click this cute!

Sunday 12 May 2013

WAKTU TEPAT PASTI DATANG



Mesti ramai pernah dengar kisah nabi Musa,tapi pernahkah dihayati kenapa kisah itu diceritakan dalam Alquran? kalu tak tau Boleh tgk dalam (SURAH AL QASAS)

gambar hiasan tau! huhu


Kisah seorang ibu yang sangat2 menyayangi anaknya,Musa..walaupun kita belum menjadi seorang ibu,pasti kita pernah mempunyai sesuatu yg sangat2 kita sayang,dan yg pasti sesuatu itu sangat sangat sangat susah untuk dilepaskan..sangat!!

Apatah lagi sayangnya seorang ibu terhadap anak,yg dikandung berbulan2,penat,sakitnya melahirkan anak melebihi had kesakitan seorang manusia,dapatkah kita membayangkan kasih sayang itu??? Walaupun kita cuba membayangkan,tapi tak sama dgn yg pernah merasa..kan,kan??

Tersentuh hati saya,bila mana seorang sahabat menceritakan kisah nabi Musa ini dgn penuh penghayatan..:’)

Waktu firaun mengarahkan hamba2nya membunuh semua anak lelaki yg lahir,raja yang sangat2 zalim di bumi ini..lalu diperintahkan oleh Allah agar seorang ibu menghanyutkan anaknya ke sungai dan Allah berjanji akan mengembalikan anak itu kepada ibunya..

 Demi melaksanakan perintah Allah lalu ibu ini terus menghanyutkan anaknya ke sungai selepas anaknya disusukan,padahal ibu itu tidak tahu ke mana arah tuju anaknya,dan bagaimana keadaannya selepas itu,hidupkah?matikah?…..Kuatnya ibu Nabi Musa,dan kekuatan itu datang kerana Allah….kerana cintanya dan keimanannya terhadap Allah..anak itu dihanyutkan dgn penuh tawakal,dengan penuh kepercayaan pada Allah bahawa Allah itu akan menunaikan janjinya dan akan menjaga anaknya walau dimana dia berada..




gambar hiasan: nie bapak sape terhanyut sorang2 nie?? ish3..



Nabi musa dihanyutkan,kuasa Allah,nabi Musa ditemui oleh keluarga Firaun iaitu isteri firaun sendiri,
Begitu sayang isteri firaun pada anak itu sehingga Berjaya memujuk suaminya supaya tidak membunuhnya dan menjadikan nabi musa anak angkat mereka..Besarnya kasih sayang Allah terhadap anak itu,Allah Maha pelindung,melindungi anak itu dengan caraNya yang Bijaksana..
Dan selepas ketiadaan anak kecil itu,ibu Musa asyik memikirkannya,sangat merinduinya,terlalu rindu…sehingga hatinya sangat kosong..

hampir saja dia membocorkan rahsia tentang anaknya itu pada orang ramai,namun Allah yang memegang hati manusia,meneguhkan kesabaran,dan memberi kekuatan kepada ibu musa supaya dia tetap teguh percaya pada janji Allah,beriman kepada Allah yang Maha berkuasa terhadap segala-galanya..

Dan tiada ape yg akan berlaku tanpa keizinan Allah,dan ape saja boleh berlaku dengan izin Allah..Bukankah itu yang wajib seorang hamba Allah itu berpegang dan percaya????

Dengan izin Allah,anak kecil itu enggan menyusu dengan semua wanita yang ingin menyusukannya,tiada seorang pun daripada mereka Berjaya menyusukan nabi musa sehingga isteri firaun bimbang..takdir Allah,datanglah seorang wanita yang menyedari perkara tersebut kepada isteri firaun menyatakan bahawa ada seorang perempuan di satu kampung mungkin dapat menyusukan anak itu..dan wanita itu rupanya adalah saudara perempuan ibu Musa,yang disuruh oleh ibu musa untuk keluar mencari khabar tentang anaknya..

Akhirnya anak itu mahu menyusu dengan perempuan itu,iaitu ibunya sendiri,bahagianya ibu nabi musa,janji Allah itu benar..anak itu tetap dikembalikan kepadanya..Allah maha mengetahui betapa sakitnya,menderitanya perempuan itu berpisah dengan anaknya,Allah sangat penyayang,tidak pernah menganiaya hambaNya,kerana itu Dia kembalikan anak itu kepada ibunya untuk mententeram dan membahagiakan hambaNya yang beriman dan percaya kpd Nya..

Emmm..hebatkan aturan Allah,orang2 yang bergantung pada Allah tak pernah rugi..
Kisah ini adalah salah satu kisah yang menjadi kekuatan kepada aku untuk menjalani hidup sebenarnya..kenapa?

Dalam melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya itu walaupun terpaksa mengorbankan sesuatu atau melepaskan sesuatu untuk sementara atau selama2nya itu semata2 kerana Allah,tawakal kepada Allah..kita tak pernah rugi,tak pernah!

 Bila mana kita serahkan segala-galanya kepada Allah agar Allah yang aturkan,yang pilihkan,yang jauhkan,yang dekatkan supaya Allah redha dengan kita,itu yang terbaik.hanya itu. Dan hasil kita dapat tak pernah mengecewakan,sama ada Allah beri ape yang kita nak atau Allah beri yang lebih baik..insyaAllah. ^_^


it just the matter of time,


apa yang Allah bagi itu datang pada waktu yang tepat,nabi musa kembali kepada ibunya pun tepat pada masanya,dan menunggu waktu itu mestilah dengan kesabaran dan kekuatan seperti yang ditunjukkan oleh ibu nabi Musa.kalau xde kesabaran dan kekuatan itu mintalah dengan Allah,percaya pada Allah,Dia tak pernah menganiaya hamba2Nya kerana Dia sangat PENYAYANG, Maha MENGASIHANI..Dia paling tahu ape yang ada dalam hati kita~




(Sila buat tangan bentuk hati semua) hihi~

     


 Segala idea ini dtg dari pembacaan,buku,otak kawan2,insyaAllah yang soleh&solehah dan otak aku,yang sedang melalui proses pembelajaran berterusan *_*,,,and actually everything comes from Allah..Alhamdulillah..! kalau ada sebarang kesilapan,sila tegur berkongsi ilmu secara berhemah...^^