click this cute!

Sunday 25 May 2014

Emm..Baca je la.!! Tak tahu nak letak tajuk apa! haha

Assalamualaikum..

hmm..Hari nie tension betul.. >_<

tetiba jadi manusia yang tak waras.
Tadi aku balik tergesa-gesa,dengan emotionalnya sampai nak masuk lorong pun tak bagi signal,jalan tak tengok kiri kanan,side mirror pun tak pandang,press motor  laju-laju ikut hati..dah nak sampai lorong kat rumah baru la perasan,

Astaghfirullah al azim!!

Apa aku buat nie,pastu baru aku tengok belakang,nasib baik jalan lapang,takde kereta moto yang lain,kalau tak memang...ish3!

Bahaya betul..

Baru hari nie kite rasa macam mana perasaan orang tengah stress bawa motorsikal atau kereta ke lori ke,kereta sorong ke..sampai boleh bawa maut atau accident. Sebabnya memang takleh fikir apa-apa dah,dah lupa duk atas jalan raya..

Orang lain naik moto dengan awek,aku pulak merempit dengan minah setan. Memang tak sedar diri perempuan nie..Kalau awek tu boleh gak tolong nasihat,"sabar-sabar,baby,ingat Allah!!" (ada ke awek camtu???..heeee...)
Nie kalau bawa minah setan nie,tak ke,"laju lagi,laju lagi si cantik gojes!! kita nie tengah duk kat litar sepang..!! yuhhhooooo!!!"
memang berasap kepala aku bawa si lesbian nie.

Dah la hormon perempuan nie tak berapa nak stabil..

But thank Allah,tengah bawa moto nak sampai rumah tetiba bunyi "kakak,kakak..kakak!!"..
anak-anak jiran rumah kite duk kejar..adui,ingat aku jual aiskrim ke apa budak-budak nie..hahaha..terus rasa nak tersenyum,hilang stress..siap angkat tangan lagi waktu nak melintas..waktu tu baru stabil bawa motor.

Sembang dengan diorang jap,main-main rambut panjang budak kecik tu..hehe..kite suka sangat la,,
Kenapa erk,kalau pandang budak-budak je kite rasa tak sampai hati nak tunjuk muka stress kat diorang,pastu kite macam dah lupa dah apa dah jadi.. =)

i don't need a counselor to motivate me.
I only need children to be my counselor without asking or solving any of my problem,because their present is good enough to heal everything! ^^

boleh buat kite senyummmm meleret-lerettttttt.....



Emmm...Suka sangat kat budak-budak sampai dulu jin budak suka ganggu aku ajak main. kau ingat aku Ahmad Albab??? hahaha..

Emm..beringat la kawan-kawan sebolehnya naiklah kenderaan anda dengan tenang dan stabil supaya tak membahayakan pengguna jalan raya yang lain. (Baiklah,saya sedar.)

Yummy!
Coklat kegembiraan ajaib!



(Mintak dengan Doraemon,dia tak bagi,takut aku gemuk macam dia katanya.So,aku beli senyap2!)
Suka sangat brand Van Houten nie dari kecik lagi..
sebab rasa coklatnya yang asli,pekat,sedap..!! Yang penting aku suka ada almond kat dalam. wajib.

Dulu waktu kecik,bila kakak ke sape-sape mintak kite mesti tilik coklat tu dulu,pastu baru bagi,sebab taknak bagi part yang ada almond..haha!

Pastu makan tak habis,simpan dalam almari,letak bawah lipatan baju..sebab waktu kecik dulu,rumah kite tak ada peti ais macam sekarang. Tu je la caranya taknak bagi dia cair. Sape pernah buat?? ^^

Sekarang kat umah letak dalam peti ais,kita tak berapa nak risau sangat ada orang kebas ke,sebab adik beradik kite tak kuat makan macam kite, kalau kite balik rumah,selalu ada makanan yang tak ada orang makan..

Pertanyaan kite bila balik "kenapa tak ada orang makan benda nie? kenapa tinggal dia macam nie?"
So,kite la tolong makan..haha..Bukan atas faktor kuat makan tau,tapi kesian la kat makanan..
Tetiba rindu rumah..banyak makanan sedap-sedap!!!

Kau apehal tetiba nak cerita pasal coklat waktu-waktu orang tengah boikot cadbury..???haha

Sape yang belum tahu sekarang ada sebahagian dari produk Cadburry terkandung DNA babi. Kita sebagai umat Islam kena ambil berat sebab makan benda-benda haram nie lah penyebab kepada susah nak terima kebenaran,anak susah nak dengar cakap,ilmu susah nak masuk,doa tak makbul,nak beribadah pun jadi liat... Aish..Semoga Allah lindungi kita dari perkara-perkara yang haram. *_*

Sekalipun ada makanan yang kita waswas kandungannya lebih baik kita tinggalkan sebagai langkah berjaga-jaga.

By the way,sedikit perkongsian,


Sebenarnya budak tahun akhir UTeM,universiti aku la,tengah buat satu program anak yatim untuk penuhi keinginan anak-anak yatim di  KOMPLEKS ANAK YATIM FATIMAH AL-ZAHARAH BKT KATIL.

Kalau korang nak sumbangkan barang yang diingini oleh anak-anak yang Rasulullah kasihi ini atau nak sumbangkan duit supaya krew2 program ini boleh belikan barang tersebut untuk diorang pun boleh!,korang boleh tengok detail,
Klik SINI

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Aku dan orang-orang yang mengasuh/menyantuni anak yatim di syurga seperti ini”, Kemudian baginda memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah seraya sedikit merenggangkannya.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Hadis yang menunjukkan betapa rapatnya Rasulullah dengan orang yang berbuat baik kat anak-anak yatim nie,tak rugi pun!!! Jom la sama-sama penuhi keinginan mereka!! ^^

Thank you for selongkar my blog and good day!!

---------------------------------------------------------------------------










Friday 9 May 2014

Mandian Best!

Assalamualaikum..
hee.. =)

Malam nie nak share something yang best..Mesti korang banyak fikir,benda nie nak guna yang mana,betul ke yang nie best?? Takpun berkesan ke? Sebab dalam dunia nie banyak giler produknya..haha..

Aku pun selalu fikir,solution nya,mari kita ramai-ramai google,dengar pengalaman orang ke,cari ilmu pasal produk tu ke...supaya dapat yang terbaik.. kiranya stalk website ke apa...opsss i mean investigate website ke..haha..Paling tak pun dapat minimumkan beli produk yang pakai sekali pastu buaaaaangggggg...!! huh!

Aku memang banyak pengalaman,tapi aku tak buang,aku simpan.buat harta,mana tahu lama-lama jadi emas..adui..haha.

Jadi,hari nie aku nak share produk nak bersih-bersih badan nie yang aku boleh katakan bagus sangat bila aku dah guna.

Setiap hari aku guna dettol, sebab kalau guna sabun lain,masalah kulit akan berlaku pada diri yang tak bersalah ini.. T_T
bcoz kulit kite nie jenis sensitif,dari kulit kepala sampai hujung kaki memang kena jaga kebersihan betul-betul,penat la jugak  nak jaganya >_< 

 Thats why aku amalkan madu setiap hari sebagai penjagaan dalaman. 

Tapi luarannya pun kite jaga jugak dengan dettol. Jadi aku syorkan kalau guna sabun dettol nie memang bagus sangat la nak berperang dengan tentera-tentera bakteria nie,dan untuk kulit cam aku jugak.

Bila aku balik kampung aku pakai OLIVE SHOWER GEL dari Body Shop nie,sebab family aku ada guna yang nie, waaa..^^ bersih sangat badan bila pakai shower gel nie,bau daun,pokok,bau alam semulajadi gituuu...yang penting dia nie tak bagi masalah kat kulit,wangi pastu tak tahu nak describe macam mana betapa rasa bersih dan segarnya lepas mandi tu....Terbaik.!!!


Tu antara shower harian,yang nie pulak lulur. Kalau tanya budak lelaki,ramai yang tercengang buat muka macam katak terkejut..hehehe..Takpe,kite faham,lelaki bukan guna..ye dak??
haha.

Tapi ada jugak perempuan yang mungkin buat muka tercengang lagi dasyat dari lelaki dan katak..kihkihkih..
Punya la tak tahu..
Lulur tu scrub badan. Kalau perempuan biasanya guna la sebab scrub nie bagus untuk kulit,tanggalkan sel mati,bagi lembut dan licin...puas hati!!

Untuk siapa?? Untuk Abu?? Untuk Ahmad Albab? Untuk Suami?? Habis,yang takde suami tak payah guna??? no way..
Untuk Saya...^^
ce wahh..macam iklan tuuu..haha

untuk diri sendiri laaa.. Sayangi diri sendiri ye girlgirlsss. =)
Biasanya scrub badan nie kita guna seminggu sekali atau dua kali..Tak payah guna sabun lain dah waktu tu,pakai je seluruh badan dan tunggu 5 ke 10 minit atau lama-lama dalam bilik air tu baru bilas..

Mula-mula dulu aku cuba Lulur Susu dari Sumber Ayu nie..sedap bau dia,satu bilik air wangi sampai rasa taknak keluar..nak bertapa lama-lama,tutup mata,tidur..hehe.. Bau susu yang sangat segar,dia punya biji-biji tu halus je,jadi lembut je kat kulit..


Sekarang aku pakai lulur susu beras dari Putri Binari pulak,sebab dia punya biji lagi kasar dan bau pun wangiiiiiii...^^ Terasa di scrubkan!! haha.. 

Yang nie memang lagi mahal dari Sumber Ayu punya... Tapi terpulang la kat masing-masing suka yang mana sebab dua-dua pun bagus..belum cuba belum tahu...heheww..

Kalau nak tahu lulur nie ada banyak jenis dan perisa..opss,dah macam ice cream dah..haha.  Kalau macam aku suka jenis-jenis susu nie,ada je yang jenis buah-buahan ke..banyak laaa..

Sebenarnya aku pernah guna satu produk lulur nie,dia campuran garam bukit dengan limau..best sangat..Tapi sekarang dah tak ada,sebab dia tu produk spa yang dicipta sendiri oleh pemiliknya.Dia dah tak keluarkan kalau tak silap.. Memang the best la sesuai dengan harganya yang mahal..Rugi pulak rasa tak dapat nak share.. T_T



Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu lulur tu apa dulu..haha.. 
Muka tercengang dah tak macam manusia. hihihi..

Thank you for selongkar my blog and good day yay!!

Wednesday 7 May 2014

Khabarku di sini.


Assalamualaikum..
lama tak tengok haaa...haha



Aku nak study nie...tapi sempat lagi nak update blog sebelum blog nie frozen tanpa sentuhan kasih sayang aku..ececehhhh.. love will thaw..haha.
 minggu nie aku kena qada beberapa test yang aku  bukan main enjoy duk MC kat kampung seminggu hari tuuu sementara kawan-kawan menderita gigit pen dalam dewan exam.

Minggu nie kawan-kawan dah relax,aku pulak menderita gigit gigi dalam bilik lecturer jawab test.
Punya dasyat tahun 3 punya killer subject. aahhhhh!!

T_T keep strong.

Minggu-minggu lepas dah la busy rasa takleh bernafas buat assignment belambak-lambak,due date pulak sama. Allah..bukan kes buat last minute tapi sebab assignment pun membunuh. Tapi tak mati lagi setakat nie...hahaha.
Relax bro..engineering field tak seteruk yang disangka. Kang ada pulak yang tak jadi masuk universiti sebab aku buat kecoh kat sini. hehehe...

Cuma semua bidang ada kesukaran masing-masing,yang tu kita kena faham..bidan kampung pun challenge gak! ingat senang nak hadapi orang nak beranak?? Perempuan nak beranak tetiba cekik leher kau sebab tak tahan sakit,sape nak tanggung?? mental dan fizikal kena kuat.
 *pepandai cakap macam bidan pulak .=_="

Cuti hari buruh hari tu kite balik kampung,Arshad makin gemuk..Dagu dah nak berlapis dan pipi dah tembam. Kepala dah boleh angkat.
Yang penting style tidur tetap sama. Tema kebebasan.(tengok tangan laaa...haha...)


Arshad comel sangat.. 


Arshad nie bukan anak aku. Anak saudara. Tapi buat masa nie aku update blog macam dia aku yang punya...hahahaha...

Baiklah..cukup la dengan gelak-gelak ntah apa-apa tu..

Sekarang zaman Army. tak tahu la kenapa...any idea??
Ramai kan pakai baju army,kain army,tudung army...environment friendly gituuuu
Jadi,bila keluar tu rasa safe je...
Agak-agak bila pulak uniform polis atau bomba akan muncul??? haha...

Aku pun terbeli sama..haha
Orang ada,dia nak ada jugak...



Doakan aku ye..ada lagi 2 subjek nak kena jawab test nie!

Thank you for selongkar my blog and good day. =)