click this cute!

Wednesday 11 March 2015

Pulau Langkawi 2015 Part 2/4 : Terbang

Assalamualaikum!

Saya nak buat assignment tapi saya...emm..saya..emm. tak jumpa pulak benda yang saya cari sebagai bahan assignment. Jadi apa kata saya sambung cerita dongeng saya tuh! heee...

ini bukan alasan. ini kebenaran.

krriikihkihkih
*gelak Ali Baba*

Malamnya yang pertama, setelah membersihkan diri masing-masing kami telah mengambil keputusan untuk pergi ke Dataran Lang dulu, lokasi dekat dengan jeti. Kenapa tak pergi waktu siang? Takut Helang keluar cari makanan, kosong dataran, nak tengok apa?

Jadi kami fikir mungkin maghrib helang dah balik.. Tengok-tengok betul..Kalau tak percaya tengok dah ada belakang aku.. =D


 Kat sini syok la ambik gambar..secara alasan logiknya ( yang atas tu alasan bod*h.) kenapa pergi malam adalah malam nie cantik sangat kawasan dia, banyak cahaya lampu, spotlight, torchlight, tambah aku yang datang, memang makin light-light la kan..hihi..pergi la..pergi la kat sini...!! Ramai orang lepak.

 Selain Helang besar tu, ada bangunan dan restoran jugak kat sini, siap ada orang nyanyi-nyanyi lagi. Agak bertuah nasib kami sebab penyanyi malam tu ya Allah, sumbangnya suara awak! haha..nangis. T_T

 Chakk! Kami lagi! Allahuakbar,cutenya bestfriends titeee!

Shud, tengok lembu terbang! *_*

Selepas itu, semua orang dah tak percaya aku, jadi semua bergerak ke arah helang yang besar itu. Cubaan selfie bersama helang dengan menggunakan kamera belakang sebab kamera depan tak cantik ah!
Agak sesak nafas demi memastikan wajah sentiasa tersenyum dan makin tidak ikhlas senyuman itu apabila beberapa kali percubaan tidak berjaya, kepala helang asyik terpotong je sehinggalah kepala aku terpotong barulah kepala helang masuk dalam gambar..T_T
Seperti yang tertera di bawah. apakah?


Baiknya hati seorang sahabat apabila cuba mensabotaj gambar sahabatnya dengan meng'edit supaya muka mereka juga dipotong dengan sengaja...
hwahahahahaaaaa..!. =D

haa..jangan marah..jangan..pen merah pen biru, ShuuEmi marah ini lebiu..! ^_^

emm..lepas tu kami jalan-jalan la, menikmati malam itu, aku kagum sangat tengok helang tu sampai aku rasa macam nak ambik letak dalam poket. Seriously, tengok depan-depan memang lain sangat perasaannya daripada tengok dalam gambar. Helang, u look tough and strong man!

Martini sangat suka gambar angle nie. Eh, macam helang bersedia nak makan lolipoplight..kan..kan?

Jalan punya jalan akhirnya kami jumpa satu tempat lepak yang cantiknyaaaa!!!
Pastu kami letak la unggun api yang kami bawa dari negeri masing-masing lalu kami pacakkan di dataran ini. (bunyi cam cite Lord of the Ring pulak..hihi)


Aku pun ikut tema. Titanic kauuu! =D
By the way, apa beza jiwang dengan romantik.?
Jangan fikir sangat, nanti dah tak jadi jiwang gambar nie.

scroll cepat!

 Shud rasanya agak keliru dengan tema,
mungkin masih mencari lembu terbang tadi.haha. (psstt..tak sangka dia percaya!)


 Pada pandangan pertama memang nampak jiwang
tapi bila pandang lama-lama...
 nampak seram pulak! =_='

Emm, macam segi tiga bermuda . ok, selaku ajk unggun api, saya isytiharkan tempat nie bernama Seri Tiga Gadis  =)
Sepatutnya beta (puteri kayangan) mencadangkan kami untuk beristirehat, namun, Emi( maharani itu) dengan pantas mencadangkan kami untuk melakukan aksi-aksi jiwang..lalu Shud (MeranaMaharana) patuh sahaja.


 Dah puas main kat Dataran Lang (tak puas lagi sebenarnya), kami pergi tengok-tengok kedai jual pakaian dan cenderamata yang berdekatan. Dari mula-mula lagi Emi dah bercerita kisah menyayat hati tentang ibunya. Aku dan Shud akur dengan cerita itu. Ceritanya seperti kisah Mahsuri di Langkawi. (-_-)

 Pada suatu ketika dahulu, ibunya telah menghadiahkannya cenderamata dari Pulau Langkawi. Berbentuk helang, kecil tapi gemuk dan sangat berat. Uniknya helang itu boleh mengimbangkan dirinya sendiri untuk terbang hanya dengan ditongkatkan muncungnya sahaja. wau! klimaks cerita ini, helang hadiah ibunya itu telah hilang bertahun yang lalu. sedihnya cite. lagi sedih daripada cite Mahsuri kan.....walaupun aku tak berapa nak tahu pun cerita Mahsuri tu macam mana kecuali pasal darah putih tuh dan dengar cite dia cantik! haha.

Jadi Emi yang sebelum ini agak tidak tentu arah tujuannya dalam lawatan ini, mula membina satu misi iaitu mencari helang yang baru..akhirnya jumpa helang tu walaupun tak sama dengan mak dia bagi sebab yang nie agak besar dan ringan sikit. emm. Rasanya nie misi Emi, tapi..aku beli jugak dan over excited dengan benda nie..suka!!..sumpah suka!!...aaahhhhh!! seolah-olah misi itu misiku. Mungkin kesan terlebih menghayati kisah Emi dan ibunya? hihihihiiiii...

Comel..rare sangat benda nie..letak atas hidung pun dia terbang jugak!
^_^

Bila cite kat kawan bila balik hari tu, aku ingatkan dia kagum...
tapi boleh pulak dia cakap "alah, benda tu berlambak kat pasar malam Kedah nie"
 i was like =_='

Aku beli kat Langkawi aaauuuu...aku menjelajah banyak kedai cenderamata aaauuu.. walaupun satu malam, gigih aaauuuuu!! T_T

Shud? asal Shud tak beli? Baru perasan sekarang, hari tu Shud ikut je berjalan dan tak beli..adakah Shud dah biasa tengok benda nie berlambak kat pasar malam Penang jugak? >_<
hahahhaaaa..

 
Ok la. nak cauu dah nie. Nanti kita sambung lagi.

oh ye, lupa nak cakap, ending cite tadi, lepas Emi dah tercapai misinya, Emi kembali jadi tak tentu arah  seperti sedia kala sepanjang percutian ini..ini berita baik!! yeay! hahahaha..
Thank you for selongkar my blog and good day! =)

p/s: Sori la. Martini memang suka sangat mengarut-ngarut. Terima Martini seadanya kalau boleh.. heehee..


No comments:

Post a Comment