click this cute!

Monday 22 December 2014

Social standard or giving standard?

Assalamualaikum!

Ah! seronoknya hidup ini. Ingin sekali aku terbang tinggi meniti awan biru mengejar pelangi..

Sumpah menyampah buat ayat cerpen!  haha.

Hai.study week dah bermula! =D

Semua report, assignment, presentation semua dah settle. Selama nie siang malam duk buat kerja, bengkak mata i. Jiwa pun bengkak! Tangan pun cramp duk menaip lama..tak tidur malam. bukan buat kerja last minit ok tapi banyak sangat, pastu ada yang kena baiki balik....dah siap, kena repeat balik atas sebab-sebab tertentu..sedih jeeee..penat..Kalau tak caye tanya kite! kihkihkih..

Oleh sebab dah terbiasa buat kerja tu,tak cukup otak tau, siap menagih simpati kawan-kawan lagi,sape ada otak lebih nak pinjam. malu kite! Haha. jadi, hari nie rasa macam kosong,kosong, kosong.. otak kita pun kita dah simpan masuk peti ais. :) gitu! nanti exam kite bawa keluar balik..hee..

Ok, slot penghargaan,
kite nak mintak maaf sangat kat pengunjung-pengunjung blog kita terutama yang komen. Ada pertanyaan tak terjawab, ada yang kite lambat publish, ada yang soalan dah berbulan baru kite publish..Sori. i love u. kita bz, kita selalu tak sempat check blog pun. ada tu memang lupa betul nak reply. Dan kite sangat hargai kehadiran uoollls semua.. May Allah bless u. senyum macam saya!!  :)


Baiklah. Hari nie jom kita sembang. tak,tak. aku sembang.korang diam.haha.

Mana korang suka? duit atau barang yang di beli?
Aku suka barang. Sebab duit nie menyerabutkan otak.duit menyebabkan ramai orang bergaduh,duit semua orang nak. Tapi yang bestnya ada duit bila dapat memberi banyak-banyak kat orang yang memerlukan. When Allah bless u with financial,it does not upgrade your social standard but it upgrade your giving standard. 

kan?

Barang yang kita beli pulak mungkin tak nampak berharga pada orang lain tapi pada diri sendiri yes! barang yang kita beli biasanya yang kita suka kan.. boleh guna sepuas hati. walaupun kadang-kadang tersalah beli barang. memang dajal. Bengkak hati seminggu. T_T

Whatever it is, jangan kita letak harta benda di hati. pisahkannya..letak kat tangan je, dengan itu kita akan jadi manusia yang mudah memberi dan amanah dalam menjaga harta.

 Amanah? Yes. Harta tu amanah Allah ok. Lagi banyak harta lagi berat amanah kita supaya harta tu tak berlegar-legar kat golongan kaya je tapi sampai ke golongan yang susah! Berat amanah maka beratlah ganjarannya kepada orang yang menjaga amanah kan? :)

Ingatlah duit itu amanah tau,tak kira la berapa pun duit tu sampai kat tangan kita,, kita kena fikir bagaimana untuk pastikan tiada pembaziran, berapa banyak untuk diri kita?? dan kepada siapa yang kita nak bahagikan?.

Jadi setuju tak kalau aku cakap kalau kita nie seorang yang amanah dalam menggunakan harta Allah, kita akan jadi manusia yang berjimat cermat,bukan semua benda kita kena beli, sewaktu guna harta untuk diri sendiri, ada juga bahagiannya sampai kepada manusia-manusia lain.

Tak kira la kan kau beli lamborgini sebuah sebab kau mampu tapi dalam masa yang sama banyak harta kau sampaikan kepada orang susah.
Kalau kita takut susah, miskin, kita banyakkan bersedekah. Sebab Allah dah janjikan orang yang bersedekah nie memang akan ditambahkan lagi nikmat dan rezekinya.
Bukan waktu kita kaya dan senang je tapi
Kalau tengah kesempitan,sedekah.
Kalau tengah sakit, sedekah.
Kalau tengah susah hati, sedekah.

PERNAH DENGAR ORANG YANG BANYAK SEDEKAH BANKRAP??? tak.

Sifat pemurah Allah nie sampai orang bukan islam yang banyak sedekah pun, Allah balas sedekahnya dengan memberi umur yang panjang atas dunia.
(Yang nie kita dengar ustaz azhar cite siap bagi contoh lagi orang-orang bukan islam yang terlibat tu.Tapi kite lupa..hehe)

 Adakala kita perlu bersedekah di hadapan umum sebagai contoh dan dakwah, ada kala kita perlu bersedekah senyap-senyap kalau tak mampu jaga niat. Tapi lagi bagus kan kalau kita dapat bahagikan satu bahagian sedekah secara umum terutama depan kanak-kanak dan dalam masa yang sama sebahagian lagi kita sedekah senyap-senyap biar Allah je tau.

Tapi semua jenis ibadah pun sepatutnya gitu!
kat diri sendiri pun dapat , kat orang lain pun dapat. Dan bila kat orang lain dapat tu, memang kat diri sendiri dapat banyak giler-giler laaa ganjarannya kan!!! ^_^

IKHLAS DAN BERHARAP HANYA PADA ALLAH. Tak kira aarrr,manusia dah pandang serong ke,sakit hati ke dengan apa kita buat kan. who care?

Bila kita tetiba hari-hari terpaksa buat benda yang bukan tanggungjawab kita, contoh, hari-hari asyik aku je yang kena kutip kayu kat tengah jalan. Cuba jugak la ikhlaskan diri. Padahal, ramai orang guna. Hari-hari la kita duk kutip..satu hari, ada seorang mamat nie pegi kutip mesti kita gembira  kan? sebab kita dah tak susah.

 Tapi kita lupa, pahala sedekah kita hari tu dah tak ada macam mana yang hari-hari sebelum nie kita dapat. Mungkin sedekah hari-hari tu yang banyak Allah tukarkan musibah yang sepatutnya terjadi kat kita kepada tidak terjadi. Atau rezeki yang melimpah ruah atau Allah gantikan dengan kemudahan urusan kita yang sepatutnya susah. Alaaa..rugi dah la..hihihi. Tapi bagi kita yang tengok orang yang sama je buat kerja tu, kita kena tolong jugak kan..

Kalau nak kira sedekah tu bukan harta je tapi dengan ilmu, memudahkan urusan orang, berkongsi benda baik-baik dengan orang dan SENYUM! macam Rasulullah!

Jom niatkan untuk menjadi Hamba Allah yang kaya yang bersyukur, berilmu yang bersyukur, senang yang bersyukur supaya STANDARD OF GIVING kita high class hokey!!!.

Amboi kalau bercakap. Terer. haha. em.just share. Mana yang bermanfaat boleh la kita apply dalam kehidupan masing-masing.. :)

Thank you for selongkar my blog and good day!!







Friday 10 October 2014

Robot melipat pakaian!!

Assalamualaikum..hye!!
Hehe. Kalau korang masuk dalam blog aku dalam keadaan yang tertekan,sedih-sedih,bermasalah.. nie aku nak share satu petua.. petua Allah Maha Besar...

Kalau korang rasa masalah korang besar,yakinlah Allah lagi besar dari masalah tu..
Kalau masalah tu berpunca dari keadaan, yakinlah Allahlah yang mengizinkan keadaan itu terjadi atau tidak dan semua itu mempunyai hikmah yang Allah tetapkan. Dan keadaan boleh berubah kalau Allah berkehendak dan usahakannya dengan doa yang bersungguh!!!

Kalau masalah itu berpunca dari orang, yakinlahh..Allah lebih berkuasa daripada orang itu dan Allah yang memegang hati mereka sepertimana Allah memegang hati kita..dan usahakanlah dengan doa... Allahuakbar!

Ikhlaskan hati menerima kerana Dia, kuatkan doa! Kerana dunia ini terlalu banyak ketakutan buat kita dan kita pasti boleh laluinya dengan menyorok sedekat2nya dengan Allah macam seorang anak ketakutan menyorok paling dekat dengan ibu bapanya apabila nampak kucing melintas..hehe..Dia sedang melihat kita...^^

Cukup tazkirah. sharing is caring. hahaha.
 Citenya aku nak kongsikan satu benda yang bermanfaat hari ini!! Yes!
Hari tu balik umah jeles betul tengok adik Wiwi lipat baju..laju tuuu... sampai waktu kemas-kemas pakaian nak balik melaka, tetiba adik cakap ''ini, bagi adik tolong ini lipat baju.." omaigoddd..budak darjah 1 nak lipatkan baju kakak...kakak pun apa lagi..."boleh-boleh!!!" =D

Apa rahsia kerajinan adik aku ini???haha

Ye..kerana dia telah memiliki satu robot melipat baju!!! Budak kecik mana tahan nak lipat baju sendiri tetiba hancursss sebab pegang pun tak betul..tapi bila dia ada robot nie, lipat baju pun straight je..sama je...cepat jee...cantik jeeeee....mana tak excited budak tu... ^^

Tapi masalahnya orang tua pun bukan pandai sangat pun..haha. kadang-kadang baju jenis berbeza, saiz lipatan pun berbeza pastu bila susun mula nak jadi runtuhan besar gitu...!

 Jadi aku pun buat satu sebab lajuuuu jeeeeee lipat bila dah biasa guna..dan cepat sikit..best lorrr..bila susun,sama jeeeee saiz...korang pun boleh buat jugak...^^

Bahan-bahannya cuma KOTAK yang bersih dan SALETIP SAIZ BESAR.

CARA NAK BUAT semudah 1,2,3,4...
 (kalau dah sampai 4 tu macam susah pulak..haha..tidak,senang sangat)



Kan dah cakap robot melipat pakaian..ada tangan ada kaki ada lidah.hehe

1. Potong satu keping kotak mengikut saiz hasil lipatan yang kita nak untuk NO 1..
ala..saiz lipat baju kita yang biasa kita lipat, tapi kalau nak bagi anak punya takkan la nak bagi saiz kita ye dak???emmm...kalau saiz anak,boleh guna untuk baju mak ayahnya nanti jadi la lipatan kecil.ikut suka!!!

2. Potong kepingan kotak NO 2 sama saiz dengan kepingan NO 1 tapi panjangkan sikit..bila korang lipat, korang akan tahu kenapa kena panjang sikit..

3. Kepingan sisi kanan dan kiri  NO 3 tu potong sama lebar dengan kepingan NO 1 tapi panjang adalah dua kali ganda panjang kepingan NO 1.

4. Saletipkan setiap kepingan tadi pada kepingan atas sahaja belakang dan depan ye...tapi..jangan saletip rapat-rapat tau..

Tiga tempat perlu disaletip.

bagi ada sedikit jarak yang kita agak-agak je sebab bila lipat, pakaian akan jadi makin tebal, bagi sedikit ruang untuk ketebalan tersebut..sikit je..dalam 1cm gitu..


Begini la rupanya...^^


CARA GUNA,
Robot nie kita boleh guna untuk semua pakaian lelaki dan perempuan seperti baju,seluar,skirt,jubah,baju kurung, baju melayu,jeans dan termasuk yang leceh-leceh tu..biasa baju perempuan kan..hehe..
Gambar kat bawah nie antara contoh hokeyy!!

Letak baju bahagian depan ke belakang.. lebihan pakaian kat bawah lipat naik ke atas kotak

Tapi bukan lengan yang panjang, yang tu tak payah lipat dulu. Guna kotak nie je untuk lipat..

Bila lipat guna keping kotak sebelah kanan,lebih lengan baju pun naik sekali...

lipat lagi guna robot nie,ulang-ulang sampai dah straight lipatan baju macam gambar kat bawah nie 

 pastu baru lipat kepingan kotak bawah NO2 ke atas NO1
dan siap..baju akan berbentuk segiempat dengan kemas!



Nie contoh lipat seluar..tapi ikut kreativiti la.. 

Nak senang cari bahagian lurus pada pakaian,pastu letak kat hujung sisi kepingan kotak tu,pastu mula melipat!! ^^



Baju ada hood pun boleh...


Tengtengteng...dah siap..sama kan lipatannya... =) sama saiz..


Baju kurung dan jubah pun sama saiz jugak!!!

 Bila tengok adik kite lipat kita rasa salah satu cara nak didik anak berdikari adalah bagi anak robot melipat baju nie.
olooo..jangan la bagi kat baby...nanti jadi nestum pulak robot nie...=_="

Thank you for selongkar my blog and good day!! :)
 selamat mencuba!
Nyum-nyum cam saya! =)


Monday 29 September 2014

nyum2 cam kite


Assalamualaikum...
Hawaahaha..sebenarnya sedih auu rasa memang tak dapat balik raya haji nie.
Tiket habisss..orang terengganu nie memang meriah naaaauuuu kalau raya-raya nie,tu yang semua orang-orang terengganu nie rasa wajib balik raya. Teringat tau pernah ada satu tahun tu tak balik raya haji. Sedih giler tau,syahdu je duk sorang-sorang..tengok kat luar rumah sewa sunyi je..orang melaka nie pergi sembelih ke,atau semua tidur..hahaha..
Terseksa jiwa kite...

Tu yang kite jadi terbayang-bayang suasana ketika itu, dalam hati cakap dengan Allah je betapa sedihnya tiket habis nak balik kampung...T_T
Hari tu ayah kite dah pesan awal2 suruh beli tiket balik raya. Waktu tu on the way nak pergi stesen bas nak start sem baru..awal tak ayah kita pesan??punya berharap... tapi kite nak beli seminggu sebelum balik,rupanya tiket habis 2,3 minggu sebelum raya..apa ke hal???

Baru je sembang dengan adik Wiwi.. "ini tak balik ke? Bila ini balik??" T_T

Alhamdulillah kawan kite ada tolong belikan tiket apa yang ada. Kite suh tengokkan tiket hari sepatutnya walaupun kite tahu,tak mungkin ada lagi..tapi kite percaya kalau dah Allah nak bagi rezeki,Allah sendiri akan simpan tiket untuk kita.... ya,tetiba dia beli tiket waktu kite masih ada kelas...tu je tiket yang tinggal katanya...
T_T

Inikah tiket yang Allah simpan untukku?? Yang ditakdirkan untukku??
Sebab kalau aku yg pergi beli,aku takkan beli tiket tarikh tu,mungkin ada hikmah kenapa Allah izinkan kawan aku yang belikan..supaya aku dapat beraya kat kampung jugak gitu?? InsyaAllah..semoga Allah permudahkan!! Lecturer.maafkan aku. T_T

Tapi kite suka angatttt boleh balik kampung!! Rindu familykuuuu..pa..ma..adikk....

Thanks for reading.^^

Saturday 20 September 2014

i want to

Salam
Ini rasa tak sihat kat dalam walaupun dah tak sakit kepala n tak panas dah. Cuma rasa tak ada tenaga dan ini tak dapat telan banyak makanan..

Ini rindu family kat kampung...ini rindu suasana bising dalam umah, bunyi budak2..kadang2,ini baring,adik2 datang lompat kat atas..haha.. Ini nak dengar dan tengok ma dan pa berjalan2 dan nak dengar suara diorang.. sebab diorang je yang boleh sumbangkan tenaga dan semangat kat ini secara tak langsung... ini nak ma pegang dahi ini dan rasa that im not ok...im not really ok...emm..nak col tapi kredit dah habis sebab semalam dah bergayut dgn diorang sangat lama. Mengadu ketidaksihatan ini..manja punya budak.. ma ada bagi satu zikir..^^
Kata ma, ini tak apa2 sebab sebelum nie ini memang jarang demam, tapi kalau tetiba demam, sakit tu akan jadi teruk untuk baik semula..itu normal untuk ini.. jadi bila teringat pengalaman dulu ini jadi lega..insyaAllah ini demam biasa je.

Allah..ini sangat rindu nak solat dan berdoa dengan bertenaga..T_T
Tapi Allah yang memberi ujian ini dan Allah juga maha penyembuh.. Allah, semoga banyak la dosa2 ini yg terhapus lepas demam nie. Allah..ini sangat takut.. tetiba ini teringat kawan pernah sembaang kita sibuk bersedia untuk berkahwin tapi kita lupa bersedia untuk mati padahal kahwin itu belum tentu tapi mati itu pasti.. Takut...sebab diri ini terus memikirkan apa amal yang aku dah buat dan apa yang belum langsai dengan Allah atau dengan manusia...Allah...T_T

Allah.. ini sangat tak sabar untuk sihat..
Ini nak makan banyak sebab dah seminggu ini makan semua rasa pahit dan tak sedap kecuali kurma. Ya Allah, betapa besarnya nikmat rasa sedap dalam makanan..Allah.. ini tak sabar nak beli barang dapur dan masak..
Allah..ini tak sabar nak berjalan dengan bertenaga..nak buat kerja dengan bertenaga...T_T Allah...

When u lose ur way..dont worry Allah will always show His way..

Allah is good and never wrong.
Allah is good and perfect.

Thanks for reading.

Wednesday 17 September 2014

luahan hati

Assalamualaikum..
Fuhhh...
Ini ubat..

Aku benci ubat..benci.. bila sakit aku lagi suka tidur sampai sihat..
Tapi aku benci bila terpaksa jugak makan ubat dalam keadaan tertentu..
Tolong la!!! Aku benci..T_T

Mulut rasa pahit sekarang..semua yg aku makan berubah rasa kepada sangat teruk kecuali KURMA.. Subhanallah...hebat kan? :)
Ya Allah cepat lah bagi saya sihat!!

Thanks sudi baca blog saya.

Tuesday 2 September 2014

hihi


Assalamualaikum.

Rindu u wahai blog.
Tepi....nak masuk blog nie..
Hwahwaahhaahaaaa...

 Aku sibuk dan banyak benda nak kena settle jadi aku takde masa sangat nak lepak dengan kau. Sekarang aku dah ada masa sikit..tapi aku tengok folder banyak sangat gambar dan cite yang aku perap,aku jadi serabut,pening dan buat-buat pengsan.
Ye.gitu aje.


Biasa la tu. Kalau shopping macam tu jugak. Kalau jalan-jalan tengok semua cantik terpikat di hati dalam kedai tu,aku tak beli la. Anggap baru pergi Muzium.

Slogan di sini..."kalau tak mampu beli semua barang dalam kedai tu lebih baik jangan beli satu pun."

Hahahaha.

Itu la kepentingan barang tak cantik dan cantik di dalam sesebuah kedai.hihi.

itu la masalah bila shopping raya hari tu. Family aku selalu bengang kalau ajak aku cari barang.

Jadi. Slogan untuk blog nie kalau tak dapat update semua,jangan update satu pun!!! Hee..eh...tidak!!!!!..Nanti kita sembang lagi..tengok la lepas aku bertapa dalam telaga tepi rumah nie kot dapat ketenangan dan petunjuk.hehehe.

Frust aku dengan astro nie. 2,3 hari lepas buka semua siaran. Hari nie dah takde..at least tunggu la aku habis cuti dulu, dua tiga hari lagi...  T_T

Thank you for selongkar my blog..good day!! ^^






Saturday 28 June 2014

esok sahur!!

Assalamualaikum..hehe

Adik aku cakap cikgu bagitau kalau aku tak pakai selipar orang panggil kaki ayam.

Im so saaaadddd..T_T

Sampai hati adik cakap kaki aku kaki ayam.

Aku cakap cikgu dia tipu. Mana ada kaki ayam sama dengan aku. Kuku dia pun panjang. Kaki aku elok tersusun 5.. kaki ayam sesat kat betis satu jari. Betul tak??

Adik aku mula diam mungkin sudah mula ragu dengan kata-kata cikgunya..

 Kenapa cikgu sanggup ajar adik aku macam nie!! >_<

Dia masih kecil.
Lembu pun tak pakai selipar asal takde orang pertikai?? Im starting to curious.

Habis tu ayam pakai kasut nak panggil apa??


Kaki Pua Chu Kang??

*perempuan nie macam cari pasal dengan guru bahasa di Malaysia..haha.*

Esok dah puasa. Mesti ramai tengah fikir nak masak apa sahur dan berbuka kan..

Oleh sebab aku nie seorang anak dan seorang pemangsa, izinkan aku buat satu luahan rasa tentang apa yang aku expect mak akan masak 'mangsa-mangsa' aku di bulan puasa nie hokeeeyyy!!

Kalau-kalau mak-mak ada anak-anak yang baru balik kampung setelah lama berhijrah hidup sendiri sebatang kara di tempat orang.. macam aku nie duk dengan kawan-kawan 4 orang kira 4 batang kara la kan..

Antara makanan yang patut di kurangkan dalam menu adalah

1. Telur (telur dadar, telur mata lembu,kerbau,unta)
2. Maggi
3. Sardin
4. Ikan bilis
5. Nasi goreng

Itu senarai aku punya la. Bergantung pada orang la..cuma itu antara senarai semua makanan kebanyakan student atas beberapa faktor laa..

Walaupun aku nie selalu jugak la masak tapi benda kat atas tersenarai jugak sebab peti ais rosak, makan kat luar, sibuk dengan assigment sampai tak sempat nak masak..gituu..

Well..kitorang bz study.
*bunyi cam tak logik..hahaha.

Mom..

I hope u can...

Masak la sedap-sedap. Masak simple pun takpe..

definisi simple itu
bukan nasi je. T_T
Bukan telur dadar + kicap + nasi je. (Muka memang dah macam kicap telur)

Bukan ikan bilis + nasi je. (badan memang dah kurus macam ikan bilis macam mana nak badan cam ikan buntal.)

Tapi kalau nak buat sambal ikan bilis sebagai persediaan kalau kita terbangun lambat then its ok... u are a wonderful mother!! =)

Kite suka kalau waktu sahur mak masak lauk macam hari-hari biasa. Ada nasi, ada lauk macam ikan singgang/ayam/daging/ikan/seafood, ada sayur. Ada kurma pun penting. Dah bagus sangat dah.

Kalau berbuka pun kite suka jugak kalau macam nie je, kalau ada kuih-kuih sikit pun ok.

Yang penting tak membazir.

Tapi mak kite memang selalu masak macam nie la. Pastu ayah kite cari kuih banyak sebab family kite memang besar. Ada ABC, cendol, murtabak, ayam golek, keropok lekor, kuih yang tak tahu nama. apa lagi erk? Lupa dah.. Lepas terawikh, makan kuih lagi.



Tapi hari pertama puasa memang jadi hari pengajaran.haha.

Sebab hari pertama mesti beli makanan tu makanan nie. Bila berbuka, dah minum air sikit dan makan kuih sikit dah kenyang. Kan??

Esoknya waktu nak beli baru nak beringat perut bukan tangki atas bumbung. Tu pun kalau ingat, kalau tak seminggu jadi pengajaran baru sedar diri. Huhuhu. Kite pun gitu gak!

Bulan puasa ingat makan je..ish3!

Jom la kita berazam untuk berpuasa dengan puasa yang sebenar-benarnya bukan setakat tahan lapar dan dahaga tapi jaga mata, telinga, anggota badan dari perkara-perkara yang Allah murkai. Banyakkan beribadah dan bersedekah.

Aku pernah dengar ustaz azhar cakap kalau orang yang tak menutup aurat, puasa dia sah. Tapi pahala puasa tak ada. Antara sebabnya bukan dia sahaja yang buat dosa malah telah menyebabkan orang lain hilang pahala puasa jugak sebab tengok aurat dia.. boleh kata sia-sia la puasa tak dapat pahala.

Termasuk la orang yang tak tutup aurat dengan sempurna macam pakai tudung tapi terdedah dada..pakaian ketat...

Boleh taip dekat utube video ustaz azhar idrus pasal puasa nie. Banyak!

Kalau susah nak bertudung apakata sepanjang bulan puasa nie cuba bertudung tutup aurat penuh dengan sabar sebab manusia nie kalau kita buat sesuatu selama 40hari secara berterusan, dia akan terbiasa untuk istiqamah selepas itu.

Bukan bertudung je, kalau rasa pakaian ketat,kita longgar-longgarkan. Kalau rasa selama nie boleh mengaji sikit je, kita banyak-banyakkan..
banyak lagi benda lain yang kita rasa nak sempurnakan benda baik apakata kita jadikan ramadhan nie satu permulaan.

Yang penting kita usaha semampunya.

Semoga selepas Ramadhan kita akan jadi manusia yang lebih baik dan lebih kuat menentang bisikan nafsu dan syaitan. >_<

Peringatan buat diri sendiri!! ^^

 Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak!

Thank you for selongkar my blog and good day.. ♥♥♥














Monday 23 June 2014

princess diary 1

Assalamualaikum..^^

Pagi semalam aku sampai kat kampung, Lisa mati..T_T

Mungkin kesejukan dalam bas atau sebab kena gigit dengan Louis.

Sedih giler..
Aku nangis sambil bercakap dengan mak...adik.. berlinang air mata yeee.tak tahu kenapa air mata mencurah-curah keluar dengan dasyatnya..
Adik aku gelakkan je..mungkin sebab dia dah biasa hadapi kematian-kematian haiwan peliharaan nie...

Hek eleehhh..macam aku tak ingat waktu abang aku lepaskan labi-labi yang dia tangkap tu dia nangis macam baby kuatnya..

Ya Allah sedih sungguh rasa, entah kenapa aku pun gelak jugak kadang-kadang sebab aku macam tak percaya..
Aku nie jenis macam sedih sangat ke, emotional sangat ke, sakit sangat ke, aku akan gelak ntah apa-apa..T_T kalau orang tengok mesti pelik..

Waktu tu aku exam, lama aku tak main dengan dia.. lama..sampai dia mati pun aku tak sempat main.. Lisa mati peluk tubuh macam orang tahan sejuk.. dia tak gerak, aku cakap la dia tak mati, dia pengsan je, aku kejutkan dia tak bangun jugak..T_T

Pagi tu jugak aku tanam dia, kain kapan warna hijau. Taknak putih. Macam hantu. Hantu kecik. Nanti aku mimpi. Takut. Bungkus dia kecik jee..macam lelaki bungkus cincin untuk melamar si gadis. Waktu tu gak aku terfikir, nak tanam binatang kena mandi mayat tak?=_=' seolah-olah begitu jahil tentang ilmu haiwan.

Aku tanam tepi rumah, kat pokok. Dengan harapan jadi baja pokok. ( Kau expect esoknya tumbuh pokok besar dengan buaian??? So.malamnya hafal lagu kahwin anak raja.) Adik temankan aku tanam. Kata adik bau macam kubur betul.. pastu dia ingat aku buat kubur tipu? #_#

Aku cakap dengan lisa "lisa, nanti kita jumpa kat syurga ye.. =') "

Tetiba dengar suara " masalahnya kau tu masuk syurga tak?? " haha.adik aku nie!! >_< aku baru nak feeling tau! Kau buat aku telan air liur pulak!

Tengah tepuk-tepuk tanah tetiba adik aku bawa batu nisan katanya dua biji..



Dah tanam jauh ke dalam tanah, aku mula terfikir, tanggungjawab aku pada dia sempurnakah?? Im afraid. Semoga Allah redha selama dia bersama aku dan Allah ampunkan aku kalau aku ada abaikan dia..Amin!

Lama jugak la aku bertapa kat situ sampai adik aku cakap " ini, kau nak majlis tahlil ke kat sini?? " hahaha..

Lepas tu kitorang pergi ronda kampung naik motorsikal.

Lepas tu aku jatuh sakit sampai malam, dan tengah malam baru uruskan perkarà-perkara nak praktikal esoknya a.k.a hari ini la.! Memang semalam aku takut nak hadapi praktikal hari nie..berdebar giler..sebab sebelum nie mana ada rasa kerja yang real, duk fikir macam mana laaa sebenarnya seorang engineer bekerja... *_*

Hanya Allah yang tahu hatiku ini..T_T

Pagi-pagi lagi dah bersiap..
Kesian ayah aku kena hantar adik-adik sekolah, hantar kakak kerja, hantar aku lagi..T_T

Tetiba aku dapat praktikal kat tempat yang berlawan arah dengan tempat kakak kerja.. fuhh..sebab aku, dia kena pergi kerja awal..

The worst  thing in this life when we become a burden to other people kan??? Terutama family sendiri..sedih sangat...T_T

But i have no choice.

So, otw pergi praktikal, aku cakap kat ayah suruh dia bagi aku bawa kereta la supaya dia tak susah, dia gelak je kata risau gitu..

Dah sampai tempat praktikal, diorang letak aku bahagian jentera.  Supervisor aku best jugak la and all staff quite friendly. Kebanyakkan lelaki. Cuma ada 2 pekerja perempuan kalau tak silap. Tu pun sorang cuti hari nie and both kerani. Aku sorang je perempuan bahagian mekanikal dan aku sorang je budak praktikal. Alhamdulillah aku boleh bawa diri kat sana dan dapat biasakan diri bekerja dengan lelaki mungkin sebab aku dah biasa kawan dengan lelaki. Jadi aku takde masalah bahagian tu.

Tapi engineer kat situ dah pesan jangan terasa hati la kalau ada orang layan kasar-kasar. Haha. Semoga Allah permudahkan.

Hari nie tak start kerja lagi, just tengok-tengok tempat, kenal-kenal orang.

Tak sabar pulak sebab esok la hari pertama aku kerja.. supervisor tu dari pagi sampai petang duk sebut kat orang suruh aku baiki enjin lori..haha.

Tolong!!! Nak enjin tu jadi peti ais agaknya.

Haha.

Whatever it is, aku nak manfaatkan waktu praktikal nie untuk belajar banyak benda, segala ilmu pasal motor vehicle. Walaupun aku perempuan, aku boleh!! Insya Allah..♥♡♥

Yeay, aku dapat meja sendiri. Rasa cam boss, ada kerusi best.haha.

Waktu tak buat apa sementara tunggu supervisor keluar buat kerja, selfie first day dulu!!

Tudung Aidijuma yang paling aku sayang.hewheww


Borink.

Bila balik rumah, tetiba ayah aku bagi drive. Terkejut kott.. katanya, try kali nie, kalau bawa hari nie, baru pa luluskan..kita tengok!! Aahhh..nak jerit keriangan gitu..

Sekali bawa, rasa macam ok je tapi lain sikit sebab nie first time bawa kereta pa aku tu, dah la style kereta racing sikit kereta dia, excited la.. bila berhenti simpang tiga siap tanya lagi.. "hoohhh..style aarr ini bawa!"
Haha.

Tapi banyak gak kena membebel sebab gear dia tak macam kancil, susah sikit nak tolak.. yang syoknya bawa laju tak rasa laju pun, smooth je.. kalau kereta kancil bawa laju dah gegar dah kan..

Sekali sampai nak masuk simpang lorong rumah aku, ada van berhenti tepi jalan kat tengah pulak. Aku macam tengah syok suka sangat dari tadi duk potong motorsikal semua *yang tu kena bebel gak T_T*  tetiba aku lupa diri ye kawan-kawan.. aku potong van berhenti tanpa signal macam dalam game kereta gitu,pastu pusing stereng nak masuk lorong macam apa ye, aku nak langgar pagar rumah orang, satu family dalam kereta jerit *brekkkk!!!* aku memang tekan brek pun.  Takkan nak biar kereta langgar pagar orang ye ke dak??? Hehe...Mungkin pa aku dah risau terkejut sangat anak dia bawa kereta entah apa-apa, dia suruh aku turun.. marah-marah dia, marah bimbang betul.. mana tak terkejut!! Haha.

Aku?? Aaahhh..jerit dalam hati..mati la aku. Aku ingat dah boleh lulus dah dengan pa hari nie sebab sepanjang perjalanan aku bawa dengan bagusnya, tapi sayang, kenapa lorong itu jadi penghalang kelulusanku??? .. tetiba rasa masa depan bersama kereta nie begitu gelap T_T
Rasa fail selamanya...

Sedih sangat. So. I learn from this story to become more focus and more careful in future.

Dan aku tak biasa lagi dengan kereta besar untuk agak-agak jarak..hwaahwaa.. practice will make perfect. Aku selalu cakap camtu dengan pa.

Eemmm..ingatkan pa dah tak bagi sentuh kereta... tapi lepas dia solat asar tadi tetiba dia cakap, cuti nie kita keluar bawa kereta. Bila pa aku pusing belakang je, aku dah menari-menari, haha. Mak aku senyum je.. =)

U love me much..i love u more..and i know u love me most. ^^

Thank you for selongkar my blog and good day. =)




Wednesday 18 June 2014

Dewan Exam??

Assalamualaikum.

Hehe.haha.hoohoo..

 To me : kau bajet kau dah habis exam nak gelak sakan..

Ye. Ada satu paper lagi pastu blaah. Balik kampung pastu sehari lepas tu praktikal. Aku rasa lega la sikit sebab hari nie berakhir exam subjek yang boleh dikatakan kritikal bagi pelajar engineering ye. Satu lagi subjek pun susah gak tapi ..hmm..sabtu nie laa..ok la sikit kot takde la buat kite rasa sakittttt jiwaku...T_T

Tapi sebenarnya Allah dah permudahkan banyak sangat!! Semoga Allah tolong lagi untuk last paper nie.. Tanpa Allah..siapa lah aku.. Tanpa Allah mungkin aku cuma conteng tulis lirik lagu hindustan gitu atas paper..haha.

Sebab Dia lah yang mengizinkan ilmu-ilmu untuk dicurahkan atas kertas jawapan..Subhanallah.. Dapat tulis atas kertas jawapan tu pun satu nikmat yang besar... =)

Orang tanya aku kenapa tak tolong dalam dewan exam..atau kenapa tak mintak tolong.

Kalau aku tolong atau meminta tolong. Allah mesti marah. Tolong menolong dalam penipuan..

Penipuan bukan benda kecik.

 Dewan exam tu satu ujian..ujian yang boleh bagi kesan pada akhirat. Sebab dunia adalah jambatan akhirat.. sama ada nak minta pertolongan manusia sekeliling atau nak duduk dan rasakan kehadiran Allah dan meminta padaNya bersungguh..sebelum exam kita dah usaha setakat yang mampu walaupun kita rasa macam tak habis baca lagi satu buku.

 Dalam dewan exam tawakal dan kepercayaan pada Allah teruji.

Siapa yang betul-betul percaya Allah tentu beruntung.

Aku percaya ada orang pernah alami tetiba ada satu soalan tak boleh jawab tiba-tiba cakap Allah tolong la aku,aku percaya Kau,aku tak pandai,Kau Maha Mengetahui,tolong la aku..aku taknak tiru. Aku percaya Kau ada. takpun selawat lagi.. tetiba tangan bergerak tulis sesuatu,tiba2 idea datang.. ilham. =)

Pernah tak cakap macam tu pun tak dapat jugak jawab. Sebabnya rezeki memang banyak tu je..tapi at least kau dapat result sikit atau banyak tu adalah result yang penuh keberkatan..tanpa rasa berdosa..dengan kasih sayang Allah.. ♥

Bila tak termakbul doa waktu itu jangan merungut..redha lah! Barangkali Allah tak makbulkan lagi sebab nak uji sejauh mana hatimu redha dan sejauh mana hatimu percayakanNya tanpa putus asa.

Tetiba hati cakap..nyesal tak tiru..lepas nie nak tiru laaa!!
U loss. Kalah dengan ujian Allah. Syaitan bertepuk tangan sebab ada hamba Allah yang berputus asa.

Kan Allah dah pesan dalam Alquran..
*jangan putus asa dengan rahmat Allah*
*kerana Allah,bersabarlah*
*Aku akan tambahkan nikmat kepada orang yang bersyukur*

Pernah dengar ustaz Azhar Idrus cakap lebih kurang macam nie, orang yang senang hidupnya bukan hidup yang mewah,bukan jawatan yang besar, tapi orang yang senang hidupnya adalah orang yang apabila datang musibah atau kesenangan atau kekurangan walaupun dah banyak usaha atau kelebihan dalam hidupnya hatinya berkata dengan penuh ikhlas
INI ADALAH KETENTUAN ALLAH.

Usaha,doa dan tawakal. Jangan kita tinggal satu pun daripadanya..

Dan kawan kau mintak tolong dalam exam,kau tak bagi,kawan terasa walaupun kau dah mintak maaf.
Trust Allah.. itu tandanya kau lebihkan Allah melebihi manusia. Pandangan Allah yang kita cari bukan pandangan manusia.. BUKANKAH TUJUAN HIDUP INI UNTUK CARI REDHA ALLAH???

walaupun lepas tu kau kena pulau ke apa..
(wujudkah manusia ini?? Aku pun tak pernah jumpa lagi manusia yang sanggup pulaukan kawan nie..harapnya taknak jumpa!!! T_T )

Trust Allah.. cukuplah bagiku Allah untuk hidup ini.. Yang pasti Allah akan hadirkan manusia-manusia yang lebih baik untuk berkawan dengan kita.

Aku sendiri pun tak jamin akan datang aku akan meniru ke tak sebabnya hati manusia nie milik Allah, sekali Allah nak pusingkan,bukan setakat menipu tapi terus sesat ke mana-mana kan...sebabnya aku manusia yang lemah..manusia lemah dan pendosa..T_T

Thats why jomlah kita guna senjata terkuat orang Islam nie.. mari kita sama-sama selalu berdoa agar Allah tetapkan hati kita supaya kuat menentang kemungkaran dan kuat keimanannya kepada Allah.. May Allah protect us. ^^

Kalau kita buat salah,jangan lupa mohon ampun dan bertaubat sambil puji Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat sebab ustaz cakap Allah suka sangat kalau hamba Dia puji macam tuuu.. =)

Biar lah hari-hari kita bertaubat sebagai satu usaha semoga Allah jadikan yang terakhir hidup kita adalah taubat..

Sharing is caring. Caring is ♥♥♥

Thank you for selongkar my blog and good day..

Sunday 25 May 2014

Emm..Baca je la.!! Tak tahu nak letak tajuk apa! haha

Assalamualaikum..

hmm..Hari nie tension betul.. >_<

tetiba jadi manusia yang tak waras.
Tadi aku balik tergesa-gesa,dengan emotionalnya sampai nak masuk lorong pun tak bagi signal,jalan tak tengok kiri kanan,side mirror pun tak pandang,press motor  laju-laju ikut hati..dah nak sampai lorong kat rumah baru la perasan,

Astaghfirullah al azim!!

Apa aku buat nie,pastu baru aku tengok belakang,nasib baik jalan lapang,takde kereta moto yang lain,kalau tak memang...ish3!

Bahaya betul..

Baru hari nie kite rasa macam mana perasaan orang tengah stress bawa motorsikal atau kereta ke lori ke,kereta sorong ke..sampai boleh bawa maut atau accident. Sebabnya memang takleh fikir apa-apa dah,dah lupa duk atas jalan raya..

Orang lain naik moto dengan awek,aku pulak merempit dengan minah setan. Memang tak sedar diri perempuan nie..Kalau awek tu boleh gak tolong nasihat,"sabar-sabar,baby,ingat Allah!!" (ada ke awek camtu???..heeee...)
Nie kalau bawa minah setan nie,tak ke,"laju lagi,laju lagi si cantik gojes!! kita nie tengah duk kat litar sepang..!! yuhhhooooo!!!"
memang berasap kepala aku bawa si lesbian nie.

Dah la hormon perempuan nie tak berapa nak stabil..

But thank Allah,tengah bawa moto nak sampai rumah tetiba bunyi "kakak,kakak..kakak!!"..
anak-anak jiran rumah kite duk kejar..adui,ingat aku jual aiskrim ke apa budak-budak nie..hahaha..terus rasa nak tersenyum,hilang stress..siap angkat tangan lagi waktu nak melintas..waktu tu baru stabil bawa motor.

Sembang dengan diorang jap,main-main rambut panjang budak kecik tu..hehe..kite suka sangat la,,
Kenapa erk,kalau pandang budak-budak je kite rasa tak sampai hati nak tunjuk muka stress kat diorang,pastu kite macam dah lupa dah apa dah jadi.. =)

i don't need a counselor to motivate me.
I only need children to be my counselor without asking or solving any of my problem,because their present is good enough to heal everything! ^^

boleh buat kite senyummmm meleret-lerettttttt.....



Emmm...Suka sangat kat budak-budak sampai dulu jin budak suka ganggu aku ajak main. kau ingat aku Ahmad Albab??? hahaha..

Emm..beringat la kawan-kawan sebolehnya naiklah kenderaan anda dengan tenang dan stabil supaya tak membahayakan pengguna jalan raya yang lain. (Baiklah,saya sedar.)

Yummy!
Coklat kegembiraan ajaib!



(Mintak dengan Doraemon,dia tak bagi,takut aku gemuk macam dia katanya.So,aku beli senyap2!)
Suka sangat brand Van Houten nie dari kecik lagi..
sebab rasa coklatnya yang asli,pekat,sedap..!! Yang penting aku suka ada almond kat dalam. wajib.

Dulu waktu kecik,bila kakak ke sape-sape mintak kite mesti tilik coklat tu dulu,pastu baru bagi,sebab taknak bagi part yang ada almond..haha!

Pastu makan tak habis,simpan dalam almari,letak bawah lipatan baju..sebab waktu kecik dulu,rumah kite tak ada peti ais macam sekarang. Tu je la caranya taknak bagi dia cair. Sape pernah buat?? ^^

Sekarang kat umah letak dalam peti ais,kita tak berapa nak risau sangat ada orang kebas ke,sebab adik beradik kite tak kuat makan macam kite, kalau kite balik rumah,selalu ada makanan yang tak ada orang makan..

Pertanyaan kite bila balik "kenapa tak ada orang makan benda nie? kenapa tinggal dia macam nie?"
So,kite la tolong makan..haha..Bukan atas faktor kuat makan tau,tapi kesian la kat makanan..
Tetiba rindu rumah..banyak makanan sedap-sedap!!!

Kau apehal tetiba nak cerita pasal coklat waktu-waktu orang tengah boikot cadbury..???haha

Sape yang belum tahu sekarang ada sebahagian dari produk Cadburry terkandung DNA babi. Kita sebagai umat Islam kena ambil berat sebab makan benda-benda haram nie lah penyebab kepada susah nak terima kebenaran,anak susah nak dengar cakap,ilmu susah nak masuk,doa tak makbul,nak beribadah pun jadi liat... Aish..Semoga Allah lindungi kita dari perkara-perkara yang haram. *_*

Sekalipun ada makanan yang kita waswas kandungannya lebih baik kita tinggalkan sebagai langkah berjaga-jaga.

By the way,sedikit perkongsian,


Sebenarnya budak tahun akhir UTeM,universiti aku la,tengah buat satu program anak yatim untuk penuhi keinginan anak-anak yatim di  KOMPLEKS ANAK YATIM FATIMAH AL-ZAHARAH BKT KATIL.

Kalau korang nak sumbangkan barang yang diingini oleh anak-anak yang Rasulullah kasihi ini atau nak sumbangkan duit supaya krew2 program ini boleh belikan barang tersebut untuk diorang pun boleh!,korang boleh tengok detail,
Klik SINI

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Aku dan orang-orang yang mengasuh/menyantuni anak yatim di syurga seperti ini”, Kemudian baginda memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah seraya sedikit merenggangkannya.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Hadis yang menunjukkan betapa rapatnya Rasulullah dengan orang yang berbuat baik kat anak-anak yatim nie,tak rugi pun!!! Jom la sama-sama penuhi keinginan mereka!! ^^

Thank you for selongkar my blog and good day!!

---------------------------------------------------------------------------










Friday 9 May 2014

Mandian Best!

Assalamualaikum..
hee.. =)

Malam nie nak share something yang best..Mesti korang banyak fikir,benda nie nak guna yang mana,betul ke yang nie best?? Takpun berkesan ke? Sebab dalam dunia nie banyak giler produknya..haha..

Aku pun selalu fikir,solution nya,mari kita ramai-ramai google,dengar pengalaman orang ke,cari ilmu pasal produk tu ke...supaya dapat yang terbaik.. kiranya stalk website ke apa...opsss i mean investigate website ke..haha..Paling tak pun dapat minimumkan beli produk yang pakai sekali pastu buaaaaangggggg...!! huh!

Aku memang banyak pengalaman,tapi aku tak buang,aku simpan.buat harta,mana tahu lama-lama jadi emas..adui..haha.

Jadi,hari nie aku nak share produk nak bersih-bersih badan nie yang aku boleh katakan bagus sangat bila aku dah guna.

Setiap hari aku guna dettol, sebab kalau guna sabun lain,masalah kulit akan berlaku pada diri yang tak bersalah ini.. T_T
bcoz kulit kite nie jenis sensitif,dari kulit kepala sampai hujung kaki memang kena jaga kebersihan betul-betul,penat la jugak  nak jaganya >_< 

 Thats why aku amalkan madu setiap hari sebagai penjagaan dalaman. 

Tapi luarannya pun kite jaga jugak dengan dettol. Jadi aku syorkan kalau guna sabun dettol nie memang bagus sangat la nak berperang dengan tentera-tentera bakteria nie,dan untuk kulit cam aku jugak.

Bila aku balik kampung aku pakai OLIVE SHOWER GEL dari Body Shop nie,sebab family aku ada guna yang nie, waaa..^^ bersih sangat badan bila pakai shower gel nie,bau daun,pokok,bau alam semulajadi gituuu...yang penting dia nie tak bagi masalah kat kulit,wangi pastu tak tahu nak describe macam mana betapa rasa bersih dan segarnya lepas mandi tu....Terbaik.!!!


Tu antara shower harian,yang nie pulak lulur. Kalau tanya budak lelaki,ramai yang tercengang buat muka macam katak terkejut..hehehe..Takpe,kite faham,lelaki bukan guna..ye dak??
haha.

Tapi ada jugak perempuan yang mungkin buat muka tercengang lagi dasyat dari lelaki dan katak..kihkihkih..
Punya la tak tahu..
Lulur tu scrub badan. Kalau perempuan biasanya guna la sebab scrub nie bagus untuk kulit,tanggalkan sel mati,bagi lembut dan licin...puas hati!!

Untuk siapa?? Untuk Abu?? Untuk Ahmad Albab? Untuk Suami?? Habis,yang takde suami tak payah guna??? no way..
Untuk Saya...^^
ce wahh..macam iklan tuuu..haha

untuk diri sendiri laaa.. Sayangi diri sendiri ye girlgirlsss. =)
Biasanya scrub badan nie kita guna seminggu sekali atau dua kali..Tak payah guna sabun lain dah waktu tu,pakai je seluruh badan dan tunggu 5 ke 10 minit atau lama-lama dalam bilik air tu baru bilas..

Mula-mula dulu aku cuba Lulur Susu dari Sumber Ayu nie..sedap bau dia,satu bilik air wangi sampai rasa taknak keluar..nak bertapa lama-lama,tutup mata,tidur..hehe.. Bau susu yang sangat segar,dia punya biji-biji tu halus je,jadi lembut je kat kulit..


Sekarang aku pakai lulur susu beras dari Putri Binari pulak,sebab dia punya biji lagi kasar dan bau pun wangiiiiiii...^^ Terasa di scrubkan!! haha.. 

Yang nie memang lagi mahal dari Sumber Ayu punya... Tapi terpulang la kat masing-masing suka yang mana sebab dua-dua pun bagus..belum cuba belum tahu...heheww..

Kalau nak tahu lulur nie ada banyak jenis dan perisa..opss,dah macam ice cream dah..haha.  Kalau macam aku suka jenis-jenis susu nie,ada je yang jenis buah-buahan ke..banyak laaa..

Sebenarnya aku pernah guna satu produk lulur nie,dia campuran garam bukit dengan limau..best sangat..Tapi sekarang dah tak ada,sebab dia tu produk spa yang dicipta sendiri oleh pemiliknya.Dia dah tak keluarkan kalau tak silap.. Memang the best la sesuai dengan harganya yang mahal..Rugi pulak rasa tak dapat nak share.. T_T



Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu lulur tu apa dulu..haha.. 
Muka tercengang dah tak macam manusia. hihihi..

Thank you for selongkar my blog and good day yay!!

Wednesday 7 May 2014

Khabarku di sini.


Assalamualaikum..
lama tak tengok haaa...haha



Aku nak study nie...tapi sempat lagi nak update blog sebelum blog nie frozen tanpa sentuhan kasih sayang aku..ececehhhh.. love will thaw..haha.
 minggu nie aku kena qada beberapa test yang aku  bukan main enjoy duk MC kat kampung seminggu hari tuuu sementara kawan-kawan menderita gigit pen dalam dewan exam.

Minggu nie kawan-kawan dah relax,aku pulak menderita gigit gigi dalam bilik lecturer jawab test.
Punya dasyat tahun 3 punya killer subject. aahhhhh!!

T_T keep strong.

Minggu-minggu lepas dah la busy rasa takleh bernafas buat assignment belambak-lambak,due date pulak sama. Allah..bukan kes buat last minute tapi sebab assignment pun membunuh. Tapi tak mati lagi setakat nie...hahaha.
Relax bro..engineering field tak seteruk yang disangka. Kang ada pulak yang tak jadi masuk universiti sebab aku buat kecoh kat sini. hehehe...

Cuma semua bidang ada kesukaran masing-masing,yang tu kita kena faham..bidan kampung pun challenge gak! ingat senang nak hadapi orang nak beranak?? Perempuan nak beranak tetiba cekik leher kau sebab tak tahan sakit,sape nak tanggung?? mental dan fizikal kena kuat.
 *pepandai cakap macam bidan pulak .=_="

Cuti hari buruh hari tu kite balik kampung,Arshad makin gemuk..Dagu dah nak berlapis dan pipi dah tembam. Kepala dah boleh angkat.
Yang penting style tidur tetap sama. Tema kebebasan.(tengok tangan laaa...haha...)


Arshad comel sangat.. 


Arshad nie bukan anak aku. Anak saudara. Tapi buat masa nie aku update blog macam dia aku yang punya...hahahaha...

Baiklah..cukup la dengan gelak-gelak ntah apa-apa tu..

Sekarang zaman Army. tak tahu la kenapa...any idea??
Ramai kan pakai baju army,kain army,tudung army...environment friendly gituuuu
Jadi,bila keluar tu rasa safe je...
Agak-agak bila pulak uniform polis atau bomba akan muncul??? haha...

Aku pun terbeli sama..haha
Orang ada,dia nak ada jugak...



Doakan aku ye..ada lagi 2 subjek nak kena jawab test nie!

Thank you for selongkar my blog and good day. =)

Saturday 5 April 2014

Its a big matter.Take notes.

Assalamualaikum.. =)

Hari nie start cuti midsem..Tapi aku dah start minggu lepas.haha.
Doktor yang bagi mc seminggu..nak buat cam mana..hehe..

Alhamdulillah selepas banyak benda berlaku yang sangat berat itu entry TANDA KASIH SAYANG ALLAH tetiba kena minyak panas nie pulak sekali lagi tanda kasih sayang Allah ^_^ Allah nak bagi balik kampung awal berehat...mental dan fizikal... Dia lah Paling Memahami dan sebaik-baik Pengatur... Sejujurnya i loss my spirit a bit..much sebenarnya, melalui waktu-waktu sukar yang sangat panjang..memang tak sihat sangat rasanya..

Muka ini membuktikan?? haha..macam taknak senyum..kosong rumah sebab malam sebelum aku balik rumah tu ada kenduri cukur kepala Arshad(my first nephew)..bengang tak sempat join!! tak mau senyum!! ngee~ haha



Balik kampung pun ma kite cakap muka pucat cengkung,kesian "biar kat dunia dapat semua nie,doa supaya senang kat akhirat,jangan merungut,kalau tak,nanti,tak dapat apa,rugi..."

Maksudnya redha dengan takdir Allah,semua kehendak Allah...Ada nasihat di situ yang aku rasa berguna untuk dikongsikan dengan semua orang yang aku pasti setiap orang ada dugaan masing-masing..Mungkin lagi teruk berganda-ganda lagi...

By the way,let me share detik itu..sebab kelakar tapi ada pengajaran jugak untuk semua..berhati-hatilah dan mulakan sekarang untuk ambik tahu..

Ada orang nak datang rumah hari tu,so,aku goreng keropok..sekali minyak panas tu tersimbah tangan kanan nie..huihhh.dasyat..dasyat sangat rasanya..macam nak mati..

lepas kena terkejut la sebab selama nie kena percikan je,kali nie,tersimbah terus.. T_T
Cepat-cepat angkat tangan basuh dengan air mengalir..(tahu sebab teringat iklan tangan melecur dalam tv waktu kecik dulu..sempat lagi tuh...haha)

apalagi jerit panggil housemate..dahla kitorang berdua aje kat rumah..
Aku nie dah jerit-jerit,punya la sakit,sampai tak ternangis,aku gelak. Tu je cara nak lepaskan kesakitan..gelak-gelak sambil jerit..ntah apa-apa perempuan nie,berpeluh-peluh sebab pk nak buat apa,kitorang memang tak tahu apa-apa!!

Col kawan-kawan mintak tolong la, yang tak tahan sempat lagi suruh kawan ambik fon aku google nak buat apa..haha..Google.u seem like knowing everything *_*

bila dapat tahu ada orang tulis letak kicap la,ubat gigi la,(jangan tiru,tak betul,baca website kementerian kesihatan nie ) semua letak,tak jadi apa pun,akhirnya letak kat paip balik!! tu je yang dapat tahan sakit...

Alhamdulillah sorang kawan tu sampai,terus pergi hospital...Kawan aku ambik air letak dalam plastik suruh aku letak tangan dalam tu tau,masalahnya dia pun tergelak-gelak sebab punya la kelakar tangan aku dalam tu nak bawa sampai pergi hospital,memang memalukan!!! aku nie dah gelak sakit,campur lagi gelak kelakar tu,aduiii laa..aku pun dah tak tahan,picit ubat gigi banyak-banyak berlari keluar rumah naik kereta kawan tuu...

aku nie dah macam orang nak beranak mengerang kesakitan tahu tak,tengah perjalanan tu akhirnya menangis jugak sebab rasa macam dah tak boleh nak bernafas dah,sakit tak terkata...tapi kejap je,sebab antara gelak dengan menangis,gelak lebih membantu kurangkan sakit nie..huhu. kesian kat kawan-kawan sebab aku cakap banyak tinggikan suara masa tu sebab nak lepas rasa sakit..ganas perempuan nie..ganas..+_+

 kejap-kejap gelak,kejap-kejap menangis,kejap-kejap "SakiiiiiTTTTTTT!!!!" haha

Tapi macam best je sebab first time masuk bilik kecemasan.

woo..its not like what i thought.
tengok drama,semua dalam tu akan rushing kan..tapi real punya tak pun.semua relax. Aku je rushing pusing-pusing dalam tu sebab sakit tangan..lepas tu baru dia balut tangan nie..

Tapi betul jugak, kalau doktor panik,tak ke pesakit semua lagi teruk . huhu
Maybe sebab nampak muka boleh hidup lagi tu yang diorang relax je..hahaha

Pastu jumpa doktor,dia tengok je,dia tak cakap apa,boleh pulak dia cerita pasal adik dia kena satu badan waktu ambik oil&gas punya degree.. balik kampung dengan gelembung-gelembungnyeeeee...Ok,cerita tu berjaya buat aku rasa "SYUKURNYAAAAAA YA ALLAH!!!!" aku kena tangan je,orang lain ada yang lebih teruk... but,u know what,aku tak boleh bayang macam mana situasi dia sebab aku punya pun dah bagai nak mati rasa sakitnya!

Macam mana nak jawab test kalau tangan pun cam gini!! Yang paling teruk,satu ibu jari ke bawah..kat situ la paling sakit sebab dia la paling banyak kena..jari goreng. ngeee~

INI PENGAJARAN BUAT KITA..

Aku yakin dan pasti setiap orang patut ambik tahu pasal benda nie sebab kejadian-kejadian nie kita tak boleh jangka..kalau tak tahu apa,mulalah jadi macam aku..haha

cuba baca website KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA nie,at least tahu la asas kalau tetiba melecur,apa nak buat!!!  jangan letak mentega,ubat gigi atau kicap ke apa kalau melecur sebab boleh kena jangkitan dan aku silap la letak ubat gigi tu,sebab tu kot,gelembung besar... T_T

Sekarang Alhamdulillah dah ok,cuma makan pakai sudu garfu lagi..tak puas makan!

Letak krim aloe vera..Kalau nak beli jugak harganya RM11.90 beli kat farmasi..pembalut tambahan semua beli kat farmasi..doktor hospital bagi pembalut sikit je dan ubat antibiotik dan painkiller..hehewww..yang penting bagi mc.. *_*

Terima kasih kat kawan yang dah tolong kite hari tuu..yang hampir tolong pun,yang dah drive tetiba tak sempat sampai..maaf susahkan!! =') Pasti ada ganjaran buat keikhlasan korang daripadaNya!!

Thank you for selongkar my blog and good day!!


Thursday 3 April 2014

Tanda kasih sayang Allah

Assalamualaikum.. =)

Sakit,sakit,sakit dan sakit..Takut nak hadapi sakit.. Tapi bila dah terlalu banyak sakit sampai satu masa kita dah tak terkeluar air mata..kalau keluar pun bukan sebab sakit dah tapi sebab keberanian untuk bertahan dan sebab kesyukuran..

Masuk tahun nie,aku pernah bertanya dalam hati "Ya Allah,tahun-tahun lepas ujian-ujian itu yang Engkau beri,tahun nie,ujian apa ye? Mesti ada ujian jugak kan dalam setahun.Takkan saje je hidup tanpa diuji iman.." Sempat lagi menghitung ujian-ujian yang aku pernah lalui..sampai terfikir rasa macam dah berbagai ujian yang aku hadapi,ujian macam mana lagi ye lepas nie??

Allah Maha Hebat..
Tak pernah terfikir pun yang Allah akan uji aku dengan satu ujian yang memang tak dijangka...MashaAllah!!

Bulan 3 nie memang bulan yang paling aku rasa seksa yang amat..hari demi hari,kadang-kadang aku ingat dah selesai,rupanya ujian tu makin hebat pula...huhu..

Sampai satu masa lepas aku solat,nak berdoa,tetiba air mata mengalir,tangan jatuh ke bawah,aku sebak,menangis tak henti,sehingga dalam hati aku berkata Ya Allah,jangan kau uji aku dengan perkara yang aku tak mampu,sebab aku dah tak mampu...Aku loss giler... Lama aku menangis,rasa macam hadapi sorang-sorang..

family,kawan-kawan bagi semangat "Ini,kau tak boleh lemah,kau kena kuat"

Tapi kalau boleh aku nak ada yang faham aku dah tak kuat,aku pura-pura kuat nie,aku lemah sangat nie,aku nak berhenti jadi kuat..faham tak..T_T
Apa perasaan kau bila orang tanya kita "kau ok tak?"
then kau terpaksa cakap "ok"
Harap sangat orang faham yang "aku tak ok!!! aku cuma tak tahu nak terang kat orang yang aku sebenarnya tak ok!!!"

Tapi itulah kehidupan,hanya diri sendiri dan Allah je faham situasi dan perasaan kita.hmmm...

mungkin kalau ada yang melihat mungkin akan cakap perempuan nie dah putus asa,dah kalah!!!
tapi tangisan nie sebenarnya untuk lepaskan kepenatan, satu permulaan baru,tangisan untuk bina kekuatan,kekuatan untuk menang dengan ujian ALLAH.. >_<

Satu hari aku termenung dengan kejadian yang sedang aku lalui itu..aku tercari-cari hikmahnya,aku tercari-cari kebaikannya...
Sukarnya melalui ujian ini,sangat susah..tapi.. =) hebatnya Allah,makin sukar ujian yang Dia bagi,makin banyak pertolongan yang Dia beri,makin bertambah kesusahannya,makin bertambah pertolonganNya...

contoh macam Dia bahayakan aku dengan Giant,Dia tolong aku dengan Doraemon,Dia bahayakan aku dengan alien,Dia hadirkan power rangers, Dia bahayakan aku dengan Bezita,Dia hantar Goku tolong aku,Dia bahayakan aku dengan raksasa,tetiba Dia datangkan Ultraman disamping aku... What im going to say is,Dia beri bahaya dengan pertolongan yang bersesuaian dan bertambah sedikit demi sedikit..

    ”Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” [Al-Baqarah: 214]

Kite pun nak masuk syurga!! kite pun macam korang,struggle kuatkan iman sendiri...

Alhamdulillah..Allah hantar ramai orang untuk tolong mental dan fizikal,ada yang tolong dari jauh dan ada tu yang aku tak pernah kenal pun datang tolong aku...MashaAllah aturan Allah itu tak siapa yang tahu...Untuk lalui semua nie,aku rasa dah banyak susahkan orang,kawan-kawan terutamanya..maaf sangat...T_T

Kalau mereka-mereka yang tolong aku nie sedang baca entry nie,Ini berterima kasih sangat-sangat,hanya Allah yang dapat balas budi kalian..Ini doakan kebaikan dunia akhirat untuk korang..Semoga Allah permudahkan urusan kalian,andai satu hari korang ada masalah yang Ini tak mampu nak tolong,Ini doakan Allah akan hadirkan orang-orang yang tepat untuk korang macam Allah hadirkan untuk Ini sepanjang ujian ini..Amin!

What im going to say is, menangislah,lemahlah,mengadulah di hadapan Allah..
Kerana manusia itu lemah di hadapan Allah,tapi kuat kerana Allah,hanya kepadaNya tempat meminta pertolongan dan Dia Pemberi Kekuatan..

Aku percaya setiap orang ada dugaan masing-masing,bezanya adakah kita melaluinya dengan pertolongan Allah atau kita melaluinya dengan  putus asa dan amukan tak tentu hala..??haha
Kenapa nak lalui sorang-sorang sedangkan Allah itu ada?
Allah bagi ujian sebab nak tengok kita percaya dengan Dia ke tak? Kita nak mintak tolong Dia ke tak??

Itu intro.panjang bebenor..haha

Nie yang aku nak share..

Kalau nak tahu sebenarnya setiap kali ujian,aku akan ada satu masa,kita lemah betul,kesabaran di tahap paling maksima, dan kita rasa macam Allah,nak buat apa lagi nie? nak kuat macam mana lagi nie? penat dah nie...T_T Aku panggil waktu tu sebagai waktu kemuncak yang paling dekat dengan putus asa tapi taknak putus asa....Dan waktu tu Allah akan bagi sesuatu yang istimewa antaranya hadirkan seseorang yang istimewa..bersyukur sangat sebab dia akan bawa satu nasihat lain dari yang lain,dia akan bawa satu pertolongan yang lain dari yang lain..


Kawan aku nie suka sangat cari ilmu,rapat-rapat dengan ulamak,pada aku dia nie hebat sangat dengan keilmuan dia tapi humble je..Antara sifat yang aku suka pada dia nie,dia suka mendoakan orang lain..sejuk hati kalau bercakap dengan dia nie..

dan daripada situ,aku belajar..

Kuat menghadapi ujian,kuat? kuat itu apa? Orang selalu suruh kita kuat,sampai aku sendiri tak faham dah apa maksud kuat...hahaaaaaa
Kuat tu bukan kau sasa,six pack,atau kuat makan atau kuat tahan perasaan..

Tapi kuat itu sebenarnya sejauh mana kita percaya Allah itu ada,hadirkan pertongan,sejauh mana kita percaya hanya Allah yang mampu izinkan sesuatu untuk berlaku,hanya Allah yang mampu memudaratkan,hanya Allah yang mampu menyelamatkan,hanya Allah yang memberi sesuatu masalah atau beban mengikut kemampuan kita...

Bayangkan kalau kita betul-betul yakin tentang semua ini,pasti kita tak takut sebab kita percaya semua di bawah kawalan Allah..
Contoh macam ada harimau nak makan kita,kalau Allah izin,dia makanlah,kalau Allah tak izin,tak makanlah dia..sebab? Allah yang berkuasa mengawal setiap pergerakan di dunia ini sama ada yang memudaratkan atau yang menyelamatkan..

Ya Allah kuatkan hatiku,sabarkan hatiku,teguhkan kepercayaanku kepadaMu,hanya Engkau yang mampu memberi kekuatan kepadaku..

    ”Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.” [Ali Imran: 200]

Iktikad dan ikhtiar

Iktikad dan ikhtiar satu kewajipan, perlu seiring..Ada orang buat salah satu je..sebab tu ada yang cakap ikhtiar tak berkesan atau iktikad tak berkesan..

ikhtiar nie satu usaha,perlukan jasmani..
Contohnya,kalau kita tinggal kereta,kita tak kunci,kita cakap je aku tawakal kat Allah..
Boleh jadi jasmani kita berdosa kat Allah sebab Allah dah bagi kemampuan kat kita,dah bagi fizikal jasmani kat kita untuk berusaha mengunci kereta itu..

iktikad nie pulak tawakal..
Percaya betul-betul kat hati Allah Maha berkuasa,hanya dia yang mampu mengizinkan sesuatu berlaku atau tidak..
Contohnya,kenapa ulamak cuma sebut Allahuakbar atau ayat-ayat simple untuk halau jin terus berkesan,tapi kita yang biasa nie baca macam-macam surah belum tentu lagi jin lari..haha

Bezanya IKTIKAD.

Keyakinan kita bahawa Allah yang menghalau jin itu sebenarnya iktikad..

Kalau perasan sebenarnya ayat-ayat Alquran atau doa pelindung banyaknya mempunyai maksud lebih kepada ayat-ayat keinsafan dan bertaubat..ayat-ayat yang mendekatkan diri kepada Allah..

So,sama-sama kita cuba sedaya upaya seiringkan berikhtiar dan kuatkan iktikad..memang susah tapi kita mempunyai senjata doa,yang lemah boleh jadi kuat..satu perkara "Mintalah,jangan kita sombong dalam meminta kepadaNya.."

Pernah tak terfikir kenapa aku yang lalui semua ini,kenapa bukan orang lain???

Percayalah,Allah maha Adil,setiap orang ada dugaan masing-masing,mungkin Allah pilih kita lalui bahagian nie,orang lain kena bahagian lain..

    ”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.” [al-Ankabut: 2-3]

Dan, ujian itu tanda kasih sayang Allah..

    ’Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.“ [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Satu kekuatan aku menghadapi setiap ujian ini "Allah uji sebab Allah sayang,rupanya Allah ambik tahu pasal aku"

Sebenarnya ada seorang kawan pernah cakap kat aku,semua orang ada keistimewaannya sendiri di hadapan Allah,hanya Allah yang mampu menilai hamba-hambanya..
Perkara yang kita perlu take notes!!

-Jangan menganggap kita nie manusia yang paling baik tapi sentiasa lah bersedia untuk kembali kepadaNya

-Jangan bersangka buruk kepada orang lain,mungkin dia lebih baik darjatnya disisi Allah berbanding kita walaupun pada pandangan kita dia tu pendosa..

Semua orang struggle untuk hadapi ujian yang Allah beri sama ada ujian itu kenikmatan,kemaksiatan atau apa saja perkara..hentikan sangka buruk,banyakkan perbaiki diri sendiri!!

Thank you for selongkar my blog and good day!! =)


Wednesday 19 March 2014

Rindu perempuan.

Assalamualaikum

Luahan rasa.

Rindu perempuan sangat!!..
rindu nak jadi perempuan..gedik macam perempuan,mengada macam perempuan,lepak dgn ramai bestfren perempuan.
Duk dalam satu bilik ramai-ramai dengar suara perempuan jeeee... jerit-jerit cara perempuan....

Rindu nak dikelilingi dengan kawan perempuan yang ramai pakai cantik-cantik macam kite pastu tak buat kita rasa macam 'aku berhias nampak over'

Pastu cakap perkara keperempuanan je..
Takpun baring atas katil sama-sama konon bersedia nak tidur tapi tetiba...
"Awak,tau tak saya sebenarnya...bla..bla..bla..." banyak luahan hati terkeluar sampai berjam2.. akhirnya tertidoooo...gudnite!

Rindu nak jalan-jalan,shopping xingat dunia dgn perempuan satu frekuensi, tanya pendapat kita.... cantik tak? dan kita pun buat benda yang sama dan masing-masing bagi pandangan positif..u know,perempuan..no man!! Gitu!

So many sharing,so many keperempuanan!!

Rindu sangat...T_T
I wish to have my old life back..

Its not that im not a girl anymore but still, theres something missing in this girl life now... T_T

Thank you for selongkar my blog and good day!!..

Sunday 2 March 2014

hidup harus belajar untuk redha

Assalamualaikum..!!

Panas ye sekarang..sampai rasa selalu dahaga..tengah-tengah malam pun dahaga yang amat..telan air banyak-banyak..dasyat betullll...
Sampai petang minggu nie aku pergi kelas rasa macam sakit tekak..ingat sikit je..tengah-tengah belajar tetiba rasa tak boleh nak bernafas kot..nasib baik lecturer bagi rehat jap so dapatlah pegi 7e beli benda nie..


Disebalik kesusahan ada kemudahan..Alhamdulillah.
Guys..sama-sama kita jaga kesihatan di musim panas ini..
Kita patut bersyukur negara kita nie bukan negara 4 musim tapi hampir 10 musim atau lebih kan...musim panas,musim sejuk,musim duku,musim durian,musim rambutan...blablablaaaa......

U know..aku rasa minggu nie macam dasyat sikit la keadaan dan dugaannya..

Balik kelas bonceng motorsikal dengan kawan..hampir masuk longkang kitorang sebab ada satu kereta tu gerak ke tepi macam apa jee nak kena motor kite..terkejut tau.. kawan aku brek mengejut la sebab kat depan ada bucu simen lagi..nasib baik sempat...Sakit hati.

Kalau aku jatuh longkang waktu tu...memang aku tak fikir nak saman ke apa...aku tarik je kau masuk longkang sekali...biar kau rasa apa yang ku rasa,main air longkang..wangi kau.gituu!!

Pengajaran: Driver baik kau cabut stereng kalau tak pandai guna.(ada kaitan tak? =_=") Alert la dengan penunggang dan pemandu yang lain,ingatlah orang yang tersayang,tak sayang kite pun jangan cuba nak humban kite masuk longkang,.. T_T humban masuk TV takpe..haha

Lepas tu boleh pulak waktu kitorang balik print notes, kawan aku start moto,dia gerak..tali beg aku sangkut kat cermin moto siapa punya moto ntah parking sebelah moto kitorang..
Aku terus tertarik ke belakang,sambil jerit.."Akak!!!!" akak(kawan tua setahun)

Dasyat betul...nasib baik tali beg sempat lepaskan tangan aku..kalau tak memang jatuh ke jalan tar la aku macam nangka buruk dan kalau moto tu terbalik pecah mana-mana,nak buat muka innocent ke,nak lari ke,nak menyorok kat belakang pasu bunga?? T_T Pasu bunga is a better idea.

Dah turun moto pergi ambik beg,tak fikir apa dah,cepat-cepat macam letrik aku gerak ambik beg ajak kawan bla cepat-cepat...perkara pertama yang aku fikir waktu tu, "malunya,ada orang nampak tak? ada orang nampak tak???" macam apa je...nasib baik helmet tinted..haha

Sakit ke apa ke,tak pk dah.

Pengajaran: Baru tahu perasaan perempuan kena ragut. =_="
Bahaya,perempuan sila berhati-hati,tali beg jangan meleret-leret,sangkut kat mana boleh bawa malu T_T pastu maut..huhu

One more time hampir eksiden. Allah! gerun! Kereta satria siapa warna kelabu bagi signal awal-awal nak masuk lorong kedua,tapi bagi signal sebelum lorong pertama,dan kitorang ada kat lorong pertama nak lintas. 
Kawan aku dah bawa straight melintas,brek yang biasa tak berapa nak makan dengan pantas,tiba-tiba berfungsi dengan efisyen tepat pada waktunya..MashaAllah..Kalau tak memang dah langgar kereta kau.. mengaku cepat..!!

Aku maafkan kalau signal otak kau kurang berfungsi..hahaha.
(ee..takutnya mengata orang!! aku pun bawa moto over excited,signal tak tutup-tutup,masuk lubang tengah jalan baru ingat nak tutup..haha)

Pengajaran kali nie,sama-sama kite guna pensyarah aku punya sensor ciptaannya untuk ingatkan kite padam signal bila perlu..good job my lecturer fluid mechanic 2 sem lepas..terkenal tuuu.. =)  (promote plak)

Lepas tu,hari kitorang balik kelas,aku ajak kawan pergi 7e,beli topup.Tapi kawan aku cakap pergi petronas la,pergi isi minyak moto sekali,balik je,tayar pancit..goyang moto,macam ala-ala alat senaman yang vibrate tu..haha.kau bajet lemak kau pecah lepas tu kau silap.atau,mungkin.haha.

Kami pun berjalan la,tolak moto pergi bengkel..tengah panas pulak tu.. Kawan aku tak habis-habis cakap salah dia,kesian kat ini,kalau dengar cakap ini pergi 7e mungkin tak jadi camnie,minta maaf..banyak kali tau..huhu..

Allah aiii..Kau dah kurniakan kawan yang cukup baik,rajin, kat aku,terharu pulak..T_T

U know what,bukan salah dia,Allah yang izin kitorang pergi tempat lain,Allah sedang menguji kesabaran,mungkin Allah nak uji kita sama ada kita redha atau kita pertikai..bukannya kitorang sakit ke,luka ke,Alhamdulillah,syukur di situ.

Dan dari atas aku bercerita nampak macam minggu nie malang gilee dalam hidup aku..kan?

Tak.salah.

Minggu nie sebenarnya bernasib baik sangat,rasa sangat Allah jaga,Allah lindungi kami daripada musibah yang lebih teruk..Allah ada.
Dia letak kami dalam bahaya untuk menguji,tapi Dia sebaik-baik Penyelamat.. =')

Di sebalik kesusahan ada kemudahan..ingat!!

Jangan pertikai atau kecewa,cari hikmah disebalik ujian..Allah ada..

Entah apa yang akan diuji esok untuk kita..semoga diri kita lebih kuat,lebih redha..Amin.

Thank you for selongkar my blog and good day!!
^_^

Alhamdulillah,INI_EMPIRE CLOTHING kini dibuka..jemput visit and like ye..sokongan anda amat dihargai dan yang banyak doakan terima kasih sangat-sangat,terharu sampai ada yang mesej doakan semoga Ini jadi wanita solehah..T_T..baik sungguh.. semuanya Ini doakan dipermudahkan urusan oleh ALLAH & diberi kejayaan juga,dunia akhirat..=)

Terbaru stok JUBAH ARAB march 2014 daripada DUBAI..


Boleh tengok kat page ok...=)