click this cute!

Monday, 17 June 2013

organ di bawah tapak kaki.. haha!



Saje kite nak share sikit,sikit je...trust me! but byk jugak la...haha..(bahagia baru habis exam dan dpt balik kg kejap..huhu

Kejadian berlaku pada minggu exam,beberapa hari sbelum hari nie,lupa dah hari ape,yang pasti lepas negara kita MERDEKA... ngeeee~
Kejadian yg sgt2 takde la dasyat sangat tapi bagi aku,dasyat.!

Badan aku rasa tak sihat sangat,tak larat sangat..adui..ape kena ye..mungkin masalah pencernaan yg memang selalu terjadi atau memang badan aku letih,lesu...Mungkin sebab banyak.......Tak BuaT keRja...hahaha..

Nonono...rasanya itu bukan puncanya..oleh sebab aku nie tersangat la kreatif dan suka menyelesaikan masalah diri sendiri..(Diri sendiri je,masalah korang selesaikan sendiri ok..be alert! tu je kelulusan yg ada..huhu)

Nak urut diri sendiri,penat la..tiba2 teringat plak gambar bahagian2 organ kat tapak kaki yang aku tgk dalam FB..tapi kat situ cakap, "Untuk keselesaan bayi anda,urut kaki bayi anda berpandukan gambar..."
dalam hati,kalau EX-BABY boleh guna tak?? hehe

Nenek baby yg nk jadi baby balik pun boleh guna nie...So,berdasarkan prinsip kebabyan ini,aku pun google la gambar nie...urut,urut,urut..urut...mata mengantuk,so aku urut kat hujung jari,rasa2 macam perut ada masalah,aku urut plak kat bahagian usus..bahu tetibe sakit,bahagian bahu kat tapak kaki plak aku urut...dan seterusnya...



Waaaa...waaaa... *_* muka teruja...dapat pegang semua Organ dihujung jari ibarat dapat Maklumat dihujung jari...teknologi tinggi..fuyooooo.....

Subhanallah..tanda2 kebesaran Allah bagi yang berfikir... ^^

Kesannya...YA,saya berjaya..badan saya rasa segar sikit berbanding sebelumnya..Boleh la try cara nie nak legakan organ2 mak,ayah,atuk,nenek,suami,isteri & mentua..nie,rajinnya urut pakwe makwe,mak kat umah penat jari picit punat washing machine basuh baju kau xde plak nak urut2.!

kot ye pun nak praktis,baik urut kaki sendiri..macam aku! kaki kucing pun boleh..
keluar kukunya,kite plak diurut dgn ganasnya..

(maaf.perempuan membebel nampak cute. kah3)

...........

namun,ku sangkakan panas hingga ke malam,rupanya bulan timbul di malam hari...jengjeng!! kesan urutan tak tahan lama,bila berfikir2,dapat idea,nie pengaruh TV,confirm!..

aku masak air,(heater masak air,aku dapat nama! kih3)
masukkan dalam baldi ungu yg kiut miut (warna baldi boleh pilih ikut citarasa,tak payah rasa, takpe..(=_=')


angkat bawa masuk bilik tepi katil,kaki masuk dalam air swam

 (dah campur air paip tau,jgn lupa..emm,silap2 letak Boiling water tu je,eeeemmmmmm,mengaum bak harimau betina dipuji cantik la..confirm2 segar,aktif dan tiada lagi kelesuan..haha)

xyah nak bunga2 sangat la..huhu!

aku pun baring sambil pegang buku,dapat la study dgn tenang malam itu sambil berendam kaki..rendam la kaki selama mana yang mahu,nak berendam satu badan pun boleh,ala2 katak gitu! katak gemuk dalam baldi ungu..tak dapat ku bayangkannnnn!!!!


ala,tu pun short term..


Jasa google
penemuan oleh miss Martini




aku pun terfikir,mungkin kerana toksin..bergelumang dengan toksin mungkin ..pandai2 je..
hehe
aku pun google lagi....
cara2 nak buang toksin,antaranya minum air masak banyak2..dan bersenam..
tapi aku jumpa sesuatu ye..Herbal Detox..Rahsia Muda, Sihat & Aktif..



dah tau pasal2 Detox nie,malam tu excited nak tidur dgn harapan esok ketidaklaratan ini akan berakhir...sampai xdapat tidur,dia punya excited tuu...OH yeaHH!   keesokkannya cepat2 bersiap keluar,pegi mydin,masuk macam2 kedai,
 "akak,ada tak yang pakai lekat kat kaki tu,kluar toksin tu" lupa nama,haha..tiba2 akak tu bg nie..

 D'Herb(RM29.90),murah sangat kan?? hihi.. 10pieces







Aku beli kat Nadira SHOppE nie..kat Mydin MITC Melaka...


"akak,pakai waktu malam je ke? siang2 tak boleh?"
"pakai malam je,waktu je kurang bergerak"
(kurang bergerak?? klau aku camtu,xde la fon aku berkecai bila bangun pagi hari tu..positively fikir,mungkin akak itu benar,mungkin fon aku yg buat terjunan maut) +_+ kkah3!





Then,balik umah,solat zuhur cepat2,doa supaya berkat pelekat kaki nie,supaya keluarkan semua toksin yang menyebabkan ketidaksihatan aku nie.. ala,pelekat tu satu usaha,yang izin toksin tu keluar Allah S.W.T..betul3!


usaha+tawakal= auwwwsommmmme! ^_^

pelekat herba tu..


sori,tak sempat malam,lepas zuhur aku pakai,DEGILLL ye...haha..memandangkan akak tu cakap kurang bergerak,aku pun baringan ayu,sambil study,baca2 buku...maklum la,ilmu tu sangat menarik,tak boleh la kalau tak gerak2,nak tulis2,pusing semua,adui..tapi aku dah usaha untuk maintain kaki,tangan plak rasa nakal2 nak buka,nak intai la dah ada toksin yg keluar ke belum...ada2,cikit...(dah baru pakai berapa minit/saat)  akhirnya,..tak boleh jadi nie...krohhhhh,krooooohhhhh..tertido plak kita...

mungkin sebab kat kotak tu antara kelebihannya dapat membantu masalah tak dapat tidur...huhuhu

Aish,bangun je tidur,penuh lumut2 hijau kat pelekat tuuu,banyak jugak la...patut la..
badan rasa sangat sihat,sangat bermaya,aktif....yup,kesannya sangat auwwwsommmmeeeeee....haha..sies!


& terasa muda,nampak tak disitu...(aku koya sorang jah!)
Pakai kat kaki tau,kalau pakai kat mulut ke gigi ke tak tau la jadi apa..belum cuba,belum tau,cuba korang cuba..mana tau,gigi hitam jadi putih..testing2!! haha..


Belum puas memakainya,malam tu nak tidur pun aku pakai,tapi tengok pagi esok,toksin2 tu dah berkurang..Alhamdulillah..yup,paling best malam tu tidur nyenyak bukan nyanyuk..huhu..mugkin sebab selama nie memang sangat susah nak tidur..macam mayat hidup di perbaringan..haha..

baru 2kali pakai..

pastu 2,3hari nie tak pakai dah sebab dah rasa sgt segar...patut la 10pieces je,bukan aku guna setiap hari,nanti bila tak larat balik,pakai lagi..mudah kan?? hihihi..

LONG TERM PROFIT dear..

Kalau rasa2 tak sedap badan tu mungkin,korang sedang mengadungkan toksin..sama ada di luar nikah atau nikah..
haha..
Emm,takpe,kalau nak cuba pelekat kaki nie pegi je kat mana2 tempat,ada,bukan jenama nie je,banyak lagi,pilih ikut cita&rasa..terutama farmasi dan kedai2 kecantikan nie ada la,insyaAllah..
takpun kalau dah terer sangat dengan herba nie,pegi masuk hutan,cari2.buat sendiri..jumpa nenek kebayan,kirim salam!! 
^_^

Bukan promoter,kalau suka,boleh tiru!! dalam exam je tak boleh...hehe..
saya BAHAGIA~


Friday, 14 June 2013

Dia di Hati.

Sayang tak??
ke dah lupa???

bagaimana kita sanggup melupakan seorang lelaki soleh yang kacak melebihi Nabi Yusof,akhlak terbaik di muka bumi ini??..?? Dia berkorban suatu ketika dahulu untuk kebahagiaan kita sekarang...u KNOWWWWWW!!! Rasulullah..


sedangkan baginda lah,dgn izin Allah..suatu RAHMAT..

Saya bg satu sebab awak patut CINTA DIA! Jom saya CitE..

Sewaktu zaman jahilliah,berlaku kemaksiatan yg sangat dasyat,di mana2 di atas muka bumi ini sampai makhluk Allah sendiri...binatang,tumbuhan,dan lain2 sgt bersedih,tak sanggup lagi melihat kemaksiatan yg dilakukan oleh manusia,sgt dasyat sehingga bumi tak rela manusia yg berdosa nie memijaknya...

Suatu hari datangnya Rasulullah,kekasih Allah...semua makhluk Allah bergembira yg teramat2 sangat..sehingga malaikat menawarkan kunci kekayaan di laut dan di darat kepada Rasulullah,menunjukkan betapa mengalu2kan kehadiran Rasulullah di atas muka bumi ini.. ^^

mereka pada waktu itu gembira kerana hadirnya Rasulullah supaya bumi ini tidak lagi dibasahi maksiat...kenapa kita pun mesti gembira&mencintainya??

kerana kalau Rasulullah tiada,mungkin hari ini atau sekarang,saya atau anda sedang bergelumang dgn maksiat,mengikut hawa nafsu,bergaul bebas semahunya,dianiaya tanpa belas kasihan,perempuan direndah2kan,dihina,dijadi barang mainan,maruah kita tiada siapa yg bela...manusia saling berbunuh-bunuhan depan kita,anak2 dianiaya tanpa pembelaan...mahukah?? sanggupkah??...

kerana itu salah satu sebab saya jatuh cinta terhadap Rasulullah,semoga Allah tambahkan lagi cinta kita terhadapnya...

hadirnya membawa RAHMAT...Selawat ke atas Rasulullah.. :)

# jom banyakkan buat sesuatu untuk gembirakan Rasulullah.contohnya amalkan sunnahnya...paling tak pun gosok gigi sebelum solat # hehehe

Sunday, 12 May 2013

WAKTU TEPAT PASTI DATANG



Mesti ramai pernah dengar kisah nabi Musa,tapi pernahkah dihayati kenapa kisah itu diceritakan dalam Alquran? kalu tak tau Boleh tgk dalam (SURAH AL QASAS)

gambar hiasan tau! huhu


Kisah seorang ibu yang sangat2 menyayangi anaknya,Musa..walaupun kita belum menjadi seorang ibu,pasti kita pernah mempunyai sesuatu yg sangat2 kita sayang,dan yg pasti sesuatu itu sangat sangat sangat susah untuk dilepaskan..sangat!!

Apatah lagi sayangnya seorang ibu terhadap anak,yg dikandung berbulan2,penat,sakitnya melahirkan anak melebihi had kesakitan seorang manusia,dapatkah kita membayangkan kasih sayang itu??? Walaupun kita cuba membayangkan,tapi tak sama dgn yg pernah merasa..kan,kan??

Tersentuh hati saya,bila mana seorang sahabat menceritakan kisah nabi Musa ini dgn penuh penghayatan..:’)

Waktu firaun mengarahkan hamba2nya membunuh semua anak lelaki yg lahir,raja yang sangat2 zalim di bumi ini..lalu diperintahkan oleh Allah agar seorang ibu menghanyutkan anaknya ke sungai dan Allah berjanji akan mengembalikan anak itu kepada ibunya..

 Demi melaksanakan perintah Allah lalu ibu ini terus menghanyutkan anaknya ke sungai selepas anaknya disusukan,padahal ibu itu tidak tahu ke mana arah tuju anaknya,dan bagaimana keadaannya selepas itu,hidupkah?matikah?…..Kuatnya ibu Nabi Musa,dan kekuatan itu datang kerana Allah….kerana cintanya dan keimanannya terhadap Allah..anak itu dihanyutkan dgn penuh tawakal,dengan penuh kepercayaan pada Allah bahawa Allah itu akan menunaikan janjinya dan akan menjaga anaknya walau dimana dia berada..




gambar hiasan: nie bapak sape terhanyut sorang2 nie?? ish3..



Nabi musa dihanyutkan,kuasa Allah,nabi Musa ditemui oleh keluarga Firaun iaitu isteri firaun sendiri,
Begitu sayang isteri firaun pada anak itu sehingga Berjaya memujuk suaminya supaya tidak membunuhnya dan menjadikan nabi musa anak angkat mereka..Besarnya kasih sayang Allah terhadap anak itu,Allah Maha pelindung,melindungi anak itu dengan caraNya yang Bijaksana..
Dan selepas ketiadaan anak kecil itu,ibu Musa asyik memikirkannya,sangat merinduinya,terlalu rindu…sehingga hatinya sangat kosong..

hampir saja dia membocorkan rahsia tentang anaknya itu pada orang ramai,namun Allah yang memegang hati manusia,meneguhkan kesabaran,dan memberi kekuatan kepada ibu musa supaya dia tetap teguh percaya pada janji Allah,beriman kepada Allah yang Maha berkuasa terhadap segala-galanya..

Dan tiada ape yg akan berlaku tanpa keizinan Allah,dan ape saja boleh berlaku dengan izin Allah..Bukankah itu yang wajib seorang hamba Allah itu berpegang dan percaya????

Dengan izin Allah,anak kecil itu enggan menyusu dengan semua wanita yang ingin menyusukannya,tiada seorang pun daripada mereka Berjaya menyusukan nabi musa sehingga isteri firaun bimbang..takdir Allah,datanglah seorang wanita yang menyedari perkara tersebut kepada isteri firaun menyatakan bahawa ada seorang perempuan di satu kampung mungkin dapat menyusukan anak itu..dan wanita itu rupanya adalah saudara perempuan ibu Musa,yang disuruh oleh ibu musa untuk keluar mencari khabar tentang anaknya..

Akhirnya anak itu mahu menyusu dengan perempuan itu,iaitu ibunya sendiri,bahagianya ibu nabi musa,janji Allah itu benar..anak itu tetap dikembalikan kepadanya..Allah maha mengetahui betapa sakitnya,menderitanya perempuan itu berpisah dengan anaknya,Allah sangat penyayang,tidak pernah menganiaya hambaNya,kerana itu Dia kembalikan anak itu kepada ibunya untuk mententeram dan membahagiakan hambaNya yang beriman dan percaya kpd Nya..

Emmm..hebatkan aturan Allah,orang2 yang bergantung pada Allah tak pernah rugi..
Kisah ini adalah salah satu kisah yang menjadi kekuatan kepada aku untuk menjalani hidup sebenarnya..kenapa?

Dalam melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya itu walaupun terpaksa mengorbankan sesuatu atau melepaskan sesuatu untuk sementara atau selama2nya itu semata2 kerana Allah,tawakal kepada Allah..kita tak pernah rugi,tak pernah!

 Bila mana kita serahkan segala-galanya kepada Allah agar Allah yang aturkan,yang pilihkan,yang jauhkan,yang dekatkan supaya Allah redha dengan kita,itu yang terbaik.hanya itu. Dan hasil kita dapat tak pernah mengecewakan,sama ada Allah beri ape yang kita nak atau Allah beri yang lebih baik..insyaAllah. ^_^


it just the matter of time,


apa yang Allah bagi itu datang pada waktu yang tepat,nabi musa kembali kepada ibunya pun tepat pada masanya,dan menunggu waktu itu mestilah dengan kesabaran dan kekuatan seperti yang ditunjukkan oleh ibu nabi Musa.kalau xde kesabaran dan kekuatan itu mintalah dengan Allah,percaya pada Allah,Dia tak pernah menganiaya hamba2Nya kerana Dia sangat PENYAYANG, Maha MENGASIHANI..Dia paling tahu ape yang ada dalam hati kita~




(Sila buat tangan bentuk hati semua) hihi~

     


 Segala idea ini dtg dari pembacaan,buku,otak kawan2,insyaAllah yang soleh&solehah dan otak aku,yang sedang melalui proses pembelajaran berterusan *_*,,,and actually everything comes from Allah..Alhamdulillah..! kalau ada sebarang kesilapan,sila tegur berkongsi ilmu secara berhemah...^^