click this cute!

Thursday, 3 March 2016

Kenapa Yakult wajib ada kat rumah


Assalamualaikum!!

Nie aku nak share dengan korang kenapa bagi aku Yakult nie bagus gilerrr
 (mengikut pengalaman aku)
untuk orang dewasa macam aku, kau dan kita..hehe!

Baik kau baca sampai habis, mana tau nanti aku belanja sebotol..heeee... 

Dua hari lepas aku makan Cendol. Lepas tu aku sakit perut. Tak tahu la sebab Cendol ke sebab Beruang. So, aku cepat-cepat buka peti ais, cari Yakult, nak minum. yelaah takkan cari Yakult nak buang pulak. =_='

Sebenarnya benda nie dah jadi habit, bila perut tak selesa sikit,
 mesti cepat-cepat minum Yakult pasal aku takut giler kalau kena cirit.. hehe.
 :
Jangan fitnah aku minum sebab aku peminat setia Scha Alyahya eh! lempang kang!

So, aku dah standby dah satu paket yakult dalam peti ais tau setiap waktu setiap masa.
Dulu aku ingat yakult nie entah apa-apa la.. minuman budak kecik. omaigoddd!!

 Memang la ada tulis Everyone, Everyday..sape yang perasan? sape yang teliti sangat tu???
 aku pun tak perasan..

Citenya begini..
Satu hari tu aku sakit perut sebab salah makan ke apa entah, 2, 3 hari gak la..Bayangkan betapa gelapnya dunia ini kurasakan.. T_T
Lepas tu aku terbaca la satu artikel pasal yakult nie. Sebenarnya Yakult nie bukan untuk bebudak je, Badak macam kite kau pun boleh minum! hehe.

Korang nak tahu tak lepas aku minum Yakult hari tu, perut aku lega giler, sejuk dan selesa!! hihihi..macam iklan pampers pulak dah.
.aku mula menyedari bahawa AKU PATUT BUAT KAU JADI SPAREPART HIDUP aku la YAKULT.

Kenapa?

Kuk (nama manja Yakult, lenguh nak tulis nama dia nie haiiihhhh!!) sebenarnya boleh merawat cirit birit dan sembelit. Kalau nak tahu Kuk banyak disediakan untuk pesakit-pesakit yang menghidap penyakit berkaitan perut di hospital luar negara,
 kalau tak silap kat China.

Waktu aku beli sebotol Yakult berharga RM1.20, abang 7e tu tanya aku, 

"Dik, cukup ke minum air kecik tuuuu..hihi"

Pastu aku hentak botol Yakult atas meja dan berkata,

"Abang 7e!!! abang 7e tau tak dalam botol pendek macam abang nie mengandungi 30 billion bakteria Lactobacillus casei Shirota strain yang kuat iman dan baik hati macam saya dan mampu melawan bakteria-bakteria jahat macam abang yang dah beberapa hari menyeksa perut saya." 
(asal baik je aku, asal jahat je ekaww)

hahaha.. takde lerr nak jawab eksklusif sangat..
paling tak sangkut kat ayat "bakteria Lacto..lacto...lantak kau la bang!!!"
 letak yakult, pastu blaaaa.. malu sangatttt la kalau jadi macam tu, 7 keturunan aku haramkan pergi 7e lepas tuuu...tu pun kalau abang tu keje lagi la kat situ la kan. =P

Jadi 30 billion tu tersangat la cukup, dan aku cuma nak cakap kat sini yang semakin kita bertambah umur makin berkurang la bakteria baik dalam badan kita dan thats why pentingnya kita yang makin hari makin tua nie untuk minum Yakult. 
(hey jap, dah-dah la tu nyanyi lagu yakult, yakult..ingat aku tak tau!) 

Bagus sangat sebab dia takde pewarna mahupun pengawet..tak mahu..tak mahu!

Dan kalau kau rasa dalam 30 Billion tu ada sebahagiannya adalah jenis yang takde function, macam kau waktu buat study group, kau silap! sebab bakteria-bakteria nie akan membantu mengawal keseimbangan jumlah bakteria dalam usus kita kasi normal je.. takde la kau kena penyakit overdose bakteria.

Nie hafal kelebihan Yakult yang lain, nanti masuk soalan dalam paper sejarah, boleh tulis jawapan nie..

1. Baik untuk penghadaman dan memastikan perut sangat selesa! =D
2. Kurangkan perut kembung seperti BIG HERO 6! 
3. Meningkatkan sistem imunisasi badan dan kekebalan tubuh tapi kalau kena peluru sakit jugak!
4. Mencegah penyakit kronis!
 hah..nak apa lagi?

Okay la, kalau taknak kena cirit birit atau dah kena tapi masih tak dapat sinar petunjuk lagi, apakata minum Yakult tuuu...InsyaAllah baik la nanti!
Eh, tapi ingat minum lepas makan tau sebab bakteria nie tak mampu bertahan dengan asid perut. Cuma beberapa ribu je yang mampu sampai ke usus kalau kita minum sebelum makan..kesian kat bakteria tu, mati dalam iman..jangan kejam okay! makan dulu tau bagi asid kurang sikit! =)



Okay, lepas dah dapat kesedaran mengenai yakult, nasihat aku kalau adik-adik tengah minum Yakult boleh la start rampas cara halus tapi menusuk,

"Adik, dalam Yakult nie ada 30 Billion bakteria, nanti bakteria merayap keluar ikut hidung camne?'
Kalau adik kau bijak dia lari baling yakult sambil jerit..

Kalau dapat adik "Bakteria tu apa?"
lama lagi la rezeki kau.. *_*


Thank you for selongkar my blog and good day!

Maaf. botol dah buang tak sempat nak belanja sebotol. =P





1 comment: