click this cute!

Wednesday 26 July 2017

senyum macam saya?

Halloooo =)

Teringat pulak dulu waktu buka blog nie, aku nak gembirakan hati sendiri je, sebab tu aku letak tajuk senyum macam saya, sebab selain buat diri sendiri senyum, harap pembaca pun tersenyum..walaupun sekadar sengih sambil kutuk aku, "ntah apa-apa perempuan nie" hehe

Baru je lepas phone col dengan ma aku.. mula-mula dia angkat bunyi zzzrrrrzzzrrrrr..aku pun dah..alaaaa phone dia rosak lagi ke, takpun mesti takde line... beeengang wei, benganggg...

Tetiba ma aku cakap, tengah goreng ikan nie..hahaahhaaa..ape ke halnya goreng ikan pukul 10 lebih nieee..

Aku dengar ma aku hepi je sembang dengan aku, rinduu wei.. Ma aku tu priceless,my true love tau.
Kalau on col, ada je benda dia pesan, ada je doa baru dia bagi.
Tapi tula kan, aku bukan ingat.. ada jugak la yang aku ingat..tapi tak banyak laaa..hiks.

Pasal ma aku la yang banyak tahu pasal sakit dan penderitaan aku sepanjang hidup ini, aku...okay nak nages pulak rasa.. jadi dia la yang banyak support aku kan, bab sakit jangan cite, dia la duk cari ubat sana sini.. nie aku makan ubat baru, which is sangat berkesan berbanding sebelum nie Alhamdulillah.. Aku bagitau dia tadi, so dia hepi sangat.. aku pun hepi, dia dengar aku hepi dia lagi hepi...Allah, mana nak cari manusia yang nak hidup susah senang dengan kita sehebat mak ayah kita kan.

 Allah, bahagia sangat aku rasa sekarang, sejak ramadhan hari tu, aku ada banyak sangat doa, banyak sangat makbul..antaranya kesihatan sendiri la..ada jugak sakit sikit-sikit tapi takde la seteruk sebelum nie kan..aku bersyukur.

Rasa macam hidup nie berubah banyak lepas ramadhan tu dan sepanjang ramadhan tu aku hepi giler. Rindu sangat bulan tu..ntah dapat rasa lagi ntah tidak Allah je tahu.. Allah boleh beri kita ujian,kesedihan dan kesakitan bertimpa-timpa, tapi percayalah Allah juga mampu beri kita kebahagiaan bertimpa-timpa hanya tunggu masa yang Allah tentukan.Yakinlah, jangan putus asa, sentiasa mencari jalan yang paling Allah suka walau waktu senang dan terutama waktu paling susah dan paling teruji iman. Bila kita patut dah putus asa dengan Allah, kita pilih untuk tetap percayakan Dia.

Penat wei 2 minggu nie busy sangat, aku banyak hilang ingatan akhir-akhir nie, memang worst kadang hari pun tak ingat! Aku rasa pasal banyak gelak nie, ingatan aku keluar ikut mulut..ehh tapi aku ada jugak bersin sekali dua...ntah-ntah dia keluar ikut hidung...ya ALLAH!!! (muka terkejut) hahahaha..bangang betul perempuan nieee...

okay la, nak sambung buat kerja pulak.

Thank you for selongkar my blog and good day! =)














Friday 21 July 2017

What i like what i dont like

Hai everyone.

previous post kan aku cakap aku rabun tu aku sedih sangat. aku taknak jadi orang lain..so ill do something instead of pakai spek..tengok la macam mana.

aku rasa punca sebab aku selalu tengok fon kot. Kalau nak tahu, aku ada satu hobi. Aku suka stalk diri sendiri.hahhaha. Fb sendiri, blog sendiri dan insta sendiri dan koleksi gambar sendiri. Yang paling kerap, aku mesti tengok gambar dalam gadget sendiri..hahah

Nampak sangat aku obses dengan kehidupan sendiri kan? Sebab aku sejenis orang yang tak suka compare diri dengan orang lain. Pada aku, rezeki aku adalah rezeki aku yang perlu aku syukuri, buat semampu aku, kalau orang lain ada lebih atau kurang ke, bukan urusan aku untuk rasa terganggu since aku sekolah lagi..macam orang lain semua study,tapi aku taknak study bila aku rasa bukan waktu aku study,tapi aku study bila aku bersedia study so aku buat terbaik waktu tu. masih aku dapat kekalkan result yg baik Alhamdulillah semua datang daripada Allah..rezeki kan..

Tapi perangai nie ada yang tak bagus jugak bila nampak orang lain dah maju,tapi aku lek-lek ajeee..hahahah.

Aku suka tengok gambar dan aku tak suka kamera yang ada filter. Fake aku tak suka la, tapi aku tahu ada jenis orang suka, depend la. Cuma aku suka kalau gambar tu nampak sama macam yang aku lihat dengan mata sendiri. Tapi kalau nak buat kenangan tapi gambar gelap kabur tu ada jugak aku filterkan..

Kalau nak tahu, dalam fon aku, tak menarik pun selain koleksi gambar. Pasal aku bukan gamer. Aku suka main Candy Crush je,Tu pun jarang-jarang main. Takdenya nak berjam-jam main game..cukup la orang gamekan aku.haha Pastu dari dulu lagi fon aku takde lagu. Ada jugak la lagu yang orang hantar. Sebab aku bukan sejenis manusia yang suka dengar lagu sepanjang masa. Kecuali waktu mengidam nak dengar lagu tertentu. Takpun kalau naik kereta best jugak layan lagu kan cuma kancil aku tu, kalau dia ada mood, ada la lagu, kalau dia takde mood, kau tukar la area dia tu dengan tiang lampu sekali pun, mimpi la dapat dengar.. aah la..sambil drive sambil mimpi dapat la dengar lagu..jangan lelama dengar orang baca yasin pulak....hahahhaa..

Dah la, aku ngantuk dah nie, aku saje je nak membebel. Esok kena bangun awal, ada misi cari nasi lemak kangkung dengan kengkawan..

Aihh banyaknya gelak akhir-akhir nie, melalaikan semua nie!!! dapat kawankawan otak kangkung gitu lerrr...kahkah.. kena muhasabah diri! Rindu la kat housemate aku. Dia blah gitu jeee dari rumah. keluar macam bibik curi duit tuan ribu ribannn reban ayam haaa!! hahahaaa.. Adik Reen, kakak sayang adik Reen, bila kita boleh gelak macam bangang lagi..ahaha..

Nite everyone, thank you rajin sangat baca blog titeee!!! ^^




Wednesday 19 July 2017

Stresss

Sekarang nie tgh stress. Cek mata rabun teruk dah kena pakai spek. Aku xnak pakai spek sb dh nampak macam orang lain.  Aku tertekan giler nie. Aku nak berkurung dalam bilik je.nak nangis byk3..ya Allah..aku tak tahu macam mana nak adapt hidup baru dgn spek nanti, aku xleh nk pk..Allah..
Laptop plak tak pernah2 buat hal tetiba taknak on!! Fon dah nak mati nie charger tertinggal dlm kereta..Allahhhh..so stress..😭😭😭


Tuesday 20 June 2017

Muka Jadoo

hai. 

muka bila tengok cermin bangun pagi,

Image result for jadoo 
 pasal makan seafood semalam..

ahahahaaa..

tu pun kalau tengok cermin. pernah tu tido kat umah kawan, bangun pagi terus balik umah..rupanya kawan tu dah gelak dah kat aku mata bengkak, pastu tak bagitau..hahaha..kuang ajoo.
Bila aku balik umah tertengok cermin..stress betul perasaan, patut rasa pelik.buat malu je..hiks

Paling worst bulan 4 hari tu, siap beli spek lagi malu nak keluar umah, seminggu kot, bukan mata bengkak je..separuh muka merah teruk, rasa burn giler, dah gelupas baru gi klinik.. Makan ubat baru okay.. seksa weiii!!

Tercerita kat sini sebab hari nie kena lagi.. Doktor cakap boleh makan seafood tapi kena makan ubat sejam sebelum..Pernah buat hari tu, walaupun makan ubat berdenyut gak kepala tapi muka okay je, takde muka merah, bengkak-bengkak..

Orang cakap dah tahu alergi, takyah la makan.
Tu la cite dia, nie la orang panggil ujian, bila kau suka sangat makan seafood tapi badan kau tak dapat tampung..azab betul rasanya.. perasaan aku tengok seafood macam orang tengah puasa tengok air berais..slllllrrrppppp!!! Boleh tahan?

kalau seafood tu betul-betul segar dan bersih, aku tak ada masalah pun makan..Tak effect apa pun.
Seronoknya waktu macam nie.hihi

Tapi kan, ada gak time aku lupa makan ubat macam semalam makan char keow teow kan tak ada niat..bangun pagi nie, dah bengkak, puasa pulak tu tak dapat makan ubat, tahan je laa..

Boleh pulak pergi jumpa supervisor hari nie dengan mata Jadoo nie..Pastu boleh pulak dia cakap pasal ketam sedap..Bila balik umah aku baring dengan housemate sambil zikir "nak makan ketam, nak makan ketam,nak makan ketam hari nie!!!!" sabor je la housemate tuuu..
Tapi takleh makan sebab mata bengkak lagi..hahahha. last-last berbuka kat masjid gak macam biasa.

kesian.

Emm..esok dah balik kampung. mesti rindu masjid nie..sedih pulak.. -__- 
Dah la nak balik cuti lama nie..
 





 


Monday 19 June 2017

Cakap je..

Hai everyone.

Aku stalk blog sendiri kejap. aku rasa dah tak menarik dah sebab aku dah buang banyak gambar pastu aku dah hide banyak post pasal banyak sangat gambar sendiri. pernah menarik ke? ahahaa..
Aku buat camni mungkin sebab otak aku dah matang sikit, ada kesedaran sikit yang perempuan nie tak patut sebarkan banyak gambar sendiri secara tak terkawal.. ada la kesedaran tu sikit walaupun tak berapa sangat hahaha..semoga istiqamah la Martini weiii!! mari doakan perempuan nie ramai-ramai.

Tadi aku duk lepak dengan housemate dalam bilik layan youtube video funny cats tu.. Dah berapa kali dah buat keje nie..gelak menangis weii! Ape bende la perangai kucing, dah macam perangai aku. hihi.

Tetiba rasa rindu nak main kucing. Si Uwais kat kampung tu dah tua bangka dah. Aku pernah cite kat fb hari tu kan, kat umah aku banyak kucing. Bila aku tengok umah aku tu, aku confuse balik umah sendiri ke balik umah kucing pasal warga kucing macam lagi banyak je dari warga manusia dalam umah tu.Hari tu kan, family aku nak buang kucing pasal ada yang berak merata.. Mak aku tak tahan sangat dah, so masing-masing kutip la letak dalam guni, dah nak buang, mak aku tengok kat dalam guni, diekorsss buat muka simpati pulakkk...cuteee sangat mata dan muka tuuuuuu...sampai blink-blink, aku yang tengok nie terus cair..Mak aku lagi laaaa...terus mak aku cakap, buang minggu depan je laaa, kesian pulak...hahahahahaha...

Now, aku tak tahu la dah buang ke belum..


Emm..seronoknya bulan puasa nie, tenang dan gembira, Allah, nak je berkat bulan puasa nie berjalan sepanjang tahun, sebab rasanya lain macam, special betul. Sedih bulan nie dah nak habes..mesti akan rinduuu..T_T..rindu sangat...

bulan puasa nie aku puasa media sosial, tapi terbuka jugak blog semalam dan hari ini. Saje la nak cari mood buat keje. hwahaahaaa..cheat! ^_^













Sunday 18 June 2017

Exhausted

Penatnya buat thesis... kadang aku rasa aku tak mampu buat, aku nak tinggalkan semua nie dan balik kampung. T_T tapi tak balik jugak..hahahhaaa.
Asal aku rasa susahnya nak menulis,nak baca, nak faham, nak fikir. Orang lain seronoknya yang dah siap tu...Benda nie yang susah atau aku yang bengap? haha

Ma selalu cakap, Allah yang sampaikan aku ke tahap nie, aku patut bersyukur..orang lain tak dapat tapi aku dapat, mesti ada hikmah yang besar...Pa dah banyak kali tanya bila aku nak grad..huhuhu..
Rindu ma,pa, kakak abang adik everyone!

Kalau bukan sebab semangat ma & pa, aku tak kuat la.
Allah mudahkanlah perjuangan ini..sepertimana Engkau bersamaku sejak kecil, seperti itu aku sentiasa perlukanMu sekarang dan selamanya..

Alahai rindunya kakak2 sahabat handai geng iftar masjid. semua dah balik kampung. Pasni nak berbuka dengan sape..harapkan adik Reen nie yang chipsmore kejap ada kejap takde nie je laa...hahaha..