click this cute!

Wednesday 7 January 2015

Whats going on in my exam week??? *_*

Assalamualaikum!

^_^

 hai!

                Tahukah anda paper first saya hari tu sangat senang soalannya atas sebab memang kena sangat la dengan apa yang saya study dan ini jarang sekali berlaku pada paper yang superb menakutkan seluruh alam semester kerana paper tu subjek susah dan separuh nyawa. senyum =)

Sedang saya menulis nulis nulisssssss....tetiba tup! gelap..blackout! dah macam duk dalam kubur yang bermeja dan berkerusi and i wonder apa amal yang aku telah buat sehingga diberi nikmat sebesar ini di alam kubur?? haha.

 Terus lecturer bukak pintu tepi supaya cahaya masuk sikit... Pengajarannya sama-sama la kita banyakkan zikir atas dunia supaya kubur kita cerah lagi daripada nie ^_^


Entah macam mana...saya pun fikir sekejap walaupun pemikiran saya ini tidak akan menghidupkan lampu dan dengan bijaknya saya pun teruskan membaca dan menulis supaya dapat cover masa untuk fikir dan semestinya lepas lampu dah ok, lecturer akan tambah masa dan saya ada banyak-banyak masa lagi untuk jawab paper tu..yeay!!!

Sedang saya menulis, rupanya orang lain pun duk menulis jugak, curi masa jugak leerrr tu! Asal jiran-jiran aku nie tiru cara dan idea bijak aku errkkk? >_< (amboi,marah terus aku)

 hahaha.
gurau je!

 itu pun nak berkira!

Pastu laaaaaammmaaaaa kami tunggu lampu hidup balik. Tak hidup jugak.
Lecturer pun putuskan
 "EXAM POSTPONE"

Sejurus kami semua bergegas meninggalkan dewan exam tetiba lampu hidup balik, apakah? =_="
Siapakah yang beri bantuan CPR kat lampu tu?
pada waktu yang tepat?

 Positive side, ada hikmah di sebaliknya. Allah all Knowing. lagipun waktu aku menulis tu aku sendiri pun tak larat dah sebab aku demam. Mungkinkah aku yang sabotaj? macam ada alibi. by what? tangan panjang doraemon? haha. giloo!

Mungkin jugak kejadian ini berlaku untuk beri lebih persediaan kepada calon-calon peperiksaan yang belum bersedia.kan?


    Tadi kan aku ada paper kritikal tau. Takde la kritikal tapi pasal enjin kenderaan la. Belajar best, jawab exam tak best. ok. ditegaskan disini walaupun aku belajar enjin bukan bermakna korang boleh col aku "Ini, kereta aku rosak nie,datang cepat"
Mungkin aku akan datang, teman korang menghadapi waktu-waktu sukar itu dengan penuh kata-kata motivasi iaitu "engkau agak-agak nak suruh aku tukar enjin kereta kau jadi chipsmore ke masak lemak cili api?"

haha.

Tadi aku tak boleh jawab satu soalan exam. aah. satu je..satu je...
 tapi 5%
kalau 1% ok lagi.  =_="

 Aku punya la cabut otak, goncang-goncang...cuba bayangkan aku goncang otak aku macam aku goncang tabung duit tapi duit tak keluar, satu sen pun takdak!!
Mungkin ada duit tapi melekat kat celah-celah sebab struktur tabung yang melengkung..

 hey!!!
 elok sikit nak cakap tabung kite colour pink? piggy bank?
Nie tabung suci ok, tabung haji tau! . 
Jadi aku pun baling tabung bagi pecah, retak seribu, tapi tak ada apa jugak. T_T
( ok,tabung suci dibalingkannya? errkkk??? )

Apa yang kita perlu buat saat ini guys?
tido?
Oh tidak.


Kite haruslah buat-buat bijak. sambung segala neuron-neuron otak yang ada, zzrrrrrr zzzrrrrrrrr...sambung lagi, booom!! ops! meletup fius otak aku!

 tu yang bila aku balik rumah, sakit kepala je terus tidur. Gegaran otak gitu la.

Anyway..jangan la stress sangat satu soalan takleh jawab, sebab soalan-soalan lain semua yang boleh jawab patut bersyukur walaupun belum tentu betul! haha.

Boleh tak kita cakap mungkin bukan rezeki kita, dan kita harus redha dan senyum sahaja. =)
But Alhamdulillah, takleh jawab pun aku reka jugak formula yang patut, mana tau kena. cubaan itu penting. kalau salah malu,taknak jumpa lecturer dah. Nasib baik paper tak tulis nama, ada no matrik je. 
akehkehkehhh...

Kalau tak "Eh, Martini. Studentku,intanku,berlianku....fius otak meletup ke apa waktu exam?" 
mana sir tau nie? =_="


Jumaat nie ada paper lagi dan aku perasan sesuatu..aku bau sesuatu. yeahhh!!

Macam kalau nak dekat hari exam, terutamanya esok ada paper, ada je benda menarik yang aku rasa nak buat selain study. 
Contohnya macam waktu tu la banyak idea pulak nak tulis kat blog. Mood cantik je. Pastu aku sabar je la! lepas habis jawab exam terus "apa aku nak tulis dalam blog nie haaa?" =_="


Lagi, waktu tu la aku jumpa video youtube yang best yang aku rasa macam "Aku kena subscribe sekarang,tidak!!! aku ada paper esok!! aahh..nak subscribe!!" Then aku tengok je la video youtube yang aku suka!..aku kena tenang, baru boleh study...jadi tengok je la..haha. Lepas tu baru dapat study dengan berkualitinya.

Takpun ada la berita tergempar keluar kat facebook ke, instagram ke,blog ke atau mana-mana ke yang menarik waktu aku nak exam dan aku scroll my handphone much sampai tengok-tengok, wei!! dah berapa jam aku duk buang masa dengan benda nie??? huaaaahuaaaaa!! nyesal..haha..insaf jap..
pastu 

buat lagi! great! tepuk tangan!!
haha.


  The best solution is, bila aku tak tau dah nak buat apa dengan diri sendiri yang sepatutnya lebih fokus dengan exam nie kan, aku solat dan aku doa..
"Ya Allah! tolong la aku nie, segala nikmat dunia nie asyik goda aku je, tau la aku hot! jadi bagi la aku study dengan tenang dan fokus"

dan Alhamdulillah memang aku mengadu pada pendengar dan penyelesai yang tepat dan pantas!
(aku share kot2 ada yang belum dapat solution lagi..spesis aku ramai,itu fakta aku)

Masalahnya, asal bila setiap kali paper habis, benda-benda yang menarik nie tak datang dan menceriakan hari-hariku yang borink lepas tu. bengkak jiwa kite!


Yang bestnya waktu study kaw-kaw nie la aku banyak kali ulang alik dari dapur ke bilik, dari bilik ke dapur. peti ais..oh i love u peti ais.i love. Acam maneeee aku jadi begini.. hehe.
Mungkin antara kesan otak banyak guna tenaga dan tenaga ada dalam peti ais. another fact. hihihihi

Dan sejak sekolah lagi benda nie berlaku tapi waktu tu aku takde ulang alik ke dapur sebab dapur aku macam jauh sikit dari bilik. Pemalas! Tapi aku buat stok tin makanan gituu tepi katil..^^


      Aku ada habit study waktu exam yang tak pernah hilang sampai sekarang yang mana tilam aku dan kawasan berdekatan akan dipenuhi buku terbuka dan kertas nota yang sangat banyak bersepah-sepah, and no one can touch it..nope.. until i finish my exam. Dan aku akan tidur malam dikelilingi all of that stuff and sometime aku tertidur atas kesayangan-kesayanganku itu.


Mungkinkah ini yang dikatakan Absorb Knowledge technique?

Boleh leerrr cuba.hahaha.
kau percaya? *_*

Aku study jugak waktu-waktu bukan exam, buat homework semua kan tapi aku tetap kemas balik, letak atas meja dan beg ke, sebab aku rasa aku ada banyak masa tapi exam week aku rasa aku dah takde masa dah. Aku perlu semua nota dan buku dan aku perlukannya setiap saat..cewahhh!! ^_^


Dan betul tak, bila hari biasa kalau study kita akan baca untuk tau dan faham je, sebab nak tau kan..best kan bila tau benda baru...tapi bila nak dekat exam kita akan jadi penghafal yang sangat excellent.!
Tapi jangan lupa doa supaya apa yang kita hafal tu tak putus waktu exam je tapi ingat sampai bila-bila..ilmu dan kemahiran itu boleh add value dalam diri kan. am i right?


But the best thing is im not studying in stress. Relax-relax aje.. Tapi bersungguh. kalau aku rasa otak aku macam emmm..penuh ke stuck ke, aku akan berhenti study walaupun waktu dah suntuk.. sebab aku pasti walaupun aku teruskan study, nanti aku tak dapat dah, tak berkualiti dah means baca je tak faham dan tak ingat... so, aku akan keluar relax-relax, sembang, tengok sana-sini..usha awek ke..(perempuan takpe!..hehe)


Nie semua keadaan aku la bila hadapi waktu-waktu kritikal nie kan..kalau korang ada solution yang boleh dikongsikan untuk hadapi masalah aku kat atas tadi kan,boleh komen kat bawah ok..i really want to know a lot ok..!
^_^


Thank you for selongkar my blog and good day!!






No comments:

Post a Comment