click this cute!

Monday 4 May 2020

Welcome Back Ex-Blogger

Assalamualaikum. haloo halooo. im back🤗 yes im back!
Jangan risau, aku tak bawa corona virus bersama. huhu tak kelakar tapi tersengih juga.

Sebenarnya lama aku cari title post ini. aku ingat nak tulis "kembali bersiaran selepas tut tut ratus hari" tapi kepala aku jadi pening nak kira berapa tut tut  ratus hari yang tepat tu, kalau tak tepat nanti orang cakap aku menipu. nanti Allah marah. nanti puasa batal. nanti takleh berbuka. nanti duk bucu dapur. tapi dah rembat ayam golek sebelah.  nanti kesunyian. nanti takde orang nak sayang. nanti kau dah kenapa?

Pastu aku ingat nak letak "Kembali Bersiaran dari Angkasapuri" tapi aku termenung kejap kenapa orang nak letak puri tepi angkasa, tak basi ke. *Jangan menjawab haip!

Pastu lagi aku letak la "Welcome Back Ex-Blogger". tapi aku risau juga nanti lagi 2 tahun baru aku post  entry seterusnya. Lebih sadis waktu tu mungkin title post itu adalah "Welcome Back ExEx-Blogger" ehehehe.

Bila dah ada instagram, facebook, wasap nie, aku jadi tak terbuka blog. konon2 selalu update kat sana tapi lupa tangan aku kuat membebel tak muat nak cite. sebab mulut tak kuat membebel, mungkin kuat mengunyah. eh mana ada *saya pandang awak,awak pandang saya* haha

Mesti peminat-peminat aku tengah bersorak kegembiraan di atas kepulangan aku ke blog ini.
saya tak cakap pasal awak. saya cakap pasal "peminat-peminat imaginary" saya.
uhuk uhuk

alamak nak cite benda lain, tercite benda lain heeee.

by the way, dah lama sangat tak buka blog nie, tetiba aku jadi terkapai-kapai nak buka setting bagai dalam blog nie, terasa tua di situ. dan sendu juga. aku lupa, dasar angkasapuri betul la dah lupa nak buka apa. Hari tu aku terhantuk kepala, aku rasa macam hilang ingatan sikit. Mungkin inilah  part sikit yang hilang tu. nanti aku belajar balik dengan sape-sape balik, mungkin dengan mak awak? itupun kalau mak awak masih muda. kau dah kenapa ahahaha

ok, sekarang aku lupa dah macam mana Senyum Macam Saya style nak akhiri setiap entry aku. nanti la aku cek. kalau tak pernah ada, malu plak huhuhu.

tata =)


No comments:

Post a Comment