click this cute!

Wednesday 26 February 2014

Cara membezakan madu asli dengan tiruan

Assalamualaikum..^_^
Honey...


Madu tu sedap kan? Ada orang tak suka sebab manis sangat..Aku pun tak suka makan madu dulu sebab manis sangat sampai mak paksa tau waktu kecil,mak letak atas sudu telan macam tu je...tapi rupa-rupanya ada cara nak makan madu tu dengan betul dan sedap..Banyak je cara nak makan madu nie,tapi ada orang pernah share satu cara yang di katakan paling baik untuk makan madu..Aku pernah share cara makan madu nie sebelum nie kan? kalau belum baca klik sini.

Setahu aku, bila kita makan madu nie ,kalau tiba-tiba dada kita rasa panas..itu adalah disebabkan proses mencuci paru-paru dan bahagian dada la...

Aku pasti ramai yang dah tahu khasiatnya yang banyak gilee!! Kalau tak takkan la tergolong dalam kalangan makanan terbaik di muka bumi ini,dalam Al-quran pun disebut-sebut dan jadi amalan Rasulullah SAW malah baginda promote pulak kat kita...Merawat dan mencegah pelbagai penyakit...Subhanallah!

Tapi madu nie boleh memudaratkan kalau tak asli,tiruan!
Ada yang dicampur dengan gula,ada dicampur dengan gula melaka atau nisan(panggilan Tganu) pastu peniaga menipu pulak tu.

Kadang-kadang terfikir jugak,macam mana kalau orang diabetis atau berpenyakit kronik makan madu tiruan nie,boleh tenat tau!

Kite sakit hati sebab kite pun pernah kena tipu..T_T Kite tahu la madu nie susah nak cari..


Sebab tu adalah bijak untuk menjadi manusia dan pengguna yang bijaksana dengan mengetahui bagaimana nak kenalpasti madu itu betul-betul asli atau tiruan.

1.Madu asli takkan beku. Jadi letak madu dalam peti ais sehari, tengok beku ke tidak. (kalau peniaga cakap jangan letak dalam peti ais tu kita patut ragu-ragu)

2. Madu asli akan terbakar apabila kena api. Cara test, renyukkan surat khabar dan celup dalam madu, pastu bakar bahagian yang ada madu.. Kalau betul madu asli, api akan terus menyala, kalau tak, api akan mati.

3.Madu asli keligatannya sangat tinggi, cuba tuang,kalau madu asli dia takkan putus sepanjang kita tuang,tak putus..Kalau putus-putus tu sah-sah la palsu.

4. Apabila campurkan madu asli dengan telur,telur kuning akan masak dengan sendirinya disebabkan keaktifan enzim-enzimnya.

5. Ada jenis semut makan madu asli, jadi test berdasarkan semut tidak begitu tepat untuk tengok sama ada madu itu dicampur atau tidak, jadi lebih baik gunakan test yang lain.


Jadi test madu anda. kalau kat kampung ada orang jual madu,diorang akan suruh test kat tempat tu jugak sebelum beli sebab orang kampung ramai yang tahu cara test madu nie,ayah kite pun pernah bakar madu dengan surat khabar siap cerita lagi pasal madu asli nie..

Tapi sekarang susah nak dapat yang betul-betul original dan berkualiti,sampai ada yang masuk hutan sendiri.

Macam aku nie memang perlu sangat madu nak rawat resdung. aku jenis tak makan ubat,makan benda-benda semula jadi je,jadi balik kampung hari tu suruh mak carikan,mak cakap sekarang hujan,susah nak dapat,orang yang boleh cari pun sikit sangat...T_

Thank you for selongkar my blog and good day!

No comments:

Post a Comment