click this cute!

Saturday 23 November 2013

Indahnya Single!

Assalamualaikum.. =)

Nak buat tajuk single vs married, tapi aku sedar diri,belum layak untuk buat perbandingan.hehe

So,lets talk about being single la, bacalah dengan penuh kesabarannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn......
Dulu,selalu fikir nak kahwin awal,waktu kepala tak sematang sekarang. galok ye.
ish3,tak baik cakap macam tu,kahwin tu kan halal,bagus la,perkara baik.
Kalau galok tu sesuai untuk orang tak kahwin tapi ber aweksss seribu.haha.

Bila dah dewasa sikit nie,*masih muda* tetiba aku menyedari sesuatu..indahnya single..^_^
Entah sampai bila aku dapat nikmati keindahan ini,mungkin lagi 2 tahun? lagi 3 tahun? 4 tahun?
Sebab yang pasti,insyaAllah,berpuluh-puluh tahun akan datang hidup ini akan ditemani oleh pemilik tulang rusuk ini,moga sampai syurga!! ^_^

Bila aku cakap dengan Pa (ayah aku) nak kawin,"Sabar dulu,tunggu habis belajar dulu"
Pa,it nice. =)

Pernah tak dengar orang cakap,bila kita ada anak,main lah puas-puas waktu dia kecil,sebab masa tu dia betul-betul jadi anak kita,bila dah besar dia akan  cari kawan-kawan,lepas tu dah jarang balik rumah,tinggal jauh,belajar jauh,,lepas tu kahwin,jadi hak orang atau ada keluarga sendiri.
Makin lama makin kurang masa yang anak boleh habiskan dengan mak ayah.

Sedih kan bila jadi mak ayah? T_T
Diorang layan anak lebih dari pakwe makwe,kita diorang punya,tapi kita yang banyak cari orang lain untuk berkasih sayang. uhukkkuhukksss..sedihnya,taknak anak kite jadi macam tu. T_T
Nampak tak mak ayah banyak ketepikan perasaan berkorban untuk kita..
Seolah-olah,mak ayah kekasih yang setia,baik buruk kita diorang terima,tapi kita curang. Bila kita susah cari mak ayah balik.. T_T
Hargai lah.
Kite baru je sembang dengan mak kite tadi,tetiba rasa nak col balik..uhukkkssss ='(

Semua ini buat aku sedar,

buat bakal Mentuaku,takkan aku biarkan diri ini menjadi pesaingmu,
tapi akanku berusaha melayani dan menghargaimu seperti ibu bapaku sendiri walaupun ibu bapaku yang paling terbaik dan tiada galang gantinya.
Kerana bakal mentuaku Allah pilih untuk melahirkan dan banyak berkorban untuk bakal suamiku.
Aku hormati dan aku hargai.With LOVE. Pasti kalian berdua adalah orang-orang yang terbaik Allah aturkan untukku dan bakal suami. 

ececehh...im serious.
^_^

Nak tahu tak,kite selalu tanya kakak dan abang kite "Bila nak kahwin?"
Tapi sebenarnya,dalam hati kite taknak diorang kawin cepat-cepat sebab kite rasa nanti kakak dan abang kite orang kebas.Bukan kite punya lagi. kedekut di situ. haha.

Beberapa bulan yang lepas, pertama kali dalam hidup,sejarah dalam keluarga,kakak sulong aku kawin.
Aku tengok,bestnya kakak dah kahwin dengan lelaki idaman.Kejapnya.
Bersyukur sebab kakak dah jumpa lelaki yang baik untuk jaga dia. =)


Tapi masa akad nikah tetiba aku rasa sedih. (kau bajet kau yang kawin! touching habis.kehkeh.)
Baru waktu tu aku sedar dan rasa bersyukur yang amat sangat...

"Pa,nasib baik Ini tak kawin lagi,Ini anak pa lagi,anak ma lagi,Ini Pa dengan Ma punya,macam mana kalau Ini dah kawin,Ini dah bukan tanggungjawab Pa,boleh ke lelaki tu jaga Ini sebaik Pa dengan Ma jaga?
Kalau Ini buruk,Ini nakal,Ini buat jahat,Ini over manja,Ini marah,Ini susah,Ini stress,Ini malas,boleh ke lelaki tu terima Ini macam Pa dan Ma terima Ini??"
 T_T

Thank you Allah,belum tiba masanya.Aku belum puas nikmati waktu-waktu menjadi tanggungjawab seorang bapa dan ibu yang melahirkan aku..=)

Kakak,waktu kakak dah tiba,kakak kena terima.Itu kehidupan.Semoga kakak & abang ipar & anak-anak saudara bahagia hingga syurga! hihi


Kakak kite kerja kat Sabah,kalau cuti pun cuma 2 kali setahun je,waktu tu baru kakak kite ada masa untuk balik kampung,biasanya waktu puasa dan raya.Suka sangat sebab 2 kali setahun tu mungkin sekali setahun je dapat jumpa sebab aku pun ada komitmen dengan pelajaran di Melaka.Kakak kite sangat  la baik.Dia tak pernah lupa tanggungjawab pada keluarga walaupun dah kawin.

Suatu hari di bulan puasa,kakak aku tak balik bulan puasa. Dia balik rumah suami bila cuti dah nak dekat raya.Raya baru dia sambut dengan kitorang!! 
Bukan terus balik kampung macam dulu-dulu.

Walaupun rumah memang meriah dengan adik beradik yang lain,tapi tetap rasa ada yang kurang.
"Ma,kak tak balik pun buka puasa kat rumah.sedihhhhhnyyyyaaaaaaaa!!!" 
(aku memang biasa tunjuk kesedihan melampau tanpa rasa malu dengan keluarga.haha. Kalau tengok cerita sedih pun,tak cover.kahkah.)

Mak aku gelak je,(tapi kite tahu mak ayah memang pandai cover hati sendiri..yela,aku yang tak beranakkan pun boleh touching.)
"Biasa la tu,nanti Ini pun macam tu jugak,akan jadi orang lain punya.Kakak ada tanggungjawab lain sekarang.Hidup memang begitu"

Sekali lagi bersyukur,waktu itu akan tiba tapi bukan sekarang.
Aku nak nikmati apa yang ada.Selagi boleh.

Ya. Hidup memang begitu,nak taknak,semua akan tetap berlaku,cepat atau lambat aje.kan? *_*
Bukan salah sesiapa.

Seronok sangat bila balik kampung mak ayah masih sihat,adik-adik masih kecil,aku masih boleh membuli (atau dibuli?), masih boleh utamakan ibu bapa dan adik beradik. Kalau ada apa-apa,boleh berkongsi dengan adik-adik. kakak dan abang yang belum kawin masih jadi mangsa adik. Semua masih tumpukan tanggungjawab pada keluarga sekarang....Ish,kalau boleh taknak adik-adik besar,nanti diorang hilang entah ke mana. Tinggal asing-asing,jarang jumpa,ada tanggungjawab masing-masing..Tak boleh nak mintak tolong ambik remote TV dah. Tak boleh nak kacau dah. haha.
Mak ayah akan jadi tua kalau adik beradik dan aku dah kahwin,entah sihat entah sakit,tak selamanya dengan kita..

Ya Allah..taknak..
Tapi itu kehidupan yang harus diterima. 

Orang yang dah berkahwin akan ada tanggungjawab besar,tanggungjawab pada suami dan anak-anak,pada mak ayah dan mentua selama masih hidup.Banyak benda kena consider.Hidup dah kena rajin lebih dari single,sebab banyak orang bergantung pada diri,kena banyak berkorban,hidup sendiri la katakan. Bukan lagi tanggungan mak ayah.
Kena jaga anak orang lagi,isteri pun kena jaga laki apa,kena jaga anak,diri sendiri kena jaga.Kena mahir banyak perkara.
fuhhh!!

Inilah idaman kalbu,walaupun buat kerja rumah bukan wajib pun bagi perempuan.hihi

Aku percaya,kita mampu lakukan tanggungjawab ini dengan bahagianya,dengan ikhlas sebab kita bersama orang tersayang..kan? =)

Tapi sementara Allah bagi peluang 2,3 tahun nie jadi single yang tanggungjawab tak seberapa,apakata dinikmati dengan sepenuhnya,
Sekarang nak keluar shopping pun tak ada la kena fikir pasal anak laki kat rumah.
Nak beli apa pun tak ada lah nak fikir banyak. Yang nie suka.haha
Nak jumpa dan enjoy dengan kawan-kawan pun masih ada masa.
 Nak bermalas-malasan pun ok lagi.
Sekarang banyak masa nak tuntut ilmu,seronoknya,banyak sangat ilmu yang boleh cari,banyak!!!
Nak main-main pun ada masa.
Tak terbeban dengan tanggungjawab besar,cuma tanggungjawab pada keluarga,pelajaran.
:
:
:
:
:


Katakan la,lagi 2 TAHUN,
aku letak paling awal sebab masa tu dah habis belajar kan,
Ada lagi 2 tahun aku nak hidup sorang-sorang,dengan family sendiri,
lagi 2tahun je aku jadi tanggungjawab Pa dan Ma,lagi 2 tahun je rumah sebenar-benar aku kat rumah. 
T_T

Lagi BERPULUH-PULUH TAHUN?
Memang sah-sah la hidup dengan suami yang tercinta.
lelaki yang ramai wanita nantikan siapakah gerangannya,siapa jodohku? siapa?
sebab tu tak sabar,

sehingga KETIDAKSABARAN itu buat kita lupa nikmati dan bersyukur nikmat bujang yang ada sekarang.

Ruginya.!!!!
Masa makin singkat,hargai la.. >_<

emmm...aku pun sebenarnya banyak lagi kelemahan dan kekurangan sebelum menukar status..masih bebudak!! perasan kau!
Memang la setiap manusia tu akan tetap ada kelemahan,tapi selagi mana kelemahan itu boleh diperbaiki dan diusahakan,lagi bagus,Allah kan suruh manusia berusaha. hihihi
kalau pandai banyak benda sekarang,senang nak didik anak-anak nanti  walaupun waktu suami pergi kerja.
So,senang la,suami kite nak tarik tangan kite dan anak-anak masuk syurga..
Kita permudahkan urusan orang,Allah permudahkan urusan kita!!


Sekarang waktunya untuk mengusahakan hubungan dengan Allah..masa depan itu pasti Dia dah rancang yang terbaik untuk kita. Taknak risau  ^_^

One day,tiba waktu bagi komitmen pada perkahwinan,bagi la bersungguh-sungguh..
Sekarang kite ada komitmen lain,komitmen untuk diri sendiri dan keluarga kita!!
ENJOY!!! kahkahkah..

Hargai lah apa yang ada sekarang,sebab apa yang kita miliki sekarang takkan selamanya kekal,kehidupan akan berterusan. 

Thank you for selongkar my blog and good day!!
hehehe






Thursday 21 November 2013

Bila mood memasak datang..!

Assalamualaikum!
kahkahkeh!

Minggu nie kite hilang mood nak masak,jarang masak sampai semalam masa nak masak baru kite perasan sampai ada barang dapur yang rosak..membazirnya..

kite memang tak gembira sangat kalau ada pembaziran makanan berlaku,kesian..kita akan jadi sedih bila makanan rosak ke,tak habis makan ke.. sebab tu kalau makan,kita akan pastikan licin la,paling takpun tinggal tulang kecuali kalau memang perut kite tak boleh nak sumbat dah..

Biasanya,kalau makan ramai-ramai sepanjang aku hidup nie,mesti jarang orang nak ambik yang last kan?
mesti akan tinggal satu dalam pinggan.
Diorang malu kot,semua nak cakap "aku dah kenyang laaaaa..." eleh,alasan tak boleh pakai,satu je pun,tak kan boleh meletup perut,paling takpun merekah atau retak..kihkihkih.. =P

Biasanya yang ditinggal last tu aku yang akan tolong makankan bila tengok semua dah buat tak tahu,kalau tak,membazir kat situ je..kesian kau makanan,kesian.. padahal makanan tu rezeki Allah,Allah bagi kat kita macam HADIAH yang kita patut raikan sebagai tanda kesyukuran..tapi kita tak manfaatkan betul-betul,akhirnya tong sampah jugak yang dapat.. ='(

Biasanya si penghabis akan dikatakan sebagai KUAT MAKAN atau kelaparan. ye ke?
tapi tak semestinya la,bila ada orang dah tolong habiskan tu,patutnya bersyukur la sebab orang tu dah selamatkan kita daripada membazir ikut perangai SYAITOOOOOOnnnn,
jangan duk kutuk-kutuk pulak..huh!..
Tapi kite pun kadang-kadang pemalu jugak..hahahakss!

Takpe la,yang lepas jadi pengajaran supaya aku lebih berhati-hati dalam membeli kuantiti barang dapur dan pandai-pandai la bajet sendiri banyak mana nak beli.
Dah tahu takde mood nak masak,tak payah la syok sangat beli barang dapur..kau nie martini.

Disebabkan mood datang kembali,kite masak resepi sendiri hari ini..Borink la makan benda sama je,masak benda sama jeeeee...kankan?
Jadi resepi ini aku isytiharkan namanya bersaksikan readers blog aku dengan nama 
Ayam Black Pepper Susu. hehe..comel tak nama?


Warna kuah dia oren putih,bukan merah macam dalam gambar.
Exposure or colour gambar yang over sangat nie??hihi

emm,kite tak share recipe sebab kite tak ingat kuantiti banyak mana setiap bahan yang kite letak..semua cukup rasa.
Sebab kite dah perasan terer sangat masak macam chef,kite pakat baling je apa yang perlu..botol je yang tak baling dalam tu..haha
Maaf,saya mudah perasan. =P

Thank you for selongkar my blog and good day! 
^_^

gigi rongoks.

Wednesday 20 November 2013

Are you HAPPY with that?

Assalamualaikum.. =)

Sila hayati dan dapatkan keuntungan daripada sharing is caring aku nie! haha
kau bajet kau tu pakar motivasi,pakar hati?jantung? =_="

Why i asked you "Are you happy with that?" and this question we suppose to ask ourselves in every action we take.

Makin bertambah umur makin bertambah pengalaman,makin banyak pengajaran yang kita boleh dapat walaupun dengan hanya melihat tindakan orang lain dan mendengar pengalaman orang lain,bukan setakat dengan pengalaman kita je..ILMU ALLAH itu luassssssSSSS!!

Aku pernah jumpa kawan-kawan yang cemburu,tak boleh tengok manusia lain ada lebih sikit..Astaghfirullah.
Lepas tu mula nak pandang,jeling-jeling apa orang ada,branded ke tak,mahal ke tak..kalau tak,buat muka itik,itik lagi lawa tau..takpun hina kan...Dan untuk orang yang macam nie "Tenang ke hati kau bila buat macam nie? hepikah?" ask yourself,jujur dari hati.
Rezeki Allah tu luas,Allah tu Maha Adil,takkan tertukar rezeki kita dengan orang lain..percayalah! Biarlah apa yang orang ada. ish3.

Perkara kat atas tu perkara biasa,
Tapi yang paling aku sengal bila ada sejenis kawan lagi yang suka buat sesuatu,beli sesuatu sebab ikut orang,terutama dia  kawan dengan orang yang suka jeles macam kat atas.. jenis nie yang aku nak share dengan korang..huhuhu

Aku pasti la ramai yang pernah alami atau melihat orang sekeliling alami. Aku pernah ada kawan-kawan yang macam nie tau dan buat aku terfikir....kau hepi ke dengan apa yang kau buat? jujur dari hati,puas hati??
Bila aku tengok kawan nie,rasa nak cakap "Kau nie giler ke apa? orang yang cemburukan kau dah giler,kau pun nak giler macam tu jugak?"
haha.

Guys,aku ingat benda nie berlaku dalam drama TV je,rupanya ada jugak yang realitikan drama tu..
Orang beli,kau nak beli,orang ada benda nie,kau nak ada jugak.

Eh,teringat pulak masa kecik dulu pernah aku buat benda nie, kawan aku beli beg beroda,cantik,macam bagasi gitu...Pastu ajak jugak la Pa aku cari sampai jumpa,nak beli jugak..Pergi sekolah menyampah pulak dengan beg nie,dah la besar,aku nie kecik,nak tarik segala..sebab ikut-ikut orang..biasa la budak kecik! haha

Bagus ke perkara nie? bagus ke? Beli atau buat sesuatu untuk puaskan hati orang?nak sama dengan orang?

Contoh macam makcik-makcik tengok jiran ada sofa baru,nak sofa baru,ada kereta besar nak beli kereta besar,padahal bukan suka sangat pun,cuma sebab nak menunjuk-nunjuk,atau tunjuk hebat.

Takpun bila dengar orang sekeliling cakap macam nie,
Eleh,beli pasar malam je..
Eleh,murah je..
Eh,buruknya..
Eh,jenama ntah apa-apa..

Tapi benda tu kau suka giler. Terus kau buang,takpun cepat-cepat kau cari yang lain lagi mahal,lagi berjenama,dan cari yang cantik macam yang kawan kau suka. kesian kat orang macam kau nie.

Contoh lagi,macam remaja,kawan ada laptop branded,kau nak jugak sebab nak riak,tapi dalam hati sebenarnya tengok laptop tu buruknya design walaupun bagi kawan-kawan laptop tu sangat la cantik..
Citarasa lain,tapi sebab nak puaskan hati orang,beli la jugak,asal kawan suka. Giler!

hepi? hati puas? benar-benar puas? 
kalau dalam dunia nie tak ada kawan-kawan,tak ada orang sekeliling,adakah kau akan beli benda tu??

Kalau ada berus gigi,satu design kau dah suka sangat-sangat dah nie,harga RM1,tak branded, berbanding
dengan design yang buruk pada mata kau,mahal,harga RM10,kawan-kawan dah cakap yang tu cantik,"beli la,beli laa.." kau pilih yang mana??

Kalau tak ada orang dalam dunia nie kecuali kau seorang je ada apa yang akan kau pilih?

Dan tanya 

AM I HAPPY WITH THIS THING TRULY DEEPLY IN MY HEART?? Am I?

atau sebab orang? sebab kritikan orang? sebab pandangan orang?

Selagi mana dalam hati tu masih fikir apa orang kata,apa orang cakap selagi tu,
 kita tak dapat nikmati kehidupan ini,tak benar-benar bahagia dengan kehidupan ini..percaya lah!!
rugi sangat!!

Eh jangan salah faham,
 kalau kau suka barang tu tapi branded,mahal,pada kau cantik,biarlah benar-benar dari hati
 "Aku beli nie sebab aku suka sangat,aku puas hati,aku bahagia,sama ada orang nak cakap apa-apa pun,aku suka" then beli la,kan dah puas hati,dah suka.. =)

What i want to share with u sebenarnya,
buat lah apa saja asalkan ianya sesuatu yang dapat buat kita rasa nikmatnya hidup ini!!!! nikmat!!


JUST BE YOURSELF.

Apa aku suka,aku buat.Apa aku tak suka,aku tak buat.Bukan sebab ikut-ikut orang,bukan sebab nak menunjuk-nunjuk tapi sebab bila aku tanya hati nie,

 "Am i hepi with this thing? Am i hepi with what i am doing??"

Truly in our heart,the answer is..

" YES...!!! I am."

^_^




Opss,buat la sesuatu sebab hati suka,bukan dalam beli barang je,tapi dalam semua perkara selagi tak melanggar syariat ISLAM..Islam itu panduan,Allah dah sediakan agama yang cukup indah untuk pastikan kebahagiaan hambaNya..as long as kita percaya Allah jadi guard kite,mesti kita tak terpesong punya!!! Hoorayyy!

Dia ada,Dia jaga..=)

Pesanan untuk rakan yang lalui semua ini,
Sama-sama kita berubah ke arah lebih baik walaupun perkara yang baik itu sangat dibenci manusia,yang penting sejauh mana ia dicintai ALLAH..bersihkan hati sebab hati yang bersih je akan rasa tenang,akan rasa cukup..

Dont change because of people,but change only because of Allah.
And you will happy.

Thank you for selongkar my blog and good day!


Monday 18 November 2013

RomanCINTA


Assalamualaikum..nyanyi please!

Sejak kamu pergi menjauh
Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun.... terbentur melumpuh
Dalam hening jiwa

Jika kamu tak percayakanku
Belahkanlah dada dan kau intiplah di situ
Pasti akan jumpa kasih yang menyala meratap dirimu

Kerana kau satu-satunya 

CINTA AGUNG YANG PALING KUDAMBA

Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta


Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi


Tanpa kamu menyiram kalbu
Punah semua harapan larut dalam mimpi
Batinku meronta
kau ulang semula
Menyayangi aku


Kerana kau satu-satunya 
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta


Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi


Beri semula
Hatiku rasa
ROMANCINTA..
=)

Thank you readers for sing this song for me..walaupun hanya dalam hati,atau tercengang-cengang!! haha
good day!

Idaman Hati

Assalamualaikum...hehe..

Rumah idaman anda bila besar nanti bagaimana?
Tak payah la jawab,nie kita tanya diri sendiri jeeee....haha.

Jangan ada sape-sape nak tiru rumah idaman kita.plezzzz la! =_=' (annoying betul budak nie! huhu)

First of all
Ini nak kawasan rumah Ini ada pagar.kalau tak, ada pulak kambing,gajah masuk..ish3!

Aku ingat pagar rumah aku kena ada renjatan elektrik,supaya kalau ada orang cuba panjat-panjat pagar nak merompak ke,terus pengsan..Dan ada sensor yang mana kalau keluarga rumah sentuh pagar,tak ada la kena sekali,kira macam pagar kenal tuan supaya tak timbul isu,harapkan pagar,pagar renjat tuan.

Tapi perlu difikirkan lagi supaya tak ada incident jiran yang cuba beramah mesra dengan aku jadi mangsa.

Contohnya

"Eh,che Ini oi,buat apa tu,jemur baju ke???"
"Tak de la che kiah,kite nie tengah masak gulai kat ampaian nie haaa"
Sekali che kiah gelak terpegang pagar rumah aku,tak ke bunyi..hahahaZZZZZZZZzzzzzzzzz...kesian.

Tapi kalau,
"Hai cik abang hensem,tengah tolong bini jemur kain ke??jom ikut baby keluar.."
"Astaghfirullah" Bila suami soleh menjawab.
Tetiba perempuan tu buat aksi menggoda kat laki aku sambil pegang-pegang pagar,sekali ZZZZzzzz!!!!
Hah! memang tu la tujuan aku buat pagar macam tu!

Selain daripada tu,aku nak rumah yang ada laman disekelilingnya. Taknak la yang rapat-rapat,dinding berkongsi..pagar kongsi. Tak feel kan..taknak-taknak...rumah kena sebijik,atas tanah,bukan dalam laut atau atas rumah orang atau atas kubur.

Ada kawasan parking depan rumah,bukan luar pagar,sebab kereta aku bukan cempedak.

Rumah aku tak boleh besar-besar sangat,nanti ada yang hilang,ada yang menyorok,tak jumpa-jumpa..haha.
Besar rumah mesti sederhana.Rumah nak macam style-style istana gitu dalamnya,tapi tak besar supaya nanti family boleh selalu jumpa,bertembung.. =)

Macam biasa la,ada dapur yang luas dan bersih,ada ruang makan,ada bilik banyak (keluarga besar tau,insyaAllah!)

Dalam rumah aku ada tangga istana,macam fairy tales..
tak tinggi,tak cerun sangat,tapi melengkung,so nanti my love akan tunggu kat bawah,kite pun pakai pakaian cantik-cantik sambut my love laa kat bawah macam ala-ala princess gitu..princess..hikhikhikkkksssss!
 (malu tersipu disitu)



kalau design tangga macam nie cantik jugak tapi taknak la yang tinggi sangat macam nie,nanti bukan aku yang sambut lelaki idaman,dia pulak yang sambut aku,dah tergolek jatuh tangga dari atas sampai bawah..hahaha..


Kat rumah Ini akan ada satu pintu gerbang keluar,bila tengok kat luar ada buaian berwarna putih..wahwahwahhh..ada kerusi boleh bersantai dengan keluarga..boleh tengok bintang sama-sama.. =)
Ada banyak pokok bunga..kawasan rumah kita yang menghijau...hihi

Lagi,kat bilik Ini mesti ada satu bilik pakaian,wadrobe bergerak..hehe

Wadrobe idaman wanita..
Tak payah dah nak fikir mana nak letak barang-barang kita!! yeay!!

Mesti kena sediakan ruang permainan untuk anak-anak..
Mesti ada ruang santai tengok tv,TV besar pun takpe,nanti nak tengok bola ke main game ke,bagi la family enjoy..tak gitu??hihi

Mesti ada ruang bacaan yang sedikit luas,sebab kite memang suka baca buku,so,kena ada ruang yang besar untuk simpan buku yang dibeli..

mungkin ruang itu juga boleh dijadikan ruang solat berjemaah untuk keluarga,mungkin ruang boleh digunakan untuk suami kita buat usrah ke?? hehehehe..kite suka.

mesti la rumah yang selalu dikunjungi keluarga jauh dan tetamu.. hihihi..bahagia pulak..

Tapi setiap ruang mesti berpintu gerbang,bukan pintu tertutup supaya semua boleh dilihat tindakannya,maksudnya bukan curiga,tapi kan bagus kalau dapat tengok ahli keluarga kita buat apa..

Wei,bilik tidur dan bilik air,tandas tu memang wajib la ada pintu tertutup..apa la!!
Oh,bilik air kalau boleh nak lantai warna hijau tua,supaya kalau berkulat,tak ada orang perasan,,,hahakkksss..
Takla,memang nak warna hijau,mozek hijau tua..mungkin lebih tenang tengok lantai warna hijau..lantai je,hijau tua yang ada corak la..
Takde la nampak macam bilik air berhantu..kahkah!

Tapi kalau macam nie ok jugak,lantai cantik nie,cuma sempit sangat,bilik air dan tandas kena luas..


bilik kita kalau ada beranda pun best jugak..

kalau ada piano dalam rumah pun kite suka..hehe


Yang penting kita harap kat rumah kita ada satu gelanggang squash,mungkin di luar rumah!
Nanti kalau merajuk dengan laki,boleh la lepas geram kat situ!! tak payah baling periuk! hahahaha
ahhh..indahnya!

Setakat nie,ini je la idamanku,mungkin akan bertambah,tengok la apa yang laki atau anak-anak kite suka,nanti kite tambah lagi..hehehewww

Rumahku syurgaku,kalau tak ada orang tersayang apalah makna rumah tu kan..hmmm..

Thank you for selongkar my blog and good day!
^_^



Monday 11 November 2013

Macam mana aku tak jatuh cinta!!

Assalamualaikum! =)

Comel kan tin biskut nie,sebenarnya aku tak suka jenis-jenis biskut kat dalam nie,kan dah pernah cerita dalam entry-entry yang lepas aku tak suka makan biskut,pandai-pandai la selongkar lagi..hehe.Terutama yang berkrim-krim tu tak suka  >_<..  yang boleh la tahan makan pun kalau berasaskan oat,atau biskut yang dikebas secara diam waktu dekat-dekat raya kakak buat.Biskut yang diambil secara senyap-senyap nie ada aura lebih,entah kenapa sedap semacam je..hahahakkksss..!                                                                                                                                          Walaupun tak berapa suka biskut,kite ingat nak beli setin biskut oat Jucobs sebab memang persediaan,kite selalu kena makan,kalau lapar sikit kena cepat-cepat makan,kalau tak,perut kite sakit,gastrik mungkin. ,tapi tak jadi beli Jucobs bila tin nie cute sangattttttttt.......!!                                                                   Oh yang nie pun ada biskut oat jugak sikit.Siap BAKED WITH LOVE lagi,macam mana kite tak jatuh cinta!! ^^
Dengar ya,pengedar-pengedar produk,rupa dan penampilan produk mu juga mampu mempengaruhi customer untuk terpikat dan menghulurkan duit..hihi.

Macam mana aku tak jatuh cinta??

hmmmm...hmmmm...
macam mana!! kalau anak kite comel sangat..!!
sampai hatiku tertaut,jatuh cinta dengan anak sendiri,dengan setiap tindakannya,buruk atau baik,semua comel!! ahhhh!

Bulu Lisa lembut,gebu je..Pernah aku baring-baring kadang-kadang tertengok dia,dia pandang aku dari jauh,rupa-rupanya dia suka tenung aku lama-lama waktu aku buat kerja..ececehhh..romantik pulak! Pastu bila aku terpandang dia,cepat-cepat dia alih mata..haha..Love u Lisa.Tengok tangan dia comel,kecik je,kaki dia pun,aku suka salam tangan dia,usap-usap..mata dia glowing..Aku memang suka usik dia,gantung dengan pengepit baju..haha

aku bagi dia main dengan saletape,tapi dia buat bantal..tengok dia letak tangan atas saletape tu....comelnya ai..geram pulak dalam gambar tak sejelas penglihatan aku..cute sangat anak Ini tidur..sobsobbss..




tarik la! =P


taknak ikut,taknak!!


taknak jugak!

eiiiiihhhhhhhh!! muka tak puas hati


comel tangan dan kaki tu,macam baby,,semua kecik,hidung comel!

sampai tertidur atas tangan Ini..comelnya..!!

Dulu kalau tidur,Bebbie akan tidur sopan sikit,tidur secara duduk,dah lama-lama,dah tunjuk ketidaksopanannya..tidur kuak lentang,tidur tertonggek,tidur tergolek,macam-macam gaya la..hehe


Louis suka main macam nie...kite risau tengok,ingat dia terkepit ke apa,tapi dia memang sengaja..,


Adui,kite gelak je bila dia duk camnie..haha

Louis dah habis melompat terkinje-kinje,pastu bengang tak dapat keluar dari bekas,masuk bawah habuk kayu...merajuk ler tuuuu,tu yang nampak kaki je..haha

 Louis jumpa bantal,comelnya lentokkan kepala macam tu..olololo...kesiannya,cam mengantuk sangat!! huhu..rasa maca nak letak atas riba je..tapi hyperaktif sangat tuh!

Kalau Lisa,suka gigit-gigit manja,kalau Louis,tak berapa nak manja sangat...
kite suka yang manja-manja,tapi kita sayang Louis jugak walaupun Louis tak manja sangat...hehehewww


Masa makan dia akan pegang pipi,picit-picit pipi sendiri,pastu keluar makanan atas tangan dan gigit...macam baby..comel....hmmmm...=)


Nyum-nyum,mana biskut oat,mana?
hehe
sebenarnya tin nie dah jadi rumah hamster pagi tadi.
haha.
Sebab pagi tadi Lisa keluar dari tupperware,boleh pulak dia keluar bilik dari pintu jalan-jalan,nasib baik housemate aku nampak, jerit-jerit,pastu pandai pulak dia balik masuk bilik aku lari bawah katil..terkejut rasanya,aku pun bangun tidur tengok dia berlari ke bawah katil..

Ya Allah,kiuuuuuuutttttttnya,anak sape la berlari comel sangat tu,adui,macam mana aku tak jatuh cinta!!!!!!! 
Bayangkan buka mata je,tengok anak tersayang berlari dengan comelnya..aahhhh...sayang Bebbie Si Louis dan Si Lisa..hihi

tengok,Ini bagi dia minum..macam baby,macam baby betul anak-anak Ini...

Nie baru hamster,kalau anak sendiri,Ini tak tahu la macam mana sayangnya,mesti sayang sangat-sangat!!!..huhu

Minggu nie penuh dengan test,insyaAllah aku nak buat yang terbaik,dah cuba study walaupun sikit-sikit selama nie..doakan kemudahan untuk aku dan rakan-rakan aku ye,Allah yang maha Bijaksana lagi Maha Pemurah akan makbulkannya..Amin!..^^

Thank you for selongkar my blog and good day!! ^^

Thursday 7 November 2013

PRACTICE makes BETTER.

Assalamualaikum..!! 
^_^

Salam Jumaat..hihi

Saje kita nak berkongsi pasal kehidupan kita yang tengah kita usahakan supaya yang lepas dijadikan pengajaran,menjadikan hari ini lebih baik dari semalam,hari esok lebih baik dari hari ini..dan aku percaya semua orang pun mengusahakan perkara yang sama, sama ada lambat-lambat atau cepat-cepat..semoga Allah permudahkan buat kita semua..^^

Ingat tak betapa susahnya kita bersungguhnya nak belajar masak nie? kite pernah share kat SINI.
hihi..Alhamdulillah dah lebih kurang 2 bulan..Practice makes perfect? not so agree.. 
but PRACTICE make THINGS BETTER,yes.it is.better day by day..=)
Dulu teruk giler rasanya,ikan goreng adalah masakan yang paling menjadi yang aku pernah buat..teruk betul..hahaha
sekarang dah ada peningkatan..dah banyak yang dimasak boleh makan dengan tenangnya,kadang-kadang modified resepi,kadang-kadang main masak je ikut suka,macam resepi kat bawah nie..haha


Ketam masak merah kite..resepinya..
Seekor Ketam
 (kan dah tunjuk cara siang ketam sebelum nie)
3 biji bawang merah
 2 ulas bawang putih
halia sikit
1 batang Serai
lobak merah
cili boh
(Ma aku cakap tak bagus guna nie,lebih baik guna cili kering tu pastu kisar,tapi kite tak ada blender pulak)
2 batang lada,pedas!!
sekeping asam
garam cukup rasa
 (yang nie makin lama makin dah pandai agak,tapi banyak kali jugak merasa..kah3)
sedikit gula
sos tomato dan sos cili
nyum3!!

Dulu kalau nak beli barang dapur,ya Allah susahnya ai..nak pilih yang mana..nie rempah apa,biji apa,nak guna bila,buat apa? sape nama? hehe..
jeling-jeling makcik-makcik sebelah pilih barang dapur..aish,pandainya makcik pilih..jeles kite.!
Kalau la kite seterer mak kite atau makcik-makcik kat sebelah nie..

Tapi sekarang sebab dah selalu beli barang dapur,siap sembang dengan makcik sebelah lagi masa pilih barang kaaaaauuuuuuu!!! haha..siap tanya masak apa segala.kalakar pulak. huhu
Sekarang,
lebih senang pilih apa kita suka,apa kita biasa guna,mana yang segar,mana yang tidak..tapi tak ada la tahu sangat,masih dalam processssss!!!
Tapi dalam masa 2bulan nie,memang PRACTICE make THINGS BETTER.

Dalam practice yang tu,aku pun sebenarnya nak lebihkan masak benda-benda berkhasiat..=)

Comel giler budak nie,kecik-kecik sudah nampak solehah..kan? ^^



Tetiba dia tengah tidur,buat style tangan macam nie,nak tergelak kite..haha

 Tapi jujur,kepala dia nampak kecik tapi berat,berat air ke apa nie?
Masa kecik penuh air takpe,makin besar biar penuh dengan ilmu pulak.. =)

Saya baru bangun tidur! mata saya bulat!! 
Kalau sudah nikmati keindahan dan kecomelan ini,sama-sama kita doakan budak ini jadi wanita solehah sepanjang hidupnya,doakan aku jugak..Amin.. !
*_*

Thank you for selongkar my blog and wish your jumaah fill with ALLAH LOVE!


Wednesday 6 November 2013

Cara-cara siang ketam dengan mudah


Assalamualaikum!! ^^

Suka tak makan ketam? Dulu Ini pernah suruh Ma beli buat pertama kalinya waktu kecik,mashaAllah teruk sangat rasa isi ketam nie...tak suka,tak suka,tak suka!!

Tapi bila masuk universiti,tetiba jumpa kawan,rezeki Ini waktu tu ,dia bawa balik ketam masak merah kot,lupa dah..mak dia masak...SubhanAllah..sedap giler..lepas tu bila keluar selalu jugak Ini beli lauk ketam..

Baru sekarang Ini tahu,ketam tu sedap sangat sebenarnya,cuma waktu Ma Ini beli tu mungkin isi dia buruk..tak segar tau..sebab Ini pernah beli kat satu kedai nie sedap sangat,kali kedua beli,uweeekkkk,rasa macam waktu kecik dulu..bukan salah orang yang memasak,tapi salah ketam yang tak segar..hihihi

Lepas tu kalau nak beli,memang Ini tawakal habis la,kalau sedap tu heaven laH!!!!
mahal tapi berbaloi.

Kalau seekor atau separuh boleh cecah nak dekat RM10,ketam kecik je,isi pun boleh lekat celah gigi...hahahahakkss!!

hehe..kite mengidam nak makan ketam,so,instead of beli yang dah masak,kita beli untuk masak sendiri..
nanti boleh selalu masak...
resepi tak cari lagi,nanti la kite google..tapi sekarang kita nak tunjuk cara-cara nak siang ketam..lepas nie boleh la korang try pulak..hihihi..saya pun budak baru belajar...=)
InsyaAllah,mudah aje..

Bila buat ketam duduk macam nie,risau pulak dia berlari cepat-cepat masuk dalam lubang bilik air..kempunan kite..kahkahkah..
Takpe,dah mati nie..hihi


1.Pusing ketam macam nie,
nie ketam perempuan..kalau lelaki,bahagian bawah tu lebih kecil dan tak melebar..

2.Tarik benda bawah tu,pastu pusing ketam ke atas,
tarik dengan cengkerang atas sekali sebab dia memang bersambung..macam gambar kat bawah,

3.Buang semua perut dia tu termasuk lendir segala,


4.Cabut insang dia semua kiri dan kanan (ada orang tak cabut,terpulang)

5.Bersihkan semua sampai jadi macam gambar dia atas

6.Pisahkan dia punya external calliper(nama apa entah tangan dia yang paling besar kat atas tu)


7.Potong bahagian hujung penyepit dia,supaya senang nak makan nanti. 


8.Potong duri macam dalam gambar,kan ada pulak mulut berdarah masa makan terutama budak-budak..
9.Ketuk sedikit bahagian nie bagi pecah supaya senang nak buka masa makan nanti


 10.Potong hujung kaki-kaki ketam tu sebab kat situ tak ada isi pun,lagi mudah nak makan dan potong bahagian tengah tu kalau nak..terpulang..

Dah siap,cuci bersih-bersih,boleh masak,dan makan!! =)


Thank you for selongkar my blog and selamat mencuba!!! hihi

Alhamdulillah INI_EMPIRE CLOTHING kini dibuka






Monday 4 November 2013

Awak pasti suka!!

Assalamualaikum..=)
wink,wink!

Petang semalam kite keluar,hihi
Kite banyak tujuan,tapi antara tujuannya adalah kite nak cari benda ajaib..


baru kite perasan gambar blurr,so,sekarang aku blurr jugak tak tahu nak bagi clear macam mana...haha..
Daripada tertanya "Kenapa awak upload gambar blurrrrrrrrr?",lebih baik korang pun memblurrrkan diri dan baca ayat seterusnya...

tointointoingggggg!!!


Kite faham sangat perempuan nie suka buat muka macam kertas lukisan..so,kita pun sebenarnya suka jugak..hihihi..
Tapi yang paling suka,kita suka pakai celak..
Sebab muka kite nie kadang-kadang pucat.Ada iras-iras zombie..hehehewww.

Tapi bila pakai celak kite rasa muka kite macam pengetua sekolah yang garang.. ='(
Mungkin kite rela muka jadi macam pengetua itu berbanding zombie.hihi

Masalahnya,bila pergi kelas atau jalan-jalan,mashaAllah susah benOOOOOO...
Nak solat kena bersihkan,pastu mulalah duk bertapa kat toilet bersama jin-jin(kan toilet tempat jin),takpun bertapa kat tempat wuduk sambil gosok-gosok mata,muka..T_T
Penat la..
Sebelum nie kite pernah je nak beli make up remover ke,tapi tak tahu la nak pilih jenis apa,sebab muka kite nie memang jenis sensitif.

Pastu suatu hari sampai la satu gosip pasal make up remover yang baru tu,dan kite suka sangat sebab make up remover nie bebas alkohol means takkan bagi kulit kering tau dan diperbuat daripada madu asli lagi untuk melembapkan kulit..yeay!!

Seronok tengok orang lain pakai,kite pun terbeli sekali..haha.
Yang penting,sekali swap je,dah hilang make up kat muka,kotoran dan minyak berlebihan pun hilang sekali,so,muka jadi sangat bersih la..save time,cepat!! Tak ada la laki kite duk menunggu dan membebel sebab solat lama-lama macam orang solat zuhur 12 rakaat kat shopping mall konon..haha (Kite cakap pasal laki orang,kite takde laki..hehe)
Dan make up remover ni telah diuji secara klinikal dan sangat selamat untuk semua jenis kulit..

Apakah benda ajaib itu????

Pixy make up remover

Single Step Liquid Foam tu kena bilas,berbuih,sekali dengan pencuci muka..
Gentle and Moist tu,tak payah bilas,letak atas kapas sikit je,lepas tu terus sapu kat muka..memang kotornya boleh terus nampak kat kapas.dan menyegarkan muka.
Dua-dua bagus,tapi bila keluar kita bawa keluar Pixy Gentle and Moist je..hihi

Ada 50ml (RM7.90) boleh letak dalam handbag sebab kecil cute(kite suka ^^ ) dan 100ml(RM13.90).
Kite jumpa kat Watson,juga boleh didapati di farmasi atau kedai-kedai terpilih..

Thank you for selongkar my blog and good day!

Saturday 2 November 2013

Suatu hari melangkah..

Assalamualaikum..

Sad day..absolutely!

Satu hari berjalan langkah demi langkah
Setiap langkah terasa berat,makin berjalan makin berat,
hati terasa sarat,
kerana masih terbayang-bayang dulu setiap kali aku melangkah,ada seseorang akan berjalan di sisi atau di depan..
terbayang mereka duduk bersembang,
cepatnya masa berlalu,
harapnya bahagia itu berulang,
harapnya kenangan itu berulang,
tapi di luar kemampuan,
Ya,kerana di situ ada kenangan
Kenangan yang sangat-sangat indah..

Ya Allah,kadang-kadang tak pernah terfikir yang semua akan berlalu dan ada yang datang dan pergi,
tak pernah terfikir hari ini aku harus hadapi tanpa mereka yang dulu di sisi. T_T
Ya Allah,andai saja boleh diulang,

Tapi hidup perlu diteruskan,
Kalau pandang belakang,banyak keindahan,banyak kenikmatan yang nak sangat diulang..

Padahal,
Nikmat yang ada hari nie tak berkurang pun,malah makin bertambah,dan Alhamdulillah sangat cukup, datang daripada Allah..

Padahal,
Proses pembaikian diri sedang berjalan InsyaAllah,makin ditunjuk jalan olehNya,diri lebih tenang,hati makin lapang,

tapi kemanisan masa lalu sering mengingatkan,
dan menyedarkan kemanisan atau kepahitan masa lalu atau masa sekarang tak akan kekal selamanya,jadi hargailah sepenuh hati!
Orang yang ada dengan kita hari ini tak selamanya pasti akan bersama kita akan datang..
Yang kekal cuma ALLAH.

Tapi yang berlalu tetap berlalu,
Dan yang pasti di depan banyak pula yang Allah sediakan yang hanya Allah yang tahu apa yang ditakdirkan.

Semoga Allah terus beri hambaNya ini kekuatan,kekuatan untuk mencari redhaNya dan mensyukuri nikmatNya,melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya.

Ya,setiap manusia sama,setiap diri punya takdirnya,punya kelemahannya,punya dugaannya setiap hari.
Setiap hari berusaha keras,bertungkus lumus, mengekalkan imannya,
kadang-kadang iman itu merudum jatuh,
kadang-kadang nafsunya tak terkawal,
kadang-kadang imannya kuat,
kadang-kadang berjaya melawan nafsunya,
kadang-kadang lupa pada Dia,
kadang-kadang rebah jatuh beristifar bertaubat kepadaNya..
kadang lemah kembali melakukan dosa,kalah dengan nafsu dan dugaannya,
Tapi kembali lagi kepadaNya.. T_T

Semuanya berterusan,setiap orang berjuang setiap hari,
kerana kehidupan itu satu proses pembelajaran yang berterusan..

Semoga kita insan terpilih oleh Allah yang tinggi darjatnya..teruskan perjuangan,tapi jangan lupa,saat lemah,lalai..tak putus-putus bangun dan bersujud padaNya dengan serendah-rendah diri..sekerdil-kerdil hamba.

Semoga pengakhiran kita itu BAIK dan diseru malaikat untuk keluar dari jasad dalam keadaan lemah lembut dan sinar syurga itu milik kita.. =')

Kuatkan kesabaranmu,sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar..!
Kuatkan lagi kesabaranmu,sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar..!!
Kuatkan lagi dan lagi kesabaranmu,sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar..!!!
sabar mencari keredhaanNya.

Sabar unlimited..
Keperitan hari ini pasti manisnya sedang berkunjung tiba tak lama lagi..InsyaAllah..
Ingatan untuk diri sendiri dan semua..

Thank you for selongkar my blog and good day!!