click this cute!

Saturday 3 October 2015

Skincare kesukaan saya!


Assalamualaikum!
Ini pegi bandar Melaka lagi, buat ke seratus ribu kali. ok tipu sebanyak tu!
Dan Ini suka sangat sebab Ini jumpa benda best untuk Ini main hilangkan stress iaitu... 
Spring berbunga berwarna warni! *Suara Doraemon*




Seronok sangat duk lepak-lepak, tangan pegang benda nie. kepada kawan yang buat cubaan seperti memakai gelang dan berjaya, BENDA NIE BUKAN GELANG!!!! *MARAH* haha

Yang pasti,  Ini suka! :) Ini suka! =) Ini suka! =D
Ini suka! =3
ok.over angaaattt!!

Dan Ini pun suka nak share lagi!!
share pasal skincare yang Ini guna! Punya la banyak habis duit sampai la aku jumpa yang betul-betul sesuai dan Alhamdulillah dah dekat 2 tahun pakai produk yang sama.
Mungkin korang pun boleh cuba produk yang aku tengah pakai nie..sebab aku rasa benda bagus dan bermanfaat nie kita kena share banyak-banyak..pahala pun dapat kan! hehheeee.. *buat muka tamak pahala!* =D

Tapi aku nak ingatkan kulit orang berbeza-beza, kalau korang dah pakai tapi tak ok, tu tandanya produk nie tak sesuai dengan uooolllsss ok!

Aku percaya kalau korang dah banyak pakai produk kecantikan,silih berganti tapi tak jadi jugak terutama jenis kulit macam aku, berjerawat, sensitif, berminyak walaupun tak rasa pun gitu, terutama jerawat bernanah tu.. ohhhhh!! boleh la try benda nie, insyaAllah ada perubahan lebih baik! Kalau tak jadi jugak, korang tukar kulit je laaa..kihkih!

Hah! 

Nampak gambar apa nie? Tetiba keluar pasal hair pulak! hahahaa..

Di sini la bermula segalanya! orang cakap titik tolak tambah bahaginya! Mula-mula guna benda nie, bapakkkkk ahhh! produk apa bagus sangat nie.. Rambut aku pernah rosak tau sebab tukar-tukar syampu, syampu berjenama ok!. Tapi nama je berjenama, masuk tv gempak2. kesan?

BOOOOOOooooo!
 BOOOOoooo!!!!
hehe..Booooo pun takut-takut.

Lepas pakai Himalaya protein hair cream nie dengan syampu dia, obvious sangat rambut mula menjadi normal. Start daripada tu la aku try picit kawan aku punya pencuci muka.  Aku tak pernah berani nak cuba-cuba gitu. Mula-mula pun tengok cam jenama entah apa-apa Himalaya nie..gunung ke apa nie?

Takde kelasss katekooou!

Tapi aku jadi berani bila aku tengok dia herba dan sangat semulajadi, rasa safe. Tengok kandungan dan rupa dia pun kita dah berkeyakinan safe and sound gitu.. Satu lagi kawan aku punya muka memang elok je, bersih pakai produk Himalaya, dia siap ada kad Himalaya lagi..dasyat dia punya obses! haha.. Dia yang duk rasuk aku kanan dan kiri macam hantu suruh beli..hahahaaaaa.. rasuk ok, bukan hasut dah!

Thanks sahabat, rasuk la lagi.. =)

Padahal, Himalaya nie dah lama famous, aku yang baru tahu dan kenal.
 Sori Himalaya, lempang la saya! *_*

LELAKI DAN PEREMPUAN, dua-dua boleh pakai. Pondan, maknyah, sotong, kura-kura pun boleh kau!

 Memula aku beli pencuci muka. ( plus minus RM 17 yang kecil, RM20-30 lebih yang besar, lupa harga)  Normal to oily skin. Aku ada skodeng orang yang pakai nie kat blog-blog, kebanyakan yang ada masalah muka tu memang improve! Nak best lagi, pergi rumah kawan, masuk toilet, setiap bakul ada satu pencuci muka nie..satu rumah ke pakai! Terkejut, tanya kawan kenapa semua pakai nie padahal waktu tu aku dah pakai dah.. Dia cakap sebab pencuci muka nie je berkesan! Yang lain gitu-gitu je.. sama ada lagi teruk kulit atau pakai tanpa any improvement..

Nie gambarnyooo..

Bagi aku pulak, memang aku alami sendiri kesan dia.. Kat luar sana berlambak jenama yang bagus tapi Himalaya terbaik. Sebab? Obvious sangat kesan tu! Hatiku sudah jatuh cinta! =D
Pastu kakak dan adik aku pun suka guna..bagus sangat! Sekarang aku balik tak payah nak bawa balik pencuci muka sendiri, guna diorang punya, senang..hihihi..Bijak jugak nie!

Lepas tu aku mula beli produk Himalaya lain, seperti Toner. (RM 27 something) Penting tak toner? Yes. penting sangat! Sebab lepas kita cuci muka, mungkin ada sisa buih pencuci lagi ada kat muka. So, toner tolong bersihkan. Tapi yang paling penting, lepas kita cuci muka, liang roma terbuka, senang la habuk atau kotoran nak masuk lepas tu. Jadi, sapu toner supaya liang-liang nie tertutup, kalau letak banyak pun takpe, mungkin akan berbuih sikit muka, tapi tunggu sekejap, toner tu akan serap dalam muka kita, jangan terus pakai krim tau..tunggu kering dulu!..selamat la muka kita!!! yeay!

Toner nie aku perasan bagus waktu raya hari tu.
 Aku tertinggal segala kelengkapan skincare kecuali toner dan pencuci muka. Kau bayangkan aku tak pakai krim, bedak, make up sebab tertinggal kat Melaka, stresssss!!! Raya tau! Ingat nak la berdandan lebih sikit.. bogel je muka.. T_T  Tu pun keluar raya kejap, guna bedak compact adik sikit nak tahan panas sebab muka aku senang burn dan merah..

Kebanyakan masa memang pakai toner nie je..Tapi bagusnya toner nie tak macam toner lain yang pakai sebelum nie..dia lagi segar dan lembap je rasa kat muka..memang selesa sebab tak berminyak tapi tak kering, cukup-cukup je..hihihiiiii..
Ya Allah hebatnya Engkau ciptakan otak manusia untuk menghasilkan produk nie!! ^_^


Pastu, tak lengkap takde krim kan? Aku beli krim siang nie. (Range dalam RM49 something,lupa gak harga) Aku tak tahu sejauh mana whitening tu. Mungkin merawat. Tapi semua produk pun kita jangan mengharap sangat pasal white nie sebabnya susah nak nampak! hahahaaaa. Yang penting krim tu boleh protect kulit kita daripada uv dan tak berminyak.. Satu je nasihat bila pakai krim nie, cara dia kena sapu sangat nipis. Kalau kau pakai rasa berminyak, tu tandanya salah kau! kau terlebih pakai! Mana aku tahu? Mesti lah sebab aku pernah buat..kahkahkah.. aku pegi tanya kot pasal nie kat seller tu. over sangat! Lepas dah pakai betul-betul baru tak oily dah..pastu ok, best!


 Then, aku guna masker jugak. Kalau tak guna masker, camne sel mati nak hilang, dan kulit nak segar dan lembap kan? Banyak improvement kulit waktu pakai masker, so, jangan MALAS. seminggu dua kali jeee..takpun kalau malas sekali cukup .hahaa (gelak pasal aku malas jugak! kadang-kadang je)


Peel off nie warna jernih sikit, seksa la sikit nak cabutnya, 
tapi lepas cabut puas je rasa! =)



Kat bawah nie masker Neem pack pulak. TERBAIK!
Takleh nak describe. Memang terasa kita pakai mask herba, segar..
Kawan aku pakai waktu ada jerawat, kejap je jerawat kecut..Setakat nie aku pakai waktu takde jerawat so no komen pasal jerawat tu..cuma aku paling suka yang nie..suka sangat!



Ok yang nie bukan muka tumbuh lumut,  pakai masker neem nie terus  jadi spesis Shrek jap pastu basuh je, takyah nak tarik-tarik!

Banyak lagi produk Himalaya lain macam krim malam, scrub, syampu, losyen dan sebagainya.. Range harga memang la kebanyakannya RM30-RM40. Tapi BERBALOI sangat. BERKESAN.
Kalau kulit korang jenis kering atau berbeza dengan aku, korang cari la produk Himalaya jenis yang sesuai untuk kulit korang ok!



Dah pompampompam cerita nie, excited nak beli, tapi nak beli kat mana? aahahahaaa

ok,dulu aku beli kat MidValley tingkat bawah, bahagian restoren dan kedai cenderamata..area tu kalau tak silap. Best sebab kat situ centre Himalaya, which mean, semua produk ada kat sana..
Kat Melaka baru jumpa pusat dia kat Jusco dekat dengan Melaka Sentral tu.
Kedai tingkat bawah dekat pintu keluar bahagian tengah.

Boleh jugak beli kat kedai-kedai lain tapi tak semua produk ada.
Contoh kat Mydin MITC Melaka, boleh beli kat Farmasi Alpha.
Terengganu boleh beli kat Guardian dalam Giant Kuala Terengganu..
Tempat lain aku tak pasti.

ok, bye!

Thank you for selongkar my blog and good day! =)

Guys, lepas nie klik link nie Umairah Bakery! Confirm terliur! Sedap errrrrrhhhhhhh!!! Orang melaka kalau nak beli kek tu, apakata try beli kat sini.. =)