click this cute!

Monday 18 November 2013

Idaman Hati

Assalamualaikum...hehe..

Rumah idaman anda bila besar nanti bagaimana?
Tak payah la jawab,nie kita tanya diri sendiri jeeee....haha.

Jangan ada sape-sape nak tiru rumah idaman kita.plezzzz la! =_=' (annoying betul budak nie! huhu)

First of all
Ini nak kawasan rumah Ini ada pagar.kalau tak, ada pulak kambing,gajah masuk..ish3!

Aku ingat pagar rumah aku kena ada renjatan elektrik,supaya kalau ada orang cuba panjat-panjat pagar nak merompak ke,terus pengsan..Dan ada sensor yang mana kalau keluarga rumah sentuh pagar,tak ada la kena sekali,kira macam pagar kenal tuan supaya tak timbul isu,harapkan pagar,pagar renjat tuan.

Tapi perlu difikirkan lagi supaya tak ada incident jiran yang cuba beramah mesra dengan aku jadi mangsa.

Contohnya

"Eh,che Ini oi,buat apa tu,jemur baju ke???"
"Tak de la che kiah,kite nie tengah masak gulai kat ampaian nie haaa"
Sekali che kiah gelak terpegang pagar rumah aku,tak ke bunyi..hahahaZZZZZZZZzzzzzzzzz...kesian.

Tapi kalau,
"Hai cik abang hensem,tengah tolong bini jemur kain ke??jom ikut baby keluar.."
"Astaghfirullah" Bila suami soleh menjawab.
Tetiba perempuan tu buat aksi menggoda kat laki aku sambil pegang-pegang pagar,sekali ZZZZzzzz!!!!
Hah! memang tu la tujuan aku buat pagar macam tu!

Selain daripada tu,aku nak rumah yang ada laman disekelilingnya. Taknak la yang rapat-rapat,dinding berkongsi..pagar kongsi. Tak feel kan..taknak-taknak...rumah kena sebijik,atas tanah,bukan dalam laut atau atas rumah orang atau atas kubur.

Ada kawasan parking depan rumah,bukan luar pagar,sebab kereta aku bukan cempedak.

Rumah aku tak boleh besar-besar sangat,nanti ada yang hilang,ada yang menyorok,tak jumpa-jumpa..haha.
Besar rumah mesti sederhana.Rumah nak macam style-style istana gitu dalamnya,tapi tak besar supaya nanti family boleh selalu jumpa,bertembung.. =)

Macam biasa la,ada dapur yang luas dan bersih,ada ruang makan,ada bilik banyak (keluarga besar tau,insyaAllah!)

Dalam rumah aku ada tangga istana,macam fairy tales..
tak tinggi,tak cerun sangat,tapi melengkung,so nanti my love akan tunggu kat bawah,kite pun pakai pakaian cantik-cantik sambut my love laa kat bawah macam ala-ala princess gitu..princess..hikhikhikkkksssss!
 (malu tersipu disitu)



kalau design tangga macam nie cantik jugak tapi taknak la yang tinggi sangat macam nie,nanti bukan aku yang sambut lelaki idaman,dia pulak yang sambut aku,dah tergolek jatuh tangga dari atas sampai bawah..hahaha..


Kat rumah Ini akan ada satu pintu gerbang keluar,bila tengok kat luar ada buaian berwarna putih..wahwahwahhh..ada kerusi boleh bersantai dengan keluarga..boleh tengok bintang sama-sama.. =)
Ada banyak pokok bunga..kawasan rumah kita yang menghijau...hihi

Lagi,kat bilik Ini mesti ada satu bilik pakaian,wadrobe bergerak..hehe

Wadrobe idaman wanita..
Tak payah dah nak fikir mana nak letak barang-barang kita!! yeay!!

Mesti kena sediakan ruang permainan untuk anak-anak..
Mesti ada ruang santai tengok tv,TV besar pun takpe,nanti nak tengok bola ke main game ke,bagi la family enjoy..tak gitu??hihi

Mesti ada ruang bacaan yang sedikit luas,sebab kite memang suka baca buku,so,kena ada ruang yang besar untuk simpan buku yang dibeli..

mungkin ruang itu juga boleh dijadikan ruang solat berjemaah untuk keluarga,mungkin ruang boleh digunakan untuk suami kita buat usrah ke?? hehehehe..kite suka.

mesti la rumah yang selalu dikunjungi keluarga jauh dan tetamu.. hihihi..bahagia pulak..

Tapi setiap ruang mesti berpintu gerbang,bukan pintu tertutup supaya semua boleh dilihat tindakannya,maksudnya bukan curiga,tapi kan bagus kalau dapat tengok ahli keluarga kita buat apa..

Wei,bilik tidur dan bilik air,tandas tu memang wajib la ada pintu tertutup..apa la!!
Oh,bilik air kalau boleh nak lantai warna hijau tua,supaya kalau berkulat,tak ada orang perasan,,,hahakkksss..
Takla,memang nak warna hijau,mozek hijau tua..mungkin lebih tenang tengok lantai warna hijau..lantai je,hijau tua yang ada corak la..
Takde la nampak macam bilik air berhantu..kahkah!

Tapi kalau macam nie ok jugak,lantai cantik nie,cuma sempit sangat,bilik air dan tandas kena luas..


bilik kita kalau ada beranda pun best jugak..

kalau ada piano dalam rumah pun kite suka..hehe


Yang penting kita harap kat rumah kita ada satu gelanggang squash,mungkin di luar rumah!
Nanti kalau merajuk dengan laki,boleh la lepas geram kat situ!! tak payah baling periuk! hahahaha
ahhh..indahnya!

Setakat nie,ini je la idamanku,mungkin akan bertambah,tengok la apa yang laki atau anak-anak kite suka,nanti kite tambah lagi..hehehewww

Rumahku syurgaku,kalau tak ada orang tersayang apalah makna rumah tu kan..hmmm..

Thank you for selongkar my blog and good day!
^_^



No comments:

Post a Comment