk kita? siapa yang lebih layak diberi hadiah? diberi senyuman..

 BF&GF kita baru kenal kita tak sampai 1tahun,2tahun,3tahun,5tahun..atau  mak ayah dah jaga kita lebih kurang 20 tahun.

gaduh dengan pakwe,makwe,"kita putus...!!"

lepas gaduh dengan mak ayah, 
"Pa,buka durian jap,sakit tangan"
 "Pa,tolong buat assignment ini jap,tak pandai"(jangan tak tahu,projek aku buat balik rumah,satu bandar cari besi terbaik dengan pa aku,pastu pa aku tolong sambung2 lagi produk aku.Pa boleh jadi engineer nie! haha)
 "Pa,nak makan goreng pisang"
 "Ma,lapar,..." 
"Ma,ini sakit nie.."
"Ma,lawanya skirt ma,pinjam!" (balik rumah malas bawa balik pakaian,mak aku jadi penyumbang..) haha..

Tak ada pulak mak ayah aku buat sombong segala...


Ma & Pa, I LOVE U BOTH SO MUCH,SOOOOO MUCH! sobsobssss...touching pulak.
Rindu family kite sangat~

Sekarang dah tahu siapa paling sayang kita? siapa KEKASIH HATI  yang sebenar2nya?

If they can treat us like their most beautiful prince,princess,their love,
why we cant'?
ya,kita tak mampu tandingi kasih sayang mereka, Seorang ibu boleh jaga 10 orang anak,tapi 10 orang anak belum tentu dapat jaga seorang ibu....

tapi kita boleh berusaha ke arah itu kan? :)


Usaha layan ibu dan ayah macam kita nak anak-anak kita akan datang layan kita sebagai mama dan papa mereka..


aku nak jadi ibu macam nie,suami aku cakap"isteri abang yang comel dengan anak yang comel.." Amin!
berangan kau Martini =_='

Terima kasih for selongkar my blog! 
^_^

Friday 26 July 2013

Girl in the Green Scarf

hey guys..

Hari nie ini keluar dengan berhajatnya nak beli baju raya,tudung raya..duit dah siap sedia nie..
Pusing2,masuk kedai nie,kedai tu..cantik giler semua..cantikkkkkk!!!

Mata berpinar2,blink2 gitu.

aku rasa tahun nie cam nak pakai warna oren ke,tak pun kelabu..

ish,nampak pulak pink hijau..adui merah pun gorgeous!

rambang mata..nak beli mana satu nie...!!!

Akhirnya.

tak beli apa..balik dengan makanan2 je..

aku selalu macam nie,sakit hati betul dengan diri sendiri.

Aku suka sangat makan agar2,macam jenis suka!
hari tu pegi bazar,tengok agar2,hajatnya nak beli,tengok banyak sangat jenis,banyak,sedapnya!!!
lama aku termenung,akhirnya "Taknak beli laaa..Jom balik!"
why? bukan taknak,tapi susah nak pilih~
malas nak fikir.

Kenapa memilih tu sangat menyusahkan,dan tak menggembirakan.
ada jugak orang macam nie..kalau keluar makan,suka kalau orang tolong pilihkan..
tapi kalau dapat yang tak sedap.rasa nak cekik2! hahaha (gelak jahat)

Suka kalau orang pilihkan,tapi tak semua laaa.
Ada jugak yang aku pilih sendiri kalau nak beli apa2,kadang2 aku dikelilingi oleh banyak benda yang cantik,

tapi kenapa tak beli? sebab tak betul2 berkenan di hati,tak ada chemistry dengan aku.walaupun orang sekeliling cakap,cantiknya,comelnya,beli laa..pujuk2 ke,cantik bagai bidadari,i said no. cantik tapi tak serasi.
aku akan beli bila benda tu dirasakan ada bonding dengan aku,mungkin ditakdir untuk aku..kalau aku tak beli,bila balik rumah sampai nak tidur pun aku teringat2,then aku akan pergi cari jugak dalam masa beberapa hari..

yang penting benda aku beli dah sentuh hati aku,bukan mata aku.

aku pelik? thats who am i~  :)

Aku dapat rasa Allah yang pilihkan untuk aku apa yang aku perlu beli,apa yang cantik untuk aku.

Dan kalau nak tahu bila nak beli sesuatu hati aku selalu akan cakap "Allah,pilihlah untuk aku,mana yang terbaik.." lepas beli,hati rasa sangatsangatsangat sangatttttttt la puas!

Aku memang boros suatu ketika dulu but day by day i learn to not..how? with doa setiap hari,
"ya Allah,bersihkan hatiku daripada sifat2 mazmumah,terutama sifat riak,sombong,angkuh,iri hati,tamak,kedekut,bakhil,ujub,kufur dan borossss"

Lama kelamaan sifat boros tu makin kurang..makin hilang~
Salah satu cara adalah bila aku nak beli aku akan tanya hati,

"membazir tak nie? betul2 perlu ke? terdesak ke?"
kalau betul2 perlu,beli. kalau tak perlu, dont u ever think about it again!
Tapi kadang2 benda2 yang memang dah tertarik di hati,yang dah nampak aku si pemakainya, macam selendang tu suka sangat,sangat suka,memang tak boleh tahan dahhhh!!
aku beli jugak! nanti tak boleh tidur..haha (teruk aku nie!)

BOLEH LA AMALKAN DOA YANG AKU SHARE NIE KALAU RASA2 PERANGAI MACAM AKU..
haha


Teringat cerita CONFESSION OF SHOPAHOLIC..suka sangat cerita tu.
Bila tengok,aku ada jugak ciri2 macam perempuan tu,sikit..

comel kan?

persamaan aku dan dia adalah,,
Bila dia nak beli scarf hijau nie nie,dari jauh dia dah nampak scarf nie,seolah2 memanggilnya..tapi dia serba salah nak beli ke tak,terus dia masuk kedai tu,Actually dia sedang berperang dengan dirinya untuk tidak lagi boros sangat,dia cakap dalam hati "cantik,tapi tak perlu.dia tak perlu.dia berpaling nak balik,bila dia melangkah,
tiba2 patung bergerak menggoda dia dengan scarf tu,


" Scarf ini sangat sesuai dengan awak,mata awak nampak lebih besar,lebih menyerlah,perempuan tu tengok dalam cermin mengiyakan..tergoda seyyyhhh! akhirnya beli jugak..
haha..
Ya,kalau dah terikat kat hati tu,aku pun kalah,tapi bukan salah aku,barang tu yang goda aku,tu tak campur lagi setan2 sekeliling! adui~


Betapa bahagianya muka aku kalau dapat beli barang yang diinginkan macam gambar kiri tu,yang kanan pulak,muka dah menggambarkan hati.,boleh teka kan kenapa?.haha


Bezanya perempuan nie suka barang2 branded,aku tak..!

aku tak giler sangat pun barang2 branded nie,seperti yang aku cakap,kalau tak ada chemistry dengan aku aku tak beli jugak.simple.

brand dan harga no 2, cantik di hati no 1,then tengok kualiti,kalau barang murah,cantik giler di hatiku dan tak mudah rosak,yes, i love it,aku beli. kalau branded,tak berkenan dihati,walaupun kualiti bagus,tak beli jugak.

Paling aku suka barang yang aku suka tahan lama..contoh beg tangan.tak suka tukar2,aku kecewa bila beg rosak.benci.sangat.
Kasut pun tak suka tukar sebab kasut kalau tukar,makan masa bulan2 nak serasi,susah betul. kalau perempuan mesti tahu pasal kasut makan tuan kan? giler,berparut belakang kaki kasut punya pasal.
tak sanggup.kalau dah jumpa kasut,pakai,dah serasi,tak sakit kaki,aku nak yang tu je.yang tu je.fullstop.seolah2 kasut Cinderella Martini dah jumpa!!!! hehe.

Dan perempuan dalam cerita nie nak beli barang pun sampai berhutang berdollar2,aku tak! haha

Tapi bila kawan2 atau sesiapa yang hadiahkan sesuatu kat aku tak ada pulak aku rasa tak suka. kenapa ye? sebab percuma,semua orang suka.haha..
Tapi the real thing is, sebab aku rasa orang tu dah pilih yang paling cantik untuk aku,so hati aku pun rasa suka dengan barang tu,hadirnya perasaan suka tu sebab keikhlasan hati orang yang memberi...kan?



Hepi kan kalau dapat ape yang hati kita suka? confident level tu memang tinggi laa..walaupun pada orang lain,tak cantik pun,nampak macam badut keeee...Aku? ada kite kisah? asal aku bahagia dah laaaa,hehe

 Yang penting bersyukur dengan apa yang ada,tahu tak macam mana?

Rasulullah ajar cara bersyukur dengan berdoa agar
 Allah memberi pertolongan untuk ingat pada Allah, mensyukuri nikmatNya dan elok ibadah kepadaNya..

Sebab kita dah dapat banyak benda yang Allah bagi,kalau orang sombong..hidung tinggi2 tu,tak ada maknanya nak doa2 dah...
 tapi sebab kita tak sombong dengan apa yang Allah bagi,kita rendahkan diri nak mintak lagi Allah tolong hati kita supaya bersyukur~ sweet sangat..hehe

hai,im the girl in green scarf~
 ^_^

Thank you for selongkar my blog! hehe

~macam best pulak iklan hotlink kat blog aku kali nie,RM15 je nk surfing internet? wawawa..muka boros datang..haha..dapat tukar dengan AYAM KFC lagi??? wawawa..muka bertambah boros..sedap!~
sambil2 tulis blog siap survey lagi iklan tu..kah3..ayam menggoda di bulan puasa~ ceh!!


Monday 22 July 2013

my meal.

Halooo..ladies and gentlemen,

kawan2 aku cakap,ini,kau memang tak boleh tinggal kat Eropah sebab kau tak boleh kalau tak makan nasi dalam sehari.sangat suka sambal belacan..sangat suka sayur-sayuran,ulam-ulaman.
Tak.aku bukan orang tua.





Aku boleh mati kalau makan roti je dalam sehari atau biskut atau apa saja selain nasi.

kematian yang mengerikan.dasyat.

 orangnya,jasadnya,kakinya mungkin bergerak,berlari lompat kijang,bercakap penuh kesedaran namun dirinya sebenarnya berada di alam lain,alam yang tidak diketahui tempatnya,alam maya Karin pun tak. Alami pun tak. Alam nasi mungkin.kekuburan nasi mungkin jugak...tak kenyang,hidung kadang2 terpanjang sedikit di kala itu,mungkin mencari bau2 nasi berdekatan. So,waktu2 tak dapat makan nasi itu kemancungan hidung sedikit terserlah iras2 Mr.Bean. nampak bodoh comel.bodoh letak tepi.yang penting comel.hehe

Kalau ada ulam tu aku ambik banyak2. Beza aku dengan kambing,diekor makan ulam dan rumput,tumbuhan hijau segala. Aku pulak makan ulam2 tertentu je.yang ada cop sirim mak aku je.takpun kedai muka halal.atau kedai yang penjualnya orang bukan kambing.atau kedai yang tiada statement berkaitan untuk makanan binatang kecuali ada statement Kambing masak oreo ke,yang tu takpe la.

Tapi kat kawasan aku nie macam susah je aku nak dapat sayur yang banyak.maksud aku sayur hijau.aku suka sayur hijau sangat,bukan kobis tu,tak berapa nak suka,(kau ingat kobis suka sangat kat kau??) mungkin manusia dah berubah.sangat sayang pada alam semulajadi.sebab tu tak suka makan sayur.mungkin. Selalu,kalau aku jumpa la makanan yang ada sambal belacan,sayur ulam2 nie,nasi,ikan…..fuhhhh…kedaimu syurgaku! Harga no 2.. Hihihihi..

Ini orang melayu tulen.lidah buaya tembaga.buaya tak makan sambal belacan,aku makan.muka jadi merah takpe,yang penting lidah melayu. Kena resdung memang insaf,duk insaf bersama kitkat sebentar.
Ala,kalau pergi eropah,aku bawa la benih padi,tanam atas bumbung hotel ke,dalam pasu bunga orang ke..sawah padi gitu! Ha! Padi halalku di atas tanah haram..macam mana tuuu,waswas kite nak tuai nanti..

Kesimpulannya,kalau aku tinggal di Eropah,bila balik Malaysia,perubahan yang ketara mungkin dapat dilihat adalah hidung memang mancung betul..Macam mana kalau orang tertukar antara aku dengan Angelina Jolie? Macam mana!!!! *risau tak tentu pasal. Haha.
Nyum2..sedapnya roti~ tetiba lidah kangarooooo datang.


Thank you for Selongkar my blog!

6(^_*)9
 buat mata tempang sebelah (by perosak bahasa..haha)



Wednesday 17 July 2013

Cerita budak lagi.


Ingat lagi tak kisah waktu2 aku kecik tu,kisah aku diluruskan oleh mak aku,pastu aku bendulkan adik aku pulak..hahahah (entry tajuk BUDAK)

budak2 senang serap maklumat terutama kalau menarik tau..!
Sebab tu memang sesuai sangat kalau nak ajar benda2 baik kat diorang,tak payah tunggu besar.too late!


aku bukan dukung batu nisan,aku dukung baby,anak orang ye..hehe


Melentur buluh biarlah dari rebungnya” haa,karangan aku nk dapat markah tinggi sikit,pakai peribahasa nie la…bangga kot ada peribahasa nie,sebab nie je satu2 peribahasa yang aku hafal sekolah dulu.haha.
Subjek paling susah sepanjang hidup aku adalah bahasa melayu.nasib baik cikgu best.(bahagian cover up kalau2 cikgu bahasa melayu aku tertengok blog nie,hehe)
matematik aku paling tak suka,tapi selalu dapat A,kau ape hal Math???suka aku ke.?

Kalau nak tahu adik aku WIWI,tadika, dah pandai baca Alquran tahun nie,hari tu aku terkejut sangat waktu balik kampung bulan lepas,dia ambik perhiasan surah kursi tu dan baca dengan bagusnya..banyak kali pulak tu..dia selalu pegang perhiasan tu.baca kat mana2 sudut rumah.


Wiwi~Majdiah NurBaiduri



ye,memang Wiwi nie daripada kecik lagi,umur 3,4 tahun memang suka baca iqra’,selalu mintak ajar,kadang2 tu baca sendiri,,Pernah dia ambik Alquran baca walaupun dia tak pandai baca pun waktu tu,mulut tetap gerak sambil buat bunyi macam orang mengaji,dengung segala..haha..

dan lagi terkejut balik cuti baru2 nie, bila satu malam aku nampak dia baring nak tidur,jari dia bergerak,mulut menyebut Bismillahirrahmanirrahim..berulang kali. 

Terkejut sampai aku jerit, “Adik! Sape ajar adik?” “Ma” ringkas dia jawab dan teruskan berzikir… ^_^

kalau nak tahu Wiwi nie suka sangat lelaki hensem dan suka kalau orang buat baik kat dia,cakap baik2 dengan dia. Kalau orang buat jahat dengan dia,lelaki tu takkan dianggap hensem.haha. see how budak kecik describe Hensem tu? 
Tapi selebihnya aku tak pasti pulak,mungkin rupa ke,comel ke..tak pasti.

Dan kalau orang kasar2 dengan dia atau tinggikan suara sikit dengan dia,muka dia nampak sedih dan diam je dan akan duduk di suatu tempat. Comel lagi kesian. Sebab tu tak sampai hati nak tinggikan suara,kadang TERRR jugak,kalau dia main benda2 bahaya.dah suka sangat panjat memanjat! Lompat sini sana.adui..

So,aku ambik kesempatan nie menceritakan siapa Rasulullah,supaya dia kenal..tapi budak2 nie kalau kita cite seseorang yang dia tak kenal secara mendatar dan macam baca buku tu,budak lembab pun boleh jadi bijak.bijak mencari plan melesapkan diri.kan? hehe

Kalau boleh semua cerita kita tu mesti nak ada kaitan dengan dia. Yang nie aku cite sikit2 je sebab aku lupa sebenarnya cakap ape lagi,lebih kurang ok?..nie,antaranya laaa..

“adik,adik kenal tak Rasulullah? Rasulullah nie hensem sangat2,putih..” “hensem sangat2!!!”
Muka dia teruja.

“Dia lagi heeeeeeensem dari abang Sero!!!”(abg ipar aku,adik aku suka giler kat dia)
Terjerit adik aku saat itu..

“Ini,lagi?” “Rasulullah nie baik sangat2,Dia suka budak2,sayang budak2,suka sangat Dia layan budak2,adik la!”

“Dulu adik kawan Rasulullah (hamba Rasulullah,susah nak describe word ‘hamba’ kat adik),muka dia sedih sangat,adik dia umur lebih kurang 10 tahun,budak lagi,besar macam Arof tu..tapi nama dia Umair. pastu Rasulullah tanya abang dia,kenapa muka Umair sedih sangat..Abang dia pun cakap,burung yang Umair bela baru je mati..Rasulullah dengar je berita tu,terus Rasulullah pergi ziarah Umair,
Bila nampak Umair tengah sedih,Dia cakap,’Pak Umair,mari sini’ (buat suara lembut), dia panggil Umair dengan panggilan Pak Umair,. PAK tu macam panggil ayah umair,kecik2 lagi dah panggil ayah! macam arof panggil pak Arof,ayah Arof..."

adik gelak..


Muka lagi teruja “Ini,adik nak jumpa Rasulullah,boleh tak?”

“olo..tak boleh,rasulullah dah takde,dah meninggal”
“Tapi kalau adik buat baik,adik selawat,ingat rasulullah,nanti bila adik mati,adik boleh jumpa dia”
“Nanti mati,dahaga sangat2,Dia bagi adik minum air telaga nama Al kautsar,tapi kalau adik buat jahat tak dapat la..”
So,cite la pasal selawat kat dia..

“Buat baik,masuk syurga,dapat jumpa Rasullah lagi!”
“Ini,yahoo!! Adik nak masuk syurga!!” (pasal syurga nie dah pernah cite jugak sebelum nie)

Sampai kalau abang2 dia kacau dia,dia ugut “jangan usik adik,nanti tak boleh masuk syurga!”

Cuma,bahagian ini aku banyak cite pasal apa yang dia dapat bila masuk syurga,
Nak makan apa2 pun boleh,adik nak apa2 semua dapat..

“Ini,rumah Barbie ada tak?”
 "ada"

"Yeay! Adik nak masuk syurga la,adik nak mintak makan macam2!.."

“Adik kena buat baik,kena selalu doa mintak dengan Allah supaya dapat masuk syurga”

“ini,orang baik masuk syurga,orang jahat masuk neraka,Arof tu asyik marah adik!”

“Ish,tak baik,adik doa la biar semua masuk syurga,arof,wan,kakak2,abang,ma,pa,kan best semua masuk syurga,nanti mati boleh jumpa semua,masuk syurga tak ada sape yang boleh marah dah..”

“oo,kalau macam tu adik nak doa sekarang la,biar semua dapat masuk syurga! Yeay!”

Bila cakap kalau adik nak apa2,adik doa la,mintak dengan Allah..nanti Allah sayang dapat masuk syurga.

Ini,mana Allah?tak nampak pun..” 

  dasyatnya soalan..! sebab macam mana aku nak jawab supaya dia faham dengan bahasa mudah,dan boleh terima.Budak kecik tak boleh bagi bahasa tinggi atau banyak2.tercengang kang!

Allah ada,Dia tengah tengok kita,sekarang pun dia tengok kita,kalau adik duk sorang pun Allah ada,Dia tengok adik.lagipun,Allah nak tengok adik buat baik ke jahat? Adik nak doa kat dia ke tak? Adik percaya Dia ada ke tak? 
Haaaaa…Kalau adik buat jahat,nanti Allah tak bagi masuk syurga! Sebab Allah Nampak… Kalau adik masuk bilik sorang2,jangan takut,Allah ada.”

“Adik takut hantu!”

“Adik doa la kat Allah,jangan bagi hantu kacau adik!”

Dia senyum je..”Adik nak doa laaa”




“Ini,adik nak jumpa Allah”

“Boleh,nanti masuk syurga,adik mintak la dengan Allah nak jumpa”

Kemudian,cakap pasal solat,Wiwi sangat teruja nak solat,sampai aku nak balik kampung hari tu tanya dia nak suruh belikan ape, mainan ke?tudung ke? “Taknakini belikan adik telekung

Speechless kakaknya sebentar.

Adik,JAGALAH ALLAH,ALLAH MENJAGA KAMU.nak masuk syurga,kena solat,solat awal.

Adik nak solat dengan ini la,ini,jangan solat laju daripada adik, kalau adik laju takpe..hihi

Waktu dah masuk,adik,jom solat.. “jap..nak tengok cite Barbie,sikit lagi…” padahal banyak lagi..haha

Adik,jagalah Allah,Allah jaga kamu,cite barbie lepas solat boleh tengok lagi

Terus dia pause! Great!

Berlari bila tengok aku dah sedia nak solat,terkotak katik,sebab kain telekung dia labuh…haha.

Lepas solat adik cakap,”adik doa,adik nak katil,nak almari….blaaa,blaaa….dalam syurga nanti.

Haha,lawak pun ada.adik2,but at least she know she depend on Allah,walaupun saat dia keseorangan,she learn to know and love Allah & Rasulullah.thats what I try to put in her heart. insyaAllah,pasti Allah menjaga Wiwi.



Mesej yang aku nak sampaikan kat sini adalah,budak2 nie paling mudah kita nak terapkan apa2 pun,sebab dia suka bertanya dan mendengar.terimanya je apa2,sebab tu kalau persekitaran elok,orang2 sekeliling pun elok,budak2 tu pun akan jadi elok. 
Dan,penerapan tu bukan daripada mak dan ayah sahaja,tapi daripada abang,kakak,adik beradikdan orang sekeliling la.

Tegas penting tapi pada aku mereka hanya patut ditegur dan dihukum apabila buat salah,dan dihargai,diberi pujian apabila buat kebaikan. Marah,tinggikan suara,pukul sebenarnya perlu jugak kadang2,tapi mungkin itu jalan terakhir..
Bagi pendekatan yang halus dan kasih sayang tu lebih baik.

Tengking? mungkin dia takut,dan takut tak bermakna dia hormat.jangka masa pendek mungkin ok, tapi untuk jangka masa panjang,percayalah,ia memberi tekanan pada budak tersebut,paling nampak,bila besar,dia tengking kau balik.seriously.

Aku pernah ajar seorang budak baca iqra’,orang cakap dia lembap sikit,pada pemerhatian aku,ya,memang dia macam susah nak sebut satu perkataan tu,dan asyik diam je,tak senyum.tak senyum langsung!

Dan ada yang nasihatkan aku,kena paksa dia,tak boleh manjakan sangat..Bila aku tengok dia kena paksa oleh orang sekeliling. Aku dapat rasakan he don’t like it.he don’t.muka dia sangat tegang.he just listen.but he not happy.

 Then,aku angkat dia,duduk atas riba aku,peluk dia then aku tunggu dia sebut perkataan tu,kadang2 aku bagi tahu,tapi lebih banyak I give him support,motivate him dengan lembut,dia dapat sebut dengan sendirinya walaupun lambat sikit. Aku puji setiap perkataan yang dia keluarkan. 

And u know what? He smile,beautiful smile…

 “Ya Allah,susahnya nak suruh dia senyum!!!!!!! Akhirnya…!!!! ” haha.. 

see? Siape suka dikasari,dipaksa? Aku yang muda pun benci! Yang tua? Think about it ok..
 ^_^



Thank you for selongkar my blog!

Tuesday 16 July 2013

BUDAK



Budak kecik nie senang percaya orang kan?

Aku leerrr tu..
Haha

Mak aku,aku panggil Ma..ke mana hilang K masih dalam pertimbangan sama ada berbaloi untuk disiasat atau tidak.sekian terima kasih.

 Ma aku nie suka bercerita tau,satu hari ma aku cite pasal perut,bila makan,makanan pergi ke perut,pastu perut akan proses makanan,ma cakap dalam perut ada benda proses macam mesin.
Masa tu dalam kepala Ini yang kecil nie,Ini cuma ingat mesin buat ABC(mesin ais) tu je..yang tu je aku kenal.

So,lepas tu Aku selalu membayangkan ada mesin ABC dalam perut aku.
Sampai la tingkatan berapa entah waktu belajar sains,baru aku tahu rupanya perut aku tak ada pun mesin ABC tu..ceh! satu dekad lebih kurang aku hidup dengan mesin ABC.

Waktu tu tadika ke,sekolah rendah ke,tak ingat…waktu kecil la,aku ada satu tabiat yang sopan.
Iaitu duduk kaki ke atas,kepala ke bawah…bukan angkat2 bumi tu..mana larat angkat bumi,jadi lempeng la dihempap bumi. Yang nie,kalau duduk atas kerusi,badan atas kerusi,kaki ke atas,kepala terjuntai ke bawah.terbalik!

Pastu ma aku cakap, jangan duk macam tu,bahaya,nanti hati jatuh,terbalik hati.
Waktu tu tak hiraukan pun.ada kite kisah???



Sebenarnya kecut jugak perut...dalam kepala terfikir ma cakap camtu,lepas tu tak buat dah..takut hati terbalik,macam mana?eeeee…

Bila besar,ceh,hati mana boleh jatuh.
Bila aku cakap kat ma bila dah besar,dia gelak je..terkena anaknya..haha
tapi kalau tak cakap macam tu sampai besar buat style gymnastic tu kan,pegi raya umah orang pun tak tahu la apa akibatnya ye..huhuhu..tapi kekadang buat jugak..haha

Tapi mak bukan tipu kita,tapi cuba untuk terang sesuatu supaya kita faham dan puas hati.kan?
Yang aku lurus bendul sangat tu kenapa? Huh!
That’s children right? Hehe

So,aku pun ambik kesempatan ini untuk mengenakan adik aku pulak,si comel Wiwi..
adik aku berusia 6 ke 5 tahun erk? Lupa..sebab aku selalu layan dia macam princess berumur 2,3tahun.

 Namanya Majdiah Nur Baiduri,dia tanya nama penuh adik beradik yg lain,sengaja aku
tokok tokok tambah..(tokok tu ape,sape tahu?bunyi aneh benarrr!)
nama kaklinda,majdiah nur mazlinda,nama kakla,mazadila nur baiduri….bla2..bla..nama adik plak wiwi kuew teow mee sup..

haha..gelak dia dengar nama dia.
Tapi sayang tak lama…


Adik,nama adik sebenar wiwi kuew teow,adik bukan anak ma.adik anak orang cina.
Takde pun gambar ma mengandungkan adik..syahdu sebentar..
“ini tipu,kalau adik orang cina,kenapa adik tak cakap cina pun dengan ini?”
(tergelak dgn soalan tu,sakit perut aku)

Misi diteruskan dengan muka siyessssss..

Memang la sebab mak cina adik bagi adik kat ma masa adik kecik,sebab tu adik tak cakap cina,cakap melayu.

Kalau tak percaya adik pegi tanya ma,pergi laaa..
Mula2 dia taknak,pastu aku desak jugak,dia turun katil,pergi dapur nak tanya ma,tapi macam tak keluar suara,sedih sangat kot,aku tengok dari jauh duk gelak jeeee..kesian plak,tapi dia tanya,ma tanya balik kenapa? Sedih dia..aku pun tolong tanyakan betul2 sambil gelak,yang tak tahan nama Wiwi Kuew Teow tuuuu,ma gelak sekali..dia? buka peti,duk kat situ,lama~ sedih dowwww!

Banyak kali aku panggil,tell her the true story,sory for the liar things,pujuk,tak gerak jugak….beku depan peti ais  kot! logik jugak..

Aku tarik2..adui..kesian
Lepas tu ok la,pegi main pulak..cis!

Budak2 nie kalau ada masalah senang nak lupa kan? Dan terbukti laaa budak2 nie senang sangat percaya apa orang cakap.

Tapi kan,masa kecik2 dulu,my sibling selalu juga cakap,ini,gambar kau masa baby takde pun,orang lain semua ada,ma jumpa ini bawah jambatan tau..perasaan aku? muka takde perasaan.memang tak rasa ape pun.haha

satu hari,aku bawa balik gambar ukuran passport tu kan,pakai pakaian pengawas.balik tunjuk kat ma,ma cakap "Muka ini macam orang Bosnia" kakak gelakkan.

masa tu ada perasaan?? sedih sangat.feeling habis.nangis kot!

Padahal aku tak kenal pun orang Bosnia tu ape,aku pun tertanya2 apa motif SEDIH di situ.keh3.
kalau tahu la waktu tu orang Bosnia tu cantik giler..aku gelak habis.lagi kuat dari kakak.haha. sekarang tak la.
kakak,kau kenal ke orang Bosnia tu? ke buat2 tahu~ :p



                       saya dah pun dapat segulung ijazah tabika yang kemas suatu ketika dahulu,
anda bagaimana?
 kah3!

 Thank you for selongkar my blog! :)


Monday 15 July 2013

Ibadah yang luas!!!!!

Hello kawan2..Assalamualaikum wbt!

luasnya ibadah! seluruh kehidupan itu satu ibadah disisi Allah..
kan Allah dah cakap dalam Alquran,

"dan tidak kami ciptakan jin dan manusia itu melainkan hanya untuk beribadah(kepada Kami)"
Surah Al-Zariyat ayat 56


Jadi tolong lah jangan sempitkan ibadah itu hanya dengan solat,membaca Alquran,puasa & zikir sahaja.
sebenarnya ada banyak lagi ibadah..

Perniagaan,bekerja,berkongsi ilmu,gosok baju,memasak,main bola,beriadah,tidur,baca buku,sapu sampah,makan,minum,mandi,sikat rambut,pegi kedai belikan sup bunjut untuk ibu.

Semua ibadah..

asalkan niat yang baik kerana Allah dan tak melanggar syariat selagi tu lah perkara itu satu ibadah.

dan setiap perkara baik yang kita buat walaupun sekecil2 perkara pasti akan dikira oleh Allah.
Perkara jahat pun dikira jugak!.
Adilnya Allah..Subhanallah..

dengan syarat jangan tinggalkan ibadah yang wajib,yang khusus terutama solat 5 waktu.

jangan di marah pakcik2 berniaga,kerana diorang kan sedang mencari rezeki..satu ibadah!
tapi yang berniaga sampai lupa solat,tak baca alquran,lupa Allah..yang tu yang tak boleh..

Atas muka bumi ini,satu perkara yang sangat2 penting yang perlu diusahakan dan didoakan
iaitu
 memastikan dunia genggam dalam tangan,
akhirat tetap di hati..
^_^

jom baca tentang ZUHUD TAIKUN,berdoa lah semoga kita dapat menjadi seorang ZUHUD TAIKUN..



~Kadang2 dah tahu tapi tak hayati,sebab tu berat nak amalkan~

Thank you for Selongkar my blog!

Thursday 11 July 2013

Taknak jadi pengumpat cyber!


Kadang2 bila tengok FB ke,utube ke,banyak benda yang mengaibkan orang,atau mereka mengaibkan diri sendiri atau dianiaya.

Zaman dah maju,
jadilah generasi yang bijak,bukan makin mundur.
jadi generasi yang suka menambah ilmu yang bermanfaat bukan generasi yang menjatuhkan orang

sedar tak sedar,sebab teknologi maklumat dihujung jari nie kita dah jadi macam makcik2 gosip kat kampung2 ye...??? makcik2 cyber gitu! lelaki pun sekali jadi makcik2 macam nie.no more tingkap2 nie..tak advance dah.mulut tutup,jari bergerak ke hulu ke hilir. macam sungai plak dah.

bagaimana?


Tahukah anda setiap kali anda SHARE,anda dah sama2 menyebarkan aib orang atau mengumpat atau kalau benda tu tak betul boleh jadi fitnah kepada mereka yang berkenaan.

LIKE jeee... sama la macam menyokong perbuatan mengaibkan,mengumpat atau fitnah tersebut.
 tu tak campur lagi tengok dengan kawan2,duk gelak,duk kutuk...
COMMENT penambah perisa,sama macam turut serta mengumpat.mengaibkan orang.

walaupun mereka sendiri mengaibkan diri sendiri,(mengaibkan diri sendiri pun dilarang dalam Islam tau!)
tapi sebagai saudara seIslam patut ke kita tolong aibkan si dia juga??

Bahagian nie kita boleh cakap "kubur asing2!"
sebab tu kita kena fikir diri sendiri dulu, "adakah apa yang aku lakukan nie boleh buat aku terjerumus ke neraka bersama si dia?" THINK plez! for our own good.


"Wahai orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa,dan janganlah kamu mencari kesalahan orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati?
maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.dan bertakwalah kamu kepada Allah;sesungguhnya Allah Penerima taubat,lagi Maha Mengasihani" 
~ayat 12 surah Alhujuraat~

ingatlah kawan2,sewaktu kita sedang melakukan segala perkara ini,SHARE,LIKE,COMMENT yang bukan2,kutuk2... mungkin mangsa tersebut sedang menangis bertaubat kepada Allah,dosa dia dah bersih.kita tak tahu

tapi dosa kita tetap ada dan mungkin bertambah kerana punca kita yang menyebarkan.
Dua pulak tu,dosa dengan mangsa dan dosa dengan Allah sebab langgar perintah Allah.

duk sibuk sangat cakap buruk2 pasal orang,dosa orang,kite nie tak pernah buat dosa?? suci sangatkah?
Allah dah ampunkan dosa ke?
 Teruskan lah sebar aib orang,nanti Allah buka aib kita,dosa kita besar2 atas dunia,nak ke?
yang pasti orang yang tolong buka aib orang nie,Allah akan buka aib dia besar2 kat akhirat..tempat yang kekal abadi..
tak takut kah? tak malukah?

Sepatutnya kita turut menjaga aib orang,saudara seislam.dan bersyukur sangat2 sebab selama nie Allah menjaga aib kita atas muka bumi nie,Allah tak menyebarkan dosa kita pun..kalau Allah izin sekelip mata je,tapi Allah tak buat kan? sayangnya Allah kat kita..tunjukkan tanda SYUKUR..



its time to CHANGE...
1.delete segala perkara yang berkaitan dan usaha sebaik mugkin agar perkara yang dishare atau di like itu tidak tersebar.
2.mohon lah maaf kepada mangsa
3.mohon ampun kepada Allah kerana telah melanggar perintahNya dan bertaubat=>usaha untuk pastikan perbuatan itu tidak berulang!



"Katakanlah wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
~Surah Az zumar ayat 53~

Elakkan,jangan!

>dont maki hamun orang dalam laman sosial,ajak gaduh segala.its bad.

> dont share perkara2 tak bermanfaat,apatah lagi menyokong.

>dont sindir2 orang walaupun dalam memberi nasihat.even tak tag pun
(Rasulullah tak pernah pun nak sindir orang nak nasihat orang,nak sampaikan dakwah,banyakkan ikut cara Rasulullah,cara Ahli syurga..)

>jangan nasihat main hentam je.
nak nasihat pun sebaiknya biar penasihat dan orang yang dinasihat je tahu dan Allah,sembunyi2 je!
(lebih menjaga hubungan silaturahim,lebih menjaga aib orang)

>sebaiknya tak perlu lah nak keluarkan sangat statement2 yang tak bermanfaat banyak sangat..itu hak masing2 laaa..tapi rugi la,kalau benda buruk pun boleh tersebar cepat,akaun dosa berganda2 sekelip mata,bayangkan kalau ditukarkan dengan benda2 yang bermanfaat supaya akaun pahala bercambah berjuta2 walaupun waktu kita tengah tidur sekalipun,dengan internet sahaja...fuyooooo!!!


Jadikan teknologi,internet,laman sosial itu sebagai tempat yang bermanfaat

+kongsi ilmu
+tambah ilmu
+menjalinkan hubungan silaturahim keranaNya
dan banyak lagi! waaaaa! (*_*)


Ingatlah saat kamu berbicara berdua,ada yang ketiga, berbicara bertiga ada yang keempat,berbicara berempat,atau ramai2,ada yang melihat dan mendengar...ALLAH!

kalau ingat,mesti hati2 kan? mahukah Allah dalam keadaan murka terhadap kita walaupun sesaat???
taknak!!!!!


Kepada yang meminta maaf,insyaAllah,semoga perkara itu dapat mengurangkan beban kita diakhirat.
Kepada orang yang diminta maaf,maafkan lah,sebab kita sendiri pun tak tahu,dosa kita selama nie Allah dah maafkan ke belum? maafkan orang yang bersalah terhadap kita,insyaAllah,Allah akan lebih sayanggggg kita.dan ampunkan dosa kita.


Bila aku rasa sombong dalam memaafkan orang,kadang2 aku terfikir,selama nie,aku tak pernah buat salah ke dengan orang? aku tak pernah buat dosa? padahal hamba Allah tak pernah lepas dari kesalahan.mungkin suatu hari nanti aku pulak yang buat salah kat orang yang meminta maaf tuuuuuu...
bila2 masa Allah boleh izin perkara begitu berlaku,sama ada kita sengaja atau tidak.


So,jangan sombong ingat kita boleh control segala keadaan akan datang,jangan takbur dengan Allah seolah2 kita berkuasa,fikir kita baik sangat..ya,kita mampu berusaha untuk elak tapi kena ingat

ALLAH KALAU DIA IZINKAN KITA LAKUKAN SESUATU PASTI BERLAKU SESUATU ITU.

so,jangan sombong sangat,apa yang kita buat tu biar banyak rendah diri di hadapan Allah,supaya Allah halang perkara yang tak sepatutnya berlaku...

Thank you for selongkar my blog!

^_^




Wednesday 10 July 2013

DETERGENT SAYA.

,_____________________________________________________________,

Tips di bulan Ramadhan supaya tak lapar,

berbuka la,makan!

aiyooo..mau puasa taknak lapar,mana bole maa!
but the thing is,how we handle our hungry,SABAR..itu ujian puasa,itu meningkatkan keimanan kita..kan?
kuatkan hati minta pertolongannya saat kita lapar atau dahaga..insyaAllah pasti dapat bertahan.
tapi puasa itu bukan sekadar tahan lapar dan dahaga,tapi juga nafsu,pandangan,perbuatan,segalanya dijaga supaya pahala itu kita CEKAU semaximum yang mungkin..insyaAllah!

tadi seorang kawan berkata, Allah dah bagi hambanya 11 bulan bersenang,cuma satu bulan nie je,Allah bagi dugaan lebih sikit,cuma bulan nie je,Allah bagi peluang kat hamba dia untuk paling dekat dengan Dia.

Dalam bulan Ramadan nie,makin hari makin banyak dugaan,Allah nak uji keimanan hambaNya.15 hari pertama Allah uji supaya kita bersedia menghadapi 15 hari terakhir dengan lebih kuat.sebab tu sekarang kita kena mula kuatkan diri.
 Bersyukur lah,hari ini kalau kita masih lagi dapat berterawih dan masih kuat untuk beribadah.

(malam tadi kami diuji dengan blackout kat surau hostel,terawih tetap diteruskan.panas sikit,insyaAllah mungkin itu tandanya Allah nak bagi pahala lebih kepada yang benar2 ikhlas dan bertahan keranaNya. ^_^)

,_________________________________________,


kepuasan amat sangat bila
tengok baju kotor banyak2 menjadi bersih selepas satu jam!
by magic machine.
Mesin basuh la!

tak ada lagi tekanan..

ye.
ceritanya,
sekian lama tak guna mesin basuh,aku basuh baju manual je,pakai tangan.
sebelum nak puji "rajinnya Martini~ " :p
aku nak nafikan.
sebenarnya sebab malas nak turun tangga pergi bilik dobi bawa baju sebakul. aku nie duk tingkat 2,tikus  terjun pun boleh mati atau mungkin masuk ICU kalau dibenarkan.
hehe
bilik air dalam rumah.depan bilik je.satu langkah yang besar dah sampai.
tapi sakit pinggang la duk basuh baju,macam buat roti canai.

Tiba2 tergerak hati nak suruh washing machine yang basuhkan sebab,tak ada mood akhir2 nie nak bertapa bersama baju lama2 dalam bilik air.
Punya laaa..lama tak guna washing machine nie,terkial2 aku..
rupanya macam nie perasaannya macam nenek buta IT. ops,jangan marah nenek,you look young beautiful woman ever! (bahagian cover up)

nasib baik seorang girl yang bernama Nad bersantai2 di situ tolong aku,siap bagi nasihat lagi,
"mesin yang nie tak berapa nak bersih,yang nie pulak ok tapi kena tukar duit syiling,guna mesin tukar duit nie.." (Penegasan: ini bukan mesin tukar mata wang)
 tengok cara bercakap orang yg berpengalaman.
aku pun..." OOOOOOoooooooooo..! " nie pulak cara bercakap pelajar yang baik..fuyoo! hahah

ada mesin kecik RM2,ada mesin besar RM 2.20

agak2 aku guna yang mana? hehe
taknak cakap!

aku nak bagi tips suri rumah nie,kalau nak tahu sabun pencuci pakaian yang aku guna adalah Dynamo.

ini bukan iklan atau terpromote.cuma aku rasa benda yang aku guna nie bagus..mana tahu kalau ada yang nak tengah pegang detergent sekarang sambil hempuk kepala,tension dengan ketidakbekersanannya..haha



Antara kebagusannya,
jimat.
sekali basuh baju,tak perlu guna banyak2 untuk bersih.
kalau aku beli yang botol lebih kurang 10ringgit,diwarwarkan 61 kali cucian tu,(1.9 kg)
aku guna satu semester,5bulan,cukup la sebotol.
kiranya setahun 2,3kali je beli?haha.
tu anggaran paling lama untuk aku yang memang selalu banyak baju kena basuh.
perempuan.! kalau lelaki tak tau la,agaknya setahun sebotol tak habis lagi..

Wangi & berbau segar,
yup! takyah nak perfume2 sangat la,dah segar.tu yang aku suka!


Bersih,senang nak hilang kotor,siyes.
kalau kotor sangat,macam kesan minyak,lauk,darah.
sapu dynamo sikit kat kesan tu,sental2 sikit je,makin lama makin hilang..
macam buat iklan pulak.

nie black magic ke blue magic nie! its blue(dynamo Clean warna blue cecair dia)
baru2 nie aku beli yang baru untuk colour tu warna ungu cecair dia.jangan risau tak ungu pun baju aku yang dah basuh semalam.huhu

yang nie penting nie,
walaupun selama nie tak guna yang jenis COLOUR tu,guna yang Clean tu je warna terjaga jugak. baju tahan lama,macam beberapa tahun yang lalu guna pencuci cincai2,murahan tu,memang baju selalu rosak,colour rosak,berlubang,tertarik daging2 baju.amboi "daging!"  kau ingat lembu ke ape?haha
dan kain pakaian tu pun lembut je,
tak perlu laa nak beli softener lagi..banyak2,serabut aku!


dynamo dah cukup lengkap sepanjang aku guna
hehe

kalau nak lagi bau wangiiiiiiiiii!!!!! beli la Dynamo sekali dengan Downy tu..wangi sangat bau dia.!
aku tak beli la,sebab taknak bau wangi2 sangat,ketiak dah wangi sangat ape! kah3!




yang penting,Ini suka Dynamo,sayang awak sebab dah bagi baju Ini bersih,segar,wangi cukup2 je,bersama Ini 2tahun~..muah!

Terima kasih & sayang for selongkar my blog!
semoga bermanfaat.
.^_^

tahi lalat di pipi. PANG! mampus kau lalat.



Tuesday 9 July 2013

Ramadhan wish!





Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarrak! 

daripada Martini & Jodoh solehku & keluarga kami..

~Pemilik tulang rusukku,ini wakil kan dulu ye..hehe..
semoga hubby juga sedang mengejar keredhaan Allah..dan perbanyakkan lagi ibadah di bulan Ramadhan ini..doakan terbaik untuk ini juga..sweeeeettttt love for you dear..!~

jgn sape2 berani muntah!
haha.



hey,
sahur itu satu sunnah!


RAMADHAN satu bulan yang padanya terdapat satu malam yang seribu kali lebih hebat daripada seribu bulan yang lain.. ^_^

Jadikan Ramadhan kali ini satu game mengumpul point 
(PAHALA) yang berlipat kali ganda!!! fuyoooo!
Anda diberi masa 30 hari sahaja..maximumkan tenaga anda!



1.solat terawih

solat berjemaah atau bersendirian,mana2 pun boleh tapi berjemaah itu lebih baik..
Rakaat: 8,20 @ 36 rakaat ikut kemampuan.
setiap 2 rakaat satu salam

Sunnah Rasulullah= 11 rakaat (8 rakaat tarawih+2 rakaat solat witir +1rakaat solat witir)

Hukum:sunat muakkad

Sabda Baginda SAW,
"Sesiapa yang melakukan qiam Ramadhan(solat tarawih) dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala,diampunkannya segala dosa yang telah dilakukannya."

~Hadis riwayat Bukhari~





2. Banyakkan membaca Alquran lebih daripada biasa..banyak2!






3.Banyakkan berzikir






4.banyakkan bersedekah

tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima
apa yang kita beri itu milik kita,yang dalam poket belum tentu lagi milik kita tau!!





5.banyakkan buat kebaikan,beri pertolongan atau berikan walaupun sebaris senyuman~ 

Senyum macam Rasulullah... ^_^



insyaAllah..
tak pun berkongsi ilmu,tambah ilmu,tolong orang tua,ibu bapa,orang muda,baby,..bagi makan burung..hehe

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



hai mom,jangan risau,Ini baik-baik saje di sini.
berpuasa di perantauan dengan baik.
sangat baik..
ya,betul.

hehehehe









uhuk..uhukhukkkk...!!!


jangan ganggu Ini.
bye!


*********************************************************

oh..lebih banyak tentang panduan solat tarawikh,boleh skodeng blog yang sangat bagus aku jumpa,click di SINI.. :)

fahami solat tarawih sendirian di SINI