click this cute!

Saturday 21 September 2013

Cara halau cicak!



ASSALAMUALAIKUM,

Senyum… =)

Tidak,taknak pura-pura lagi!

bagi peluang aku membebel jap,

benci betul aku kat seekor cicak,jumpa seekor dah frust,tu belum jumpa segerombolan!
tetiba dalam hati berkata,ya Allah,susahnya nak hidup sendiri nie,sebab kena fikir pasal cicak tau!
 cicak pun aku kena uruskan..tertekan hidup aku sebab cicak seekor,tu baru seekor....kau memang ganggu hidup aku la,tambah masalah hidup aku...ahhh!

menyeksa jiwa,cicak,kau memang ada masalah personal dengan aku!
sejak-sejak kau jadi roommate aku,tayang badan kau yang buncit tu kat siling,terpaksa rela pulak aku kena buat kajian pasal kehidupan kau!
 sampai kena google stalk kehidupan kau,apa kau suka,apa kau tak suka! tetiba aku jadi stalker cicak..=_="

saja nak famouskan diri kan!
apakah semua ini!

oh my god..!
Gerammm!!!! Fuh,tarik nafas sebentar…dan senyum..=)

Sebelum tu,dalam aku stalker cicak,rupanya cicak ada kena mengena dengan lipas juga,dia suka serangga,so,aku jumpa cara betul nak bunuh lipas..

Daripada duk over-over jerit,ambik penyapu pukul-pukul macam orang gila meroyan,tapi tak kena pun..
Baik sediakan air sabun spray atas badan lipas,sebab lipas bernafas melalui kulitnya,buat style cool macam MR Muscle,so,bertenang dan tengoklah azab kematiannya.haha.jahat pulak rasanya.

Mr Ci (cicak) nie suka makan serangga,yup,bilik aku ada la masuk serangga kecik-kecik tu kat siling sebab abang kipas tak datang lagi,kipas tak ada, lagipun tingkap bilik memang terpaksa buka sebab,panassss!!! tambah lagi dekat dengan pokok.

Rupanya Mr Ci elergi mineral pada kulit telur! itu point yang aku cari di abad ini.!oh yeah!

harapan menggunung untuk menghalau si roomate buncit..haha

Misi saintis bermula,bilik sebagai makmal. cicak sebagai bahan ujikaji.caranya?

first of all,satu hari berkabung makan telur dadar,lupakan ikan atau ayam atau kambing..aku makan kenyang-kenyang sementara bagi cicak enjoy hari-hari terakhir kehidupannya di siling rumah aku sambil aku...hehehehe(sengih jahat)

pecahkan telur,ketepikan kulitnya,opssss!! jangan dibuang kulitnya,basuh dan keringkan.
,isinya diambil dan kau punya pasal la nak makan ke,mandi ke,cium ke...huhu

Yang penting kulitnya,aku guna kulit telur ayam,sebab tak jumpa kulit telur burung unta.haha.

Bila dah kering,pecahkan keping-keping kecil ikut kreativiti aku macam gambar kat bawah.

Lepas tu,aku potong kertas A4 panjang-panjang,terserah la nak guna kertas apa pun,atau nak potong macam mana pun,ikut kreativiti. Kertas A4 & potong panjang-panjang tu dah cukup kreatif dah bagi aku.hehe

Seterusnya aku lekatkan double tape pada kertas panjang tu,dan lekatkan kepingan kulit telur pada double tape yang tertampal pada kertas.senang,simple.
nak guna gam gajah pun boleyyyy!

macam nie,

Aku buat banyak.
Yang panjang pun aku potong-potong.letak kat tempat biasa cicak lepak.
Macam roomate aku tu suka duk celah lampu,aku letak kawasan lampu lebih sikit,pastu letak kat penjuru-penjuru siling,penjuru dinding bahagian bawah,letak kat pintu,bawah katil ..

Petang semalam aku tampal,sengaja start tampal kat tepi cicak dulu..haha,
cicak lari tau.tak tahu la faktor kulit telur ke faktor aku hentak siling kuat..kahkahkah.
For sure,Mr Ci dah tak lalu berdekatan kulit telur tu.nampak experiment aku ada kesan kecil.

Maghribnya aku sembur racun serangga,tutup pintu.aku buat pembunuhan serangga besar-besaran waktu tu,perasan bersalah itu mungkin ada.
tapi macam yang semua tahu,tak tahan lama pun,tak lama kemudian,serangga berkumpul balik. ='(

kau tahu cicak duk mana? aku ingat cicak dah pergi dari kehidupan aku,hampeh,menyorok kat dalam lampu rupanya.kau ingat aku tak nampak kau,aku stalker kau la cicak.! mesti la aku nampak!
Aku ingat kulit telur tu tak berkesan...mungkin sebab aku tampal tak banyak sangat.Mungkin kena potong besar-besar kertas lukisan lekat kulit telur kot...What I though before actually.

Tapi hari nie,Alhamdulillah..bayang-bayang Mr Ci aku dah tak nampak tau,suka sangat,no more perut buncit itu.no more! 
Misi experiment keberkesanan kulit telur tercapai. =) 

Nie kalau ada laki nie,mesti laki cakap "bijaknya isteri comel abang!" haha..
(cara puji diri sendiri alaf baru)
haha,gurau je. :p PEACE.
yang penting no more cicak,salah satu tanda kebesaran Allah menciptakan setiap makhluknya mempunyai kelemahan tersendiri.. ^^

Mungkin baru perasaan dirinya dihalau.atau semalam sibuk packing barang bawah lampu.haha.
Its only the matter of time and a spoon of patience! kehkehkeh

cicak,we're never be friend.

Thank you for selongkar my blog and good day.

Alhamdulillah,INI_EMPIRE CLOTHING kini dibuka..jemput visit & like..=)


21 comments:

  1. Ouh serius cicak elergic dgn kulit telor ??
    nice tips.. lepas nie nurrul nak guna pulak.. hehe :)

    sorry lambat balas...
    awk boleh refer tuto ini :
    http://youismysoul.blogspot.com/2010/11/tutorial-sign-up-nuffnang-and-put-into.html

    ReplyDelete
  2. thanks nurrul. :) InsyaAllah betul.dah berkesan dah pun Ini buat..hehe.

    ReplyDelete
  3. Ilmu datang daripada Allah,segala puji-pujian itu hanya untuk Allah(Alhamdulillah) =)

    ReplyDelete
  4. Salam nak tanya, telur ni agak2xberapa lama boleh tahan?

    ReplyDelete
  5. waalaikumussalam..akhir bulan9 tahun lepas 2013 saya buat nie, akhir bulan 5 tahun nie 2014 baru nampak cicak masuk balik.. kebetulan awak tanya maksudnya ikut pengalaman saya dalam 7 bulan telur nie boleh tahan..sekarang saya kena buat lagi guna kulit telur baru..tapi depend la,kalau awak buat nanti share la kat sini.. Alhamdulillah,bagus la jugak letak telur nie berbanding guna cara lain..huhu

    ReplyDelete
  6. hehe....ko punya perangai mcm sis jugak....siap menghalau tu yg x tahan kan...

    nak tanya, nak tunggu kulit telur tu kering smp brp jam? ade kat blog lain tulis amek masa 2 3 hari

    ReplyDelete
  7. Haha. Kulit telur tu lepas basuh,terus jemur.xlama pun..xsmpai satu hari pun sis. Rasa dah kering.boleh buat la..jemur tu nk suruh kering sebab nak tampal nanti tkut tak lekat plak..hehe.

    ReplyDelete
  8. telur kena rebus dulu atau telur mentah2 guna ?

    takut tak jadik nanti, . . .

    assalamualaikum

    ReplyDelete
  9. wsalam. saya guna telur nie mentah.kulit sebelum masak. saya xpasti la berkesan ke x klau dah masak.

    ReplyDelete
  10. huh baru faham...bce at blog laen blh pning ple dok mmikir tok memahami...huhu...thanks n b'syukur sgt dpt tips to...

    ReplyDelete
  11. thank u so much....sgt membantu...

    ReplyDelete
  12. Kalau saya dulu x pakai kertas pon, guna double tape terus.huhu.... Lekatkan kulit tu kat double tape, pastu sebelah satu lagi tu, tampal kat tingkap @ lubang2x cicak masuk. Tahan dalam satu sem jugak la.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum.. tq bg tips.. yes.....!!! ade jugak org lain yg sm mcm sy.. ati cicak... annoying giler tgk cicak. xkeruan hidup huhu.. nway tq.. sy nk cb tips ni

    ReplyDelete
  14. terima kasih sis.. help me a lot. haha tak sabar nak try nak hapuskan legasi benda uhhh kahkah

    ReplyDelete
  15. Betol ke cara ni?? Xpsal2 kne google stalk pny blog.

    ReplyDelete
  16. wahh...good idea la,xsbr nk try jugak,dh lama bergaduh ngn cicak,cicak tu pandai melawan lak tu..sakit hati je...dgr cicak wat bunyi pn rs nk mrh...kihkih..tq for d tips...

    ReplyDelete
  17. saya ada juga jual racun cicak, calit shj kt dinding , iA esok nya jumpa bangkai 013 306 8191

    ReplyDelete
  18. bijaknya isteri comel abang! kui3 :P

    ReplyDelete
  19. aku search racun cicak,pembunuh cicak dan akhirnya terbaca entry ini.Thanks

    ReplyDelete