click this cute!

Tuesday 28 January 2014

The mysterious Kopiah man.

Assalamualaikum.

Korang tau tak kartun atau patung atau orang kerdil yang ada putaran merah kat pipi dia. Pipi dia timbul.Mata dan muka dia memang menakutkan.Mata hitam kalau tak silap. Dia biasanya ada dalam game. Atau dia cakap GAME OVER. Aku takut benda tu.

Masa kecik pernah tengok.Tertekan tengok sampai termimpi-mimpi.Itu lah mimpi yang paling dasyat.Mungkin lebih dasyat dari mimpi hantu atau kena kejar buaya. grrrrrkkkkk...!!! I really dont want to feel it again. Hope that the picture will destroy or burn forever and ever and ever!!.

Sampai sakit kepala tau. Aku takkan tenung lama-lama muka dia. Benci sangat.Takut! Benci ke takut?? dua-dua!! Aku ternampak gambar dia dalam ig 9gag semalam. Hari nie bukak tertengok lagi.Takmau aku. Tu duk cite kat sini.Sebelum nie ada tengok dalam Facebook buat kali pertama lepas beberapa tahun tak tengok.Sape ntah share,pastu aku takut nak buka fb hari tuuu..tension betul.

Sape-sape yang tak tahu,aku tak berani nak letak gambar dia dalam blog nie.sori.
Sape-sape yang tahu jangan berani nak tunjuk kat aku konon nak mintak kesahihan rupa benda tu. =P
Effectnya sangat besar. Kesian kite. Takut kite meroyan sorang-sorang. T_T

jadi semalam takut la nak tidur sebab dah tertengok benda tu sebelum tidur. Takutnya kalau termimpi. Memang tak dapat la nak teruskan kehidupan ini dengan aman!!
='(

Tapi rupanya mimpi sesuatu yang misteri.Tak menakutkan tapi tak juga menggembirakan. Mimpi tanda tanya. Bukan mimpi nie "???" bukan..!

Mimpi aku hampir kahwin..

haha.  Korang patut tumpu pada perkataan "HAMPIR" bukan "KAHWIN"

Aku rasa mimpi yang agak unik.Mainan tidur jeerrr..
Tapi nak cite sebab rasa nakal pulak.!!

Siyes macam real je,sampai dalam mimpi tu aku cakap "rupanya macam nie rasanya jadi orang yang akan kawin,the most important person on that day"

Lelaki tu Family aku yang aturkan tau.. Sebagai anak yang taat aku redha je la kan..hihi.(Dalam mimpi pun kau pura-pura jadi anak yang baik..hahakss)

Dan aku tak tahu pun sape lelaki tu atau nama apa..aku tak tahu dan tak kenal.
 (Konon macam bercinta lepas nikah la baru kenal,kawin je dulu..haha)

Ramai tengah duduk dalam rumah nie..Aku pun duduk bahagia jee..
Aku tak ingat sape yang ada,yang aku ingat ada beberapa orang manusia duduk depan aku,dan lelaki lebih ramai daripada perempuan. Semua yang aku nampak dalam 6,7 orang gitu.

Kat depan aku salah seorangnya pengantin lelaki. Siapa? Sayangnya aku hanya nampak bentuk badan yang sasa dan nampak kopiahnya sahaja walaupun dia berhadapan dengan aku.hihi. Pelik kan? Tak nampak muka atau butang baju atau apa-apa la.. Pakai kopiah seyyyhhh..solehkah kamu? =)

Waktu tu aku tak cuba tengok betul-betul pun sebab dalam hati,lepas kawin baru nak kenal..

Pastu kitorang bertunang,ada orang sarungkan cincin kat jari aku.fuyooo!!

dalam mimpi aku tu terfikir,eh,nak update status kat fb la "Dah jadi tunang orang" hahahaha..klakar!!

tapi tak sempat,tetiba nak akad nikah terus lepas bertunang. Adui,tak sempat ambik fon,internet,wifi ke apa..T_T

Takpe laa..
Bila nak akad nikah tu kan..Hati aku ada keraguan..eh,betul ke nak kawin nie,betul ke nak kawin dengan dia nie,betul ke,hati rasa macam tak sedia,taknak kawin lagi..tertanya-tanya, dengan dia ke? siapa dia? dia ke?

Tengah-tengah nak akad nikah tu akhirnya aku cakap something like Taknak kawin lagi la..taknak kawin sekarang..belum sedia..tangguh dulu..bertunang dulu..Akhirnya semua berhenti,semua jadi macam tak tersusun.Biasa la mimpi. Aku macam contact kawan-kawan cakap aku tak jadi kawin,tunang je hari nie,tunda-tunda!!! hari lain.Nanti aku bagitau...hahaha.. (ada pulak macam tu,main tunda-tunda)

dan aku tengok kad kahwin aku ada nama aku dengan si dia..
Nama belakang dia  ...EEEEEAAAAA....apa ntah,dotdot tu tak ingat huruf apa,tapi banyak E dan A.. nama depan dia dirahsiakan takut jadi fitnah pulak...hahahaha.. Tapi aku tak kenal pun sape orangnya,cuma nama depan dia nama common la,biasa-biasa,tapi tengok nama belakang memang dah mengarut sangat dah tuuu..hehe.

Pastu aku nampak beberapa orang manusia berkopiah depan aku.
Kalau tadi taknak tahu,,sekarang hati membuak-buak nak tahu sape lelaki yang hampir kahwin dengan aku tadi??

Lepas tengok dua orang muka yang tak dikenali,hati asyik sebut "takkan dia nie,takkan dia tu...nak kawin ke tak,kawin ke tak..tetiba tengok kat jari,cincin tunang dah tak ada,tetiba hilang macam halimunan...ishishish.. Pastu terbangun dari tidur!! huhu..

ok.im not ready to marry yet.(lesson from this dream)

Mainan tidur.macam-macam lerrrr...daripada mimpi patung tu,baik mimpi macam nie.hihi

Thank you for selongkar my blog and good day. ^^


Saturday 25 January 2014

Resepi kek coklat mudah lagi sedap..!


Assalamualaikum.. ^^

wahai readers sekalian!!
Sory la kalau tajuk entry kita kebanyakan lain daripada isi,atau jauh sikit,terpesong sikit,atau banyak..hihi...sebab sebenarnya kite tak tahu nak letak tajuk apa,sebab banyak benda kita nak tulis dalam setiap entry so,terima je la..kehkeh...tajuk pun mengarut-ngarut je..Tapi kalau tetiba tajuknya sama dengan isi,so,WAHHHHHHH la kan..haha

Semalam kite buat kek coklat dengan kakak dan adik Wiwi kite..heee..

Ops,bukan kakak yang dah kahwin tu tapi kakak nombor dua.
Kite cakap kat orang kite untung sebab
kite ada seorang ayah,seorang mak,2orang kakak,seorang abang,2orang adik perempuan,2orang adik lelaki.

Ce teka kite anak nombor berapa?? (O..O)
Whassap pun dengan adik,wechat pun dengan adik..chatting pun dengan adik..
~MyBrotherMyBoyFriend..MySisterMyGirlFriend~
They are everything..=)

Best la ada keluarga besar. ^^
Kite harap nanti kite ada keluarga besar macam nie jugak!! kihkihkih.

Kakak kite no 2 nie pandai la bak-bak masak nie,dia suka cuba resepi-resepi baru,kalau bak kuih raya ke,dia punya kerja la yang buat..

Ok,kite nak share resepi kek coklat nie la,kite ingat susah,rupanya senang jeeee..ish3!
Adik kite namakan kek coklat nie, dengan nama KEK KAKLA INI DAN ADIK sebab dia cakap kitorang buat sama-sama.. =)

Ok,kat sini ada 2 resepi,resepi kek dan toppingnya..so,tengok sampai habis sebelum cuba..ill share with u as detail as i can becoz i understand that theres some people like me who dont know anything about doing this. Dan tak kenal pun apa benda bahannya..haha..now i know.. ^_^

First pergi kedai beli barang nie,


A)Resepi Kek (8 bahan)

1. Minyak 1 cawan (minyak masak apa-apa la ok,jangan sedut minyak motor orang tau)
2. Gula 2 cawan(kalau tak suka manis,kurangkan jadi 1 setengah cawan ye)
(gula aising atau gula halus,yang nie kalau cari kat kedai dah tertulis kat plastik dia tu ok..)
3. Telur ayam 2biji
4. susu cair setengah tin
5. 1 cawan serbuk koko
6. 1 sudu kecik(orang utara panggil camca kecik) baking powder
(dia biasa dalam tin kecik je..banyak la jenama,takpe ada nama..)
7. setengah sudu kecik soda bikabonat
(biasanya dalam botol kecik je macam gambar bawah,tak kira la jenama apa)

8.Tepung gandum 2 cawan

Cawan yang aku guna macam nie lebih kurang, 250ml kalau tak silap (gambar google je,lupa ambik gambar cawan) guna je la cawan camnie atau lebih kurang asalkan 250ml..ok?



Lepas dah sediakan segala bahan, jom kita start!!!

1.Mula-mula,sediakan mangkuk besar 1 dan penapis,
ayak tepung gandum,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat sampai sebati dan halus.

2.Ambik mangkuk besar yang lain,mangkuk 2 masukkan minyak,telur,gula aising atau halus,dan susu cair..kalau boleh masukkan satu-satu sambil blend guna..
apa nama dia? tak tahu..hee...


macam aku guna nie,senang sebati dan halus,cantik particle kek nanti..tapi tak kisah la,
kalau takde,guna la manual pun,sampai berotot tangan...asal sebati ye..hihi

3.Lepas dah sebati,masukkan bahan yang telah diayak dalam mangkuk 1 ke dalam mangkuk 2 yang kite dah blend tadi sedikit demi sedikit sambil kacau guna mesin tu sampai sebati semuanya
(jangan letak banyak-banyak terus nanti susah nak sebati ok?? hee...)

4.Dah sebati semua,boleh la tuangkan dalam bekas nak bakar tu..

5.Panaskan oven dulu tau.

6.Lepas dah panas,bakar kek tu dalam oven. Dalam google bakar kek suhu 170 darjah selama 40 minit.Tapi kitorang buat 180 darjah selama 30 minit sebab kakak kite dah biasa buat kek camtu. Pastu kitorang tengok la kek tu dah masak belum,kalau tak masak lagi,tunggu kejap..haha..
Ikut la u oollls nak try yang mana.

Cara nak tau kek dah masak belum,cucuk lidi ke garfu ke,kalau melekat lagi kat lidi tu maksudnya tak masak lagi laaa..

Jangan terlebih masak pulak,nanti kek jadi kering..takmo takmo... =(

tengtengteng...dah siap keknya..sori gambar tak cantik sebab pencahayaan buat kek tu nampak macam ada air conteng-conteng kat atas pulak..

B)Resepi Topping(dia punya cream yang tuang kat atas kek yang cair-cair menyelerakan tuuu)
1.serbuk koko setengah cawan
2.susu cair
3.susu pekat manis

~Topping buat lepas dah siap bakar kek,kedua-dua susu tu masukkan sedikit demi sedikit, agak-agak je banyak mana sampai sebati serbuk koko,kalau nak manis,letak la susu pekat manis tu lebih sikit..kalau nak cair sikit,lebihkan susu cair..Your choice.

Dah siap topping,tuangkan atas kek yang dah masak tadi...yummy!! Jangan makan terus,letak dalam peti ais dulu..bagi sejuk-sejuk,baru potong... ^^



Selamat mencuba!! 

Aku pun baru belajar nie,first time..kehkeh.!!

Thank you for selongkar my blog and good day! 


Saturday 18 January 2014

phone holder


Assalamualaikum..

Nie adik aku.Ma'arof

Aku dah banyak cite pasal adik aku yang sorang nie sebelum nie kan..

Aku tak tahu la apa rahsia dia,dia nie memang senang sangat nak rapat dengan haiwan..Mungkin dia berani kot,tapi kalau orang usik hantu je,dia memang awal-awal lagi dah lesap tau..Orang baru buat intro nak usik dia,waktu tu la dia dah jerit macam perempuan,lari lintang pukang! berani ke penakut tuuu??


Tu Lisa,sekejap je dah dapat pegang Lisa,aku nak pegang Lisa tu aku usap-usap dulu,dia? main tangkap je,dapat!! 

Adik aku yang nie kelakar betul..
Dia kalau buat salah,tak mengaku pastu kantoi.
Hari tu dia rosakkan tudung rice cooker,bila dah rosakkan,boleh pulak dia bising-bising tanya "siapa yang rosakkan tudung rice cooker??" haha.kantoi la.taktik lama dan sama.

Masa dia kecik,dia duk main kipas ada kaki yang pendek tu..Aku tengah bahagia baring atas kerusi jauh dari dia.

tetiba dia cakap "Ini,rosak! kau buat.Nanti aku bagitau orang lain kau buat."

"Ha?? kenapa aku??" =_="

siapa yang main kipas,siapa yang baring atas kerusi sekarang??tension gua..!!


Tapi adik-adik aku pada aku bertuah sangat la..sebab duk kat kampung,mungkin zaman sekarang zaman teknologi,budak lain main game,fon segala gadget jee..

 Tapi adik-adik aku petang-petang lesap main kat kampung dengan kawan-kawan,masuk parit,kejar binatang-binatang kat kampung nie,main segala benda mainan yang orang kampung main,macam aku,abang dan kakak-kakak aku main dulu..Yang paling bertuah,bila balik umah,dapat jugak main gadget,game,fon,psp,ps2 segala..dua-dua dapat main.. jelesss aku.

Oh ye,aku ada selongkar bilik adik aku nie kan..
tetiba,aku terjumpa benda nie melekat kat dinding bilik dia..kedut je,sah-sah dia lekat sendiri.huhu


Pelajar kreatif??
Mungkin ini dikatakan kreatif...

Ini pengepit rambut aku..cantik..:)
Sejarah: Zaman dulu selalu kebas adik perempuan aku punya secara haram.macam dasyat pulak.haha.
Zaman sekarang dah insaf.

Ntah macam mana dia suka berubah tempat walaupun waktu aku tak pakai.Kadang-kadang jumpa kat dapur,kadang2 kat ruang tamu,kadang2 kat bilik. Nampak sangat ramai yang meminatinya.

Suatu hari aku terserempak dengan salah seorang peminatnya..look at what he was doing with that thing.

sedap ke?


Power rangers or Ryukendo??

alamak,kantoi kite ambik gambar dia..hehe

"Ini,aku nak la benda nie"
*nampak pengakuan berani mati itu.

"Aku nak la,aku nak buat nie.."


Phone holder.Boleh letak atas meja macam fon kau ada sofa yang empuk...
(gambar Manja yang hilang,sape-sape ada jumpa,boleh contact kite..kite rindu dia..adik kite lagi laa,siap letak jadi wallpaper lagi...sobsbbbsss...rindu sangat.. T_T

"ehhhh...tak bolehhhh,aku guna nie..."
*Dalam hati..."style gak nie"


letak fon kite pulak..hahahaha.thank you Arof.Briliant idea.hehe

Belakang pun cantik,cam ada rama-rama..hehe


Ma'arof,pergi cari minyak rambut..


"Ma,nak cari minyak rambut untuk botakkan kepala."
hahaha..
Then,i wonder..kenapa tak cari minyak botak?

Thank you for selongkar my blog and good day!!

Tuesday 14 January 2014

Origami Kuda


Assalamualaikum.. =)

hehe..
hari nie aku nak ajar korang berorigami...bukan berpoligami..alert ok.

Apakata kita buat kuda yang cute.. Aku memang sengaja banyakkan stepnya sebab nak bagi senang ikut dan faham,supaya tak ada maksud tersirat yang perlu korang tafsirkan..hehe..tapi sebenarnya senang je,lipat-lipat terus jadi..huhu

Matlamat buat origami nie,mungkin boleh buat hiasan kat bilik ke,hari lahir ke,nak kumpul banyak-banyak dalam tabung as a gift buat yang tersayang atau buat surat cinta bentuk kuda..Style jugak makwe aku nie..hihi...atau sebab adik paksa ajarkan dia akhirnya aku sendiri yang buat semua,lepas dah siap dia main je..aku tak faham betul apa maksud mintak diajarkan oleh budak kecik nie..memang tersirat betul maknanya...haha.


ha,nie dia kuda yang akan kita origamikan...
ok,lets start...
sediakan kertas berbentuk segiempat sama (a square payyyper)

Lipat mengikut bucu kertas dan buka balik lipatan macam kat atas supaya ada garisan lipatan tu kat muka depan..


Pusing kertas ke belakang,dan lipat dari sisi ke sisi pulak,dan buka balik lipatan supaya nampak garis lipatan macam gambar di atas.

Kemudian,lipat macam 3,dan rapatkan macam no 4.


Then,tarik bucu tepi kanan dan kiri rapat ke tengah,biar bucu bawah sebagai titik panduan seperti no 5. Lipat bucu atas jugak ok..


Buka lipatan-lipatan tersebut supaya garis lipatan tu dapat dilihat macam no 6.


Ok,garisan dot-dot biru tu kita potong guna gunting...jangan guna gergaji.



Dah siap potong,lipat helaian atas kiri dan kanan ke atas.
Step 9,lipat lipatan ke atas tadi ke tengah pulak,kanan dan kiri.

Sekarang dah jadi kepala lembu ada belalai..

takmau,takmau..!!

Lipat belalai tu ke belakang macam step 10.



Ok,bagus-bagus..sekarang pusing kepala lembu tu bagi tanduk ke bawah...

Step 11,lipat salah satu bahagian atas tu ke bawah supaya jadi kaki kuda..ha..kuda dah ada 3 kaki sekarang..kena buat satu lagi kaki dia,kalau tak nanti jadi kuda tempang,bukan kepang..huhu..

Sebab tu,kita bukak bahagian atas yang tak dilipat tadi,step 12..


dan terus tarik ke bawah lipatan tu..


lipat balik ke tengah macam step 14,


yeay! dah siap 4 kaki.!

Now,buat kepala pulak,bukak bahagian atas,dan tekan macam step 15


Pastu lipat ke atas supaya kepala dia berbentuk kepala la!!


Dah siap! Pastu letak la mata dan apa-apa hiasan...

emmm,pasal ekor..emmm...lu pk la sendiri..haha..aku pun tak tahu.



tengtengteng..udah siappppp...




selamat mencuba!! 
Thank you for selongkar my blog and good day!!






Beautiful thing that u should hear..


Assalamualaikum...*_*

Hari nie terharu giler kau!!!

I was playing with anak-anak today with my brothers and sister too..
Then,i tried to touch Louis...that garang,macho dan suka gigit boy...maaf.He is sooooooooo hyperactive son.I never hold him like i've done to Lisa ..Cuma usap-usap,tu pun dia selalu lari lintang pukang. He ever sit on my hand to eat but thats it.Sometime he wasnt eat but he bite my finger. Is that the way he shows his love to me?? pretty sure. hehe.

 I asked him about that before,why he cant give me the chance??But he never answer.haha.like he can. What i know is,he knows me,becoz im the one who always give him drink and food for sure. And since i know him,he always give me a communication signal if he want to say 

"I dont like it or i dont want it!!!!"

Bila aku bagi air,dia minum,pastu bila dia dah taknak,so,dia akan gerakkan kaki,dan kais bedding yang ada kat kaki dia,kalau aku paksa lagi,dia akan kais lagi kuat sampai aku faham.see??
tu je laa..

But today,for the first time since i look after on him,He let me hold him,like a dream come true.."Hes not Lisa,He is Louis,not Lisa...He let me hold him..Aku pegang Louis dalam tangan aku...AHHHHHH!!!!"  T_T terharunya!!

u know what,sebelum aku pegang,aku main-main je..pastu aku pegang,pegang belakang dia sebelum tangkap,kejap-kejap dia nak gigit pastu aku cakap,"sempena hari lahir Rasulullah nie,bagi la aku pegang kau...."
Pastu terus dapat tangkap..Allah haiiii....sukanya!!!! suka....


Nie gambarnya.."Arof,cepat ambik fon,tangkap gambar aku pegang Louis,cepat-cepat!!!"
Punya la excited,nak sejarah nie diingati..T_T
bahagia sangat~


Sampai macam nie kite main Louis..haha..kesian..

like i got a beautiful present during Rasulullah birthday..tetiba insaf..Aku pun tak ada hadiah special untuk Rasulullah...T_T

Aku sangat suka selawat Al fatih nie..semoga dapat gembirakan Rasulullah dengan perkongsian nie...dengar ye kawan-kawan..tenangnya dengar..tenang~




Salam Maulidur Rasul..
Thank you for selongkar my blog and good day!!

Monday 13 January 2014

Resepi Siput Sedut Masak Lemak


Assalamualaikum... =)

lama tak jumpa,lama tak mengarut..lama..lama..dan lama.


so,senyum macam saya..!!!
kalau tak mampu,letak buah oren kat mulut macam nie..nampak la senyum tu lebar sikit...haha
saya suka selfie..if u dont like it, so what?haha..
Saya suka buat kerja bodoh...so what??asal bahagia sudah..

Aku baru balik terengganu,tapi gambar atas tu kat rumah sewa,gambar lama..lama giler tak balik kampung.hwaaaaa!!
Assignment dah habis.Exam dah habis.Yahoo!! Google!! Mozilla!! apa lagi?

Alhamdulillah..Allah banyak tolong,banyak permudahkan semua perkara,aku confirm tak dapat nak lalui semua ini tanpa Allah..Yes.
Sebab tu dah lama tak update blog...busy sangat!!!

Sebelum naik bas,aku dah siap-siapkan anak-anak aku dengan baik,dah tak letak diorang dalam tupperware,aku letak diorang dalam akuarium kecil..kiut bangatttt!!! lagi safe.


Dalam akuarium dalam beg,tertidur dah..nampak tak kepala Louis terkeluar tu..nampak macam baby sangat..sayang anak Ini.. Lisa pulak dah masuk kat dalam habuk kayu tu tak nampak apa dah.. sape rindu Lisa???

nie gambar dia..suka sangat membuntalkan diri...

Aku suka tengok tangan,kaki dan hidung dia,warna pink.. ^^

Selain daripada bela hamster,arnab, sebenarnya aku pernah bela seekor Siput Ba*i
haha. Masa aku kecik dulu la,dah sekolah ke belum aku lupa..Kau bayangkan siput tu mengensot dengan manjanya atas tangan aku,dan meninggalkan lendir-lendir kesiputan di sepanjang perjalanannya atas kulit aku...eeee...Rahsia kulit gebu.hahahakksss.
Lepas tu aku lepaskan..tunjuk baik di situ. ngeeee~

Bagaimana aku pernah lakukan semua itu..ishishish..

Bila dah besar nie aku ada jumpa orang jual siput sedut masak lemak tu kan,aku teringin nak rasa,sebab sebelum nie tak pernah rasa kot,so,aku beli la di suatu hari..
Makan dengan sedutan demi sedutan lama-lama jadi teringat siput yang aku bela tu...eeee...
Tak sanggup nak tengok isi siput tu waktu sedut,geli aku... Lepas tu berazam taknak makan dah.
Cukup sampai di sini saja.

Berbulan lepas tu tengok kawan makan,maaf tersedut sekali pulak =_="..azam tak kekal. T_T
Geli tapi mahu.

Ingat tersedut jeeee,tapi macam mana ntah boleh terbeli dan terbawa balik..

dan terBanyak..sedap laaa..heeee

 Kawan kite pesan,kalau makan jangan makan benda kat bawah nie,boleh kena penyakit appendiks sebab tak hadam


Tapi setahu aku appendiks tu lampiran bila buat report...haha..diam kau.


To those people yang tak tahu macam mana nak makan binatang nie,senang je,aku dulu tak ada pun pergi kursus cara nak makan siput sedut..Kalau tak cuba tak tahu..Kalau aku sedut bahagian lubang yang kecik dulu,pastu baru sedut bahagian lubang belakang,pastu kalau tak keluar jugak,ulang lagi...Macam tutorial sedut siput sedut pulak aiiiii...haha. 

Senang je,tapi kau jangan la makan kat kedai,malu la..bising kot sedut benda nie,boleh kasi famous.kahkah.

Ok,nie aku jumpa resepi masak lemak siput sedut daun kadut...Aku share dengan korang,nanti dah masak,pos la kat aku jugak...


Nak try jugak nie,buat masa nie,tak boleh la sebab aku nak nikmati masakan mak aku selama sebulan cuti nie..heeee... =)

Thank you for selongkar my blog and good day!!