click this cute!

Friday 20 September 2013

Syukuri nikmat "AKU"

Assalamualaikum,

Jom baca,tengok kau tahan ke tak dengar aku membebel tapi blog tak bunyi...haha.kalau tak dapat apa-apa lepas kau baca nie,baik kau baca buku sejarah lagi baik laaa...huhuhu.

Dulu kalau aku sakit,aku tak peduli sangat,tak ambik berat langsung..tak suka klinik,tak suka ubat dan yang berkaitan dengannya.masa kecik kalau pergi hospital mesti nak kena dekat-dekat dengan parent,sebab takut bertembung dengan mayat.kau ingat hospital tu kubur???haha

tapi ma aku pernah cakap kat aku, "Diri sendiri kena jaga,kesihatan kena jaga,dulu ma sakit pun ma makan ubat,tak ada siapa suruh,paksa. Sebab kalau ma tak buat,tak sihat,siapa nak jaga anak-anak.nak jaga keluarga.that's why kat mana pun kita,kita kena jaga diri dulu,walaupun tak ada anak lagi,suami lagi,tapi Ini ada tanggungjawab lain,Ini kena belajar."

Then,aku pun terfikir sambil melihat bintang,fuyoooo! tak ada bintang pun.
Betul jugak ma aku cakap,kalau aku sakit,macam mana nak jaga suami nanti? nak jaga anak nanti? nak senyum macam saya setiap hari di depan pintu rumah tunggu suami balik kerja nanti? adui,tak boleh jadi seyyyyhhhhhh...sekarang kena prepare dah supaya sihat luaran dan dalaman..!
itu aje yang difikirkan,perkataan "belajar"  hilang dibawa bayu darat" kehkehkeh!

Contohnya makan,kalau makan biarlah makanan berkhasiat,kita nak belajar,otak kena bagus,kuat,kena jaga betul-betul..Tapi makan makanan segera hari-hari,semata-mata nak jimat duit,otak pun berkarat,belajar pun susah nak masuk,nak ingat.Pastu mula tanya "kenapa otak aku bengap sangat?!"
duit boleh dicari,otak? ingat boleh mintak dengan zombie?long term effect guys,otak nak guna sepanjang hayat..belajar tak pernah habis,sampai liang lahad.

KESIHATAN ITU SATU NIKMAT,OTAK ITU SATU NIKMAT,BADAN ITU SATU NIKMAT.

Berusaha menjaganya itu cara kita bersyukur sayang..tak gitu? jagalah kerana Allah.

Kawan-kawan,saya menyeru marilah kita bersama-sama berusaha menjaga kesihatan diri sendiri walaupun pakwe kita tak suruh. hehe.Bila dah berusaha,sakit,sihat,hidup,mati semua terserah pada Allah! =)

Oleh kerana sampai sekarang tak berapa nak suka makan ubat jugak,makan bila sakit dah nak mati,rasa-rasa perasaan nak diambang maut baru makan atau bila ma membebel tak berhenti-henti ibarat cendawan tumbuh selepas hujan,pandai kau! haha.. Jadi aku ambik inisiatif,jalan terbaik iaitu mencegah lebih baik daripada mengubati..comel gitu karangan.

Aku percaya ramai yang tahu,bunyi handphone tu tak elok untuk kesihatan kan?
berisiko untuk dapat cancer otak,sangat bahaya la..handphone nie hasilkan radiation yang boleh bagi kesan tak bagus pada manusia.nak tahu lagi,sila tanya Miss Google ok! My lecturer said that Google is a girl because she knows everything...=)

lagi-lagi kalau tidur dengan fon dan guna fon sebagai alarm.
Aku percaya ramai yang tahu,tapi ramai yang tak sedar,bukan pengsan,tapi tak ada kesedaran.huhu.
teruk betul la korang nie!! tapi,
Aku pun dah lama tahu,tapi tak berapa nak kisah jugak,haha..tak sangka aku pun teruk jugak!

So,aku pun beli la jam loceng nie...nasihatnya,jangan la beli yang murah sangat,RM5,6 tu..tak jamin tahan lama. Sebab cubaan beli yang murah tu pernah dilakukan oleh perempuan nie--->aku! haha
tapi sayang,kat kaunter pun dah rosak.cepat-cepat pergi tukar,bila dah jumpa,siap bagi amaran lagi
"aku pilih kau,kau jangan berani nak rosak pulak" sambil buat muka garang.haha.. Jadi ada baiknya cari yang lebih dari RM10 ok! tapi jangan lupa test dulu.

nie dia,si merah..dia boleh tukar bunyi muzik..


Tapi sayang bunyi dia kuat giler.satu rumah boleh dengar,jiran tetangga,bawah tangga,atas tangga,mungkin boleh terbangun.
cancer otak tak dapat,telinga pekak pulak yang dapat...yang mana harus ku pilih...='(
semoga Allah jauhkan.InsyaAllah!

Oh ye,saja buat sedikit selingan...sebelum nie dah tengok aku cat bilik kan.kali nie aku letak bintang bulan,glowing gitu,bila tutup lampu.Bila malam je rasa macam duk kat angkasa lepas.fuhhh!


aku tak boleh hidup dalam gelap,paling tak pun kena ada bulan..kalau tak,tak boleh tidur,itu ok lagi..aku tak boleh bernafas,pelik rasanya,kalau gelap je,oksigen macam tak ada.
terkapai-kapai seorang diri,macam duk dalam air.Pernah seyyyhhh aku duk dalam gelap macam tu sorang-sorang,nak jerit tak boleh,nasib baik tangan ada tercapai satu lilin dan mancis.kalau tak,mati katak disitu.

Benda nie sangat membantu la,lekat banyak-banyak,pastu tutup lampu.sebelum nie,tutup lampu jugak sebab cahaya bulan masuk ikut tingkap yang lutsinar..Kalau tak,aku rela tidur dalam keadaan yang cerah.
ok,dah puas membebel..hekhekhekkk...

Thank you for selongkar my blog and good day!
 ^^




No comments:

Post a Comment