click this cute!

Thursday, 11 July 2013

Taknak jadi pengumpat cyber!


Kadang2 bila tengok FB ke,utube ke,banyak benda yang mengaibkan orang,atau mereka mengaibkan diri sendiri atau dianiaya.

Zaman dah maju,
jadilah generasi yang bijak,bukan makin mundur.
jadi generasi yang suka menambah ilmu yang bermanfaat bukan generasi yang menjatuhkan orang

sedar tak sedar,sebab teknologi maklumat dihujung jari nie kita dah jadi macam makcik2 gosip kat kampung2 ye...??? makcik2 cyber gitu! lelaki pun sekali jadi makcik2 macam nie.no more tingkap2 nie..tak advance dah.mulut tutup,jari bergerak ke hulu ke hilir. macam sungai plak dah.

bagaimana?


Tahukah anda setiap kali anda SHARE,anda dah sama2 menyebarkan aib orang atau mengumpat atau kalau benda tu tak betul boleh jadi fitnah kepada mereka yang berkenaan.

LIKE jeee... sama la macam menyokong perbuatan mengaibkan,mengumpat atau fitnah tersebut.
 tu tak campur lagi tengok dengan kawan2,duk gelak,duk kutuk...
COMMENT penambah perisa,sama macam turut serta mengumpat.mengaibkan orang.

walaupun mereka sendiri mengaibkan diri sendiri,(mengaibkan diri sendiri pun dilarang dalam Islam tau!)
tapi sebagai saudara seIslam patut ke kita tolong aibkan si dia juga??

Bahagian nie kita boleh cakap "kubur asing2!"
sebab tu kita kena fikir diri sendiri dulu, "adakah apa yang aku lakukan nie boleh buat aku terjerumus ke neraka bersama si dia?" THINK plez! for our own good.


"Wahai orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa,dan janganlah kamu mencari kesalahan orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati?
maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.dan bertakwalah kamu kepada Allah;sesungguhnya Allah Penerima taubat,lagi Maha Mengasihani" 
~ayat 12 surah Alhujuraat~

ingatlah kawan2,sewaktu kita sedang melakukan segala perkara ini,SHARE,LIKE,COMMENT yang bukan2,kutuk2... mungkin mangsa tersebut sedang menangis bertaubat kepada Allah,dosa dia dah bersih.kita tak tahu

tapi dosa kita tetap ada dan mungkin bertambah kerana punca kita yang menyebarkan.
Dua pulak tu,dosa dengan mangsa dan dosa dengan Allah sebab langgar perintah Allah.

duk sibuk sangat cakap buruk2 pasal orang,dosa orang,kite nie tak pernah buat dosa?? suci sangatkah?
Allah dah ampunkan dosa ke?
 Teruskan lah sebar aib orang,nanti Allah buka aib kita,dosa kita besar2 atas dunia,nak ke?
yang pasti orang yang tolong buka aib orang nie,Allah akan buka aib dia besar2 kat akhirat..tempat yang kekal abadi..
tak takut kah? tak malukah?

Sepatutnya kita turut menjaga aib orang,saudara seislam.dan bersyukur sangat2 sebab selama nie Allah menjaga aib kita atas muka bumi nie,Allah tak menyebarkan dosa kita pun..kalau Allah izin sekelip mata je,tapi Allah tak buat kan? sayangnya Allah kat kita..tunjukkan tanda SYUKUR..



its time to CHANGE...
1.delete segala perkara yang berkaitan dan usaha sebaik mugkin agar perkara yang dishare atau di like itu tidak tersebar.
2.mohon lah maaf kepada mangsa
3.mohon ampun kepada Allah kerana telah melanggar perintahNya dan bertaubat=>usaha untuk pastikan perbuatan itu tidak berulang!



"Katakanlah wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
~Surah Az zumar ayat 53~

Elakkan,jangan!

>dont maki hamun orang dalam laman sosial,ajak gaduh segala.its bad.

> dont share perkara2 tak bermanfaat,apatah lagi menyokong.

>dont sindir2 orang walaupun dalam memberi nasihat.even tak tag pun
(Rasulullah tak pernah pun nak sindir orang nak nasihat orang,nak sampaikan dakwah,banyakkan ikut cara Rasulullah,cara Ahli syurga..)

>jangan nasihat main hentam je.
nak nasihat pun sebaiknya biar penasihat dan orang yang dinasihat je tahu dan Allah,sembunyi2 je!
(lebih menjaga hubungan silaturahim,lebih menjaga aib orang)

>sebaiknya tak perlu lah nak keluarkan sangat statement2 yang tak bermanfaat banyak sangat..itu hak masing2 laaa..tapi rugi la,kalau benda buruk pun boleh tersebar cepat,akaun dosa berganda2 sekelip mata,bayangkan kalau ditukarkan dengan benda2 yang bermanfaat supaya akaun pahala bercambah berjuta2 walaupun waktu kita tengah tidur sekalipun,dengan internet sahaja...fuyooooo!!!


Jadikan teknologi,internet,laman sosial itu sebagai tempat yang bermanfaat

+kongsi ilmu
+tambah ilmu
+menjalinkan hubungan silaturahim keranaNya
dan banyak lagi! waaaaa! (*_*)


Ingatlah saat kamu berbicara berdua,ada yang ketiga, berbicara bertiga ada yang keempat,berbicara berempat,atau ramai2,ada yang melihat dan mendengar...ALLAH!

kalau ingat,mesti hati2 kan? mahukah Allah dalam keadaan murka terhadap kita walaupun sesaat???
taknak!!!!!


Kepada yang meminta maaf,insyaAllah,semoga perkara itu dapat mengurangkan beban kita diakhirat.
Kepada orang yang diminta maaf,maafkan lah,sebab kita sendiri pun tak tahu,dosa kita selama nie Allah dah maafkan ke belum? maafkan orang yang bersalah terhadap kita,insyaAllah,Allah akan lebih sayanggggg kita.dan ampunkan dosa kita.


Bila aku rasa sombong dalam memaafkan orang,kadang2 aku terfikir,selama nie,aku tak pernah buat salah ke dengan orang? aku tak pernah buat dosa? padahal hamba Allah tak pernah lepas dari kesalahan.mungkin suatu hari nanti aku pulak yang buat salah kat orang yang meminta maaf tuuuuuu...
bila2 masa Allah boleh izin perkara begitu berlaku,sama ada kita sengaja atau tidak.


So,jangan sombong ingat kita boleh control segala keadaan akan datang,jangan takbur dengan Allah seolah2 kita berkuasa,fikir kita baik sangat..ya,kita mampu berusaha untuk elak tapi kena ingat

ALLAH KALAU DIA IZINKAN KITA LAKUKAN SESUATU PASTI BERLAKU SESUATU ITU.

so,jangan sombong sangat,apa yang kita buat tu biar banyak rendah diri di hadapan Allah,supaya Allah halang perkara yang tak sepatutnya berlaku...

Thank you for selongkar my blog!

^_^




No comments:

Post a Comment