click this cute!

Tuesday 10 March 2015

Pulau Langkawi 2015 Part 1/4: Jom naik feri

Assalamualaikum.!

Hai, aku kat jeti Pulau Langkawi.

 Kite pergi honeymoon bertiga je. Tak..tak.. yang ketiga tu bukan Setan.Tapi salah seooorr..eh..salah duorang bestfriend tersayang..aww. cantik mereka tau! ^_^

Tak tau nak mula daripada mana. Biasa memula ayat aku start dengan tazkirah dulu kan tapi hari nie iman aku macam slow sikit.haha. macam takde motivasi..parah! T_T
Jadi post ini akanku dedikasikan kepada Emi dan Shud. yeay!! *tepuk tangan*

Oleh kerana tak dapat bawa satu kampung Senyum Macam Saya ke langkawi, apakata aku cuba ceritakan se detail yang boleh supaya anda, anda dan anda semua boleh join percutian kami ke Langkawi secara percuma!

 tak perlu bayar feri, kereta sewa, rumah dan sebagainya!! yeaayyy!! *tepuk tangan lagi*

dan tak boleh shopping..haha.
sape suruh pergi percuma! *_*


Hari pertama kami bermula dengan naik feri di jeti Penang bahagian pulau. Harga tiket dari Penang pergi balik RM115 seorang kepada sape-sape nak pergi lepas nie.


Kalau naik feri kat sini 3 jam nak sampai Langkawi. Nak lagi dekat pergi la naik kat Kuala Kedah atau Perlis. Setahu aku feri kat Perlis kecik je. Takleh la nak feeling naik atas kapal Titanic macam feri kat Penang. Boleh keluar makan angin. 5minit pun dah kembung perut. Nak lagi best, boleh lerr telan percikan air masin. Ada rezeki, ikan paus sekali masuk dalam mulut..hwahahaha...

Pesanan penjaja, kalau rasa nak lepak kat luar macam kami, jangan la pakai shawl belit-belit pastu pulak pin satu dua je, angin kuat kat luar nie bapakkkk aaahhhh! (marah kat bapak sape?)
Berjalan atas feri pun style kat bulan.. silap langkah boleh sampai daratan balik, kalau sampai langkawi takpe, kang sampai Atlantis..gemanaa seyyhhh? T_T

 
Hari pertama mak kawan aku ikut, nak shopping, petang baru dia balik. So, kami ambik keputusan untuk ronda je la kedai-kedai yang ada untuk bandingkan harga sambil kasi can kat mak Shud shopping puas-puas,. tak semua kedai jual barang sama dengan harga sama. Seronok kot tengok kebahagian wajah seorang mak. =)

Bila sampai kat jeti Langkawi, kami jalan berlagak macam dah sampai kutub utara dan jalan kawasan kedai kat situ dan tetiba, ada orang bagi kami peta pulau langkawi. Alhamdulillah,senang la nak pergi jalan-jalan! Yes, memang dia bagi kat semua orang secara percuma, kalau korang datang jangan terus keluar, pusing dulu kawasan tu cari pakcik percuma nie..eh..peta percuma. taknak pakcik!!! haha.


Kami pun ambik kereta sewa gerak ke pekan kuah, tempat shopping. Kat sini ada beberapa tempat boleh pergi. Kalau nak beli coklat, Haji Ismail Group(HIG) banyak sangat cawangan dia, siap ada Kompleks HIG lagi..bangunan hijau.

Tapi boleh la banding harga dengan Langkawi Saga, Coco Valley. harga lebih kurang sama je. Kalau pandai cari, memang ada yang lebih murah. Pinggan mangkuk perkakas dapur pun ada kat HIG, tapi jangan tak tau, bila tengok kat Langkawi Saga, barang sama, harga lebih murah, ada sampai RM10 bezanya dan begitu la sebaliknya..jengjengjeng...! =)

Emi belek-belek barang kat cawangan HIG.

 Emm.. agak-agak beli satu set sudu garfu nie, pergi kedai mamak, buka luas-luas kotak nie, agak-agak terpegun tak mamak-mamak tu?
blink-blink je mata semua..tapi order pulak air swam je.hahaha.

Nie kat Langkawi Saga, depan cawangan HIG je. Mak aku beli pemanggang ajaib cap ikan Rm100++ kot, tu pun kecik je, tapi kat sini banyak cap, bapak besar, tak sampai RM90 pun.. Best la pemanggang nie, takyah guna minyak, makan sedap dan masak elok je. Tu kat umah la, aku tak sure la berkualiti ke tak yang kat sini. Tak pernah try. Pinggan Mangkuk brand bagus memang la boleh dapat lebih murah kat sini, ye tak mak-mak?


 Aku tak beli apa-apa lagi hari nie. Stick to the first plan, tengok harga jaaahhh.

By the way, jangan la tanya aku soal halal ke tak kan coklat-coklat kat sini. Terkejut mula-mula datang kebanyakan coklat tak ada tanda halal tapi sebelum tu memang dah tau kaji sikit-sikit la. Sampai aku tanya tuan kedai coklat kat sini halal ke? asal takde tanda, pastu ada la staf tunjuk sijil halal yang ditampal kat kedai..

 Ada jugak tanda halal ada tapi dikeluarkan oleh negara lain. yang tu tak jadi masalah la. Percaya atau tidak, memang tak semua coklat kat langkawi nie halal. Basically, takde tanda halal tak semestinya confirm haram. kan?

Semua nie base pada diri kita jugak, kalau was was tak payah makan.
Aku takleh nak cakap apa sebab aku bukan orang yang berhak nak cakap benda nie halal, haram. Benda kita tak tau kita letak tepi, teruskan tambahkan ilmu dan berguru dengan orang yang diiktiraf.
Kadang-kadang, ramai orang berdebat kat blog, instagram, facebook, khabar-khabar angin.. masalahnya debat pun dengan orang tak berapa ada ilmu jugak. Masalah la kan. >_<


 Nie semua aku cerita kat Pekan Kuah. Orang cakap beli kat tepi Akuaria lagi murah tapi aku tengok sama je coklat dia.  Kedai tepi Akuaria tu best ah, sebab banyak cenderamata benda-benda unik dan style yang mereka jual. Harga takde la murah, biasa je..

Bila mak Shud dah balik, kami check in apartment..thanks kat Shud sebab dah uruskan kereta sewa dan penginapan yang Alhamdulillah selesa sangat..Dah la waktu tu waktu exam, kami bagi duit je, dia tolong cari semua..emm..tu la sape suruh tinggal kat Penang..dekat..hahaha.

 Dan nie apartment kami dapat, selesa!


Sri Lagenda Apartment kat Pekan Kuah. Ada swimming pool yang tak sempat kami nikmati T_T kerana kesuntukan masa.


 Bilik ada dua/ tiga camtu la, lupa dah. yang aku suka, dapur ada dua, satu untuk muslim dan satu untuk non-muslim. Peti ais pun macam tu. Bagus kan? :)

 Pada mulanya Shud cop bilik nie, Emi tidur bilik sebelah, aku cop kedua-duanya sekali...bila malam, bilik nie kosong, semua angkat bantal tido celah ketiak Emi...hahahahahaaaa.. Bestfriend haruslah bersama selalu. peace!!

Oh ye, sebab Shud dah uruskan semua awal-awal lagi, aku tak berapa pasti la pulak berapa harga semua ini. yang boleh aku kongsikan kat sini adalah korang boleh tempah kereta sewa ikut internet atau kat jeti langkawi nie pun berlambak pakcik-pakcik offer kereta sewa. banyak la. macam tak susah nak dapat. Dan apartment korang usha je la harga kat internet kalau nak Apartment cam gini. Kat Langkawi banyak je motel bajet kalau nak diikutkan.

Oklah..Dah panjang cite nie.Nantikan part seterusnya, nie baru mukaddimah! haha

Thank you for reading my blog and good day!
=)

No comments:

Post a Comment