click this cute!

Sunday 25 May 2014

Emm..Baca je la.!! Tak tahu nak letak tajuk apa! haha

Assalamualaikum..

hmm..Hari nie tension betul.. >_<

tetiba jadi manusia yang tak waras.
Tadi aku balik tergesa-gesa,dengan emotionalnya sampai nak masuk lorong pun tak bagi signal,jalan tak tengok kiri kanan,side mirror pun tak pandang,press motor  laju-laju ikut hati..dah nak sampai lorong kat rumah baru la perasan,

Astaghfirullah al azim!!

Apa aku buat nie,pastu baru aku tengok belakang,nasib baik jalan lapang,takde kereta moto yang lain,kalau tak memang...ish3!

Bahaya betul..

Baru hari nie kite rasa macam mana perasaan orang tengah stress bawa motorsikal atau kereta ke lori ke,kereta sorong ke..sampai boleh bawa maut atau accident. Sebabnya memang takleh fikir apa-apa dah,dah lupa duk atas jalan raya..

Orang lain naik moto dengan awek,aku pulak merempit dengan minah setan. Memang tak sedar diri perempuan nie..Kalau awek tu boleh gak tolong nasihat,"sabar-sabar,baby,ingat Allah!!" (ada ke awek camtu???..heeee...)
Nie kalau bawa minah setan nie,tak ke,"laju lagi,laju lagi si cantik gojes!! kita nie tengah duk kat litar sepang..!! yuhhhooooo!!!"
memang berasap kepala aku bawa si lesbian nie.

Dah la hormon perempuan nie tak berapa nak stabil..

But thank Allah,tengah bawa moto nak sampai rumah tetiba bunyi "kakak,kakak..kakak!!"..
anak-anak jiran rumah kite duk kejar..adui,ingat aku jual aiskrim ke apa budak-budak nie..hahaha..terus rasa nak tersenyum,hilang stress..siap angkat tangan lagi waktu nak melintas..waktu tu baru stabil bawa motor.

Sembang dengan diorang jap,main-main rambut panjang budak kecik tu..hehe..kite suka sangat la,,
Kenapa erk,kalau pandang budak-budak je kite rasa tak sampai hati nak tunjuk muka stress kat diorang,pastu kite macam dah lupa dah apa dah jadi.. =)

i don't need a counselor to motivate me.
I only need children to be my counselor without asking or solving any of my problem,because their present is good enough to heal everything! ^^

boleh buat kite senyummmm meleret-lerettttttt.....



Emmm...Suka sangat kat budak-budak sampai dulu jin budak suka ganggu aku ajak main. kau ingat aku Ahmad Albab??? hahaha..

Emm..beringat la kawan-kawan sebolehnya naiklah kenderaan anda dengan tenang dan stabil supaya tak membahayakan pengguna jalan raya yang lain. (Baiklah,saya sedar.)

Yummy!
Coklat kegembiraan ajaib!



(Mintak dengan Doraemon,dia tak bagi,takut aku gemuk macam dia katanya.So,aku beli senyap2!)
Suka sangat brand Van Houten nie dari kecik lagi..
sebab rasa coklatnya yang asli,pekat,sedap..!! Yang penting aku suka ada almond kat dalam. wajib.

Dulu waktu kecik,bila kakak ke sape-sape mintak kite mesti tilik coklat tu dulu,pastu baru bagi,sebab taknak bagi part yang ada almond..haha!

Pastu makan tak habis,simpan dalam almari,letak bawah lipatan baju..sebab waktu kecik dulu,rumah kite tak ada peti ais macam sekarang. Tu je la caranya taknak bagi dia cair. Sape pernah buat?? ^^

Sekarang kat umah letak dalam peti ais,kita tak berapa nak risau sangat ada orang kebas ke,sebab adik beradik kite tak kuat makan macam kite, kalau kite balik rumah,selalu ada makanan yang tak ada orang makan..

Pertanyaan kite bila balik "kenapa tak ada orang makan benda nie? kenapa tinggal dia macam nie?"
So,kite la tolong makan..haha..Bukan atas faktor kuat makan tau,tapi kesian la kat makanan..
Tetiba rindu rumah..banyak makanan sedap-sedap!!!

Kau apehal tetiba nak cerita pasal coklat waktu-waktu orang tengah boikot cadbury..???haha

Sape yang belum tahu sekarang ada sebahagian dari produk Cadburry terkandung DNA babi. Kita sebagai umat Islam kena ambil berat sebab makan benda-benda haram nie lah penyebab kepada susah nak terima kebenaran,anak susah nak dengar cakap,ilmu susah nak masuk,doa tak makbul,nak beribadah pun jadi liat... Aish..Semoga Allah lindungi kita dari perkara-perkara yang haram. *_*

Sekalipun ada makanan yang kita waswas kandungannya lebih baik kita tinggalkan sebagai langkah berjaga-jaga.

By the way,sedikit perkongsian,


Sebenarnya budak tahun akhir UTeM,universiti aku la,tengah buat satu program anak yatim untuk penuhi keinginan anak-anak yatim di  KOMPLEKS ANAK YATIM FATIMAH AL-ZAHARAH BKT KATIL.

Kalau korang nak sumbangkan barang yang diingini oleh anak-anak yang Rasulullah kasihi ini atau nak sumbangkan duit supaya krew2 program ini boleh belikan barang tersebut untuk diorang pun boleh!,korang boleh tengok detail,
Klik SINI

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Aku dan orang-orang yang mengasuh/menyantuni anak yatim di syurga seperti ini”, Kemudian baginda memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah seraya sedikit merenggangkannya.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Hadis yang menunjukkan betapa rapatnya Rasulullah dengan orang yang berbuat baik kat anak-anak yatim nie,tak rugi pun!!! Jom la sama-sama penuhi keinginan mereka!! ^^

Thank you for selongkar my blog and good day!!

---------------------------------------------------------------------------










No comments:

Post a Comment