click this cute!

Friday, 26 July 2013

Girl in the Green Scarf

hey guys..

Hari nie ini keluar dengan berhajatnya nak beli baju raya,tudung raya..duit dah siap sedia nie..
Pusing2,masuk kedai nie,kedai tu..cantik giler semua..cantikkkkkk!!!

Mata berpinar2,blink2 gitu.

aku rasa tahun nie cam nak pakai warna oren ke,tak pun kelabu..

ish,nampak pulak pink hijau..adui merah pun gorgeous!

rambang mata..nak beli mana satu nie...!!!

Akhirnya.

tak beli apa..balik dengan makanan2 je..

aku selalu macam nie,sakit hati betul dengan diri sendiri.

Aku suka sangat makan agar2,macam jenis suka!
hari tu pegi bazar,tengok agar2,hajatnya nak beli,tengok banyak sangat jenis,banyak,sedapnya!!!
lama aku termenung,akhirnya "Taknak beli laaa..Jom balik!"
why? bukan taknak,tapi susah nak pilih~
malas nak fikir.

Kenapa memilih tu sangat menyusahkan,dan tak menggembirakan.
ada jugak orang macam nie..kalau keluar makan,suka kalau orang tolong pilihkan..
tapi kalau dapat yang tak sedap.rasa nak cekik2! hahaha (gelak jahat)

Suka kalau orang pilihkan,tapi tak semua laaa.
Ada jugak yang aku pilih sendiri kalau nak beli apa2,kadang2 aku dikelilingi oleh banyak benda yang cantik,

tapi kenapa tak beli? sebab tak betul2 berkenan di hati,tak ada chemistry dengan aku.walaupun orang sekeliling cakap,cantiknya,comelnya,beli laa..pujuk2 ke,cantik bagai bidadari,i said no. cantik tapi tak serasi.
aku akan beli bila benda tu dirasakan ada bonding dengan aku,mungkin ditakdir untuk aku..kalau aku tak beli,bila balik rumah sampai nak tidur pun aku teringat2,then aku akan pergi cari jugak dalam masa beberapa hari..

yang penting benda aku beli dah sentuh hati aku,bukan mata aku.

aku pelik? thats who am i~  :)

Aku dapat rasa Allah yang pilihkan untuk aku apa yang aku perlu beli,apa yang cantik untuk aku.

Dan kalau nak tahu bila nak beli sesuatu hati aku selalu akan cakap "Allah,pilihlah untuk aku,mana yang terbaik.." lepas beli,hati rasa sangatsangatsangat sangatttttttt la puas!

Aku memang boros suatu ketika dulu but day by day i learn to not..how? with doa setiap hari,
"ya Allah,bersihkan hatiku daripada sifat2 mazmumah,terutama sifat riak,sombong,angkuh,iri hati,tamak,kedekut,bakhil,ujub,kufur dan borossss"

Lama kelamaan sifat boros tu makin kurang..makin hilang~
Salah satu cara adalah bila aku nak beli aku akan tanya hati,

"membazir tak nie? betul2 perlu ke? terdesak ke?"
kalau betul2 perlu,beli. kalau tak perlu, dont u ever think about it again!
Tapi kadang2 benda2 yang memang dah tertarik di hati,yang dah nampak aku si pemakainya, macam selendang tu suka sangat,sangat suka,memang tak boleh tahan dahhhh!!
aku beli jugak! nanti tak boleh tidur..haha (teruk aku nie!)

BOLEH LA AMALKAN DOA YANG AKU SHARE NIE KALAU RASA2 PERANGAI MACAM AKU..
haha


Teringat cerita CONFESSION OF SHOPAHOLIC..suka sangat cerita tu.
Bila tengok,aku ada jugak ciri2 macam perempuan tu,sikit..

comel kan?

persamaan aku dan dia adalah,,
Bila dia nak beli scarf hijau nie nie,dari jauh dia dah nampak scarf nie,seolah2 memanggilnya..tapi dia serba salah nak beli ke tak,terus dia masuk kedai tu,Actually dia sedang berperang dengan dirinya untuk tidak lagi boros sangat,dia cakap dalam hati "cantik,tapi tak perlu.dia tak perlu.dia berpaling nak balik,bila dia melangkah,
tiba2 patung bergerak menggoda dia dengan scarf tu,


" Scarf ini sangat sesuai dengan awak,mata awak nampak lebih besar,lebih menyerlah,perempuan tu tengok dalam cermin mengiyakan..tergoda seyyyhhh! akhirnya beli jugak..
haha..
Ya,kalau dah terikat kat hati tu,aku pun kalah,tapi bukan salah aku,barang tu yang goda aku,tu tak campur lagi setan2 sekeliling! adui~


Betapa bahagianya muka aku kalau dapat beli barang yang diinginkan macam gambar kiri tu,yang kanan pulak,muka dah menggambarkan hati.,boleh teka kan kenapa?.haha


Bezanya perempuan nie suka barang2 branded,aku tak..!

aku tak giler sangat pun barang2 branded nie,seperti yang aku cakap,kalau tak ada chemistry dengan aku aku tak beli jugak.simple.

brand dan harga no 2, cantik di hati no 1,then tengok kualiti,kalau barang murah,cantik giler di hatiku dan tak mudah rosak,yes, i love it,aku beli. kalau branded,tak berkenan dihati,walaupun kualiti bagus,tak beli jugak.

Paling aku suka barang yang aku suka tahan lama..contoh beg tangan.tak suka tukar2,aku kecewa bila beg rosak.benci.sangat.
Kasut pun tak suka tukar sebab kasut kalau tukar,makan masa bulan2 nak serasi,susah betul. kalau perempuan mesti tahu pasal kasut makan tuan kan? giler,berparut belakang kaki kasut punya pasal.
tak sanggup.kalau dah jumpa kasut,pakai,dah serasi,tak sakit kaki,aku nak yang tu je.yang tu je.fullstop.seolah2 kasut Cinderella Martini dah jumpa!!!! hehe.

Dan perempuan dalam cerita nie nak beli barang pun sampai berhutang berdollar2,aku tak! haha

Tapi bila kawan2 atau sesiapa yang hadiahkan sesuatu kat aku tak ada pulak aku rasa tak suka. kenapa ye? sebab percuma,semua orang suka.haha..
Tapi the real thing is, sebab aku rasa orang tu dah pilih yang paling cantik untuk aku,so hati aku pun rasa suka dengan barang tu,hadirnya perasaan suka tu sebab keikhlasan hati orang yang memberi...kan?



Hepi kan kalau dapat ape yang hati kita suka? confident level tu memang tinggi laa..walaupun pada orang lain,tak cantik pun,nampak macam badut keeee...Aku? ada kite kisah? asal aku bahagia dah laaaa,hehe

 Yang penting bersyukur dengan apa yang ada,tahu tak macam mana?

Rasulullah ajar cara bersyukur dengan berdoa agar
 Allah memberi pertolongan untuk ingat pada Allah, mensyukuri nikmatNya dan elok ibadah kepadaNya..

Sebab kita dah dapat banyak benda yang Allah bagi,kalau orang sombong..hidung tinggi2 tu,tak ada maknanya nak doa2 dah...
 tapi sebab kita tak sombong dengan apa yang Allah bagi,kita rendahkan diri nak mintak lagi Allah tolong hati kita supaya bersyukur~ sweet sangat..hehe

hai,im the girl in green scarf~
 ^_^

Thank you for selongkar my blog! hehe

~macam best pulak iklan hotlink kat blog aku kali nie,RM15 je nk surfing internet? wawawa..muka boros datang..haha..dapat tukar dengan AYAM KFC lagi??? wawawa..muka bertambah boros..sedap!~
sambil2 tulis blog siap survey lagi iklan tu..kah3..ayam menggoda di bulan puasa~ ceh!!


No comments:

Post a Comment