click this cute!

Tuesday 28 January 2014

The mysterious Kopiah man.

Assalamualaikum.

Korang tau tak kartun atau patung atau orang kerdil yang ada putaran merah kat pipi dia. Pipi dia timbul.Mata dan muka dia memang menakutkan.Mata hitam kalau tak silap. Dia biasanya ada dalam game. Atau dia cakap GAME OVER. Aku takut benda tu.

Masa kecik pernah tengok.Tertekan tengok sampai termimpi-mimpi.Itu lah mimpi yang paling dasyat.Mungkin lebih dasyat dari mimpi hantu atau kena kejar buaya. grrrrrkkkkk...!!! I really dont want to feel it again. Hope that the picture will destroy or burn forever and ever and ever!!.

Sampai sakit kepala tau. Aku takkan tenung lama-lama muka dia. Benci sangat.Takut! Benci ke takut?? dua-dua!! Aku ternampak gambar dia dalam ig 9gag semalam. Hari nie bukak tertengok lagi.Takmau aku. Tu duk cite kat sini.Sebelum nie ada tengok dalam Facebook buat kali pertama lepas beberapa tahun tak tengok.Sape ntah share,pastu aku takut nak buka fb hari tuuu..tension betul.

Sape-sape yang tak tahu,aku tak berani nak letak gambar dia dalam blog nie.sori.
Sape-sape yang tahu jangan berani nak tunjuk kat aku konon nak mintak kesahihan rupa benda tu. =P
Effectnya sangat besar. Kesian kite. Takut kite meroyan sorang-sorang. T_T

jadi semalam takut la nak tidur sebab dah tertengok benda tu sebelum tidur. Takutnya kalau termimpi. Memang tak dapat la nak teruskan kehidupan ini dengan aman!!
='(

Tapi rupanya mimpi sesuatu yang misteri.Tak menakutkan tapi tak juga menggembirakan. Mimpi tanda tanya. Bukan mimpi nie "???" bukan..!

Mimpi aku hampir kahwin..

haha.  Korang patut tumpu pada perkataan "HAMPIR" bukan "KAHWIN"

Aku rasa mimpi yang agak unik.Mainan tidur jeerrr..
Tapi nak cite sebab rasa nakal pulak.!!

Siyes macam real je,sampai dalam mimpi tu aku cakap "rupanya macam nie rasanya jadi orang yang akan kawin,the most important person on that day"

Lelaki tu Family aku yang aturkan tau.. Sebagai anak yang taat aku redha je la kan..hihi.(Dalam mimpi pun kau pura-pura jadi anak yang baik..hahakss)

Dan aku tak tahu pun sape lelaki tu atau nama apa..aku tak tahu dan tak kenal.
 (Konon macam bercinta lepas nikah la baru kenal,kawin je dulu..haha)

Ramai tengah duduk dalam rumah nie..Aku pun duduk bahagia jee..
Aku tak ingat sape yang ada,yang aku ingat ada beberapa orang manusia duduk depan aku,dan lelaki lebih ramai daripada perempuan. Semua yang aku nampak dalam 6,7 orang gitu.

Kat depan aku salah seorangnya pengantin lelaki. Siapa? Sayangnya aku hanya nampak bentuk badan yang sasa dan nampak kopiahnya sahaja walaupun dia berhadapan dengan aku.hihi. Pelik kan? Tak nampak muka atau butang baju atau apa-apa la.. Pakai kopiah seyyyhhh..solehkah kamu? =)

Waktu tu aku tak cuba tengok betul-betul pun sebab dalam hati,lepas kawin baru nak kenal..

Pastu kitorang bertunang,ada orang sarungkan cincin kat jari aku.fuyooo!!

dalam mimpi aku tu terfikir,eh,nak update status kat fb la "Dah jadi tunang orang" hahahaha..klakar!!

tapi tak sempat,tetiba nak akad nikah terus lepas bertunang. Adui,tak sempat ambik fon,internet,wifi ke apa..T_T

Takpe laa..
Bila nak akad nikah tu kan..Hati aku ada keraguan..eh,betul ke nak kawin nie,betul ke nak kawin dengan dia nie,betul ke,hati rasa macam tak sedia,taknak kawin lagi..tertanya-tanya, dengan dia ke? siapa dia? dia ke?

Tengah-tengah nak akad nikah tu akhirnya aku cakap something like Taknak kawin lagi la..taknak kawin sekarang..belum sedia..tangguh dulu..bertunang dulu..Akhirnya semua berhenti,semua jadi macam tak tersusun.Biasa la mimpi. Aku macam contact kawan-kawan cakap aku tak jadi kawin,tunang je hari nie,tunda-tunda!!! hari lain.Nanti aku bagitau...hahaha.. (ada pulak macam tu,main tunda-tunda)

dan aku tengok kad kahwin aku ada nama aku dengan si dia..
Nama belakang dia  ...EEEEEAAAAA....apa ntah,dotdot tu tak ingat huruf apa,tapi banyak E dan A.. nama depan dia dirahsiakan takut jadi fitnah pulak...hahahaha.. Tapi aku tak kenal pun sape orangnya,cuma nama depan dia nama common la,biasa-biasa,tapi tengok nama belakang memang dah mengarut sangat dah tuuu..hehe.

Pastu aku nampak beberapa orang manusia berkopiah depan aku.
Kalau tadi taknak tahu,,sekarang hati membuak-buak nak tahu sape lelaki yang hampir kahwin dengan aku tadi??

Lepas tengok dua orang muka yang tak dikenali,hati asyik sebut "takkan dia nie,takkan dia tu...nak kawin ke tak,kawin ke tak..tetiba tengok kat jari,cincin tunang dah tak ada,tetiba hilang macam halimunan...ishishish.. Pastu terbangun dari tidur!! huhu..

ok.im not ready to marry yet.(lesson from this dream)

Mainan tidur.macam-macam lerrrr...daripada mimpi patung tu,baik mimpi macam nie.hihi

Thank you for selongkar my blog and good day. ^^


No comments:

Post a Comment