click this cute!

Wednesday 18 June 2014

Dewan Exam??

Assalamualaikum.

Hehe.haha.hoohoo..

 To me : kau bajet kau dah habis exam nak gelak sakan..

Ye. Ada satu paper lagi pastu blaah. Balik kampung pastu sehari lepas tu praktikal. Aku rasa lega la sikit sebab hari nie berakhir exam subjek yang boleh dikatakan kritikal bagi pelajar engineering ye. Satu lagi subjek pun susah gak tapi ..hmm..sabtu nie laa..ok la sikit kot takde la buat kite rasa sakittttt jiwaku...T_T

Tapi sebenarnya Allah dah permudahkan banyak sangat!! Semoga Allah tolong lagi untuk last paper nie.. Tanpa Allah..siapa lah aku.. Tanpa Allah mungkin aku cuma conteng tulis lirik lagu hindustan gitu atas paper..haha.

Sebab Dia lah yang mengizinkan ilmu-ilmu untuk dicurahkan atas kertas jawapan..Subhanallah.. Dapat tulis atas kertas jawapan tu pun satu nikmat yang besar... =)

Orang tanya aku kenapa tak tolong dalam dewan exam..atau kenapa tak mintak tolong.

Kalau aku tolong atau meminta tolong. Allah mesti marah. Tolong menolong dalam penipuan..

Penipuan bukan benda kecik.

 Dewan exam tu satu ujian..ujian yang boleh bagi kesan pada akhirat. Sebab dunia adalah jambatan akhirat.. sama ada nak minta pertolongan manusia sekeliling atau nak duduk dan rasakan kehadiran Allah dan meminta padaNya bersungguh..sebelum exam kita dah usaha setakat yang mampu walaupun kita rasa macam tak habis baca lagi satu buku.

 Dalam dewan exam tawakal dan kepercayaan pada Allah teruji.

Siapa yang betul-betul percaya Allah tentu beruntung.

Aku percaya ada orang pernah alami tetiba ada satu soalan tak boleh jawab tiba-tiba cakap Allah tolong la aku,aku percaya Kau,aku tak pandai,Kau Maha Mengetahui,tolong la aku..aku taknak tiru. Aku percaya Kau ada. takpun selawat lagi.. tetiba tangan bergerak tulis sesuatu,tiba2 idea datang.. ilham. =)

Pernah tak cakap macam tu pun tak dapat jugak jawab. Sebabnya rezeki memang banyak tu je..tapi at least kau dapat result sikit atau banyak tu adalah result yang penuh keberkatan..tanpa rasa berdosa..dengan kasih sayang Allah.. ♥

Bila tak termakbul doa waktu itu jangan merungut..redha lah! Barangkali Allah tak makbulkan lagi sebab nak uji sejauh mana hatimu redha dan sejauh mana hatimu percayakanNya tanpa putus asa.

Tetiba hati cakap..nyesal tak tiru..lepas nie nak tiru laaa!!
U loss. Kalah dengan ujian Allah. Syaitan bertepuk tangan sebab ada hamba Allah yang berputus asa.

Kan Allah dah pesan dalam Alquran..
*jangan putus asa dengan rahmat Allah*
*kerana Allah,bersabarlah*
*Aku akan tambahkan nikmat kepada orang yang bersyukur*

Pernah dengar ustaz Azhar Idrus cakap lebih kurang macam nie, orang yang senang hidupnya bukan hidup yang mewah,bukan jawatan yang besar, tapi orang yang senang hidupnya adalah orang yang apabila datang musibah atau kesenangan atau kekurangan walaupun dah banyak usaha atau kelebihan dalam hidupnya hatinya berkata dengan penuh ikhlas
INI ADALAH KETENTUAN ALLAH.

Usaha,doa dan tawakal. Jangan kita tinggal satu pun daripadanya..

Dan kawan kau mintak tolong dalam exam,kau tak bagi,kawan terasa walaupun kau dah mintak maaf.
Trust Allah.. itu tandanya kau lebihkan Allah melebihi manusia. Pandangan Allah yang kita cari bukan pandangan manusia.. BUKANKAH TUJUAN HIDUP INI UNTUK CARI REDHA ALLAH???

walaupun lepas tu kau kena pulau ke apa..
(wujudkah manusia ini?? Aku pun tak pernah jumpa lagi manusia yang sanggup pulaukan kawan nie..harapnya taknak jumpa!!! T_T )

Trust Allah.. cukuplah bagiku Allah untuk hidup ini.. Yang pasti Allah akan hadirkan manusia-manusia yang lebih baik untuk berkawan dengan kita.

Aku sendiri pun tak jamin akan datang aku akan meniru ke tak sebabnya hati manusia nie milik Allah, sekali Allah nak pusingkan,bukan setakat menipu tapi terus sesat ke mana-mana kan...sebabnya aku manusia yang lemah..manusia lemah dan pendosa..T_T

Thats why jomlah kita guna senjata terkuat orang Islam nie.. mari kita sama-sama selalu berdoa agar Allah tetapkan hati kita supaya kuat menentang kemungkaran dan kuat keimanannya kepada Allah.. May Allah protect us. ^^

Kalau kita buat salah,jangan lupa mohon ampun dan bertaubat sambil puji Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat sebab ustaz cakap Allah suka sangat kalau hamba Dia puji macam tuuu.. =)

Biar lah hari-hari kita bertaubat sebagai satu usaha semoga Allah jadikan yang terakhir hidup kita adalah taubat..

Sharing is caring. Caring is ♥♥♥

Thank you for selongkar my blog and good day..

No comments:

Post a Comment