click this cute!

Saturday 5 April 2014

Its a big matter.Take notes.

Assalamualaikum.. =)

Hari nie start cuti midsem..Tapi aku dah start minggu lepas.haha.
Doktor yang bagi mc seminggu..nak buat cam mana..hehe..

Alhamdulillah selepas banyak benda berlaku yang sangat berat itu entry TANDA KASIH SAYANG ALLAH tetiba kena minyak panas nie pulak sekali lagi tanda kasih sayang Allah ^_^ Allah nak bagi balik kampung awal berehat...mental dan fizikal... Dia lah Paling Memahami dan sebaik-baik Pengatur... Sejujurnya i loss my spirit a bit..much sebenarnya, melalui waktu-waktu sukar yang sangat panjang..memang tak sihat sangat rasanya..

Muka ini membuktikan?? haha..macam taknak senyum..kosong rumah sebab malam sebelum aku balik rumah tu ada kenduri cukur kepala Arshad(my first nephew)..bengang tak sempat join!! tak mau senyum!! ngee~ haha



Balik kampung pun ma kite cakap muka pucat cengkung,kesian "biar kat dunia dapat semua nie,doa supaya senang kat akhirat,jangan merungut,kalau tak,nanti,tak dapat apa,rugi..."

Maksudnya redha dengan takdir Allah,semua kehendak Allah...Ada nasihat di situ yang aku rasa berguna untuk dikongsikan dengan semua orang yang aku pasti setiap orang ada dugaan masing-masing..Mungkin lagi teruk berganda-ganda lagi...

By the way,let me share detik itu..sebab kelakar tapi ada pengajaran jugak untuk semua..berhati-hatilah dan mulakan sekarang untuk ambik tahu..

Ada orang nak datang rumah hari tu,so,aku goreng keropok..sekali minyak panas tu tersimbah tangan kanan nie..huihhh.dasyat..dasyat sangat rasanya..macam nak mati..

lepas kena terkejut la sebab selama nie kena percikan je,kali nie,tersimbah terus.. T_T
Cepat-cepat angkat tangan basuh dengan air mengalir..(tahu sebab teringat iklan tangan melecur dalam tv waktu kecik dulu..sempat lagi tuh...haha)

apalagi jerit panggil housemate..dahla kitorang berdua aje kat rumah..
Aku nie dah jerit-jerit,punya la sakit,sampai tak ternangis,aku gelak. Tu je cara nak lepaskan kesakitan..gelak-gelak sambil jerit..ntah apa-apa perempuan nie,berpeluh-peluh sebab pk nak buat apa,kitorang memang tak tahu apa-apa!!

Col kawan-kawan mintak tolong la, yang tak tahan sempat lagi suruh kawan ambik fon aku google nak buat apa..haha..Google.u seem like knowing everything *_*

bila dapat tahu ada orang tulis letak kicap la,ubat gigi la,(jangan tiru,tak betul,baca website kementerian kesihatan nie ) semua letak,tak jadi apa pun,akhirnya letak kat paip balik!! tu je yang dapat tahan sakit...

Alhamdulillah sorang kawan tu sampai,terus pergi hospital...Kawan aku ambik air letak dalam plastik suruh aku letak tangan dalam tu tau,masalahnya dia pun tergelak-gelak sebab punya la kelakar tangan aku dalam tu nak bawa sampai pergi hospital,memang memalukan!!! aku nie dah gelak sakit,campur lagi gelak kelakar tu,aduiii laa..aku pun dah tak tahan,picit ubat gigi banyak-banyak berlari keluar rumah naik kereta kawan tuu...

aku nie dah macam orang nak beranak mengerang kesakitan tahu tak,tengah perjalanan tu akhirnya menangis jugak sebab rasa macam dah tak boleh nak bernafas dah,sakit tak terkata...tapi kejap je,sebab antara gelak dengan menangis,gelak lebih membantu kurangkan sakit nie..huhu. kesian kat kawan-kawan sebab aku cakap banyak tinggikan suara masa tu sebab nak lepas rasa sakit..ganas perempuan nie..ganas..+_+

 kejap-kejap gelak,kejap-kejap menangis,kejap-kejap "SakiiiiiTTTTTTT!!!!" haha

Tapi macam best je sebab first time masuk bilik kecemasan.

woo..its not like what i thought.
tengok drama,semua dalam tu akan rushing kan..tapi real punya tak pun.semua relax. Aku je rushing pusing-pusing dalam tu sebab sakit tangan..lepas tu baru dia balut tangan nie..

Tapi betul jugak, kalau doktor panik,tak ke pesakit semua lagi teruk . huhu
Maybe sebab nampak muka boleh hidup lagi tu yang diorang relax je..hahaha

Pastu jumpa doktor,dia tengok je,dia tak cakap apa,boleh pulak dia cerita pasal adik dia kena satu badan waktu ambik oil&gas punya degree.. balik kampung dengan gelembung-gelembungnyeeeee...Ok,cerita tu berjaya buat aku rasa "SYUKURNYAAAAAA YA ALLAH!!!!" aku kena tangan je,orang lain ada yang lebih teruk... but,u know what,aku tak boleh bayang macam mana situasi dia sebab aku punya pun dah bagai nak mati rasa sakitnya!

Macam mana nak jawab test kalau tangan pun cam gini!! Yang paling teruk,satu ibu jari ke bawah..kat situ la paling sakit sebab dia la paling banyak kena..jari goreng. ngeee~

INI PENGAJARAN BUAT KITA..

Aku yakin dan pasti setiap orang patut ambik tahu pasal benda nie sebab kejadian-kejadian nie kita tak boleh jangka..kalau tak tahu apa,mulalah jadi macam aku..haha

cuba baca website KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA nie,at least tahu la asas kalau tetiba melecur,apa nak buat!!!  jangan letak mentega,ubat gigi atau kicap ke apa kalau melecur sebab boleh kena jangkitan dan aku silap la letak ubat gigi tu,sebab tu kot,gelembung besar... T_T

Sekarang Alhamdulillah dah ok,cuma makan pakai sudu garfu lagi..tak puas makan!

Letak krim aloe vera..Kalau nak beli jugak harganya RM11.90 beli kat farmasi..pembalut tambahan semua beli kat farmasi..doktor hospital bagi pembalut sikit je dan ubat antibiotik dan painkiller..hehewww..yang penting bagi mc.. *_*

Terima kasih kat kawan yang dah tolong kite hari tuu..yang hampir tolong pun,yang dah drive tetiba tak sempat sampai..maaf susahkan!! =') Pasti ada ganjaran buat keikhlasan korang daripadaNya!!

Thank you for selongkar my blog and good day!!


No comments:

Post a Comment