click this cute!

Wednesday 7 May 2014

Khabarku di sini.


Assalamualaikum..
lama tak tengok haaa...haha



Aku nak study nie...tapi sempat lagi nak update blog sebelum blog nie frozen tanpa sentuhan kasih sayang aku..ececehhhh.. love will thaw..haha.
 minggu nie aku kena qada beberapa test yang aku  bukan main enjoy duk MC kat kampung seminggu hari tuuu sementara kawan-kawan menderita gigit pen dalam dewan exam.

Minggu nie kawan-kawan dah relax,aku pulak menderita gigit gigi dalam bilik lecturer jawab test.
Punya dasyat tahun 3 punya killer subject. aahhhhh!!

T_T keep strong.

Minggu-minggu lepas dah la busy rasa takleh bernafas buat assignment belambak-lambak,due date pulak sama. Allah..bukan kes buat last minute tapi sebab assignment pun membunuh. Tapi tak mati lagi setakat nie...hahaha.
Relax bro..engineering field tak seteruk yang disangka. Kang ada pulak yang tak jadi masuk universiti sebab aku buat kecoh kat sini. hehehe...

Cuma semua bidang ada kesukaran masing-masing,yang tu kita kena faham..bidan kampung pun challenge gak! ingat senang nak hadapi orang nak beranak?? Perempuan nak beranak tetiba cekik leher kau sebab tak tahan sakit,sape nak tanggung?? mental dan fizikal kena kuat.
 *pepandai cakap macam bidan pulak .=_="

Cuti hari buruh hari tu kite balik kampung,Arshad makin gemuk..Dagu dah nak berlapis dan pipi dah tembam. Kepala dah boleh angkat.
Yang penting style tidur tetap sama. Tema kebebasan.(tengok tangan laaa...haha...)


Arshad comel sangat.. 


Arshad nie bukan anak aku. Anak saudara. Tapi buat masa nie aku update blog macam dia aku yang punya...hahahaha...

Baiklah..cukup la dengan gelak-gelak ntah apa-apa tu..

Sekarang zaman Army. tak tahu la kenapa...any idea??
Ramai kan pakai baju army,kain army,tudung army...environment friendly gituuuu
Jadi,bila keluar tu rasa safe je...
Agak-agak bila pulak uniform polis atau bomba akan muncul??? haha...

Aku pun terbeli sama..haha
Orang ada,dia nak ada jugak...



Doakan aku ye..ada lagi 2 subjek nak kena jawab test nie!

Thank you for selongkar my blog and good day. =)

No comments:

Post a Comment