click this cute!

Saturday 23 November 2013

Indahnya Single!

Assalamualaikum.. =)

Nak buat tajuk single vs married, tapi aku sedar diri,belum layak untuk buat perbandingan.hehe

So,lets talk about being single la, bacalah dengan penuh kesabarannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn......
Dulu,selalu fikir nak kahwin awal,waktu kepala tak sematang sekarang. galok ye.
ish3,tak baik cakap macam tu,kahwin tu kan halal,bagus la,perkara baik.
Kalau galok tu sesuai untuk orang tak kahwin tapi ber aweksss seribu.haha.

Bila dah dewasa sikit nie,*masih muda* tetiba aku menyedari sesuatu..indahnya single..^_^
Entah sampai bila aku dapat nikmati keindahan ini,mungkin lagi 2 tahun? lagi 3 tahun? 4 tahun?
Sebab yang pasti,insyaAllah,berpuluh-puluh tahun akan datang hidup ini akan ditemani oleh pemilik tulang rusuk ini,moga sampai syurga!! ^_^

Bila aku cakap dengan Pa (ayah aku) nak kawin,"Sabar dulu,tunggu habis belajar dulu"
Pa,it nice. =)

Pernah tak dengar orang cakap,bila kita ada anak,main lah puas-puas waktu dia kecil,sebab masa tu dia betul-betul jadi anak kita,bila dah besar dia akan  cari kawan-kawan,lepas tu dah jarang balik rumah,tinggal jauh,belajar jauh,,lepas tu kahwin,jadi hak orang atau ada keluarga sendiri.
Makin lama makin kurang masa yang anak boleh habiskan dengan mak ayah.

Sedih kan bila jadi mak ayah? T_T
Diorang layan anak lebih dari pakwe makwe,kita diorang punya,tapi kita yang banyak cari orang lain untuk berkasih sayang. uhukkkuhukksss..sedihnya,taknak anak kite jadi macam tu. T_T
Nampak tak mak ayah banyak ketepikan perasaan berkorban untuk kita..
Seolah-olah,mak ayah kekasih yang setia,baik buruk kita diorang terima,tapi kita curang. Bila kita susah cari mak ayah balik.. T_T
Hargai lah.
Kite baru je sembang dengan mak kite tadi,tetiba rasa nak col balik..uhukkkssss ='(

Semua ini buat aku sedar,

buat bakal Mentuaku,takkan aku biarkan diri ini menjadi pesaingmu,
tapi akanku berusaha melayani dan menghargaimu seperti ibu bapaku sendiri walaupun ibu bapaku yang paling terbaik dan tiada galang gantinya.
Kerana bakal mentuaku Allah pilih untuk melahirkan dan banyak berkorban untuk bakal suamiku.
Aku hormati dan aku hargai.With LOVE. Pasti kalian berdua adalah orang-orang yang terbaik Allah aturkan untukku dan bakal suami. 

ececehh...im serious.
^_^

Nak tahu tak,kite selalu tanya kakak dan abang kite "Bila nak kahwin?"
Tapi sebenarnya,dalam hati kite taknak diorang kawin cepat-cepat sebab kite rasa nanti kakak dan abang kite orang kebas.Bukan kite punya lagi. kedekut di situ. haha.

Beberapa bulan yang lepas, pertama kali dalam hidup,sejarah dalam keluarga,kakak sulong aku kawin.
Aku tengok,bestnya kakak dah kahwin dengan lelaki idaman.Kejapnya.
Bersyukur sebab kakak dah jumpa lelaki yang baik untuk jaga dia. =)


Tapi masa akad nikah tetiba aku rasa sedih. (kau bajet kau yang kawin! touching habis.kehkeh.)
Baru waktu tu aku sedar dan rasa bersyukur yang amat sangat...

"Pa,nasib baik Ini tak kawin lagi,Ini anak pa lagi,anak ma lagi,Ini Pa dengan Ma punya,macam mana kalau Ini dah kawin,Ini dah bukan tanggungjawab Pa,boleh ke lelaki tu jaga Ini sebaik Pa dengan Ma jaga?
Kalau Ini buruk,Ini nakal,Ini buat jahat,Ini over manja,Ini marah,Ini susah,Ini stress,Ini malas,boleh ke lelaki tu terima Ini macam Pa dan Ma terima Ini??"
 T_T

Thank you Allah,belum tiba masanya.Aku belum puas nikmati waktu-waktu menjadi tanggungjawab seorang bapa dan ibu yang melahirkan aku..=)

Kakak,waktu kakak dah tiba,kakak kena terima.Itu kehidupan.Semoga kakak & abang ipar & anak-anak saudara bahagia hingga syurga! hihi


Kakak kite kerja kat Sabah,kalau cuti pun cuma 2 kali setahun je,waktu tu baru kakak kite ada masa untuk balik kampung,biasanya waktu puasa dan raya.Suka sangat sebab 2 kali setahun tu mungkin sekali setahun je dapat jumpa sebab aku pun ada komitmen dengan pelajaran di Melaka.Kakak kite sangat  la baik.Dia tak pernah lupa tanggungjawab pada keluarga walaupun dah kawin.

Suatu hari di bulan puasa,kakak aku tak balik bulan puasa. Dia balik rumah suami bila cuti dah nak dekat raya.Raya baru dia sambut dengan kitorang!! 
Bukan terus balik kampung macam dulu-dulu.

Walaupun rumah memang meriah dengan adik beradik yang lain,tapi tetap rasa ada yang kurang.
"Ma,kak tak balik pun buka puasa kat rumah.sedihhhhhnyyyyaaaaaaaa!!!" 
(aku memang biasa tunjuk kesedihan melampau tanpa rasa malu dengan keluarga.haha. Kalau tengok cerita sedih pun,tak cover.kahkah.)

Mak aku gelak je,(tapi kite tahu mak ayah memang pandai cover hati sendiri..yela,aku yang tak beranakkan pun boleh touching.)
"Biasa la tu,nanti Ini pun macam tu jugak,akan jadi orang lain punya.Kakak ada tanggungjawab lain sekarang.Hidup memang begitu"

Sekali lagi bersyukur,waktu itu akan tiba tapi bukan sekarang.
Aku nak nikmati apa yang ada.Selagi boleh.

Ya. Hidup memang begitu,nak taknak,semua akan tetap berlaku,cepat atau lambat aje.kan? *_*
Bukan salah sesiapa.

Seronok sangat bila balik kampung mak ayah masih sihat,adik-adik masih kecil,aku masih boleh membuli (atau dibuli?), masih boleh utamakan ibu bapa dan adik beradik. Kalau ada apa-apa,boleh berkongsi dengan adik-adik. kakak dan abang yang belum kawin masih jadi mangsa adik. Semua masih tumpukan tanggungjawab pada keluarga sekarang....Ish,kalau boleh taknak adik-adik besar,nanti diorang hilang entah ke mana. Tinggal asing-asing,jarang jumpa,ada tanggungjawab masing-masing..Tak boleh nak mintak tolong ambik remote TV dah. Tak boleh nak kacau dah. haha.
Mak ayah akan jadi tua kalau adik beradik dan aku dah kahwin,entah sihat entah sakit,tak selamanya dengan kita..

Ya Allah..taknak..
Tapi itu kehidupan yang harus diterima. 

Orang yang dah berkahwin akan ada tanggungjawab besar,tanggungjawab pada suami dan anak-anak,pada mak ayah dan mentua selama masih hidup.Banyak benda kena consider.Hidup dah kena rajin lebih dari single,sebab banyak orang bergantung pada diri,kena banyak berkorban,hidup sendiri la katakan. Bukan lagi tanggungan mak ayah.
Kena jaga anak orang lagi,isteri pun kena jaga laki apa,kena jaga anak,diri sendiri kena jaga.Kena mahir banyak perkara.
fuhhh!!

Inilah idaman kalbu,walaupun buat kerja rumah bukan wajib pun bagi perempuan.hihi

Aku percaya,kita mampu lakukan tanggungjawab ini dengan bahagianya,dengan ikhlas sebab kita bersama orang tersayang..kan? =)

Tapi sementara Allah bagi peluang 2,3 tahun nie jadi single yang tanggungjawab tak seberapa,apakata dinikmati dengan sepenuhnya,
Sekarang nak keluar shopping pun tak ada la kena fikir pasal anak laki kat rumah.
Nak beli apa pun tak ada lah nak fikir banyak. Yang nie suka.haha
Nak jumpa dan enjoy dengan kawan-kawan pun masih ada masa.
 Nak bermalas-malasan pun ok lagi.
Sekarang banyak masa nak tuntut ilmu,seronoknya,banyak sangat ilmu yang boleh cari,banyak!!!
Nak main-main pun ada masa.
Tak terbeban dengan tanggungjawab besar,cuma tanggungjawab pada keluarga,pelajaran.
:
:
:
:
:


Katakan la,lagi 2 TAHUN,
aku letak paling awal sebab masa tu dah habis belajar kan,
Ada lagi 2 tahun aku nak hidup sorang-sorang,dengan family sendiri,
lagi 2tahun je aku jadi tanggungjawab Pa dan Ma,lagi 2 tahun je rumah sebenar-benar aku kat rumah. 
T_T

Lagi BERPULUH-PULUH TAHUN?
Memang sah-sah la hidup dengan suami yang tercinta.
lelaki yang ramai wanita nantikan siapakah gerangannya,siapa jodohku? siapa?
sebab tu tak sabar,

sehingga KETIDAKSABARAN itu buat kita lupa nikmati dan bersyukur nikmat bujang yang ada sekarang.

Ruginya.!!!!
Masa makin singkat,hargai la.. >_<

emmm...aku pun sebenarnya banyak lagi kelemahan dan kekurangan sebelum menukar status..masih bebudak!! perasan kau!
Memang la setiap manusia tu akan tetap ada kelemahan,tapi selagi mana kelemahan itu boleh diperbaiki dan diusahakan,lagi bagus,Allah kan suruh manusia berusaha. hihihi
kalau pandai banyak benda sekarang,senang nak didik anak-anak nanti  walaupun waktu suami pergi kerja.
So,senang la,suami kite nak tarik tangan kite dan anak-anak masuk syurga..
Kita permudahkan urusan orang,Allah permudahkan urusan kita!!


Sekarang waktunya untuk mengusahakan hubungan dengan Allah..masa depan itu pasti Dia dah rancang yang terbaik untuk kita. Taknak risau  ^_^

One day,tiba waktu bagi komitmen pada perkahwinan,bagi la bersungguh-sungguh..
Sekarang kite ada komitmen lain,komitmen untuk diri sendiri dan keluarga kita!!
ENJOY!!! kahkahkah..

Hargai lah apa yang ada sekarang,sebab apa yang kita miliki sekarang takkan selamanya kekal,kehidupan akan berterusan. 

Thank you for selongkar my blog and good day!!
hehehe






No comments:

Post a Comment