click this cute!

Sunday 28 June 2015

Hai.

 Assalamualaikum.

pasai pa la hari nie macam takdak mood sangat oiii!

Hari nie aku tak masak pun. Aku berbuka makan ntah apa-apa. Pukul 6.40 baru aku masuk dapur cari makanan nak prepare. Ada la makanan sikit..ohh no no..bukan maggi. aku bukan maggi-type person. Boleh leeerr makan apa yg ada.

sahur pagi esok pun aku nak goreng telur je. Tengok punya takde mood hati tak gembiranya makan nasi dengan telur je. Biasanya lauk telur ke sardin ke adalah lauk yang terakhir yg aku pilih bila takde pilihan...

Eh..biasa korang makan sahur macam mana?? Hihihiii..biar aku teka, roti,ikan bilis kering, minum air saja...hihihihiii..bukan pasai jimat, pasai korang takde selera kan nak makan pagi-pagi..?? Aku tahu sebab aku tengok kawan-kawan aku gitu laaa..aaaiiissshhh... membuatkan aku terfikir sejenak. Macam mana korang boleh hidup.

Well. Lain orang lain cara kot.

Aku rasa aku je lain dari yang lain sebab time sahur aku sediakan makanan macam makan tengah hari. Ada nasi, lauk, sayur dan sebagainya.. dan berbuka pun gitu jugak. Mungkin sebab balik umah pun mak aku sediakan gitu jugak. eehh..mustahil la nak bangun sahur semata-mata minum milo je. Hahaaa

Alhamdulillah. Semoga kita tak lupa untuk bersyukur bagaimanapun keadaan kita.

Aaiihh..sebenarnya mood aku hari nie mungkin dipengaruhi homesick! rindu family..adik..mesti berbuka semua duk berebut murtabak macam sebelum-sebelum nie.. aaiihh..rindu kucing.. benci tengok kucing2 di jalanan sebab buat aku rindu pada kucing2 di rumah.. aiihh.. hanya tuhan saja yg tahu..


rindu nak usap, belai...tium tium tium! Mandikan..rindu..


Dua-dua mata mendebarkan sebab sebelum nie aku ambik gambar keluar flash, dia terkejut melampau pastu bila nak ambik gambar satu lagi dia macam tertunggu-tunggu flash keluar padahal aku dah tutup flash..hahahaaa..kesian..
Bila dah maghrib baru nak tidur atas orang sebab penat main siang-siang. Kalau siang tak reti nak duk diam. Dia main hide and seek la, main pokok bunga..ngurat anak ayam. ish3.

Malam nie aku duk gaul-gaul salad nie as supper..aku pun teringat kat mereka jugak..


Kerana salad nie dah nampak macam makanan kucing yang selalu aku gaulkan kat rumah.. T_T

Yang putih nie asalnya nama Along. lama-lama bunyi tak best. Aku ingat nak bagi nama Profesor pasal dia punya rambut cuma ada kat hujung telinga botak di tengah, tapi bunyi macam kejam memprofesorkan kucing yang tak masuk kuliah, jadi aku bagi dia nama Uwais la. gambar Uwais muka baru lepas mandi..bersih sangat!!!


Yang rambut belah tengah nie Abang Ngah. Dia dah mati. T_T
Gambar kat bawah Abang Ngah belum mandi. Tu yang muka macam aku tak mandi. hahahhaaa

 Nie pulak Adik. Wiwi bengang dengan aku sebab adik tu gelaran untuk dia, tapi aku macam suka je.. =)
Adik rambut belah tepi.

Apapun nama mereka yang dikasihi ini. Last-last nak panggil pun pakai meow jugak. kalau tak, tak datang. Sampai sekarang aku tak tahu apa motif bagi nama. Hahahahaaa.
Nanti ye meow. Nanti aku buat surat beranak bahasa kucing baru korang faham.

emm.. sebenarnya aku tak faham gak kenapa aku macam kehilangan rasa gembira buat sementara ini, atau mungkin bukan pasal homesick, atau pasal kucing, tapi pasal benda lain yang menyesakkan otak supaya berfikir.. mungkin. hmmm..


Ok, selamat malam, senyum macam kucing!! =)
thank you for selongkar my blog and good day!
Esok bangun awai!


Saturday 13 June 2015

need u Allah

Sakit kepala dah hilang..berkat picnic dgn sahabat2 petang tadi kot..gembira sangat..tapi sakit tekak menjadi2 pulak..lemah betul akhir2 nie..selalu jatuh sakit..

Bila sakit rasa nak mengamuk, geram, marah..dan marah bila rasa nak mengamuk..itu ikut hati.

Tapi hidup tak boleh ikut hati..kena ikut Allah.. atas muka bumi nie kena sakit, sebab dunia bukan syurga. Kena kuat, kena tabah, kena sabar, kena ikhlas, kena tahan..tahan banyak..supaya dapat masuk syurga yg tak perlu nak sakit-sakit lagi..

Sakit tu ujian.
kalau Allah tak uji, Allah tak sayang.
selalu minta untuk masuk syurga..tapi taknak Allah uji. Tak aci la!
Orang lain bukan main kena tindih batu tengah panas, kena rebus dalam air panas, bukti cintakan Allah..cinta ahli syurga..kita pun kena contohi cinta ahli syurga, kita punya sikit je.

Orang palestin lagi teruk..hari2 kena uji..hati rabak sebab orang yg mereka sayang hari2 mati kena aniaya, hari2 hilang rumah.. tapi diorang tahan je. fizikal sakit cedera, hari2 tak selamat.. MashaAllah..hebat sungguh orang palestin. Hebat jiwa dia.hebat iman dia. Aku diuji tak seteruk diorang pun rasa tak tahan..Astarghfirullah al azim. Teruknya aku ya Allah..teruknya iman aku.. jauh beza dengan saudara2ku di palestin.. MashaAllah..

Beri kami kekuatan ya Allah untuk menghadapi ujianMu..