click this cute!

Sunday 18 August 2013

Miss Home


hye guys..

tadi aku berjalan tarik bagasi dalam hujan,syahdu pulak.. ='(
jangan sedih,sebab waktu tu hujan dah reda,
aku jalan sambil nyanyi "sejujurnya ku tak bisa!"
nyanyi punya nyanyi,tiba-tiba hujan makin nak lebat.so,aku stop nyanyi..hehe..tu tanda lagu tu sangat sedap dan sedih,hujan pun faham.
jalan lagi,mulut aku ternyanyi pulak,tapi perlahan je..tiba-tiba aku nampak banyak anjing tepi jalan,nie satu keturunan nak beraya ke mana nie? tapi ada warna coklat,ada warna hitam..satu keturunankah? mungkin kacukan pelbagai bangsa.

ahhh,pedulikan! yang aku peduli,kenapa diekors pandang aku,aku perasankah? mungkin diekors pandang orang di belakang aku,tapi belakang aku cuma ada pokok. aku terus menipu diri sendiri,mungkin diekors tak nampak aku.
tadi aku tarik bagasi,sekarang aku angkat bagasi,holdernya pun tak sempat di masuk ke bawah..aku buat selamba je..
kalau tadi mulut duk nyanyi lagu sejujurnya ku tak bisa,sekarang aku tukar lagu, "Allah,Allah,Allah..."
haha.waktu susah baru kau nak ingat Allah ye Martini!

nak nangis aku,ada seekor anjing hitam tu ikut belakang aku... hwaaaa! hanya Allah yang tahu getusan hatiku..makin laju aku jalan,makin laju anjing tu kejar aku..gilo punya anjing!
macam ikut rentak kaki aku je,kang aku menari rentak lagu-lagu girl generation,kau boleh buaaaatttt???huh!

Bila aku selawat,kadang-kadang anjing tu berpaling tempat lain..Subhanallah!

Tapi tak lama,kejar aku balik..
dahla,kat tangan pegang roti,kadang-kadang terfikir jugak,patut ke aku baling roti nie supaya dia lari jauh-jauh..? tapi roti nie mak aku yang belikan semalam..taknak aku..

habis la aku,sama ada aku kena gigit,takpun kena jilat...mana nak cari tanah nak samak nie..!! yang tu je dalam fikiran waktu tu..hahaha

saat tu nampak anjing tu makin mendekat,aku dah tak boleh lari dah..jantung dah dup dap,dup dap..lagu dangdut..Aku tunggu pertolongan Allah je..seriously!


Tiba-tiba ada jip ranger hitam lalu,mungkin dia nampak situasi aku,dia hon anjing tu banyak kali,fuhhhhh.aku angkat bagasi berlari lintas jalan balik hostel.

Thank you abang Ranger,you are my power rangers la...!

Allah takkan uji hambaNya dengan sesuatu yang hambaNya tak mampu hadapi.. janji Allah..kan.. =)

Dan Allah datangkan pertolongan tepat pada waktuNya kan?,di saat hambaNya sangat berharap dan memerlukan pertolonganNya.. Aku bersyukur sangat,kalau lambat sikit jip tu datang,habis aku! habisssssssss!

yang penting,selamat roti mak aku.hehe


I Miss my home

Rindu rumah..rindu bau rumah,walaupun sembur febreze,bau rumah jugak,tak bau febreze pun....ke febreze tu memang bau rumah?? takkan bau reban ayam kot! ayoyo!
Rindu nak ngusik adik-adik cukup-cukup.
Rindu nak dengar adik-adik tengking aku.
Rindu TV
Rindu nak tengok TV dengan keluarga.
Rindu nak perabis beras kat rumah.
Rindu nasi kat rumah
Rindu nak makan nasi depan TV
Rindu nak tengok peti ais kat rumah
Rindu nak dengar Pa bagi ceramah
Rindu nak dengar Ma bising-bising kejut subuh..erk? Oh no,tak rindu..tak rindu..
Rindu nak tengok Manja dan Topok tidur atas sofa,secara memanjang,kucing spring..
Rindu nak usap kucing.
Rindu nak ganggu kakak kat bilik air
Rindu nak susahkan Ma..
Rindu nak makan Ma masak
Rindu nak lepak depan TV,macam orang purba baru jumpa penemuan baru.
Rindu nak kebas kain pelikat Pa dalam almarinya.. adui,tiba-tiba teringat lupa nak simpan balik kain pelikat warna merah guna hari tu..orang pakai kain batik,aku pakai kain pelikat..keh3.
Rindu kereta Pa.
Rindu nak tarik rambut adik
Rindu merempat di bilik adik beradik,rasa macam banyak bilik.!


INI BUKAN LAGU,BOLEH BACA CARA BERPANTUN,BERSYARAHAN,BERSENANDUNG,BERPIDATO ATAU BERDANGDUT! hehe
atau mengiring.huhu

Thank you for selongkar my blog..good day~


"Kalau sayangkan seseorang,fikirkan syurga untuknya"

No comments:

Post a Comment