click this cute!

Friday 10 October 2014

Robot melipat pakaian!!

Assalamualaikum..hye!!
Hehe. Kalau korang masuk dalam blog aku dalam keadaan yang tertekan,sedih-sedih,bermasalah.. nie aku nak share satu petua.. petua Allah Maha Besar...

Kalau korang rasa masalah korang besar,yakinlah Allah lagi besar dari masalah tu..
Kalau masalah tu berpunca dari keadaan, yakinlah Allahlah yang mengizinkan keadaan itu terjadi atau tidak dan semua itu mempunyai hikmah yang Allah tetapkan. Dan keadaan boleh berubah kalau Allah berkehendak dan usahakannya dengan doa yang bersungguh!!!

Kalau masalah itu berpunca dari orang, yakinlahh..Allah lebih berkuasa daripada orang itu dan Allah yang memegang hati mereka sepertimana Allah memegang hati kita..dan usahakanlah dengan doa... Allahuakbar!

Ikhlaskan hati menerima kerana Dia, kuatkan doa! Kerana dunia ini terlalu banyak ketakutan buat kita dan kita pasti boleh laluinya dengan menyorok sedekat2nya dengan Allah macam seorang anak ketakutan menyorok paling dekat dengan ibu bapanya apabila nampak kucing melintas..hehe..Dia sedang melihat kita...^^

Cukup tazkirah. sharing is caring. hahaha.
 Citenya aku nak kongsikan satu benda yang bermanfaat hari ini!! Yes!
Hari tu balik umah jeles betul tengok adik Wiwi lipat baju..laju tuuu... sampai waktu kemas-kemas pakaian nak balik melaka, tetiba adik cakap ''ini, bagi adik tolong ini lipat baju.." omaigoddd..budak darjah 1 nak lipatkan baju kakak...kakak pun apa lagi..."boleh-boleh!!!" =D

Apa rahsia kerajinan adik aku ini???haha

Ye..kerana dia telah memiliki satu robot melipat baju!!! Budak kecik mana tahan nak lipat baju sendiri tetiba hancursss sebab pegang pun tak betul..tapi bila dia ada robot nie, lipat baju pun straight je..sama je...cepat jee...cantik jeeeee....mana tak excited budak tu... ^^

Tapi masalahnya orang tua pun bukan pandai sangat pun..haha. kadang-kadang baju jenis berbeza, saiz lipatan pun berbeza pastu bila susun mula nak jadi runtuhan besar gitu...!

 Jadi aku pun buat satu sebab lajuuuu jeeeeee lipat bila dah biasa guna..dan cepat sikit..best lorrr..bila susun,sama jeeeee saiz...korang pun boleh buat jugak...^^

Bahan-bahannya cuma KOTAK yang bersih dan SALETIP SAIZ BESAR.

CARA NAK BUAT semudah 1,2,3,4...
 (kalau dah sampai 4 tu macam susah pulak..haha..tidak,senang sangat)



Kan dah cakap robot melipat pakaian..ada tangan ada kaki ada lidah.hehe

1. Potong satu keping kotak mengikut saiz hasil lipatan yang kita nak untuk NO 1..
ala..saiz lipat baju kita yang biasa kita lipat, tapi kalau nak bagi anak punya takkan la nak bagi saiz kita ye dak???emmm...kalau saiz anak,boleh guna untuk baju mak ayahnya nanti jadi la lipatan kecil.ikut suka!!!

2. Potong kepingan kotak NO 2 sama saiz dengan kepingan NO 1 tapi panjangkan sikit..bila korang lipat, korang akan tahu kenapa kena panjang sikit..

3. Kepingan sisi kanan dan kiri  NO 3 tu potong sama lebar dengan kepingan NO 1 tapi panjang adalah dua kali ganda panjang kepingan NO 1.

4. Saletipkan setiap kepingan tadi pada kepingan atas sahaja belakang dan depan ye...tapi..jangan saletip rapat-rapat tau..

Tiga tempat perlu disaletip.

bagi ada sedikit jarak yang kita agak-agak je sebab bila lipat, pakaian akan jadi makin tebal, bagi sedikit ruang untuk ketebalan tersebut..sikit je..dalam 1cm gitu..


Begini la rupanya...^^


CARA GUNA,
Robot nie kita boleh guna untuk semua pakaian lelaki dan perempuan seperti baju,seluar,skirt,jubah,baju kurung, baju melayu,jeans dan termasuk yang leceh-leceh tu..biasa baju perempuan kan..hehe..
Gambar kat bawah nie antara contoh hokeyy!!

Letak baju bahagian depan ke belakang.. lebihan pakaian kat bawah lipat naik ke atas kotak

Tapi bukan lengan yang panjang, yang tu tak payah lipat dulu. Guna kotak nie je untuk lipat..

Bila lipat guna keping kotak sebelah kanan,lebih lengan baju pun naik sekali...

lipat lagi guna robot nie,ulang-ulang sampai dah straight lipatan baju macam gambar kat bawah nie 

 pastu baru lipat kepingan kotak bawah NO2 ke atas NO1
dan siap..baju akan berbentuk segiempat dengan kemas!



Nie contoh lipat seluar..tapi ikut kreativiti la.. 

Nak senang cari bahagian lurus pada pakaian,pastu letak kat hujung sisi kepingan kotak tu,pastu mula melipat!! ^^



Baju ada hood pun boleh...


Tengtengteng...dah siap..sama kan lipatannya... =) sama saiz..


Baju kurung dan jubah pun sama saiz jugak!!!

 Bila tengok adik kite lipat kita rasa salah satu cara nak didik anak berdikari adalah bagi anak robot melipat baju nie.
olooo..jangan la bagi kat baby...nanti jadi nestum pulak robot nie...=_="

Thank you for selongkar my blog and good day!! :)
 selamat mencuba!
Nyum-nyum cam saya! =)