click this cute!

Tuesday 15 September 2015

My daily breakfast



Assalamualaikum..


Good Morning!
 Senyum macam saya! ccciiiiiiinggggggggg!!

Apesal hepi sangat?
Pasal aku perempuan, kami nangis ke gembira ke kadang-kadang tak perlukan SEBAB.
Macam petang semalam aku sedih je sebab rindu family nun jauh di sana.. Tapi malam tadi aku tidur sambil senyum-senyum, tak tahu kenapa... see? aku dah cakap dah aku perempuan kan. =)

Pagi nie Alhamdulillah bangun tidur pun penuh dengan ketenangan gitu..Bangun tidur tengok jam kat handphone dan minum segelas air masak. Seperti korang jugak yang muslim, normally, pagi-pagi aku breakfast rohani, berusaha menunaikan kewajiban sebagai hamba Allah.

Setahu aku ramai orang bila bangun tidur terus buka media sosial dan wassap. Aku tak. Pasai aku bukan orang. Aku alien. haha.
Kalau orang wassap pun aku tak buka dulu, walaupun aku perasan ada mesej masuk ke, lepas-lepas aku dah rasa nak buka phone, baru aku buka.

kadang-kadang aku lupa nak reply, aku buat benda lain dulu, skodeng jiran ke,..dan aku bukan selalu dengan phone tau, phone bukan laki aku pun nak berkepit kan, sehidup semati, aku hidup dia mati..ohh tidak! jadi bila orang call selalu tak dapat walaupun waktu tu wassap tengah online, pasal lepas aku reply, aku lari pegi ntah ke mana-mana gitu jauh dari phone..kalau tengah on9 tu bukan aku.tu hantu. hehehe... Satu lagi sebab aku memang silent phone. Bukan suka-suka ok, aku jenis sakit kepala dengar bunyi phone.. sensitif sikit..actually sensitif banyak. cukuplah aku dengar bunyi gggrrrrrr je..vibrate! hihi..

Jadi, bukan kawan-kawan je payah dan bengang nak call aku, aku pun payah nak call diri sendiri bila phone hilang..hahahhaaaa.. Martini, kenapa silent phone, kenapa, kenapa!!! benci diri sendiri. dramatik ok! =_='

Nasihat aku, kalau nak call, better wassap/mesej dulu..nak datang rumah bisik kat aku dulu pun boleh, pastu baru call. hihihi.. Supaya aku bersedia ok! =)

Lepas dating dengan Allah s.w.t, aku pergi dapur, buat breakfast!
yang nie yang aku nak share sebenar-benarnya. Kalau kat kampung aku suka sangat sebab breakfast pasti sudah tersedia, nasi dagang, nasi lemak, nasi minyak, laksam, kuih muih...ececeehhh..Teganu kite!
Kat Melaka nie tidoookkk lerrrr. Hampir setiap pagi aku makan sandwich yang aku buat sendiri! Kalau takde roti baru aku buat nasi or mee goreng or apa je la yang ada.

Sandwich nie simple je, senang, cepat, kalau rushing pun sempat lagi buat. Dan paling best, kenyang dan bertenaga gitu.

Resepi sandwich martini adalah!! jeng jeng jeng!

1. 2 keping roti
2. sebiji telur ayam. (Telur naga pun boleh)
3. timun/lobak merah
4. serbuk black pepper
5. garam

Cara-caranya :

1. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak. Api perlahan je ok! Ratakan minyak atas permukaan kuali, Tak payah la banyak-banyak sangat minyak tu.

2. Kejar ayam suruh bertelur. Dah dapat telur baru basuh dan pecahkan telur dalam kuali..Jangan suruh ayam bertelur dalam kuali! ingat! hati-hati jangan sampai kuning telur pecah. Kita nak buat telur mata separuh masak tau! Tips telur mata adalah api kena kecik jeee.. Cuba kau try api besar, tak ke telur putih dah jadi arang, kuning telur masih tak masak..ish-ishhh.. Tunggu sampai putih telur yang jernih tadi bertukar kepada putih gebu semuanya, confirm kuning telur sedikit je masak macam kita nak, success!

3. Roti pulak, suka hati la nak goreng ke, nak kukus ke, nak biasa ke, nak bakooorrr ke.. Terpulang! macam aku, aku suka kalau roti crunchy sikit, so, aku letak roti sekeliling telur dalam kuali sambil tunggu telur masak. Goreng la kot orang panggil..

4. Sambil-sambil tu boleh la potong timun or lobak merah. Berkhasiat la sikit breakfast kita ye tuan puan!

5. Bila semua dah masak, susun timun kat atas roti, pastu letak telur mata kat atas timun. Then, tabur garam dan black pepper sesuka hati bagi rata atas telur. Letak blackpepper lebih sikit atas kuning telur baru sedap! Ambik roti satu lagi, letak atas telur pulak..ala..macam sandwich biasa tu!

6. Jangan cuba letak cheese atau sos cili atau apa-apa sos kat dalam sebab dua benda nie boleh hilangkan rasa blackpepper dan garam tu. jadi takde function dah la! Orang tahu la orang pernah buat! T_T hahaaaa..

7. Makan je la! Hati-hati makan, kalau gigit kat tengah tu confirm best, meletup telur kuning..melelehhh! Part tu paling best! Yummy! =)

Eh, lepas siap masak, aku letak makanan atas meja pastu aku buat simple exercise, breakfast jasmani..

Aku cuba jadikannya sebagai rutin. Bukan untuk kurus, tapi untuk kesihatan. Aku buat simple-simple je, warm up macam waktu sekolah dulu pastu pilih beberapa jenis exercise yang tak begitu membebankan. Mula-mula dulu, satu part orang buat 8x, aku buat 5x..lama-lama terbiasa baru aku up sikit.. Sebab kalau exercise teruk terus, rasakan! 2 hari lepas tu sakit badan, jalan macam robot..hahhaaaa.

Korang tau tak yang exercise akan buat kita keluarkan toxic daripada badan melalui peluh, toxic tu kalau tak keluar, kulit tak cantik, dia berkumpul kat kulit, cepat penat, bagi penyakit..

Pastu aku tengok orang yang betul-betul hidup dengan rutin exercise nie memang muda je ye walaupun umur dah puluh-puluh.. plus kena minum banyak air masak dan kurangkan minum ais.

Nampak sangat aku nak awet muda kan..hahaa
Tu yang aku tengok!

lepas aku mengamalkannya, aku perasan, bila aku busy dengan aktiviti harian yang menyakitkan badan, lepas exercise dengan teknik yang betul, aku punya sakit belakang, kaki semua ok balik.. Stress dan masalah kulit pun makin kurang.. Macam best je lepas keluar peluh! =)

Tanpa kita sedar atau tidak, Allah suka sangat kalau kita exercise dan beriadah, untuk sihat dan kuat fizikal! Dapat pahala la kalau buat! Lagi semangat nak buat kan! give a try ok! ^_^

Dah siap exercise, baru aku makan,

Biasanya, aku breakfast sandwich nie, pisang dan segelas marigold orange juice. Susu? malam sebelum tidur baru aku minum susu.
Oh, gambar kat bawah nie aku letak sos thousand island, memang sedap! Biasanya makan pisang gitu je..lagi sihat!

 Oh ye, hari tu pergi ambik gambar, cewah! Bukan main orang tu edit gambar, lama pulak tu, aku duk senyum-senyum kot lepas nie gambar aku nampak macam muka Fasha Sanda ke, Nora danish ke..harapan!


Lepas dah siap tengok macam jenazah mati dalam iman tak tertunai hajat. Dah mata terbuka, senyum bahagia, putih pucat rata je aku tengok.! haha






Ambik kau. hensem. Mana-mana yang aku share nie boleh la diamalkan kalau suka. Harap bermanfaat!
Thank you for selongkar my blog and good day!
=)



No comments:

Post a Comment