click this cute!

Saturday 28 June 2014

esok sahur!!

Assalamualaikum..hehe

Adik aku cakap cikgu bagitau kalau aku tak pakai selipar orang panggil kaki ayam.

Im so saaaadddd..T_T

Sampai hati adik cakap kaki aku kaki ayam.

Aku cakap cikgu dia tipu. Mana ada kaki ayam sama dengan aku. Kuku dia pun panjang. Kaki aku elok tersusun 5.. kaki ayam sesat kat betis satu jari. Betul tak??

Adik aku mula diam mungkin sudah mula ragu dengan kata-kata cikgunya..

 Kenapa cikgu sanggup ajar adik aku macam nie!! >_<

Dia masih kecil.
Lembu pun tak pakai selipar asal takde orang pertikai?? Im starting to curious.

Habis tu ayam pakai kasut nak panggil apa??


Kaki Pua Chu Kang??

*perempuan nie macam cari pasal dengan guru bahasa di Malaysia..haha.*

Esok dah puasa. Mesti ramai tengah fikir nak masak apa sahur dan berbuka kan..

Oleh sebab aku nie seorang anak dan seorang pemangsa, izinkan aku buat satu luahan rasa tentang apa yang aku expect mak akan masak 'mangsa-mangsa' aku di bulan puasa nie hokeeeyyy!!

Kalau-kalau mak-mak ada anak-anak yang baru balik kampung setelah lama berhijrah hidup sendiri sebatang kara di tempat orang.. macam aku nie duk dengan kawan-kawan 4 orang kira 4 batang kara la kan..

Antara makanan yang patut di kurangkan dalam menu adalah

1. Telur (telur dadar, telur mata lembu,kerbau,unta)
2. Maggi
3. Sardin
4. Ikan bilis
5. Nasi goreng

Itu senarai aku punya la. Bergantung pada orang la..cuma itu antara senarai semua makanan kebanyakan student atas beberapa faktor laa..

Walaupun aku nie selalu jugak la masak tapi benda kat atas tersenarai jugak sebab peti ais rosak, makan kat luar, sibuk dengan assigment sampai tak sempat nak masak..gituu..

Well..kitorang bz study.
*bunyi cam tak logik..hahaha.

Mom..

I hope u can...

Masak la sedap-sedap. Masak simple pun takpe..

definisi simple itu
bukan nasi je. T_T
Bukan telur dadar + kicap + nasi je. (Muka memang dah macam kicap telur)

Bukan ikan bilis + nasi je. (badan memang dah kurus macam ikan bilis macam mana nak badan cam ikan buntal.)

Tapi kalau nak buat sambal ikan bilis sebagai persediaan kalau kita terbangun lambat then its ok... u are a wonderful mother!! =)

Kite suka kalau waktu sahur mak masak lauk macam hari-hari biasa. Ada nasi, ada lauk macam ikan singgang/ayam/daging/ikan/seafood, ada sayur. Ada kurma pun penting. Dah bagus sangat dah.

Kalau berbuka pun kite suka jugak kalau macam nie je, kalau ada kuih-kuih sikit pun ok.

Yang penting tak membazir.

Tapi mak kite memang selalu masak macam nie la. Pastu ayah kite cari kuih banyak sebab family kite memang besar. Ada ABC, cendol, murtabak, ayam golek, keropok lekor, kuih yang tak tahu nama. apa lagi erk? Lupa dah.. Lepas terawikh, makan kuih lagi.



Tapi hari pertama puasa memang jadi hari pengajaran.haha.

Sebab hari pertama mesti beli makanan tu makanan nie. Bila berbuka, dah minum air sikit dan makan kuih sikit dah kenyang. Kan??

Esoknya waktu nak beli baru nak beringat perut bukan tangki atas bumbung. Tu pun kalau ingat, kalau tak seminggu jadi pengajaran baru sedar diri. Huhuhu. Kite pun gitu gak!

Bulan puasa ingat makan je..ish3!

Jom la kita berazam untuk berpuasa dengan puasa yang sebenar-benarnya bukan setakat tahan lapar dan dahaga tapi jaga mata, telinga, anggota badan dari perkara-perkara yang Allah murkai. Banyakkan beribadah dan bersedekah.

Aku pernah dengar ustaz azhar cakap kalau orang yang tak menutup aurat, puasa dia sah. Tapi pahala puasa tak ada. Antara sebabnya bukan dia sahaja yang buat dosa malah telah menyebabkan orang lain hilang pahala puasa jugak sebab tengok aurat dia.. boleh kata sia-sia la puasa tak dapat pahala.

Termasuk la orang yang tak tutup aurat dengan sempurna macam pakai tudung tapi terdedah dada..pakaian ketat...

Boleh taip dekat utube video ustaz azhar idrus pasal puasa nie. Banyak!

Kalau susah nak bertudung apakata sepanjang bulan puasa nie cuba bertudung tutup aurat penuh dengan sabar sebab manusia nie kalau kita buat sesuatu selama 40hari secara berterusan, dia akan terbiasa untuk istiqamah selepas itu.

Bukan bertudung je, kalau rasa pakaian ketat,kita longgar-longgarkan. Kalau rasa selama nie boleh mengaji sikit je, kita banyak-banyakkan..
banyak lagi benda lain yang kita rasa nak sempurnakan benda baik apakata kita jadikan ramadhan nie satu permulaan.

Yang penting kita usaha semampunya.

Semoga selepas Ramadhan kita akan jadi manusia yang lebih baik dan lebih kuat menentang bisikan nafsu dan syaitan. >_<

Peringatan buat diri sendiri!! ^^

 Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak!

Thank you for selongkar my blog and good day.. ♥♥♥














No comments:

Post a Comment