click this cute!

Monday 30 September 2013

Anak-anak saya.

Assalamualaikum..

Sekarang pukul 11.05 malam,aku baru bangun tidur,penat sangat,mungkin sebab kelas sampai petang pastu subjek susah,perlukan pembukaan otak yang maksimum.Kadang-kadang nak buka otak untuk bagi ilmu masuk tu berat sangat,sampai dahi berkerut,mata mengecil,bebola mata putih cuba tenggelamkan mata hitam pastu krooooohhhhhhhh....haha.maklum la,subjek tahun ketiga nie,subjek kritikal,aku pun jadi kritikal..tek,tek,tek,tek, ^^^^^^^^^^^^^^^..tuuuuuuuuuuuuutttttttt-----------------......!!!

Aku mengantuk lagi tapi taknak tidur dah,rasa macam nak spend the whole time with Bebbie.
Bebbie tu anak-anak Ini,


Yang lelaki Bebbie Si Louis,yang perempuan Bebbie Si Lisa
Bebbie-->panggilan untuk both of them.

Ini tak boleh la tinggal diorang lama-lama,mesti nak kena ada depan mata,kalau duk kat rumah pun rasa malas nak keluar bilik,nak pergi makan kat dapur pun taknak,sayang nak tinggal.
Hati Ini tak tenang bila pergi kelas,rindu sangat,rasa macam tak jumpa 100tahun.! rasa nak balik cepat-cepat. Duk dalam kelas pun feeling sorang-sorang tau..i cant focus anymore.


Ya Allah.tadi balik kelas pun cakap dengan Bebbie banyak kali,
"Ini sayang sangat Bebbie,sayang sangat,sayang dia,saaaaaa....yangg!" usap diorang banyak kali,fell in love.hope they understand =)
 agak-agak diorang cakap love u too ke atau geli aku! haha

Oh ye,hamster nie hadiah hari jadi aku,bestfren aku bagi.Baik sangat kawan aku sorang nie, Mula-mula dia bagitahu terkejut jugak,aku pun fikirkan nama untuk hamster tu, nak bagi nama Abu ke,apa ke...adui,sakit kepala nak pk nama satu..pastu bila dah ambik cage dia,lagi terkejut giler,menjerit aku bila sekali pandang nampak seekor,dua kali pandang rupanya dua ekor,3 kali pandang..aa,sepasang..Adui,satu nama pun dah pening,tambah satu lagi..Yeay,hari itu aku jadi stalker hamster,bukan lagi cicak..kehkeh.


sekali pandang macam hamster,2kali pandang macam b*bi pun ada,
3kali pandang eh,hamster,hamster...! haha..


Comel,setiap tindakan hamster nie comel sangat,bijaknya Allah ciptakan pet yang comel nie..Subhanallah!!!
Ops,hamster bukan macam tikus,tikus pengotor,hamster nie pembersih sangat..bijak pulak tu macam tuan dia.hehe. Makanan dia pun bukan sampah sarap,makanan dia high class gitu! Yang penting diorang wangggggiiiiiii...Mandi pakai sabun berpasir sebab diorang tak boleh hidup lembap-lembap,boleh sakit Dan dia feel the love jugak dengan tuan dia.
Tengah mandi pun Louis kacau Lisa.. hehehewww

Louis nie aktif sangat,sekarang pun tengah bermain-main.Nak usap pun dia suka elak,main-main gitu.
Tapi Louis nie suka cium Lisa,suka kacau Lisa,He's the tough Hero..haha. Lisa tak kisah pun,mungkin dah biasa kot,tapi hari nie aku nampak Louis cuba cium Lisa kan,Pang!!! Lisa tendang,tercampak Louis...terkejut aku,terus gelak! haha.. nakal Louis.

Lisa pulak,asyik makan,asyik tidur,kalau gerak pun sikit-sikit je,perempuan nie pemalas betul..! Tapi dia memang lagi gemuk daripada Louis tau, ke dia mengandung?,im not sure la..Yang pasti,Lisa nie lagi jinak,kalau aku usap pun dia tak elak sangat..manja..suka yang manja-manja nie! hihihi... ^_^

Betul orang cakap,bila dah ada anak,semua benda mesti nak dahulukan anak dulu!
Dahla sayang nak tinggal,rindu nak mati kau! Aku kalau nak tidur pun letak cage dia dekat-dekat dengan telinga,dengar diorang main,suka hati nak tidur!! Pastu bangun dapat tengok dia main-main,suka hati nak bangun tidur!!! haha

Pastu,rasa macam setiap masa nak tengok dia,fon aku memang banyak gambar Bebbie,banyak sangat,aksi-aksi diorang semua comel,macam manusia,kadang-kadang tak sangka pun dia buat camtu.. hari nie,selain tengok Lisa sepak Louis,haha,dapat tengok Lisa bangun tidur dan menguap mulut luas,Lisa tidur terbalik pulak, sebab biasanya Lisa tidur macam nie,

Lisa kat dalam bulatan,Louis kat bawah.

takpun dia tidur macam nie,


Louis plak suka tidur bawah roller tu,comel kaki dia,Lisa makan je kerjanya..hehe




Antara tanda-tanda kebesaran Allah,masa Ini mengaji,zikir tepi diorang,diorang jadi tenang tau,Louis yang nakal tu pun boleh perlahankan pergerakan dia,pastu terbaring je..Lisa lagi la,siap tidur. Masha Allah! ^^

Doakan kesihatan hamster aku boleh?
 emm,tetiba takut pulak kehilangan Bebbie like i lost my Arnab before..sebab sayang sangat!!!!!!!!!! =)

Thank you for selongkar my blog and good day!
Senyum macam hamster,ngeeeee~

Sunday 29 September 2013

Dengarlah Bintang Hatiku..!


Assalamualaikum..
To---> My pious future husband,you owez bintang hatiku..


Hubby,i dont know where are you now but what i know is,Allah sedang menjagamu..sepertimana Allah menjagaku...mungkin sekarang awak sedang baca blog saya sambil nyanyi lagu DENGARLAH BINTANG HATIKU,mungkin entry ini boleh tambahkan kekuatan dan hubungan awak dengan Allah..kehkeh..^_^ 
Dengarlah bintang hatiku,  aku akan menjagamu.. with MUCH LOVEDalam hidup dan matiku, hanya kaulah yang ku tuju.. Sampai Syurga
Dan teringat janjiku padamu,suatu hari pasti akan ku tepati.. =) selalu disisimu saat susah&senang 
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku ill try hard dear!Walau ku tahu ragamu tak utuh.. takpe,asal awak usaha keras tambah iman awak! ^^Ku terima kekuranganmu saya tak kisah pun awak tak pakai macam pak lebai,asal dalam hati ada bunga,bunga cinta lebat untuk Allah..dan ku tak akan mengeluh asal awak tak putus asa,Allah tak suka,saya pun tak suka!Karena bagiku engkaulah nyawaku lillahitaala

Dengarlah bintang hatiku  aku akan menjagamu saya sedang berusaha jadi lebih baik untuk jaga awak nanti walaupun saya masak pun kadang-kadang terbakar! heheDalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju harap awak pun sama..!Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati 
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku tapi janji awak bimbing saya jadi perempuan comel yang solehah..ngeeee~Walau ku tahu ragamu tak utuh Jangan risau Allah ada jaga awak,jangan lupa Dia ^^Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh Dan awak jangan mengeluh jugak,awak kena kuat,saya selalu sokong!
Karena bagiku engkaulah nyawaku lillahitaala
Aku akan menjagamu semampu dan sebisakuWalau ku tahu ragamu tak utuh Tolong doa saya juga,semoga hati Ini kuat mencari keredhaanNya Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluhKarena bagiku engkaulah nyawaku lillahitaala
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku sekarang saya hanya mampu doa,
Walau ku tahu ragamu tak utuh semoga Allah sebaik-baik penghubung antara kita!Ku terima kekuranganmu saya pun tak sempurnadan ku tak akan mengeluh sebab tu kita ditakdirkan untuk saling melengkapi,kan?

Karena bagiku engkaulah nyawaku lillahitaala

Karena bagiku engkaulah nyawaku LOVE U lillahitaala


please wait until ijab&qabul between sweet us..^_^

Thank you for selongkar my blog & good day!


Friday 27 September 2013

My sweet dream


Assalamualaikum..!

My name is Ini,you are in my blog world now..tersesat ke dunia saya?
sila kembali ke pangkal jalan.kehkehkeh..

leklekluuuu..hihi..

U know guys,semalam aku tidur dengan lenanya..Aku mimpi seseorang.
Seorang lelaki hensem,rambut pelik berkulit putih,lagi tinggi dari aku.
kami pergi makan,dia gelak-gelak je,aku buat apa ntah,pastu dia letak tangan  usap my hair on my head macam ayah usap kepala anak then lelaki tu senyum kat aku. Yang pasti he takes a good care on me and tak ambik kesempatan langsung sepanjang dalam mimpi. He looks at me like he love me so much!! 
whos that guy actually?
Setan kah? Tapi mimpi tu mimpi baik. =)

Pernah dulu mimpi lelaki hensem duk tepi katil,aku nak bangun solat,dia suruh aku tidur balik, "tidur lah,tidur lahhhh"...aiii..rasa nak terajang je! sah-sah Setan. Kau Setan,kau buat muka cute macam mana pun,nampak bodoh jugak..haha

emmm,aku nak balik ke zaman sekolah boleh?

Waktu matrik dulu masa belajar aku guna buku log panjang dan tebal..seingat aku,aku bagi namanya Buku Si Biru dan Buku Si Hijau,kalau tak silap la...buku kedua tu adalah sambungan bila buku pertama dah habis guna.Semua subjek,ilmu yang aku belajar,semua ada dalam tu..kira dah jadi macam kitab purba,kitab ahli sihir gitu!
Sebab senang,pergi kelas bawa satu buku,tak ada la hilang kalau satu je,tapi kalau hilang yang satu nie,habis la ilmu tercintaku semuanya.bahagian otak mana yang aku nak cari nie?haha
Alhamdulillah,aku jaga dengan baik.
Tapi sayang,bila nak study,dah pening sorang-sorang..mana kimia,mana fizik,mana math???? tak teratur.

Masuk university,taknak buat macam tu dah.
Beli buku kajang,kertas A4 la,besar la..
stapler bagai,kena susun dalam file asing-asing,lama-lama ada nota yang terbang ke sana ke mari,ada yang jadi jet pejuang..ada yang masuk tong sampah..aiiii,serabut aku!
Pastu bawa mana-mana,terjatuh,bercerai berai segala nota,masuk file sana,masuk file sini.terkoyak,terronyok,terhenyok..apa tu?
Nak study pun menyampah kau!

So,i come up with  a new solution,
apa kata kita kembali ke zaman sekolah,ada buku yang tersusun,ada buku kecil dan ringan sangat.

Beli satu set,kalau dah habis,buku baru tampal kat belakang,kehkeh..



Tulis nama bersungguh-sungguh,


 Dah siap..hooray!


Thank you for selongkar my blog and good day..!

Thursday 26 September 2013

Aku jadi Juri boleh? ^^


Assalamualaikum.hey busuk..yang tak mandi lagi tu terasa la tu..haha


i adore this girl so much..
Cher Lloyd,the rapper,the singer,the singa..haha..


gambar nie dia posing cantik sangat,ada aura tersebar dalam blog ini.
kalau tengok dalam gambar,tak gerak, tak ada la cantik sangat,macam biasa-biasa je,macam aku..haha.gilo!

haha,serius,aku takkan minat dia kalau tengok gambar je.tapi suka sangat dia sebab perwatakan dia,
dia nie daripada rancangan reality TV, X-factor. First audition aku tengok memang dia dah cukup-cukup berbakat dah. Aku suka dia sebab dia nie ada identiti sendiri,tak ikut penyanyi lain tau..dia nyanyi dan menari ikut style dia,ambik gambar pun ikut style dia,boleh katakan semua perkara yang dia buat tu yes,itu Cher Lloyd. Cara aku cakap dah macam juri bagi komen kat cher lloyd..kahkahkah..

Aku tak suka rapper sebenarnya,tak best la lagu bila campur rap nie,"kau dah kenapa,nyanyi je la,tak payah nak rap-rap sangat la" punya tak suka.itu kat telinga aku laa,jangan marah geng,aku tahu kau suka rap,tapi citarasa manusia berbeza,hormat sikit pendapat aku dalam blog aku.hahaha

Tapi semua berbeza sejak jumpa this girl. The way she rap in her song,I can say "WAU". Tarian dia,cara dia rap tu kan,unik sangat,otak,mulut dan suara dia tu special kot,she raps smoothly dan SEDAP sangat..

Walaupun waktu dia tak rap,semua lagu yang dia nyanyi sangat sedap dan persembahan dia tu memukau giler..percaya tak? antaranya lagu Stay waktu persembahan XFactor.

Sebenarnya kalau tak buat persembahan,kat luar la,dia nie sempoi-sempoi je penampilan.rambut pun entah apa-apa.tapi perwatakan dia tu nampak dia gojes giler walaupun buat rambut macam pontianak,orang baru lepas bersalin,atau rambut kusut masai. waa.kau nie lawa la...

 


Ma,ini ingat ini nak cukur rambut sebelah,supaya jadi macam nie,



tetiba muka mak aku berubah..menakutkan..ala,aku baru zahirkan niat.
ok,ok..ini buat rambut camnie je..=='

hmmmm...

Cher Lloyd Polka Dot Blouse Bl
kenapa mak tak suka,kan nampak stylo,nampak manis je.part mana tu?haha

Beautiful People by Cher Lloyd..like the song so much.

Thank you for selongkar my blog.






Wednesday 25 September 2013

I love to cook.

Assalamualaikum..kehkeh..

hai,kite baru lepas makan masakan sendiri,so kita pun terkeluar idea kat otak nak curahkan.

Tadi aku try guna periuk baru beli,entah macam mana lepas letak minyak,tetiba terbakar periuk tu,api naik tinggi macam orang terer masak.bangga kejap. Sebab aku nie jenis cool,tak panik,aku tutup dapur,aku tengok api membara sambil fikir,nak biarkan dia,atau nak ambik air.

 kalau tak ambik air,nanti dapur terbakar,so,aku jalan berlenggang lenggok,aku ambik bekas,tadah air,tuang air atas api,tetiba,api makin tinggi..terfikir sejenak,tadi aku rasa aku ambik air,bukan minyak.Oh,kalau terbakar,orang tuang pasir la,baru betul-betul padam..Sambil-sambil fikir dengan coolnya,api tu makin perlahan dan mati.

ok,settle,ambik kuali then masak gulai ikan versi aku. Bila dah settle,baru terfikir,mungkin orang normal patut panik,tapi aku macam orang tak berapa nak normal hari ini.

ops,aku bukan nak ajar memasak.sebab aku masak pun antara lulus gagal.. gito! adui,mulut nie asyik nak keluar bahasa indon je,sebab lecturer indon beberapa orang ajar kelas aku.suka la!

lari tajuk pulak.aku tahu masak.tapi aku sedar tahu dengan pandai adalah perkara dan maksud yang berbeza.sila hayati.haha. konklusinya perempuan nie tak pandai masak. Amboi,terus ramai lelaki reject aku. tapi cinta tak mengenal usia,rupa atau masakan.telan abu pun sanggup.tolong la!

Walaupun tinggal dengan kawan-kawan,aku ambik inisiatif untuk beli barang basah asing,tak kongsi.Supaya hari-hari aku boleh berlatih masak,dan makan air tangan sendiri.

kalau kongsi,kawan-kawan jadi tukang masak,aku tukang rasa.best tu..haha.
kalau aku masak,kemungkinan untuk kawan-kawan tahan perasaan masa telan masakan aku itu besar.mungkin boleh menyebabkan masalah mental disitu. haha.

aku tak berani ambik risiko itu.
nampak kat situ blogger nie sayang kat kawan. =)

kalau aku masak,tak sedap aku telan je,tapi perlukan tahap kepura-puraan yang sangat tinggi. Ada tu pening kepala makan,sebab manis sangat,telan jugak,dengan harapan esok aku tak lalui benda yang sama.kehkeh.

Kadang-kadang rupa indah,rasa boleh mabuk.Kadang-kadang rupa hancur,rasa awesome. Kadang-kadang dua-dua hancur,tapi kenyang.
Kadang-kadang sedap,kadang-kadang tak sedap,itu lumrah.
yang penting muka redha.cool je.

Aku bercita-cita,


masak banyak,cantik dan sedap macam nie..

Dan memasak masakan yang sihat untuk keluarga saya.
saya boleh pilih dan tentukan betapa berkhasiatnya makanan yang akan dimasak.

Supaya keluarga saya tak suka col pizza,beratur kat kfc hari-hari atau makan air tangan mamak..oh no!

Oh ye,masak sendiri lain rupanya berbanding ada mak kat rumah. "ma,garam letak banyak mana,satu sudu?satu mangkuk?" Tetiba mak datang,ambik garam campak je..aku pun "ok" sambil kacau.
tanya benda lain,ma campak jugak,campak-campak,aku tanya ma jawab dengan campakan je takpun "agak-agak je,jangan banyak sangat,jangan sikit sangat" dalam otak,yela tapi berapa cm,mm,MegaPascal..? =_='
Jadi nampak tak,aku tukang masak ke aku tukang kacau je nie.

Ma,kenapa bahan kita masak sama,tapi rasa berbeza. ='(
Mom, i need u always!

Orang cakap kalau nak pandai masak,kena masak hari-hari. practise makes perfect.
Kalau aku tak pandai jugak dalam 2tahun nie,aku cari jugak orang tu! =(

hehe

aku ada masalah sikit dalam rasa merasa nie.
Waktu aku masak,aku rasa apa yang kurang,tak boleh nak detectla,kurang gula ke,kurang garam ke,kurang pandai? haha

Tapi Ini selalu ingat,my mom pesan selalu la selawat masa masak. Betul la,kalau aku selawat,makanan tu jadi elok,boleh makan. Kalau aku lupa,makanan tu jadi dasyat.seriously,jadi ingin aku tegaskan di sini perencah terbaik ialah selawat .

Dan pesanan kedua adalah jaga kebersihan waktu memasak. Lepas memasak,jangan lupa lap minyak atau sisa kat dapur. Kalau ma aku, selalunya memasak mesti pakai tudung dan apron.

Hari tu keluar dengan kakak,aku terjumpa apron warna ungu berbunga RM 2,comel sangat. Ma,nie ini beli hadiah apron untuk ma.
Padahal aku pau duit kakak dua ringgit.hihi.nakal adik.

Takpe,asal ada niat bagi hadiah.yang penting niat tu.Ma aku gelak je.
yang penting ma dapat hadiah.hahaha
Kakak pun ada niat tersembunyi rupanya,nak ganti apron ma yang dia buat terbakar sebelum nie..
jadi apa status apron tu,kakak,kau tumpang ganti rugi atas hadiah yang aku niatkan guna duit kau??
apakah?  =='



Thank you for selongkar my blog & good day!



Saturday 21 September 2013

Cara halau cicak!



ASSALAMUALAIKUM,

Senyum… =)

Tidak,taknak pura-pura lagi!

bagi peluang aku membebel jap,

benci betul aku kat seekor cicak,jumpa seekor dah frust,tu belum jumpa segerombolan!
tetiba dalam hati berkata,ya Allah,susahnya nak hidup sendiri nie,sebab kena fikir pasal cicak tau!
 cicak pun aku kena uruskan..tertekan hidup aku sebab cicak seekor,tu baru seekor....kau memang ganggu hidup aku la,tambah masalah hidup aku...ahhh!

menyeksa jiwa,cicak,kau memang ada masalah personal dengan aku!
sejak-sejak kau jadi roommate aku,tayang badan kau yang buncit tu kat siling,terpaksa rela pulak aku kena buat kajian pasal kehidupan kau!
 sampai kena google stalk kehidupan kau,apa kau suka,apa kau tak suka! tetiba aku jadi stalker cicak..=_="

saja nak famouskan diri kan!
apakah semua ini!

oh my god..!
Gerammm!!!! Fuh,tarik nafas sebentar…dan senyum..=)

Sebelum tu,dalam aku stalker cicak,rupanya cicak ada kena mengena dengan lipas juga,dia suka serangga,so,aku jumpa cara betul nak bunuh lipas..

Daripada duk over-over jerit,ambik penyapu pukul-pukul macam orang gila meroyan,tapi tak kena pun..
Baik sediakan air sabun spray atas badan lipas,sebab lipas bernafas melalui kulitnya,buat style cool macam MR Muscle,so,bertenang dan tengoklah azab kematiannya.haha.jahat pulak rasanya.

Mr Ci (cicak) nie suka makan serangga,yup,bilik aku ada la masuk serangga kecik-kecik tu kat siling sebab abang kipas tak datang lagi,kipas tak ada, lagipun tingkap bilik memang terpaksa buka sebab,panassss!!! tambah lagi dekat dengan pokok.

Rupanya Mr Ci elergi mineral pada kulit telur! itu point yang aku cari di abad ini.!oh yeah!

harapan menggunung untuk menghalau si roomate buncit..haha

Misi saintis bermula,bilik sebagai makmal. cicak sebagai bahan ujikaji.caranya?

first of all,satu hari berkabung makan telur dadar,lupakan ikan atau ayam atau kambing..aku makan kenyang-kenyang sementara bagi cicak enjoy hari-hari terakhir kehidupannya di siling rumah aku sambil aku...hehehehe(sengih jahat)

pecahkan telur,ketepikan kulitnya,opssss!! jangan dibuang kulitnya,basuh dan keringkan.
,isinya diambil dan kau punya pasal la nak makan ke,mandi ke,cium ke...huhu

Yang penting kulitnya,aku guna kulit telur ayam,sebab tak jumpa kulit telur burung unta.haha.

Bila dah kering,pecahkan keping-keping kecil ikut kreativiti aku macam gambar kat bawah.

Lepas tu,aku potong kertas A4 panjang-panjang,terserah la nak guna kertas apa pun,atau nak potong macam mana pun,ikut kreativiti. Kertas A4 & potong panjang-panjang tu dah cukup kreatif dah bagi aku.hehe

Seterusnya aku lekatkan double tape pada kertas panjang tu,dan lekatkan kepingan kulit telur pada double tape yang tertampal pada kertas.senang,simple.
nak guna gam gajah pun boleyyyy!

macam nie,

Aku buat banyak.
Yang panjang pun aku potong-potong.letak kat tempat biasa cicak lepak.
Macam roomate aku tu suka duk celah lampu,aku letak kawasan lampu lebih sikit,pastu letak kat penjuru-penjuru siling,penjuru dinding bahagian bawah,letak kat pintu,bawah katil ..

Petang semalam aku tampal,sengaja start tampal kat tepi cicak dulu..haha,
cicak lari tau.tak tahu la faktor kulit telur ke faktor aku hentak siling kuat..kahkahkah.
For sure,Mr Ci dah tak lalu berdekatan kulit telur tu.nampak experiment aku ada kesan kecil.

Maghribnya aku sembur racun serangga,tutup pintu.aku buat pembunuhan serangga besar-besaran waktu tu,perasan bersalah itu mungkin ada.
tapi macam yang semua tahu,tak tahan lama pun,tak lama kemudian,serangga berkumpul balik. ='(

kau tahu cicak duk mana? aku ingat cicak dah pergi dari kehidupan aku,hampeh,menyorok kat dalam lampu rupanya.kau ingat aku tak nampak kau,aku stalker kau la cicak.! mesti la aku nampak!
Aku ingat kulit telur tu tak berkesan...mungkin sebab aku tampal tak banyak sangat.Mungkin kena potong besar-besar kertas lukisan lekat kulit telur kot...What I though before actually.

Tapi hari nie,Alhamdulillah..bayang-bayang Mr Ci aku dah tak nampak tau,suka sangat,no more perut buncit itu.no more! 
Misi experiment keberkesanan kulit telur tercapai. =) 

Nie kalau ada laki nie,mesti laki cakap "bijaknya isteri comel abang!" haha..
(cara puji diri sendiri alaf baru)
haha,gurau je. :p PEACE.
yang penting no more cicak,salah satu tanda kebesaran Allah menciptakan setiap makhluknya mempunyai kelemahan tersendiri.. ^^

Mungkin baru perasaan dirinya dihalau.atau semalam sibuk packing barang bawah lampu.haha.
Its only the matter of time and a spoon of patience! kehkehkeh

cicak,we're never be friend.

Thank you for selongkar my blog and good day.

Alhamdulillah,INI_EMPIRE CLOTHING kini dibuka..jemput visit & like..=)


Friday 20 September 2013

Syukuri nikmat "AKU"

Assalamualaikum,

Jom baca,tengok kau tahan ke tak dengar aku membebel tapi blog tak bunyi...haha.kalau tak dapat apa-apa lepas kau baca nie,baik kau baca buku sejarah lagi baik laaa...huhuhu.

Dulu kalau aku sakit,aku tak peduli sangat,tak ambik berat langsung..tak suka klinik,tak suka ubat dan yang berkaitan dengannya.masa kecik kalau pergi hospital mesti nak kena dekat-dekat dengan parent,sebab takut bertembung dengan mayat.kau ingat hospital tu kubur???haha

tapi ma aku pernah cakap kat aku, "Diri sendiri kena jaga,kesihatan kena jaga,dulu ma sakit pun ma makan ubat,tak ada siapa suruh,paksa. Sebab kalau ma tak buat,tak sihat,siapa nak jaga anak-anak.nak jaga keluarga.that's why kat mana pun kita,kita kena jaga diri dulu,walaupun tak ada anak lagi,suami lagi,tapi Ini ada tanggungjawab lain,Ini kena belajar."

Then,aku pun terfikir sambil melihat bintang,fuyoooo! tak ada bintang pun.
Betul jugak ma aku cakap,kalau aku sakit,macam mana nak jaga suami nanti? nak jaga anak nanti? nak senyum macam saya setiap hari di depan pintu rumah tunggu suami balik kerja nanti? adui,tak boleh jadi seyyyyhhhhhh...sekarang kena prepare dah supaya sihat luaran dan dalaman..!
itu aje yang difikirkan,perkataan "belajar"  hilang dibawa bayu darat" kehkehkeh!

Contohnya makan,kalau makan biarlah makanan berkhasiat,kita nak belajar,otak kena bagus,kuat,kena jaga betul-betul..Tapi makan makanan segera hari-hari,semata-mata nak jimat duit,otak pun berkarat,belajar pun susah nak masuk,nak ingat.Pastu mula tanya "kenapa otak aku bengap sangat?!"
duit boleh dicari,otak? ingat boleh mintak dengan zombie?long term effect guys,otak nak guna sepanjang hayat..belajar tak pernah habis,sampai liang lahad.

KESIHATAN ITU SATU NIKMAT,OTAK ITU SATU NIKMAT,BADAN ITU SATU NIKMAT.

Berusaha menjaganya itu cara kita bersyukur sayang..tak gitu? jagalah kerana Allah.

Kawan-kawan,saya menyeru marilah kita bersama-sama berusaha menjaga kesihatan diri sendiri walaupun pakwe kita tak suruh. hehe.Bila dah berusaha,sakit,sihat,hidup,mati semua terserah pada Allah! =)

Oleh kerana sampai sekarang tak berapa nak suka makan ubat jugak,makan bila sakit dah nak mati,rasa-rasa perasaan nak diambang maut baru makan atau bila ma membebel tak berhenti-henti ibarat cendawan tumbuh selepas hujan,pandai kau! haha.. Jadi aku ambik inisiatif,jalan terbaik iaitu mencegah lebih baik daripada mengubati..comel gitu karangan.

Aku percaya ramai yang tahu,bunyi handphone tu tak elok untuk kesihatan kan?
berisiko untuk dapat cancer otak,sangat bahaya la..handphone nie hasilkan radiation yang boleh bagi kesan tak bagus pada manusia.nak tahu lagi,sila tanya Miss Google ok! My lecturer said that Google is a girl because she knows everything...=)

lagi-lagi kalau tidur dengan fon dan guna fon sebagai alarm.
Aku percaya ramai yang tahu,tapi ramai yang tak sedar,bukan pengsan,tapi tak ada kesedaran.huhu.
teruk betul la korang nie!! tapi,
Aku pun dah lama tahu,tapi tak berapa nak kisah jugak,haha..tak sangka aku pun teruk jugak!

So,aku pun beli la jam loceng nie...nasihatnya,jangan la beli yang murah sangat,RM5,6 tu..tak jamin tahan lama. Sebab cubaan beli yang murah tu pernah dilakukan oleh perempuan nie--->aku! haha
tapi sayang,kat kaunter pun dah rosak.cepat-cepat pergi tukar,bila dah jumpa,siap bagi amaran lagi
"aku pilih kau,kau jangan berani nak rosak pulak" sambil buat muka garang.haha.. Jadi ada baiknya cari yang lebih dari RM10 ok! tapi jangan lupa test dulu.

nie dia,si merah..dia boleh tukar bunyi muzik..


Tapi sayang bunyi dia kuat giler.satu rumah boleh dengar,jiran tetangga,bawah tangga,atas tangga,mungkin boleh terbangun.
cancer otak tak dapat,telinga pekak pulak yang dapat...yang mana harus ku pilih...='(
semoga Allah jauhkan.InsyaAllah!

Oh ye,saja buat sedikit selingan...sebelum nie dah tengok aku cat bilik kan.kali nie aku letak bintang bulan,glowing gitu,bila tutup lampu.Bila malam je rasa macam duk kat angkasa lepas.fuhhh!


aku tak boleh hidup dalam gelap,paling tak pun kena ada bulan..kalau tak,tak boleh tidur,itu ok lagi..aku tak boleh bernafas,pelik rasanya,kalau gelap je,oksigen macam tak ada.
terkapai-kapai seorang diri,macam duk dalam air.Pernah seyyyhhh aku duk dalam gelap macam tu sorang-sorang,nak jerit tak boleh,nasib baik tangan ada tercapai satu lilin dan mancis.kalau tak,mati katak disitu.

Benda nie sangat membantu la,lekat banyak-banyak,pastu tutup lampu.sebelum nie,tutup lampu jugak sebab cahaya bulan masuk ikut tingkap yang lutsinar..Kalau tak,aku rela tidur dalam keadaan yang cerah.
ok,dah puas membebel..hekhekhekkk...

Thank you for selongkar my blog and good day!
 ^^




Wednesday 18 September 2013

Cat Bilik

Assalamualaikum,

Apa perasaan anak-anak anda kalau diberi pensil warna?
“mama,taknak benda nie,nak ipad,kalau tak mama tidur luar malam nie!…:’( ”
Haha.

Apa perasaan aku bila diberi cat rumah?

“Hooray!”

For the first time I got to paint my own room based on my taste,walaupun kat rumah sewa! Bak kata pepatah hujan rintik-rintik di luar rumah, hujan cat di bilik sendiri…kehkehkeh..ini bukan pepatah,pelepah! hihi

Interior designer tak ada sijil,jadi tukang cat pun tak lepas nie,nak jadi interior designer pulak!
yang pasti ini bukan tadika ok..

lepas cat kering,terus ambik gambar.barang tak masuk lagi sebenarnya,meja dan katil je ada bawa masuk masa nie,,jom selongkar.. :p


wayar terjuntai tu wayar kipas,waktu mula-mula masuk rumah,abang kipas tak datang lagi... 
abang kipas,abang kipas.!!!
nie cara aku pukau diri sendiri supaya dapat tidur,berpinar-pinar mata tengok ombak nie,tu yang bangun pagi terpukau jugak,sambung tidur lagi..haha

dan 

korang tahu??..tak tahu?

aku tak jadi cat satu dinding nie sebab

ada seekor rama-rama terbang masuk bilik,aku lempang sekali,terus penyet..melekat kat dinding tu!
ala,ingatkan nyamuk..hehe

bangkai rama-rama tu tak busuk pun sebab aku cover dengan bau ketiak aku yang wangi..
kehkehkeh


dasyat betul,takpe la jadi artifak bersejarah di situ..



nie gambar dia,


jengjengjeng.....





Boooo..kena tipu semua!
terima kasih nyamuk&rama-rama kerana berjaya bersubahat dalam misi penipuan ini...hehe

korang,buat la rasa diri tertipu...! =_='

Kalau tak cat,rumah nie macam rumah berhantu u know! Hantu pun tak berani nak duduk..haha
Cat nie potong duit sewa sikit,bagus tuan rumah aku.

Thank you for selongkar my blog & good day!

^_^




Tuesday 17 September 2013

We are The Chosen One..Alhamdulillah

Assalamualaikum.. (muka senyum)

Seronokkan pergi jalan2,merantau,atau pergi dekat pun jadi lah,paling tak,dapat tengok perbezaan keadaan,manusia,tempat..and everything.Bila Allah yang izin kita sampai ke sesuatu tempat atau mengalami sesuatu keadaan,sama ada baik atau buruk atau menyampah nak mampus! kenapa kita?? Kenapa bukan orang lain?? pasti ada sesuatu yang Allah nak kita pelajari dan Allah nak beri.

 contohnya kereta aku rosak,tangan aku sakit,duit aku melimpah ruah, aku hensem tapi giler,bapak aku kejar dengan parang sekeliling kampung tetiba jatuh dalam parit,nasib baik bapak yang jatuh,bukan aku,haha..kenapa aku????!!!! Maksudnya kita yang TERPILIH,Allah pilih kita menghadapinya dengan kemampuan kita yang hanya Allah saja paling kenal kita. 

YOU ARE THE CHOSEN ONE.

Seolah-olah Allah nak bagi kita suatu hadiah,kadang-kadang Allah bagi hadiah dengan pembalutnya buruk giler,sampai rasa kecewa sangat2! Kalau kita tak sabar,marah,mungkin kita ambik hadiah tu campak macam tu je,tak pun pukul2 sampai lunyai! 

Tapi kalau kita redha,ikhlas,fikir takkan la Allah yang mencintai aku nak kecewakan aku,pastu buka pembalut elok2,insyaAllah pasti ada ketulan Emas yang diidam2kan,atau mutiara yang sangat cantik atau kereta control buat budak lelaki,patung Barbie buat girl atau jus tembikai laici berais buat yang dahaga. Hehe

Subhanallah,kadang-kadang Allah bagi kita musibah,rupanya disebalik musibah itu ada kebaikan yang terbaik,atau pelajaran yang terbaik untuk kita supaya kita dapat hadapi masa depan dengan baik atau Allah nak bagi kita pahala berganda2, atau Allah nak hadiahkan syurga kalau kita sabar,ikhlas,redha,bersangka baik dengan Allah dan teruskan usaha. Tapi kalau kita marah,kecewa  dan tak bersyukur,ruginya,seolah-olah kita campak hadiah yang dbaluti dengan pembalut buruk tu,rupanya kat dalam ada emas!

Apabila fikirkan waktu ini diri aku sedang lalui kesusahan yang amat berat,ingat lah janji Allah,dua kali Allah tegaskan dalam surat cintaNya “Disetiap kesusahan itu pasti ada kemudahan,setiap kesusahan itu pasti ada kemudahan..!!!” Fikirkan lagi,sepanjang kita hidup sebelum ini,mesti kita pernah lalui kesusahan,dugaan kan? Tapi,kita tetap dapat laluinya kan? Ia tetap berlalu kan?

Fikirkan kemudahan disebalik kesusahan yang telah kita lalui,fikirkan perkara positif yang ada dalam kesusahan itu..banyak sangat kan? Pasti kita dapat rasa pertolongan Allah waktu itu kan?terutama saat kita yakin denganNya.

 Jadi,dugaan dan kesusahan kali ini takkan la Allah abaikan kita,takkan la Allah tak tolong kita,takkan la berkurang keyakinan kita pada Allah sedangkan dugaan yang lepas sedar atau tak,Allah selalu bersama kita laluinya…tak gitu.. ? ^_^

Wahai orang-orang yang sedang melalui dugaan,semoga entry kali ini menjadikan kita lebih ikhlas dan sabar melalui dugaan..=)

Thank you for selongkar my blog and good day!


Monday 16 September 2013

Wiwi punya pasal

Assalamualaikum! 

Hari nie,abang TM datang sambung wifi..giler kau,terus buka blog,punya rindu kat blog! Blog nie dah jadi darah daging tulang rusuk aku..Tapi sejujurnya,my life became soooooo different since i have this blog,much different,macam kite ada seekor kucing kesayangan...yang perlu dijaga dengan penuh kasih sayang! haha..

Kalau aku cakap kat korang,"i love u like i love my blog!" jagalah kau memang aku sayang giler kat kau! haha

Masa cuti hari tu,biasa la,kat rumah..semua pasal adik Wiwi.bangun pagi,cari dia,tengah hari,tunggu dia balik sekolah cepat-cepat..sebab? nak usik dia! geram.tak ada keje punya pasal..

tapi still adik aku nie,marah-marah dia pun sayang aku jugak! ~perasankah.hehe
Aku kenakan dia kaw-kaw pun, perca-perca kertas dia main,dia tulis

 "Ini comel,adik sayang ini" =)

lupa nak ambik gambar hari tu,nanti aku tunjuk,one day,InsyaAllah..comel tulisan, budak tadika baru pandai menulis katakan..

Hari tu bufday aku,sekarang nak sambut bufday dia pulak..ish3! 
Nie la antara penolong-penolong nak buat decoration..actually,ma aku nak buat majlis kesyukuran,buat makan-makan dengan family dan jiran tetangga,so,buat sikit-sikit je la deco nya.

Tengok internet semua,adik nak tema warna pink semua. aku ingat nak suruh dia pakai baju warna hijau muda,that's why,buat la hiasan warna hijau jugak..
sekali,jumpa baju pink yang gojes..lupa dia ada baju tu..

Budak tadika tolong gunting je,kalau bagi gam,dengan tikar-tikar sekali dia gamkan..tak boleh jadi!
Manja pulak tolong main,adui..comelkan Manja?suka bersandar kat tepi..
Dah siap,suka dinousor tu..keh3!

kek besar tu pun tak cukup tau..ramai sangat datang..


terasa muda disitu, 6 years old..hehe


sila makan-makan dan makan!



adik aku nie comel,cuma gigi je rongak..hahahakkkk!!


Nie jadinya kalau budak menguasai rumah,aku ambik gambar dia,dia ambik gambar aku pulak budak kecik nie..haha

Walaupun ma aku dah pesan tak payah bawa hadiah sebab majlis kesyukuran,ramai pulak yang bawa,rezeki Wiwi nie,tapi kedekut seyyyhhhh,aku mintak pensil sebatang taknak bagi,dia cakap "Ini tipu,kat sekolah Ini guna pen,mana ada guna pensil" tension aku coz i try hard to convince her " Ini guna pensil tau tak,guna,guna,guna!!!!" tapi tak dapat..hahaha

Dia ada tulis atas kertas aku kedekut " Ini kededekut" haha



Hepi bufday Wiwi yang ke-6, 5sept2007..
semoga kamu menjadi wanita solehah bila dah besar..walaupun masa kecik gaya macam nak jadi artis..haha
Tolong Aminkan sekali ye..^^
 Petangnya,kucing jadi mangsa~

sebenarnya aku ambik gambar banyak tapi gambar tetamu tak letak banyak,sebab banyak yang terbuka aurat,kaki,lengan segala,malas nak edit,jadi tengok muka Wiwi n the geng,aku n kucing je la..haha.

Thank you for selongkar my blog and good day!  =)