click this cute!

Sunday 4 January 2015

My screenshot!


Assalamualaikum. hye guys!


Happy new year 2015 and Salam Maulidur Rasul!

Sebelum aku mengarut dengan benda-benda yang aku nak sembang hari nie, apakata aku share a bit tentang sayang sayang sayangku Rasulullah. Tahukah korang bahawa dengan hanya terbit rasa gembira atau sukanya! sukanya! sukanya tengok lelaki tu pakai jubah sebab Rasulullah suka pakai jubah boleh jadi sebab kita masuk syurga.

 Dan apa saja benda yang berkait dengan Rasulullah kita tengok orang amalkan membuatkan kita suka boleh jadi salah satu sebab tempat kita di syurga. *i got this from Ustaz Azhar Idrus. Boleh tengok kat youtube.kite lupa tajuk dia..sori.*

Dan jomlah kita jadikan Rasulullah sebahagian dari hidup kita, masukkan baginda ke dalam keluarga kita. Jadikan baginda idola kita. The most perfect man ever!! Sekalipun semua orang tinggalkan kita, Allah dan Rasulullah takkan sesekali tinggalkan kita dan Allah dan Nabi Muhammad lah penyebab ramai orang sayang kita. Lets put much much muchhhhh effort as we can to do what they love!!
Macam mana nak sayang Rasulullah??

1. Mintalah pada Pemberi Cinta (Doa) disertakan dengan selawat

2. Kengkadang kita macam tak berapa nak ingatlah family baginda kan, tapi apakata mulakan dengan sekecil benda, cari persamaan kita dengan Rasulullah. Rasulullah suka senyum,aku suka senyum so bila senyum terus ingat Rasulullah dan sebarkan..Rasulullah suka bantal. Walaupun tak tidur, baginda guna bantal letak atas riba atau peluk. Jadi bila peluk bantal tu ingat-ingatlah Rasulullah "Eh,sama dengan Rasulullah pulak,sweet gitu..!!"

3. Mulalah belajar menyukai benda yang Rasulullah suka sebab memang banyak manfaat kat kita. Rasulullah sangat pemaaf, jadi kita belajar lah untuk memaafkan,,Kalau tak tau manfaatnya.google! haha.


4. Apapun situasi yang kita hadapi tanyalah diri "Apa rasulullah akan buat jika baginda di tempatku?"


Ok, kita dah berada di zon 2015 sekarang dan aku belum kahwin..hwahahaha.*Doh nape gitu*
Malam tu aku tengah tidur, dalam keadaan pejam mata tetiba  kan kepala aku macam kena gegaran otak, kebomb!! kebomb!! mata aku masih lagi terpejam dalam lena..tapi hati masih lagi berkata-kata "apa tu?"

tidur tetap diteruskan sampai la pukul berapa pagi ntah, aku bangun buka fon tengok instagram orang ber"caption"kan selfie last 2014.. me like..haa..apa..?? 2014? hepi new year?? haa?? Aku pun nak selfie terakhir 2014 jugak!!! that was in my plan. aku yang buat plan, asal orang lain yang realisasikan my plan dengan muka mereka yang tak boleh blah? kau ingat boleh melegakan hati aku? ee...tarik rambut kang! T_T *nanges*
Selama nie aku tak boleh tidur tetiba tertidur awal malam new year. how come?

 Dalam sekelip mata, dunia menduapuluhtigakan umur aku yang baru je masuk duapuluhdua bulan 8 tahun lepas tanpa menghiraukan tarikh keramat kelahiran aku. ini sangat kejam. aiihh..bukan ini kejam, dunia yang sangat kejam. Sekelip mata, aku tidur masa umur 22, bangun tidur umur 23. ape nie?? >_<  
*Buat muka tak puas hati*

Panjang mukadimah tahun baru. Ok, my screenshot means aku nie suka google, instagram semua tengok gambar terutama yang comel-comel dan pelik-pelik, jadi dengan menggunakan application grabshot,atau aku download ambik gambar-gambar yang aku suka dan simpan. giteew. pastu tak tau arah tujuannya, beratkan fon pastu bila fon aku hang(pronounce english plez,bukan kedah.haha) aku macam "apa benda yang berat sangat fon aku nie", so, aku mula delete application yang ada, bukan gambar screenshot.haha. ok,sekarang sedar lah kan. Lepas nie boleh screenshot lagi. ^_^

So,here they are....

Nie gambar glowing wall. Aku suka benda nie memandangkan bilik aku sekarang memang di penuhi glowing star sejak beberapa tahun yang lalu. Aku takut gelap tapi aku tak takut duk sorang-sorang, tidur sorang-sorang unless letak aku dalam hutan.haha  Walaupun ada glowing stars, planets and what so ever, aku tetap tidur dengan lampu terbuka.haha. so, apa function erkkk.. in case,blackout maybe.

This cats shadow tak perlu kot, macam menakutkan je telinga tu..letak la  emm apa ekk? lu pk la sendiri.!
Tapi, kitee suka la benda nie. hihihi

Ok, tengok hamster cute nie buat aku rasa macam aahhhhhhhh!! aku nak bela pets lagi..baik Bebbie Si Lisa dan Bebbie Si Louis, uooollsss are going to have new sister/brother ok. Tapi ini cari spesis lain ok. Biar family kita variasi gitu! haha. dalam otak nie dah terfikir spesis apa tapi tak boleh la sekarang coz aku macam banyak bergerak, travel and others. sabar-sabar.. tak lama lagi!! hehe
Yes. Picture from 9gag dengan caption. what cracker? i dont know what are u talking about. haha.something like that,i dont remember much. this is so cute. ^_^

Next picture is a crocodile!! i really need this. Best arrrrr ada benda nie boleh kejar Wiwi. *niat jahat di situ* haha.  eh. kalau sejuk-sejuk best kan kena telan dengan buaya nie. "Amacam buaya? banyak lemak tak aku?" hihi

 
 Tapi agak malang la kalau orang jumpa benda nie,ikat-ikat, terus buang ke sungai dalam keadaan aku tengah tidur kat dalam. T_T Takleh kira manusia sekarang.

Yang nie best bean sofa?? gileerrr aaarrr kalau ada benda nie, tak bangun la. GemukBoroi machine!! lama-lama sofa nie tido atas kita sebab kita dah jadi lagi besar..haha. Tapi kalau duit takde, peti sejuk pun kosong, tempat bersemadi kau la nie ye.eee.... T_T



 Best jugak benda nie...untuk orang yang pandai berenang je la. haha. tak pandai takpe, buai tepi tu ada. hihi

Aku macam takut sikit dengan sungai sebab selalu membayangkan benda-benda menakutkan, macam letak kaki dalam sungai yang dalam dan keroh lepas tu macam mana tetiba ada buaya tarik kaki kau, takpun binatang lain ke kan..eee... Tengah-tengah berenang tetiba ada binatang gigit..eeeeuuuu... Tapi semua fikiran nie kurang sikit bila air cetek, clear crystal. tapi terfikir jugak..hwahaha.. am i paranoid or something? kehkeh..

Oh my god!! Ya Allah!! this is what i really want!! swing chair..macam nie. tolong belikan!! haha. Seronoknya boleh lepak atas buai nie. Banyak benda yang aku nak termenungkan! banyak. Macam cite Jauh dari cinta tuu.. yang anzalna selalu lepak dalam buai nie..hahaha.. entah apa-apa ikut anzalna.! But this is amazing!! Nanti dah besar aku pau laki aku beli benda nie. ehhh..kata sayang. hihihi


Bayangkan kalau kena halau dari rumah sewa ke, bankrap ke, kau boleh tarik benda nie letak tepi jalan atau kat taman ke sambil mintak simpati orang.hahaha. selesa kot. tapi lebih ergonomic kalau dia letak roda kan..boleh tarik ke mana-mana. By the way, bankrap swing chair kena tarik tak? haahaa..


Orite guys. good nite. dah lewat. antara azam 2015 aku nak tidur awal. I want to have my normal sleep cycle back.. tapi waktu belajar nie macam mustahil je..haha. InsyaAllah! love semua!


Perfecto de amor..dahlah hitam! huh!
Thank you for selongkar my blog and good day!! =)

Ops.lupa nak cakap kebomb..kebomb waktu aku tido tu bunyi bunga api kat luar tu orang sambut new year. Rasanya umah aku jauh dari dataran merdeka. Bunyi dari dataran kat london kot..hwahaha bila masa plak waktu london sama dengan waktu melaka =_=' ..zzz..zzzz...zzz...

No comments:

Post a Comment