click this cute!

Monday 30 March 2015

Jom sembang buang masa.

Assalamualaikum..

heloo.
Hai..

how are u? aku tak tahu la aku tengah tanya sape.

emm..
Sebenarnya aku tak tahu pun apa yang aku nak sebenarnya.
u know..ok..u dont know..
Kadang-kadang aku nie macam manusia yang takde motivasi. Walaupun aku nie selalu bagi motivasi kat orang. Asal mereka nie tak bagi motivasi tu balik. memang la aku tak cakap aku bagi pinjam waktu tu.haha. tak kelakar pun.

dan walaupun aku baru bergayut dengan mak aku dan mak aku bagi motivasi kawkaww!

u know..
Aku ada segerombolan pakaian yang tak terlipat. Dan aku campur dengan shawl-shawl aku dalam kotak shawl dan ada sebahagian shawl aku ada dalam bakul baju..what theeeee....asal aku tak lipat ahh! asal aku salah asing...asal? asal? awak asal mana? *_*

Asal aku takde semangat pun nak kemas nie?

Aku ada banyak kerja yang aku kena buat dan prepare, asal aku tak terbuat ehh..asal masa berlalu cepat gilerrr tetiba dah pukul 12 lebih dan waktu nie aku sepatutnya kena tidur. Asal semua orang cam rajin giler dan asal aku tak rajin dan paling giler sekali, asal aku tak cemburu pun dengan kerajinan mereka. Asal aku macam takde perasaan.?

Asal kulit aku gatal-gatal..asal kulit aku merah-merah.. padahal aku selalu mandi, tempat tidur semua dah basuh, pakaian pun pakai sekali je terus basuh, kotor pun aku tak main, asal kulit aku sensitif sangat..aku pun tak tahu macam mana nak jaga lagi dah!

Aku merungut ke ehh!

Allah tak suka orang merungut..T_T


Hati aku terasa begitu kosong,..kosong..kosong..

Aku cuma harap aku dapat beri segala benda keduniaan nie kat ma dan pa aku, biar mereka dapat rasa semua keseronokan yang ada atas dunia nie walaupun mereka tak mintak..kenapa aku nampak mereka semakin tua dan tak muda seperti dulu..kenapa makin besar kita makin jauh cuma berhubung dengan fon..padahal waktu kecil aku dapat berlari disekeliling mereka setiap hari, makan masakan ma setiap hari..bangun tidur tengok muka mereka, sebelum tidur tengok muka mereka..tengah buat kerja sekolah pun mereka ada..

mereka selalu ada..

makin besar cuma tunggu cuti sem.
bila habis belajar pun belum tentu banyak masa macam kecik-kecik dulu..

i just dont know what to talk anymore..
ini jalan Allah..ini jalan Allah yang perlu hambaNya ikhlas dan redha..
Kenapa aku belum anak solehah..

Sunday 15 March 2015

Lelaki yang sayang kamu

Lelaki yang sayang kamu,





Lelaki yang sayang kamu..
Dia akan sayang kamu
Dia akan cinta kamu
Dia akan hormat kamu
Dia mahu jadikan kamu isteri yang akan ditanggung dosa olehnya,
mesti dia akan menjaga kamu, menegur kesalahan kamu
dengan lembut,berhemah, dengan ikhlas

Saat dia tahu kamu perempuan,
kamu lemah dengan pujuk rayu,
kamu manja,
kamu lemah dengan kasih sayang seorang lelaki,
Namun dia tak pernah ambik kesempatan di atas kelemahan kamu kerana kamu bakal isterinya.

Seperti itu dia menjaga kamu waktu kamu belum halal buatnya,
seperti itu juga dia akan menjagamu waktu kamu menjadi tanggungjawabnya..

Kamu perempuan, kamu bakal ibu kepada anak-anaknya, pasti dia akan menjaga kamu,
tak pernah cuba cemari kamu, kerana kamu bakal pendidik anak-anaknya,
bakal pembimbing anak-anaknya terutama waktu dia keluar mencari nafkah
kerana kamu yang akan paling rapat dengan anak-anaknya.


Solehahnya seorang wanita maka solehlah seorang suami dan sebaliknya.
Solehahnya seorang ibu maka soleh dan solehah juga anak-anaknya.
Itu asas sebuah keluarga.

Meski kamu pernah lalai, pernah melakukan kesalahan,
tapi bila bertaubat sesungguhnya pada pandangan Allah,
kamu seperti seorang manusia suci seperti
seorang bayi yang baru lahir dan tak pernah melakukan dosa..
dan bermulalah kehidupan baru..

Lelaki yang sayang kamu,
Dia akan cintakan mu

Cinta.

Dia akan buat kamu bahagia,
dia akan utamakan kebahagiaanmu melebihi dia,
dia tidak akan membuat kamu menangis
walaupun dia tetap penyebab kamu menangis dalam diam.
Malah dia akan berusaha menggembirakan kamu.

Dia tidak akan buat perkara yang akan buat kamu menangis.
Dia akan gembira dengan senyuman kamu, gelak tawa kamu.
Dan yang pasti dia tidak akan meninggalkan kamu untuk mengurangkan kesedihan kamu.
Tapi dia tetap disitu.
Walau dia mungkin sudah habis tenaga memujukmu.
dia tetap disitu.
Dia disisi kamu.

kerana dia cintakan kamu.

Dan andai dia banyak berpuas hati mendengar tangisan kamu,
makin menyakiti hati kamu,
makin membebankan jiwa kamu,
lebih mengutamakan perasaannya melebihi kamu,
Dia mungkin lebih mencintai dirinya sendiri melebihi kamu.
Itu bukan cinta.

Lelaki yang sayang kamu,
Dia akan cintakan kamu.
Dia akan berjuang untuk kamu, fight for u!
Dia tak putus asa.

Seperti putera raja itu berusaha mencari cinderella itu, hes really fight for her, and she never give up, sehingga usaha itu mendatangkan hasil. Ia bukan sekadar cerita dongeng, its a true love that u might not understand..Itu cinta. cinta yang kamu perlu faham.


Dan lelaki yang cintakan kamu sentiasa mendoakan kebahagiaan kamu.

Daripada segala ciri-ciri lelaki yang sayang kamu yang kamu baca dan fahami ini, adakah kamu tahu? kamu faham? kamu sedar?









Kamu sebenarnya tahu dan tahu dan sangat tahu bahawa dia tak pernah cintakan kamu, tapi kenapa kamu masih menipu diri sendiri, kamu tetap bertahan dan mengharap, dan akhirnya harapan itu hancur dan kamu sakit sendiri..dan kamu masih mengharap waktu kamu sakit. Lepaskan dia.. lepaskan orang yang tak cintakan kamu dan berhenti berharap.



Im not talking about myself, im talking about us, girls outside, my friends and all.
U can have this true love one day, if only u can learn how to love Allah S.W.T. first, our first true love. Then Allah will arrange everything for u girls. Trust Allah.

Saya benci melihat lelaki menyakiti hati wanita, membuat mereka menangis sebab kebanyakan situasi wanita lebih banyak merana tapi lelaki semudah itu mencari yang lain. Sakit saya melihat penderitaan kawan-kawan saya mungkin kerana saya juga pernah melalui perkara yang sama. emm.

Lelaki yang sayang kamu,
Dia pelindung bukan perosak.

Im still believe, dalam dunia nie masih ada pencinta lelaki yang setia, ikhlas dan jujur seperti prince charming itu.
Have courage and be kind. :)

Kebetulan semalam tengok cite Cinderella, nak tanya..

       

mana nak dapat kasut nie eh, nak buat raya. hahahaa..

Pergi lah tengok cite nie, sies tak rugi, gaun cinderella tu kan, buat satu panggung bunyi WAHHHHH!.. Hebat ahh..


Thank you for selongkar my blog and good day!

~Kita tak perlu pun lelaki yang hensem, kaya, bijak atau sempurna dalam hidup kita.. 
kita cuma perlukan lelaki yang berusaha untuk kita.
Kalau kita dapat lebih daripada tu kita perlu lebih bersyukur dan jangan lupa untuk jadi perempuan yang berusaha untuknya juga~

Wednesday 11 March 2015

Pulau Langkawi 2015 Part 2/4 : Terbang

Assalamualaikum!

Saya nak buat assignment tapi saya...emm..saya..emm. tak jumpa pulak benda yang saya cari sebagai bahan assignment. Jadi apa kata saya sambung cerita dongeng saya tuh! heee...

ini bukan alasan. ini kebenaran.

krriikihkihkih
*gelak Ali Baba*

Malamnya yang pertama, setelah membersihkan diri masing-masing kami telah mengambil keputusan untuk pergi ke Dataran Lang dulu, lokasi dekat dengan jeti. Kenapa tak pergi waktu siang? Takut Helang keluar cari makanan, kosong dataran, nak tengok apa?

Jadi kami fikir mungkin maghrib helang dah balik.. Tengok-tengok betul..Kalau tak percaya tengok dah ada belakang aku.. =D


 Kat sini syok la ambik gambar..secara alasan logiknya ( yang atas tu alasan bod*h.) kenapa pergi malam adalah malam nie cantik sangat kawasan dia, banyak cahaya lampu, spotlight, torchlight, tambah aku yang datang, memang makin light-light la kan..hihi..pergi la..pergi la kat sini...!! Ramai orang lepak.

 Selain Helang besar tu, ada bangunan dan restoran jugak kat sini, siap ada orang nyanyi-nyanyi lagi. Agak bertuah nasib kami sebab penyanyi malam tu ya Allah, sumbangnya suara awak! haha..nangis. T_T

 Chakk! Kami lagi! Allahuakbar,cutenya bestfriends titeee!

Shud, tengok lembu terbang! *_*

Selepas itu, semua orang dah tak percaya aku, jadi semua bergerak ke arah helang yang besar itu. Cubaan selfie bersama helang dengan menggunakan kamera belakang sebab kamera depan tak cantik ah!
Agak sesak nafas demi memastikan wajah sentiasa tersenyum dan makin tidak ikhlas senyuman itu apabila beberapa kali percubaan tidak berjaya, kepala helang asyik terpotong je sehinggalah kepala aku terpotong barulah kepala helang masuk dalam gambar..T_T
Seperti yang tertera di bawah. apakah?


Baiknya hati seorang sahabat apabila cuba mensabotaj gambar sahabatnya dengan meng'edit supaya muka mereka juga dipotong dengan sengaja...
hwahahahahaaaaa..!. =D

haa..jangan marah..jangan..pen merah pen biru, ShuuEmi marah ini lebiu..! ^_^

emm..lepas tu kami jalan-jalan la, menikmati malam itu, aku kagum sangat tengok helang tu sampai aku rasa macam nak ambik letak dalam poket. Seriously, tengok depan-depan memang lain sangat perasaannya daripada tengok dalam gambar. Helang, u look tough and strong man!

Martini sangat suka gambar angle nie. Eh, macam helang bersedia nak makan lolipoplight..kan..kan?

Jalan punya jalan akhirnya kami jumpa satu tempat lepak yang cantiknyaaaa!!!
Pastu kami letak la unggun api yang kami bawa dari negeri masing-masing lalu kami pacakkan di dataran ini. (bunyi cam cite Lord of the Ring pulak..hihi)


Aku pun ikut tema. Titanic kauuu! =D
By the way, apa beza jiwang dengan romantik.?
Jangan fikir sangat, nanti dah tak jadi jiwang gambar nie.

scroll cepat!

 Shud rasanya agak keliru dengan tema,
mungkin masih mencari lembu terbang tadi.haha. (psstt..tak sangka dia percaya!)


 Pada pandangan pertama memang nampak jiwang
tapi bila pandang lama-lama...
 nampak seram pulak! =_='

Emm, macam segi tiga bermuda . ok, selaku ajk unggun api, saya isytiharkan tempat nie bernama Seri Tiga Gadis  =)
Sepatutnya beta (puteri kayangan) mencadangkan kami untuk beristirehat, namun, Emi( maharani itu) dengan pantas mencadangkan kami untuk melakukan aksi-aksi jiwang..lalu Shud (MeranaMaharana) patuh sahaja.


 Dah puas main kat Dataran Lang (tak puas lagi sebenarnya), kami pergi tengok-tengok kedai jual pakaian dan cenderamata yang berdekatan. Dari mula-mula lagi Emi dah bercerita kisah menyayat hati tentang ibunya. Aku dan Shud akur dengan cerita itu. Ceritanya seperti kisah Mahsuri di Langkawi. (-_-)

 Pada suatu ketika dahulu, ibunya telah menghadiahkannya cenderamata dari Pulau Langkawi. Berbentuk helang, kecil tapi gemuk dan sangat berat. Uniknya helang itu boleh mengimbangkan dirinya sendiri untuk terbang hanya dengan ditongkatkan muncungnya sahaja. wau! klimaks cerita ini, helang hadiah ibunya itu telah hilang bertahun yang lalu. sedihnya cite. lagi sedih daripada cite Mahsuri kan.....walaupun aku tak berapa nak tahu pun cerita Mahsuri tu macam mana kecuali pasal darah putih tuh dan dengar cite dia cantik! haha.

Jadi Emi yang sebelum ini agak tidak tentu arah tujuannya dalam lawatan ini, mula membina satu misi iaitu mencari helang yang baru..akhirnya jumpa helang tu walaupun tak sama dengan mak dia bagi sebab yang nie agak besar dan ringan sikit. emm. Rasanya nie misi Emi, tapi..aku beli jugak dan over excited dengan benda nie..suka!!..sumpah suka!!...aaahhhhh!! seolah-olah misi itu misiku. Mungkin kesan terlebih menghayati kisah Emi dan ibunya? hihihihiiiii...

Comel..rare sangat benda nie..letak atas hidung pun dia terbang jugak!
^_^

Bila cite kat kawan bila balik hari tu, aku ingatkan dia kagum...
tapi boleh pulak dia cakap "alah, benda tu berlambak kat pasar malam Kedah nie"
 i was like =_='

Aku beli kat Langkawi aaauuuu...aku menjelajah banyak kedai cenderamata aaauuu.. walaupun satu malam, gigih aaauuuuu!! T_T

Shud? asal Shud tak beli? Baru perasan sekarang, hari tu Shud ikut je berjalan dan tak beli..adakah Shud dah biasa tengok benda nie berlambak kat pasar malam Penang jugak? >_<
hahahhaaaa..

 
Ok la. nak cauu dah nie. Nanti kita sambung lagi.

oh ye, lupa nak cakap, ending cite tadi, lepas Emi dah tercapai misinya, Emi kembali jadi tak tentu arah  seperti sedia kala sepanjang percutian ini..ini berita baik!! yeay! hahahaha..
Thank you for selongkar my blog and good day! =)

p/s: Sori la. Martini memang suka sangat mengarut-ngarut. Terima Martini seadanya kalau boleh.. heehee..


Tuesday 10 March 2015

Pulau Langkawi 2015 Part 1/4: Jom naik feri

Assalamualaikum.!

Hai, aku kat jeti Pulau Langkawi.

 Kite pergi honeymoon bertiga je. Tak..tak.. yang ketiga tu bukan Setan.Tapi salah seooorr..eh..salah duorang bestfriend tersayang..aww. cantik mereka tau! ^_^

Tak tau nak mula daripada mana. Biasa memula ayat aku start dengan tazkirah dulu kan tapi hari nie iman aku macam slow sikit.haha. macam takde motivasi..parah! T_T
Jadi post ini akanku dedikasikan kepada Emi dan Shud. yeay!! *tepuk tangan*

Oleh kerana tak dapat bawa satu kampung Senyum Macam Saya ke langkawi, apakata aku cuba ceritakan se detail yang boleh supaya anda, anda dan anda semua boleh join percutian kami ke Langkawi secara percuma!

 tak perlu bayar feri, kereta sewa, rumah dan sebagainya!! yeaayyy!! *tepuk tangan lagi*

dan tak boleh shopping..haha.
sape suruh pergi percuma! *_*


Hari pertama kami bermula dengan naik feri di jeti Penang bahagian pulau. Harga tiket dari Penang pergi balik RM115 seorang kepada sape-sape nak pergi lepas nie.


Kalau naik feri kat sini 3 jam nak sampai Langkawi. Nak lagi dekat pergi la naik kat Kuala Kedah atau Perlis. Setahu aku feri kat Perlis kecik je. Takleh la nak feeling naik atas kapal Titanic macam feri kat Penang. Boleh keluar makan angin. 5minit pun dah kembung perut. Nak lagi best, boleh lerr telan percikan air masin. Ada rezeki, ikan paus sekali masuk dalam mulut..hwahahaha...

Pesanan penjaja, kalau rasa nak lepak kat luar macam kami, jangan la pakai shawl belit-belit pastu pulak pin satu dua je, angin kuat kat luar nie bapakkkk aaahhhh! (marah kat bapak sape?)
Berjalan atas feri pun style kat bulan.. silap langkah boleh sampai daratan balik, kalau sampai langkawi takpe, kang sampai Atlantis..gemanaa seyyhhh? T_T

 
Hari pertama mak kawan aku ikut, nak shopping, petang baru dia balik. So, kami ambik keputusan untuk ronda je la kedai-kedai yang ada untuk bandingkan harga sambil kasi can kat mak Shud shopping puas-puas,. tak semua kedai jual barang sama dengan harga sama. Seronok kot tengok kebahagian wajah seorang mak. =)

Bila sampai kat jeti Langkawi, kami jalan berlagak macam dah sampai kutub utara dan jalan kawasan kedai kat situ dan tetiba, ada orang bagi kami peta pulau langkawi. Alhamdulillah,senang la nak pergi jalan-jalan! Yes, memang dia bagi kat semua orang secara percuma, kalau korang datang jangan terus keluar, pusing dulu kawasan tu cari pakcik percuma nie..eh..peta percuma. taknak pakcik!!! haha.


Kami pun ambik kereta sewa gerak ke pekan kuah, tempat shopping. Kat sini ada beberapa tempat boleh pergi. Kalau nak beli coklat, Haji Ismail Group(HIG) banyak sangat cawangan dia, siap ada Kompleks HIG lagi..bangunan hijau.

Tapi boleh la banding harga dengan Langkawi Saga, Coco Valley. harga lebih kurang sama je. Kalau pandai cari, memang ada yang lebih murah. Pinggan mangkuk perkakas dapur pun ada kat HIG, tapi jangan tak tau, bila tengok kat Langkawi Saga, barang sama, harga lebih murah, ada sampai RM10 bezanya dan begitu la sebaliknya..jengjengjeng...! =)

Emi belek-belek barang kat cawangan HIG.

 Emm.. agak-agak beli satu set sudu garfu nie, pergi kedai mamak, buka luas-luas kotak nie, agak-agak terpegun tak mamak-mamak tu?
blink-blink je mata semua..tapi order pulak air swam je.hahaha.

Nie kat Langkawi Saga, depan cawangan HIG je. Mak aku beli pemanggang ajaib cap ikan Rm100++ kot, tu pun kecik je, tapi kat sini banyak cap, bapak besar, tak sampai RM90 pun.. Best la pemanggang nie, takyah guna minyak, makan sedap dan masak elok je. Tu kat umah la, aku tak sure la berkualiti ke tak yang kat sini. Tak pernah try. Pinggan Mangkuk brand bagus memang la boleh dapat lebih murah kat sini, ye tak mak-mak?


 Aku tak beli apa-apa lagi hari nie. Stick to the first plan, tengok harga jaaahhh.

By the way, jangan la tanya aku soal halal ke tak kan coklat-coklat kat sini. Terkejut mula-mula datang kebanyakan coklat tak ada tanda halal tapi sebelum tu memang dah tau kaji sikit-sikit la. Sampai aku tanya tuan kedai coklat kat sini halal ke? asal takde tanda, pastu ada la staf tunjuk sijil halal yang ditampal kat kedai..

 Ada jugak tanda halal ada tapi dikeluarkan oleh negara lain. yang tu tak jadi masalah la. Percaya atau tidak, memang tak semua coklat kat langkawi nie halal. Basically, takde tanda halal tak semestinya confirm haram. kan?

Semua nie base pada diri kita jugak, kalau was was tak payah makan.
Aku takleh nak cakap apa sebab aku bukan orang yang berhak nak cakap benda nie halal, haram. Benda kita tak tau kita letak tepi, teruskan tambahkan ilmu dan berguru dengan orang yang diiktiraf.
Kadang-kadang, ramai orang berdebat kat blog, instagram, facebook, khabar-khabar angin.. masalahnya debat pun dengan orang tak berapa ada ilmu jugak. Masalah la kan. >_<


 Nie semua aku cerita kat Pekan Kuah. Orang cakap beli kat tepi Akuaria lagi murah tapi aku tengok sama je coklat dia.  Kedai tepi Akuaria tu best ah, sebab banyak cenderamata benda-benda unik dan style yang mereka jual. Harga takde la murah, biasa je..

Bila mak Shud dah balik, kami check in apartment..thanks kat Shud sebab dah uruskan kereta sewa dan penginapan yang Alhamdulillah selesa sangat..Dah la waktu tu waktu exam, kami bagi duit je, dia tolong cari semua..emm..tu la sape suruh tinggal kat Penang..dekat..hahaha.

 Dan nie apartment kami dapat, selesa!


Sri Lagenda Apartment kat Pekan Kuah. Ada swimming pool yang tak sempat kami nikmati T_T kerana kesuntukan masa.


 Bilik ada dua/ tiga camtu la, lupa dah. yang aku suka, dapur ada dua, satu untuk muslim dan satu untuk non-muslim. Peti ais pun macam tu. Bagus kan? :)

 Pada mulanya Shud cop bilik nie, Emi tidur bilik sebelah, aku cop kedua-duanya sekali...bila malam, bilik nie kosong, semua angkat bantal tido celah ketiak Emi...hahahahahaaaa.. Bestfriend haruslah bersama selalu. peace!!

Oh ye, sebab Shud dah uruskan semua awal-awal lagi, aku tak berapa pasti la pulak berapa harga semua ini. yang boleh aku kongsikan kat sini adalah korang boleh tempah kereta sewa ikut internet atau kat jeti langkawi nie pun berlambak pakcik-pakcik offer kereta sewa. banyak la. macam tak susah nak dapat. Dan apartment korang usha je la harga kat internet kalau nak Apartment cam gini. Kat Langkawi banyak je motel bajet kalau nak diikutkan.

Oklah..Dah panjang cite nie.Nantikan part seterusnya, nie baru mukaddimah! haha

Thank you for reading my blog and good day!
=)