click this cute!

Wednesday, 17 July 2013

Cerita budak lagi.


Ingat lagi tak kisah waktu2 aku kecik tu,kisah aku diluruskan oleh mak aku,pastu aku bendulkan adik aku pulak..hahahah (entry tajuk BUDAK)

budak2 senang serap maklumat terutama kalau menarik tau..!
Sebab tu memang sesuai sangat kalau nak ajar benda2 baik kat diorang,tak payah tunggu besar.too late!


aku bukan dukung batu nisan,aku dukung baby,anak orang ye..hehe


Melentur buluh biarlah dari rebungnya” haa,karangan aku nk dapat markah tinggi sikit,pakai peribahasa nie la…bangga kot ada peribahasa nie,sebab nie je satu2 peribahasa yang aku hafal sekolah dulu.haha.
Subjek paling susah sepanjang hidup aku adalah bahasa melayu.nasib baik cikgu best.(bahagian cover up kalau2 cikgu bahasa melayu aku tertengok blog nie,hehe)
matematik aku paling tak suka,tapi selalu dapat A,kau ape hal Math???suka aku ke.?

Kalau nak tahu adik aku WIWI,tadika, dah pandai baca Alquran tahun nie,hari tu aku terkejut sangat waktu balik kampung bulan lepas,dia ambik perhiasan surah kursi tu dan baca dengan bagusnya..banyak kali pulak tu..dia selalu pegang perhiasan tu.baca kat mana2 sudut rumah.


Wiwi~Majdiah NurBaiduri



ye,memang Wiwi nie daripada kecik lagi,umur 3,4 tahun memang suka baca iqra’,selalu mintak ajar,kadang2 tu baca sendiri,,Pernah dia ambik Alquran baca walaupun dia tak pandai baca pun waktu tu,mulut tetap gerak sambil buat bunyi macam orang mengaji,dengung segala..haha..

dan lagi terkejut balik cuti baru2 nie, bila satu malam aku nampak dia baring nak tidur,jari dia bergerak,mulut menyebut Bismillahirrahmanirrahim..berulang kali. 

Terkejut sampai aku jerit, “Adik! Sape ajar adik?” “Ma” ringkas dia jawab dan teruskan berzikir… ^_^

kalau nak tahu Wiwi nie suka sangat lelaki hensem dan suka kalau orang buat baik kat dia,cakap baik2 dengan dia. Kalau orang buat jahat dengan dia,lelaki tu takkan dianggap hensem.haha. see how budak kecik describe Hensem tu? 
Tapi selebihnya aku tak pasti pulak,mungkin rupa ke,comel ke..tak pasti.

Dan kalau orang kasar2 dengan dia atau tinggikan suara sikit dengan dia,muka dia nampak sedih dan diam je dan akan duduk di suatu tempat. Comel lagi kesian. Sebab tu tak sampai hati nak tinggikan suara,kadang TERRR jugak,kalau dia main benda2 bahaya.dah suka sangat panjat memanjat! Lompat sini sana.adui..

So,aku ambik kesempatan nie menceritakan siapa Rasulullah,supaya dia kenal..tapi budak2 nie kalau kita cite seseorang yang dia tak kenal secara mendatar dan macam baca buku tu,budak lembab pun boleh jadi bijak.bijak mencari plan melesapkan diri.kan? hehe

Kalau boleh semua cerita kita tu mesti nak ada kaitan dengan dia. Yang nie aku cite sikit2 je sebab aku lupa sebenarnya cakap ape lagi,lebih kurang ok?..nie,antaranya laaa..

“adik,adik kenal tak Rasulullah? Rasulullah nie hensem sangat2,putih..” “hensem sangat2!!!”
Muka dia teruja.

“Dia lagi heeeeeeensem dari abang Sero!!!”(abg ipar aku,adik aku suka giler kat dia)
Terjerit adik aku saat itu..

“Ini,lagi?” “Rasulullah nie baik sangat2,Dia suka budak2,sayang budak2,suka sangat Dia layan budak2,adik la!”

“Dulu adik kawan Rasulullah (hamba Rasulullah,susah nak describe word ‘hamba’ kat adik),muka dia sedih sangat,adik dia umur lebih kurang 10 tahun,budak lagi,besar macam Arof tu..tapi nama dia Umair. pastu Rasulullah tanya abang dia,kenapa muka Umair sedih sangat..Abang dia pun cakap,burung yang Umair bela baru je mati..Rasulullah dengar je berita tu,terus Rasulullah pergi ziarah Umair,
Bila nampak Umair tengah sedih,Dia cakap,’Pak Umair,mari sini’ (buat suara lembut), dia panggil Umair dengan panggilan Pak Umair,. PAK tu macam panggil ayah umair,kecik2 lagi dah panggil ayah! macam arof panggil pak Arof,ayah Arof..."

adik gelak..


Muka lagi teruja “Ini,adik nak jumpa Rasulullah,boleh tak?”

“olo..tak boleh,rasulullah dah takde,dah meninggal”
“Tapi kalau adik buat baik,adik selawat,ingat rasulullah,nanti bila adik mati,adik boleh jumpa dia”
“Nanti mati,dahaga sangat2,Dia bagi adik minum air telaga nama Al kautsar,tapi kalau adik buat jahat tak dapat la..”
So,cite la pasal selawat kat dia..

“Buat baik,masuk syurga,dapat jumpa Rasullah lagi!”
“Ini,yahoo!! Adik nak masuk syurga!!” (pasal syurga nie dah pernah cite jugak sebelum nie)

Sampai kalau abang2 dia kacau dia,dia ugut “jangan usik adik,nanti tak boleh masuk syurga!”

Cuma,bahagian ini aku banyak cite pasal apa yang dia dapat bila masuk syurga,
Nak makan apa2 pun boleh,adik nak apa2 semua dapat..

“Ini,rumah Barbie ada tak?”
 "ada"

"Yeay! Adik nak masuk syurga la,adik nak mintak makan macam2!.."

“Adik kena buat baik,kena selalu doa mintak dengan Allah supaya dapat masuk syurga”

“ini,orang baik masuk syurga,orang jahat masuk neraka,Arof tu asyik marah adik!”

“Ish,tak baik,adik doa la biar semua masuk syurga,arof,wan,kakak2,abang,ma,pa,kan best semua masuk syurga,nanti mati boleh jumpa semua,masuk syurga tak ada sape yang boleh marah dah..”

“oo,kalau macam tu adik nak doa sekarang la,biar semua dapat masuk syurga! Yeay!”

Bila cakap kalau adik nak apa2,adik doa la,mintak dengan Allah..nanti Allah sayang dapat masuk syurga.

Ini,mana Allah?tak nampak pun..” 

  dasyatnya soalan..! sebab macam mana aku nak jawab supaya dia faham dengan bahasa mudah,dan boleh terima.Budak kecik tak boleh bagi bahasa tinggi atau banyak2.tercengang kang!

Allah ada,Dia tengah tengok kita,sekarang pun dia tengok kita,kalau adik duk sorang pun Allah ada,Dia tengok adik.lagipun,Allah nak tengok adik buat baik ke jahat? Adik nak doa kat dia ke tak? Adik percaya Dia ada ke tak? 
Haaaaa…Kalau adik buat jahat,nanti Allah tak bagi masuk syurga! Sebab Allah Nampak… Kalau adik masuk bilik sorang2,jangan takut,Allah ada.”

“Adik takut hantu!”

“Adik doa la kat Allah,jangan bagi hantu kacau adik!”

Dia senyum je..”Adik nak doa laaa”




“Ini,adik nak jumpa Allah”

“Boleh,nanti masuk syurga,adik mintak la dengan Allah nak jumpa”

Kemudian,cakap pasal solat,Wiwi sangat teruja nak solat,sampai aku nak balik kampung hari tu tanya dia nak suruh belikan ape, mainan ke?tudung ke? “Taknakini belikan adik telekung

Speechless kakaknya sebentar.

Adik,JAGALAH ALLAH,ALLAH MENJAGA KAMU.nak masuk syurga,kena solat,solat awal.

Adik nak solat dengan ini la,ini,jangan solat laju daripada adik, kalau adik laju takpe..hihi

Waktu dah masuk,adik,jom solat.. “jap..nak tengok cite Barbie,sikit lagi…” padahal banyak lagi..haha

Adik,jagalah Allah,Allah jaga kamu,cite barbie lepas solat boleh tengok lagi

Terus dia pause! Great!

Berlari bila tengok aku dah sedia nak solat,terkotak katik,sebab kain telekung dia labuh…haha.

Lepas solat adik cakap,”adik doa,adik nak katil,nak almari….blaaa,blaaa….dalam syurga nanti.

Haha,lawak pun ada.adik2,but at least she know she depend on Allah,walaupun saat dia keseorangan,she learn to know and love Allah & Rasulullah.thats what I try to put in her heart. insyaAllah,pasti Allah menjaga Wiwi.



Mesej yang aku nak sampaikan kat sini adalah,budak2 nie paling mudah kita nak terapkan apa2 pun,sebab dia suka bertanya dan mendengar.terimanya je apa2,sebab tu kalau persekitaran elok,orang2 sekeliling pun elok,budak2 tu pun akan jadi elok. 
Dan,penerapan tu bukan daripada mak dan ayah sahaja,tapi daripada abang,kakak,adik beradikdan orang sekeliling la.

Tegas penting tapi pada aku mereka hanya patut ditegur dan dihukum apabila buat salah,dan dihargai,diberi pujian apabila buat kebaikan. Marah,tinggikan suara,pukul sebenarnya perlu jugak kadang2,tapi mungkin itu jalan terakhir..
Bagi pendekatan yang halus dan kasih sayang tu lebih baik.

Tengking? mungkin dia takut,dan takut tak bermakna dia hormat.jangka masa pendek mungkin ok, tapi untuk jangka masa panjang,percayalah,ia memberi tekanan pada budak tersebut,paling nampak,bila besar,dia tengking kau balik.seriously.

Aku pernah ajar seorang budak baca iqra’,orang cakap dia lembap sikit,pada pemerhatian aku,ya,memang dia macam susah nak sebut satu perkataan tu,dan asyik diam je,tak senyum.tak senyum langsung!

Dan ada yang nasihatkan aku,kena paksa dia,tak boleh manjakan sangat..Bila aku tengok dia kena paksa oleh orang sekeliling. Aku dapat rasakan he don’t like it.he don’t.muka dia sangat tegang.he just listen.but he not happy.

 Then,aku angkat dia,duduk atas riba aku,peluk dia then aku tunggu dia sebut perkataan tu,kadang2 aku bagi tahu,tapi lebih banyak I give him support,motivate him dengan lembut,dia dapat sebut dengan sendirinya walaupun lambat sikit. Aku puji setiap perkataan yang dia keluarkan. 

And u know what? He smile,beautiful smile…

 “Ya Allah,susahnya nak suruh dia senyum!!!!!!! Akhirnya…!!!! ” haha.. 

see? Siape suka dikasari,dipaksa? Aku yang muda pun benci! Yang tua? Think about it ok..
 ^_^



Thank you for selongkar my blog!

No comments:

Post a Comment