Mesti ramai pernah dengar kisah nabi Musa,tapi pernahkah
dihayati kenapa kisah itu diceritakan dalam Alquran? kalu tak tau Boleh tgk dalam (SURAH AL QASAS)
gambar hiasan tau! huhu
Kisah seorang ibu yang sangat2 menyayangi
anaknya,Musa..walaupun kita belum menjadi seorang ibu,pasti kita pernah
mempunyai sesuatu yg sangat2 kita sayang,dan yg pasti sesuatu itu sangat sangat
sangat susah untuk dilepaskan..sangat!!
Apatah lagi sayangnya seorang ibu terhadap anak,yg dikandung
berbulan2,penat,sakitnya melahirkan anak melebihi had kesakitan seorang
manusia,dapatkah kita membayangkan kasih sayang itu??? Walaupun kita cuba
membayangkan,tapi tak sama dgn yg pernah merasa..kan,kan??
Tersentuh hati saya,bila mana seorang sahabat menceritakan
kisah nabi Musa ini dgn penuh penghayatan..:’)
Waktu firaun mengarahkan hamba2nya membunuh semua anak
lelaki yg lahir,raja yang sangat2 zalim di bumi ini..lalu diperintahkan oleh
Allah agar seorang ibu menghanyutkan anaknya ke sungai dan Allah berjanji akan
mengembalikan anak itu kepada ibunya..
Demi melaksanakan
perintah Allah lalu ibu ini terus menghanyutkan anaknya ke sungai selepas
anaknya disusukan,padahal ibu itu tidak tahu ke mana arah tuju anaknya,dan
bagaimana keadaannya selepas itu,hidupkah?matikah?…..Kuatnya ibu Nabi Musa,dan
kekuatan itu datang kerana Allah….kerana cintanya dan keimanannya terhadap
Allah..anak itu dihanyutkan dgn penuh tawakal,dengan penuh kepercayaan pada
Allah bahawa Allah itu akan menunaikan janjinya dan akan menjaga anaknya walau
dimana dia berada..
gambar hiasan: nie bapak sape terhanyut sorang2 nie?? ish3..
Nabi musa dihanyutkan,kuasa Allah,nabi Musa ditemui oleh
keluarga Firaun iaitu isteri firaun sendiri,
Begitu sayang isteri firaun pada anak itu sehingga Berjaya memujuk
suaminya supaya tidak membunuhnya dan menjadikan nabi musa anak angkat mereka..Besarnya
kasih sayang Allah terhadap anak itu,Allah Maha pelindung,melindungi anak itu
dengan caraNya yang Bijaksana..
Dan selepas ketiadaan anak kecil itu,ibu Musa asyik memikirkannya,sangat
merinduinya,terlalu rindu…sehingga hatinya sangat kosong..
hampir saja dia
membocorkan rahsia tentang anaknya itu pada orang ramai,namun Allah yang
memegang hati manusia,meneguhkan kesabaran,dan memberi kekuatan kepada ibu musa
supaya dia tetap teguh percaya pada janji Allah,beriman kepada Allah yang Maha
berkuasa terhadap segala-galanya..
Dan tiada ape yg akan berlaku tanpa keizinan Allah,dan ape
saja boleh berlaku dengan izin Allah..Bukankah itu yang wajib seorang hamba
Allah itu berpegang dan percaya????
Dengan izin Allah,anak kecil itu enggan menyusu dengan semua
wanita yang ingin menyusukannya,tiada seorang pun daripada mereka Berjaya menyusukan
nabi musa sehingga isteri firaun bimbang..takdir Allah,datanglah seorang wanita
yang menyedari perkara tersebut kepada isteri firaun menyatakan bahawa ada
seorang perempuan di satu kampung mungkin dapat menyusukan anak itu..dan wanita
itu rupanya adalah saudara perempuan ibu Musa,yang disuruh oleh ibu musa untuk
keluar mencari khabar tentang anaknya..
Akhirnya anak itu mahu menyusu dengan perempuan itu,iaitu
ibunya sendiri,bahagianya ibu nabi musa,janji Allah itu benar..anak itu tetap
dikembalikan kepadanya..Allah maha mengetahui betapa sakitnya,menderitanya
perempuan itu berpisah dengan anaknya,Allah sangat penyayang,tidak pernah
menganiaya hambaNya,kerana itu Dia kembalikan anak itu kepada ibunya untuk
mententeram dan membahagiakan hambaNya yang beriman dan percaya kpd Nya..
Emmm..hebatkan aturan Allah,orang2 yang bergantung pada
Allah tak pernah rugi..
Kisah ini adalah salah satu kisah yang menjadi kekuatan
kepada aku untuk menjalani hidup sebenarnya..kenapa?
Dalam melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya
itu walaupun terpaksa mengorbankan sesuatu atau melepaskan sesuatu untuk
sementara atau selama2nya itu semata2 kerana Allah,tawakal kepada Allah..kita
tak pernah rugi,tak pernah!
Bila mana kita serahkan segala-galanya kepada Allah agar Allah yang aturkan,yang pilihkan,yang jauhkan,yang dekatkan supaya Allah redha dengan kita,itu yang terbaik.hanya itu. Dan hasil kita dapat tak pernah mengecewakan,sama ada Allah beri ape yang kita nak atau Allah beri yang lebih baik..insyaAllah. ^_^
Bila mana kita serahkan segala-galanya kepada Allah agar Allah yang aturkan,yang pilihkan,yang jauhkan,yang dekatkan supaya Allah redha dengan kita,itu yang terbaik.hanya itu. Dan hasil kita dapat tak pernah mengecewakan,sama ada Allah beri ape yang kita nak atau Allah beri yang lebih baik..insyaAllah. ^_^
it just the matter of time,
apa yang Allah bagi itu datang pada
waktu yang tepat,nabi musa kembali kepada ibunya pun tepat pada masanya,dan
menunggu waktu itu mestilah dengan kesabaran dan kekuatan seperti yang
ditunjukkan oleh ibu nabi Musa.kalau xde kesabaran dan kekuatan itu mintalah
dengan Allah,percaya pada Allah,Dia tak pernah menganiaya hamba2Nya kerana Dia
sangat PENYAYANG, Maha MENGASIHANI..Dia paling tahu ape yang ada dalam hati
kita~
(Sila buat tangan bentuk hati semua) hihi~
Segala idea ini dtg dari
pembacaan,buku,otak kawan2,insyaAllah yang soleh&solehah dan otak aku,yang
sedang melalui proses pembelajaran berterusan *_*,,,and actually everything
comes from Allah..Alhamdulillah..! kalau ada sebarang kesilapan,sila tegur berkongsi ilmu secara berhemah...^^
No comments:
Post a Comment