click this cute!

Sunday 9 August 2015

Impianku di masa hadapan

Assalamualaikum..

skema pulak title. ^_^

       Kadang-kadang, mungkin selalu, aku termenung dan berfikir jauh ke hadapan..macam mana hidup aku akan datang? korang pun mesti fikir jugak kan?..huhu..

memandangkan hidup ini hanya sekali, aku sangat berharap hidup aku nie bahagia sebahagianya la kan..well, siapa yang taknak bahagia?

Dalam hidup nie aku tak demand sangat.

Untuk diri aku sendiri, aku harap aku ada..emm..malu ahh nak cakap..hahaha..
 tapi takpe, kebanyakan orang melaluinya.. aku harap aku ada emmm...seorang suami yang soleh dan penyayang.hihihiii..
 Dia tak perlu pun pakai serban purdah segala, mungkin orang biasa je tapi baik la. Aku pun tak baik sangat tapi sape taknak orang baik kan. Sebab aku tak baik la aku perlu orang yang boleh bimbing aku kan..maksud aku dia takde la jenis "u buat la" tapi dia jenis "Jom kita buat sama-sama" sweet pulak! *Senyum tutup muka* haha. Dan biarlah dia setia sampai syurga, aku pun sama.

Bagi aku bila lelaki dah kahwin nie, dia sepatutnya lebih fokus macam mana nak jadikan diri sendiri suami terbaik dan bimbing isteri dan anak-anak dia untuk jadi soleh solehah, masuk syurga, bahagiakan family,tu matlamat dia. bukan duk sibuk pandang perempuan lain ke apa. Isteri pun sama, cuba jadi yang terbaik untuk suami dan anak-anak.

Pastu aku harap Allah beri emm :) anak ramai-ramai, comel-comel, soleh solehah. Nanti mesti riuh rendah rumah, bestnyaaaa!!!

 Ada orang cakap makin bertambah anak, makin banyak keluar belanja..no..sebab bila seorang lelaki kahwin, dia mungkin dipanggil tanggung isteri dia, tapi sebenarnya rezeki yang dia dapat tu memang  telah ada bahagian rezeki untuk dia, isteri dia, begitu juga bila bertambah setiap anaknya. Rezeki takkan tertukar walaupun dengan isteri atau 10 orang anak, isteri atau anak-anak tak usik sikit pun rezeki si suami/ayah, tapi Allah dah tetapkan banyak mana rezeki masing-masing. Suami/ayah tu cuma pengantara. Jadi jangan fikir macam tu lagi sedangkan Rasulullah sangat sangat sangatlahh suka kalau kita dapat lahirkan lagi ramai umatnya dan sama-sama kita belajar untuk didik mereka dengan terbaik. InsyaAllah.

Yang penting dalam family aku tu penuh kasih sayang. Aku tak suka dan taknak ada suasana penuh tekanan kat rumah aku, tengking menengking, marah-marah, mencarut, takde perasaan hormat..Ya Allah tolong la jauhkan..
Kalau kami diuji dengan apa-apa masalah pun, harap family aku nie lebih banyak hadapi bersama-sama, genggam erat tanganku gitu! haha.


Tu yang utama.

Pastu kalau boleh aku nak la tinggal kat rumah sendiri. Tak kisah kalau rumah tak besar pun, setingkat pun takpe, asalkan ada laman sekeliling rumah..tak suka sangat rumah yang kongsi dinding..parking kereta pun kat luar rumah..lemas la.kan?. kalau ada laman boleh family aku riadah petang-petang seselesa yang mungkin, tanam pokok bunga, berkebun..cewah..macam kat kampung je.. heee..
Dalam rumah ada bilik yang cukup, takde yang tidur kat lorong-lorong dapur, tetamu datang tumpang pun masih ada bilik walaupun kecil tapi cukup selesa. Ada dapur, ruang tamu..dan perabot-perabot asas tu ada.

Cukuplah ada kereta biasa-biasa yang boleh bawa family pergi jalan-jalan. Kereta sedan, 4 pintu, aku tak kisah sangat, saga flx pun takpe..Mula-mula macam tak kisah pun kalau kancil ke myvi, tapi bila fikir balik, payah hidup, nak bawa barang banyak nak pindah mana-mana ke, nak balik kampung, ye dak?  bagi aku tak perlu sangat kot nak ber merce,honda, kereta mahal-mahal ke apa. tak kisah.

 Aku pun harap kalau hidup kami tak berhutang,tak membazir, penuh kecukupan dan kesyukuran.
macam anak sakit nak kena pergi hospital, nak pergi majlis ilmu, nak holiday sekali sekala, simpanan ada! hidup tak susahkan orang. Lagi, kami hidup dengan sederhana je tapi kami masih boleh beri duit kat family aku dan family mentua lagi, dan bila jumpa orang susah pulak, kami tetap boleh memberi. Uiiihh dasyat dalam poket takde, duk makan hati sebab tak dapat tolong orang pastu diri sendiri pun susah.
 Faham tak, yang aku sangat berharap satu kehidupan yang cukup dan penuh keberkatan.

Bagi aku kalau dah tetiba jadi kaya raya sangat pun, aku tetap suka kalau hidup aku nie, family aku, masih bersederhana.

Dan aku taknak hidup berdasarkan manusia lain which mean orang beli rumah baru, kau nak rumah baru, orang beli kereta besar, kau nak kereta besar. Bila orang mengata, kita terkesan. kebanyakan benda kita buat kita ikut orang padahal hidup kita nie tentang kita sendiri. Nie aku tengok orang la. Pada aku, kita buat apa yang kita suka, asal kita bahagia sebab citarasa kita berbeza, rezeki pun lain-lain.

Bahagia sangat-sangat kalau aku ada banyak masa dengan family, family tak terabai. hmm =)
 Macam nie baru bahagia..

By the way, sekarang aku sendiri ada family yang sederhana tapi besar sebab adik beradik ramai..seronok lah! Ada pulak kucing beberapa ekor..hihihi..

Semua ini rezeki Allah taala. Dia Maha Kaya. semoga Allah berikan rasa kecukupan dan rasa syukur yang sangat sangat sangaaaaatttlah banyak dalam hati kita walaubagaimana pun keadaan kita sekarang dan akan datang.

Definisi bahagia bagi aku bila hati kita tenang, tak kejar kekayaan dunia sangat tapi banyak banyak banyaaakk kasih sayang.

Rasulullah pernah cakap bahawa kat atas dunia nie ada syurganya sendiri terbahagi kepada 3,

1. Isteri solehah (suami soleh bagi perempuan)
2. Tempat tinggal yang baik
3. Kenderaan yang baik

Thank you for selongkar my blog and good day!
=D