click this cute!

Wednesday 20 November 2013

Are you HAPPY with that?

Assalamualaikum.. =)

Sila hayati dan dapatkan keuntungan daripada sharing is caring aku nie! haha
kau bajet kau tu pakar motivasi,pakar hati?jantung? =_="

Why i asked you "Are you happy with that?" and this question we suppose to ask ourselves in every action we take.

Makin bertambah umur makin bertambah pengalaman,makin banyak pengajaran yang kita boleh dapat walaupun dengan hanya melihat tindakan orang lain dan mendengar pengalaman orang lain,bukan setakat dengan pengalaman kita je..ILMU ALLAH itu luassssssSSSS!!

Aku pernah jumpa kawan-kawan yang cemburu,tak boleh tengok manusia lain ada lebih sikit..Astaghfirullah.
Lepas tu mula nak pandang,jeling-jeling apa orang ada,branded ke tak,mahal ke tak..kalau tak,buat muka itik,itik lagi lawa tau..takpun hina kan...Dan untuk orang yang macam nie "Tenang ke hati kau bila buat macam nie? hepikah?" ask yourself,jujur dari hati.
Rezeki Allah tu luas,Allah tu Maha Adil,takkan tertukar rezeki kita dengan orang lain..percayalah! Biarlah apa yang orang ada. ish3.

Perkara kat atas tu perkara biasa,
Tapi yang paling aku sengal bila ada sejenis kawan lagi yang suka buat sesuatu,beli sesuatu sebab ikut orang,terutama dia  kawan dengan orang yang suka jeles macam kat atas.. jenis nie yang aku nak share dengan korang..huhuhu

Aku pasti la ramai yang pernah alami atau melihat orang sekeliling alami. Aku pernah ada kawan-kawan yang macam nie tau dan buat aku terfikir....kau hepi ke dengan apa yang kau buat? jujur dari hati,puas hati??
Bila aku tengok kawan nie,rasa nak cakap "Kau nie giler ke apa? orang yang cemburukan kau dah giler,kau pun nak giler macam tu jugak?"
haha.

Guys,aku ingat benda nie berlaku dalam drama TV je,rupanya ada jugak yang realitikan drama tu..
Orang beli,kau nak beli,orang ada benda nie,kau nak ada jugak.

Eh,teringat pulak masa kecik dulu pernah aku buat benda nie, kawan aku beli beg beroda,cantik,macam bagasi gitu...Pastu ajak jugak la Pa aku cari sampai jumpa,nak beli jugak..Pergi sekolah menyampah pulak dengan beg nie,dah la besar,aku nie kecik,nak tarik segala..sebab ikut-ikut orang..biasa la budak kecik! haha

Bagus ke perkara nie? bagus ke? Beli atau buat sesuatu untuk puaskan hati orang?nak sama dengan orang?

Contoh macam makcik-makcik tengok jiran ada sofa baru,nak sofa baru,ada kereta besar nak beli kereta besar,padahal bukan suka sangat pun,cuma sebab nak menunjuk-nunjuk,atau tunjuk hebat.

Takpun bila dengar orang sekeliling cakap macam nie,
Eleh,beli pasar malam je..
Eleh,murah je..
Eh,buruknya..
Eh,jenama ntah apa-apa..

Tapi benda tu kau suka giler. Terus kau buang,takpun cepat-cepat kau cari yang lain lagi mahal,lagi berjenama,dan cari yang cantik macam yang kawan kau suka. kesian kat orang macam kau nie.

Contoh lagi,macam remaja,kawan ada laptop branded,kau nak jugak sebab nak riak,tapi dalam hati sebenarnya tengok laptop tu buruknya design walaupun bagi kawan-kawan laptop tu sangat la cantik..
Citarasa lain,tapi sebab nak puaskan hati orang,beli la jugak,asal kawan suka. Giler!

hepi? hati puas? benar-benar puas? 
kalau dalam dunia nie tak ada kawan-kawan,tak ada orang sekeliling,adakah kau akan beli benda tu??

Kalau ada berus gigi,satu design kau dah suka sangat-sangat dah nie,harga RM1,tak branded, berbanding
dengan design yang buruk pada mata kau,mahal,harga RM10,kawan-kawan dah cakap yang tu cantik,"beli la,beli laa.." kau pilih yang mana??

Kalau tak ada orang dalam dunia nie kecuali kau seorang je ada apa yang akan kau pilih?

Dan tanya 

AM I HAPPY WITH THIS THING TRULY DEEPLY IN MY HEART?? Am I?

atau sebab orang? sebab kritikan orang? sebab pandangan orang?

Selagi mana dalam hati tu masih fikir apa orang kata,apa orang cakap selagi tu,
 kita tak dapat nikmati kehidupan ini,tak benar-benar bahagia dengan kehidupan ini..percaya lah!!
rugi sangat!!

Eh jangan salah faham,
 kalau kau suka barang tu tapi branded,mahal,pada kau cantik,biarlah benar-benar dari hati
 "Aku beli nie sebab aku suka sangat,aku puas hati,aku bahagia,sama ada orang nak cakap apa-apa pun,aku suka" then beli la,kan dah puas hati,dah suka.. =)

What i want to share with u sebenarnya,
buat lah apa saja asalkan ianya sesuatu yang dapat buat kita rasa nikmatnya hidup ini!!!! nikmat!!


JUST BE YOURSELF.

Apa aku suka,aku buat.Apa aku tak suka,aku tak buat.Bukan sebab ikut-ikut orang,bukan sebab nak menunjuk-nunjuk tapi sebab bila aku tanya hati nie,

 "Am i hepi with this thing? Am i hepi with what i am doing??"

Truly in our heart,the answer is..

" YES...!!! I am."

^_^




Opss,buat la sesuatu sebab hati suka,bukan dalam beli barang je,tapi dalam semua perkara selagi tak melanggar syariat ISLAM..Islam itu panduan,Allah dah sediakan agama yang cukup indah untuk pastikan kebahagiaan hambaNya..as long as kita percaya Allah jadi guard kite,mesti kita tak terpesong punya!!! Hoorayyy!

Dia ada,Dia jaga..=)

Pesanan untuk rakan yang lalui semua ini,
Sama-sama kita berubah ke arah lebih baik walaupun perkara yang baik itu sangat dibenci manusia,yang penting sejauh mana ia dicintai ALLAH..bersihkan hati sebab hati yang bersih je akan rasa tenang,akan rasa cukup..

Dont change because of people,but change only because of Allah.
And you will happy.

Thank you for selongkar my blog and good day!


No comments:

Post a Comment