click this cute!

Thursday 22 August 2013

Girl-girl


Assalamualaikum..

Ai..kite rasa kite takde mood dah 2 hari...kite banyak keje nak kena settle..tapi kite malas...




Jom sembang-sembang Mak Tom..

Kenapa ye perempuan nie,kalau nampak benda,pakaian,shawl yang sangat cantik...
terus beli,geram!
padahal bukan keperluan pun,padahal kat rumah dah berlambak-lambak,tak terpakai lagi..
sebab
Kalau kite tak beli,takut nanti perempuan lain beli,hahaha...teruk betul perempuan!
lepas beli,simpan dalam almari.tak pakai langsung atau pakai sekali dua je..
jadi koleksi..

kadang-kadang berbulan-beli baru pakai,pastu ramai la duk bunyi..
.."pewit,baju baru,bau kedai.."

padahal baju memang baru,bukan baru beli tapi baru pakai..bukan bau kedai,bau almari seeeyyyyyyhhhh..
atau
dah pakai sekali tahun lepas,tahun nie hujung tahun baru pakai sekali lagi...hahaha
Beli baju raya,pakai di hari raya tahun lepas,tahun depan baru fikir nak pakai ke tak lagi..ceh!

 Tapi yang peliknya bila nak keluar,akan bertapa lama-lama depan almari,
dalam hati "tak ada baju la nak pakai,tak ada tudung la nak pakai...!"
depan mata tu semua bukan pakaian,tu semua kayu! keh3!

kadang-kadang,almari macam-macam baju ada,segala macam fenyen ada,
Last-last tarik baju sama yang selalu pakai,yang penting tak payah gosok!
yang lain terus jadi harta pusaka.
mudah aje hidup!

masalah nie pun terjadi kat aku..sebab aku pun perempuan..hehe.

macam aku nie,kalau nak pakai tu kena ada mood terhadap sesuatu pakaian..aku rasa nak pakai colour merah hari nie,so,pakai colour merah la,tak boleh pakai biru walaupun biru tu lagi cantik..
tiba-tiba tengok almari tak ada baju yang kita nak pakai,so,kita anggap kita dah tak miliki apa-apa baju lagi dalam dunia ini..!sebab tu,malas la nak keluar,tak ada baju...spoil mood betul pakaian nie kat perempuan! hahaha..

kitorang perempuan tak main tarik-tarik je baju macam lelaki,kitorang sangat concern dengan baju yang kitorang pakai..

how?
"eh,baju nie dah pakai event hari tu,so taknak la pakai baju sama..semua baju dah pakai,kena pergi shopping nie"
bila? event 7 bulan yang lepas..ngeeeee~

 Kalau tak ditanya BILA,kitorang tak berapa ambik berat pun bila,yang penting dah pakai atau kitorang fikir 7bulan tu macam 7minit yang lalu...

Maaf,bukan pakai buang,pakai simpan ok...haha.

Maksudnya bukan setiap hari kena beli baju baru,tapi kebanyakan masa akan fikir begitu..hehe

Eh,tapi kadang-kadang aku ada juga mood nak pakai baju sama..datang mood pakai la.
kadang-kadang ikut malas,cari pakaian yang senang-senang,paling selesa.

Perempuan nie pelik,susah difahami dan susah dijangka keinginan dan kelakuannya...tengok aku tulis kat atas nie,kejap macam nie,kejap macam tu.
sebab aku perempuan la!
haha..

Perempuan nakkan kepelbagaian,pilihan,tak berapa suka jenis sama..thats why kat luar sana macam-macam jenis pakaian,tengok jenis tudung la..

Sape girl macam nie,cepat mengaku dalam hati! hehe

Eh,tak semua perempuan macam nie tau,ada jenis perempuan lain pulak..jangan salah faham pulak!
lain perempuan,lain ragamnya,lain manusia,lain sifatnya...hehe


Thank you for selongkar my blog,good day!

~kalau sayangkan seseorang,fikirkan syurga untuknya~







Sunday 18 August 2013

Miss Home


hye guys..

tadi aku berjalan tarik bagasi dalam hujan,syahdu pulak.. ='(
jangan sedih,sebab waktu tu hujan dah reda,
aku jalan sambil nyanyi "sejujurnya ku tak bisa!"
nyanyi punya nyanyi,tiba-tiba hujan makin nak lebat.so,aku stop nyanyi..hehe..tu tanda lagu tu sangat sedap dan sedih,hujan pun faham.
jalan lagi,mulut aku ternyanyi pulak,tapi perlahan je..tiba-tiba aku nampak banyak anjing tepi jalan,nie satu keturunan nak beraya ke mana nie? tapi ada warna coklat,ada warna hitam..satu keturunankah? mungkin kacukan pelbagai bangsa.

ahhh,pedulikan! yang aku peduli,kenapa diekors pandang aku,aku perasankah? mungkin diekors pandang orang di belakang aku,tapi belakang aku cuma ada pokok. aku terus menipu diri sendiri,mungkin diekors tak nampak aku.
tadi aku tarik bagasi,sekarang aku angkat bagasi,holdernya pun tak sempat di masuk ke bawah..aku buat selamba je..
kalau tadi mulut duk nyanyi lagu sejujurnya ku tak bisa,sekarang aku tukar lagu, "Allah,Allah,Allah..."
haha.waktu susah baru kau nak ingat Allah ye Martini!

nak nangis aku,ada seekor anjing hitam tu ikut belakang aku... hwaaaa! hanya Allah yang tahu getusan hatiku..makin laju aku jalan,makin laju anjing tu kejar aku..gilo punya anjing!
macam ikut rentak kaki aku je,kang aku menari rentak lagu-lagu girl generation,kau boleh buaaaatttt???huh!

Bila aku selawat,kadang-kadang anjing tu berpaling tempat lain..Subhanallah!

Tapi tak lama,kejar aku balik..
dahla,kat tangan pegang roti,kadang-kadang terfikir jugak,patut ke aku baling roti nie supaya dia lari jauh-jauh..? tapi roti nie mak aku yang belikan semalam..taknak aku..

habis la aku,sama ada aku kena gigit,takpun kena jilat...mana nak cari tanah nak samak nie..!! yang tu je dalam fikiran waktu tu..hahaha

saat tu nampak anjing tu makin mendekat,aku dah tak boleh lari dah..jantung dah dup dap,dup dap..lagu dangdut..Aku tunggu pertolongan Allah je..seriously!


Tiba-tiba ada jip ranger hitam lalu,mungkin dia nampak situasi aku,dia hon anjing tu banyak kali,fuhhhhh.aku angkat bagasi berlari lintas jalan balik hostel.

Thank you abang Ranger,you are my power rangers la...!

Allah takkan uji hambaNya dengan sesuatu yang hambaNya tak mampu hadapi.. janji Allah..kan.. =)

Dan Allah datangkan pertolongan tepat pada waktuNya kan?,di saat hambaNya sangat berharap dan memerlukan pertolonganNya.. Aku bersyukur sangat,kalau lambat sikit jip tu datang,habis aku! habisssssssss!

yang penting,selamat roti mak aku.hehe


I Miss my home

Rindu rumah..rindu bau rumah,walaupun sembur febreze,bau rumah jugak,tak bau febreze pun....ke febreze tu memang bau rumah?? takkan bau reban ayam kot! ayoyo!
Rindu nak ngusik adik-adik cukup-cukup.
Rindu nak dengar adik-adik tengking aku.
Rindu TV
Rindu nak tengok TV dengan keluarga.
Rindu nak perabis beras kat rumah.
Rindu nasi kat rumah
Rindu nak makan nasi depan TV
Rindu nak tengok peti ais kat rumah
Rindu nak dengar Pa bagi ceramah
Rindu nak dengar Ma bising-bising kejut subuh..erk? Oh no,tak rindu..tak rindu..
Rindu nak tengok Manja dan Topok tidur atas sofa,secara memanjang,kucing spring..
Rindu nak usap kucing.
Rindu nak ganggu kakak kat bilik air
Rindu nak susahkan Ma..
Rindu nak makan Ma masak
Rindu nak lepak depan TV,macam orang purba baru jumpa penemuan baru.
Rindu nak kebas kain pelikat Pa dalam almarinya.. adui,tiba-tiba teringat lupa nak simpan balik kain pelikat warna merah guna hari tu..orang pakai kain batik,aku pakai kain pelikat..keh3.
Rindu kereta Pa.
Rindu nak tarik rambut adik
Rindu merempat di bilik adik beradik,rasa macam banyak bilik.!


INI BUKAN LAGU,BOLEH BACA CARA BERPANTUN,BERSYARAHAN,BERSENANDUNG,BERPIDATO ATAU BERDANGDUT! hehe
atau mengiring.huhu

Thank you for selongkar my blog..good day~


"Kalau sayangkan seseorang,fikirkan syurga untuknya"

Thursday 1 August 2013

Mop lantai dengan betul

Assalamualaikum..

Sekarang aku update blog kat rumah orang,teman orang tu takut duk sorang-sorang,sebab tengok cerita hantu orang putih semalam! hantu ke orang? eee..aku pulak seram sejuk.

petang tadi pergi kedai beli CUKA sebotol. on the way balik,ada satu kereta goda aku naik kereta dia,so aku relakan diri diculik atas sebab "jom kalau nak ikut!" berpantang maut sebelum ajal kalau dengar ayat nie.. haha..(ape yg kelakar? gelak je la..)


Dalam jadual kepala aku,nak mop lantai petang tu sebab malam nak keluar makan dengan budak kelas.tak sempat la kalau nak mop malam tu,sebab kawan aku cakap Iftar daripada pukul 9 sampai 12 tengah malam.amboi,iftar ke moreh nie?,lagi lama dari solat terawih nie..haha. tapi takpe, Kitorang join la ramai-ramai disebabkan jarang dapat peluang macam nie.

Penculikku tanya,kenapa nak mop lantai,kan esok dah nak balik?
"sebab dah nak raya!" haha..alasan bijak.bajet aku raya kat hostel.
"sebab selama nie aku mop,tak betul,dengan harapan nanti aku datang balik bulan depan, "Waaa.cantiknya lantai,rumah siapa nieeeeee...?" itu satu harapan.

Nasib baik kawan aku dah culik,pandai pulak dia bawa balik aku dengan selamatnya ke rumah.so,sempat la aku mop lantai.. Ceritanya,aku nak berkongsi sesuatu yang mungkin diketahui ramai atau yang di buat-buat ketahui ramai.kih3!

for your information,aku share nie bukan untuk mak-mak,suri rumah tangga,MR MAMA je tapi untuk orang yang nak tolong mak,orang yang rumah berlantai,orang yang bakal jadi mak mentua..=_=' nak ajar menantu.keh3.. orang yang dah ada rumah sendiri,atau penyewa rumah tegar yang lama atau baru berdaftar,orang yang baru saja dilulus permohonan rumah subsidi, orang yang bercita-cita nak jadi cleaner tak berani bagitahu cikgu,orang yang nak beli berus gigi tertukar dengan mop lantai.orang yang rockers boleh nyanyi sambil mengemop lantai untuk naikkan stamina..! dan siapa pun anda... ngeeeee~


Nak mop lantai pun guna google.i like!

Kalau dulu mesti kena belajar dengan orang tua-tua.zaman sekarang,
"siapa nenek kau?"
"Google"
binti apa? (marah nenek aku! diduakan begitu sahaja..hehe)

Biasanya,pagi-pagi cuti,housemate tak bangun lagi aku mop lantai,untuk elakkan orang pijak lantai basah,kali nie petang sebab housemate tido sampai petang.kah3! tak la,tipu je.. sebab aku dah nak balik esoknya.
haaa..kalau nak mop lantai tu mop la waktu-waktu orang tak ada kat rumah.kalau waktu orang buat kenduri tu gatal-gatal nak mop,baik kau mop muka sendiri,lagi bagus.ish3..

tapi tak berapa nak bersih jugak. Pernah mop sampai banjir rumah,mula-mula air sabun,pastu air bersih banyak kali,pastu mop lagi,lap-lap dengan kain.gila penat(penat sampai gila?) !

macam ni la!

Waktu malas,tadah air,mop macam tu je.takut budak-budak jatuh pulak kalau guna air sabun. Ececeh..maksud aku,takut bakal mak-mak budak jatuh.kan macam nangka buruk disitu,kalau aku jatuh macam berlian ke belimbing entah.haha.

waktu malas lagi,ludah air liur je! eeeeee..siapa yang buat tu!

Aku jumpa banyak cara,banyak jugak yang kutuk budak muda sekarang tak guna cara yang betul untuk mengemop.marah kita..marahHHHH!!!!! sebab kena kat batang hidung sendiri.hehe

Setelah buat research dan compare banyak method..hasilnya:

Ada yang cadangkan guna pencuci nie,pencuci tuuu...banyak betul.tapi aku tertarik dengan cuka.

Persiapan sebelum MOP..

jenis air= bukan indah water,tapi guna air panas.
              masak la air,goreng air pun tak apa,tapi jangan guna minyak.

campur air dengan sedikit cuka.tak bau kot...kot?hehe
aku guna banyak tadi,satu rumah bau cuka,lepas kering,bau hilang! lantai bersih.lebih bersih,tak nampak berkilat sebab mozek jenis kasar.
kalau yang mozek smooth dan gebu...anda akan nampak lantai licin berkilat lepas kering.

melekit? tidak! tak percaya,boleh cuba!


Pakaian

suka hati,pakai seluar pendek sikit senang,baju biasa-biasa ikut keselesaan,tak wajib pakai lab coat atau uniform sekolah.

Step

1.Sapu rumah dengan penyapu bersih-bersih.terutama rambut-rambut yang gugur tu.

2.Masukkan mop lantai dalam baldi yang terdapat air panas+cuka,rendam,angkat,putarkan,jilat dan makan!
   ish,jangan ditelan benda tu,lepas angkat,putarkan mop,bagi bulunya terbuka.baru letak atas lantai.
macam nie contohnya..

tips= beli mop yang bulu dia lebat,banyak..baru berkesan.. kot ye pun nak murah,jangan sampai beli
       yang buat aku rasa nak sponsor product Yun Nam Hair care kat mop korang!
        kalau nak jimat sangat,guna rambut sendiri sudah...hehe

3. mulakan mop lantai di bilik dulu sehingga ke dapur.dapur yang terakhir tau!

Tips=Mop lantai secara berundur.pastikan tak pijak tempat yang kita dah mop.
Melainkan you ada ilmu terbang,you boleh la mop dari mana-mana kutub pun,kalau tak ada,sudah-sudah la berangan

4. lepas mop,agak-agak air dah kotor,tukar air baru,kalau boleh kerap la,ikut naluri masing-masing,tapi sebelum mop kat dapur,pastikan tukar air jugak,sebab dapur lebih kotor berbanding tempat lain! sebab tu dapur tempat terakhir kena mop.

5. Waktu mop,buka lah kipas volume tinggi-tinggi,supaya cepat kering.

6.bertanggungjawab lah terhadap mop yang anda guna,terutama yang kebas mop kawan macam aku.haha. basuh mop yang telah digunakan dan rendam dalam air panas seketika lepas tu baru jemur.

kebersihan sebahagian daripada iman.kebersihan tanggungjawab bersama. tajuk karangan bahasa melayu buat adik-adik hari ini. karangan paling bagus,akan dihadiahkan mop lantai kawan aku.
(marah kawan..haha)


Itu lah teknik-teknik yang aku yakin betul dan bagus yang aku dah pun guna petang tadi daripada internet. so apalagi,mop lantai sekarang! jangan mop muka!

Thank you for selongkar my blog..good day!

=)

Alhamdulillah,INI_EMPIRE CLOTHING kini dibuka..jemput visit & like..