Assalamualaikum!! ^^
Suka tak makan ketam? Dulu Ini pernah suruh Ma beli buat pertama kalinya waktu kecik,mashaAllah teruk sangat rasa isi ketam nie...tak suka,tak suka,tak suka!!
Tapi bila masuk universiti,tetiba jumpa kawan,rezeki Ini waktu tu ,dia bawa balik ketam masak merah kot,lupa dah..mak dia masak...SubhanAllah..sedap giler..lepas tu bila keluar selalu jugak Ini beli lauk ketam..
Baru sekarang Ini tahu,ketam tu sedap sangat sebenarnya,cuma waktu Ma Ini beli tu mungkin isi dia buruk..tak segar tau..sebab Ini pernah beli kat satu kedai nie sedap sangat,kali kedua beli,uweeekkkk,rasa macam waktu kecik dulu..bukan salah orang yang memasak,tapi salah ketam yang tak segar..hihihi
Lepas tu kalau nak beli,memang Ini tawakal habis la,kalau sedap tu heaven laH!!!!
mahal tapi berbaloi.
Kalau seekor atau separuh boleh cecah nak dekat RM10,ketam kecik je,isi pun boleh lekat celah gigi...hahahahakkss!!
hehe..kite mengidam nak makan ketam,so,instead of beli yang dah masak,kita beli untuk masak sendiri..
nanti boleh selalu masak...
resepi tak cari lagi,nanti la kite google..tapi sekarang kita nak tunjuk cara-cara nak siang ketam..lepas nie boleh la korang try pulak..hihihi..saya pun budak baru belajar...=)
InsyaAllah,mudah aje..
Bila buat ketam duduk macam nie,risau pulak dia berlari cepat-cepat masuk dalam lubang bilik air..kempunan kite..kahkahkah..
Takpe,dah mati nie..hihi
1.Pusing ketam macam nie,
nie ketam perempuan..kalau lelaki,bahagian bawah tu lebih kecil dan tak melebar..
2.Tarik benda bawah tu,pastu pusing ketam ke atas,
tarik dengan cengkerang atas sekali sebab dia memang bersambung..macam gambar kat bawah,
3.Buang semua perut dia tu termasuk lendir segala,
4.Cabut insang dia semua kiri dan kanan (ada orang tak cabut,terpulang)
5.Bersihkan semua sampai jadi macam gambar dia atas
6.Pisahkan dia punya external calliper(nama apa entah tangan dia yang paling besar kat atas tu)
7.Potong bahagian hujung penyepit dia,supaya senang nak makan nanti.
8.Potong duri macam dalam gambar,kan ada pulak mulut berdarah masa makan terutama budak-budak..
9.Ketuk sedikit bahagian nie bagi pecah supaya senang nak buka masa makan nanti
10.Potong hujung kaki-kaki ketam tu sebab kat situ tak ada isi pun,lagi mudah nak makan dan potong bahagian tengah tu kalau nak..terpulang..
Dah siap,cuci bersih-bersih,boleh masak,dan makan!! =)
Thank you for selongkar my blog and selamat mencuba!!! hihi
Alhamdulillah INI_EMPIRE CLOTHING kini dibuka
Alhamdulillah INI_EMPIRE CLOTHING kini dibuka










