click this cute!

Tuesday, 18 February 2014

Bonuslink

Assalamualaikum..

Hello..sape kat sini ada kad bonuslink? yang warna biru tuuu...

kad nie bukan untuk orang isi minyak je ok..

Aku dapat waktu shopping kat Parkson sebelum nie. Tapi tak ingat dah macam aku dapat kelayakan tuuu..hoho.. Tau tak bonuslink card nie best giler..

Rugi la kalau tak manfaatkan..kutip point banyak-banyak waktu isi minyak kat Shell atau shopping kat parkson atau tempat-tempat partners bonuslink yang lain ..pastu tebus sama ada secara online kat website bonuslink  atau on the spot kat partners bonuslink nie.. Partners bonuslink boleh tengok kat website dia jugak,lengkap ok!

Oh ye,kat Fokus Point pun boleh tebus point,mungkin boleh dapat sunglasses atau cermin mata yang stylo gitu?? Tak payah pakai duit,guna point yang terkumpul jeee.huhu.

Kalau nak guna point tu untuk urusan pembayaran ke apa ke yang berkait dengan DIGI pun boleh..

Antara barangan lain yang boleh dapat perkakas rumah,barang elektrik dan sebagainya depend pada kita punya jumlah point la..

Selain tu,banyak la gift yang bonuslink tawarkan..
Semua boleh cek kat website bonuslink 

Macam mana nak cek point?

senang je,boleh cek secara online
tekan Sini, nanti keluar macam nie,


Masukkan member card number yang terdapat kat kad bonuslink kita tu,
pastu masukkan nombor captcha yang panjang dalam kotak.

Pastu tekan submit..terus keluar point korang..

Atau

Member boleh login dekat website bonuslink.
Kalau pertama kali nak login,kena buat no PIN dulu, tekan first time login yang tertera kat bawah tempat login tu,
 (jangan tekan forgot PIN,kau kan tak pernah ada no PIN dia,macam mana kau nak lupa..haha)

pastu ikut arahan,masukkan member card number dan nombor 8 digit kat belakang kad bonuslink..
Then,baru login.

Bila dah login terus dapat tengok point terkumpul.

Dan satu lagi perkara penting buat member bonuslink,POINT BONUSLINK ANDA ADA EXPIRED DATE. Sila check.Sebab tu kena cepat-cepat tebus atau selalu cek. Kalau tak rugi laaaa..nanti hilang camtu je..

Cara cek expired date point bonuslink?
Wajib login dalam website bonuslink,terus tertera expired date tu..ok..

Selamat mencuba..Jangan sia-siakan point itu.haha

Thank you for selongkar my blog and good day!!





Thursday, 6 February 2014

Cara bela Hamster dan keperluannya

Assalamualaikum.. =)

Tak suka tajuk tu.sounds annoying.ayat-ayat skema nie buat kite rasa tak boleh blah..huhu. Takpe.baik ada daripada tak ada. kan?

Im a mother of two naughty sons. since a few months before the end of 2013.

(GAMBAR PERTAMA KALI PEGANG LISA KAT TANGAN,kat kaki,belum lagi.coming soon.heee..)

Bebbie si Lisa(sopan santun macam perempuan sampai aku ingat dia perempuan waktu first met) and Bebbie si Louis(The hyperactive one.)
Ops.Diorang Hamster.not rats!

and Im happy!
they are happy too.errr...kot. =_="

Ok,tetiba bermurah hati nak share pasal penjagaan hamster.
Mungkin sebab rasa diri dah kurang pahala,hohoho. manusia,manusia...

Aku punya HAMSTER DWARF yang kecil. Tapi penjagaan yang aku nak share nie 
sesuai untuk semua jenis hamster tau.

Nak jaga Hamster nie senang je.
Kadang-kadang orang cakap bela binatang nie kena keluar duit banyak.
Mungkin.
Tapi aku selalu ingatkan diri,apa je keperluan yang kita beli untuk diorang,i mean diekors sebenarnya sedekah dan salah satu perkongsian rezeki yang Allah bagi. Mungkin rezeki kita murah sebab kita banyak share dengan diorang atau sebahagiannya memang Allah dah tetapkan untuk diorang. Rezeki Allah takkan pernah tertukar.kan? =)
Yang penting jangan sampai membazir dan jangan menyeksa.

Mula-mula bela hamster kena la sediakan tempat tinggal.

BELI CAGE

Aku tengok cage yang biasa macam aku punya nie harga dia lebih kurangRM 59.90 atau 69.90 macam tu la.lebih kurang.Lupa.

(GAMBAR PERTAMA KALI SELFIE DENGAN BEBBIE)

Tapi ada lagi murah,cage simple dan lebih kecil.Harga dalam RM30 macam tu la.
Kalau beli cage,kita akan dapat cage dengan peralatan yang lengkap macam cage aku tu.

Kalau rosak apa-apa,nak beli baru,contoh macam botol air warna putih hijau tu harga RM8.

 Kalau benda exercise biru tu harga lebih kurang RM 10. Dan sebenarnya apa-apa mainan atau peralatan harga lebih kurang RM10 satu.

BARANG ASAS HAMSTER


1.MAKANAN

Nie untuk 600 gram.Tahan dalam 2 bulan lebih aku punya.depend pada besar mana hamster.
Makanan ada paket lebih kecil harga dalam RM5 .Tapi aku suka beli banyak terus,senang,tak payah pergi beli kerap-kerap. 

Tolong jangan bagi makan kuaci untuk manusia tu.banyak garam,banyak lemak.tak bagus. Kalau nak bagi,bagi satu je la.

Setahu aku memang tak bagus hamster makan kuaci banyak-banyak.nanti BODOH DAN LEMBAB.
Dan kalau nak bagi sikit-sikit boleh la tapi bagi kuaci hamster.

Dalam makanan yang aku beli kat atas tu pun memang ada campuran kuaci tapi sikit je. Yang nie ok laa..


2.MINUMAN

ok,hamster bagi minum air masak masukkan dalam botol dia.air paip?not sure.Aku tak jamin.

Dan masukkan sikit vitamin nie dalam air masak tu. WAJIB.
sebab,hamster pun boleh jatuh sakit,luruh bulu...takmau laaaa..T_T
vitamin nie sesuai untuk arnab,hamster dan haiwan lain-lain.Ada tulis kat botol.

Kalau aku,aku letak setitik dua je dalam satu botol air tu. Aku rasa satu botol nie boleh jadi stok dalam setahun kot.

3.BEDDING


Habuk kayu nak letak dalam cage.RM10 aku punya. Harga lebih kurang RM10-RM12 jugak. Ikut jenama,ikut saiz la,ada lagi besar sdan lagi kecil. So aku pilih yang sederhana sebab nie pun tahan dalam 2 bulan lebih,takpun 3 bulan..lebih kurang. Yang nie depend kat tuan la jugak,kalau guna banyak,cepat la habis. Tapi hamster suka main dalam habuk nie.


4.MANDIAN


Jangan kongsi kita punya sabun. Diorang ada sabun sendiri.
Hamster tak macam tikus,dia tak boleh tempat basah,lembap. boleh jatuh sakit.
Sebab tu tak digalakkan mandi dengan kita dalam bilik air,berendam segala.haha

Kalau mandikan dengan air sekalipun,kena cepat-cepat lap supaya kering. 
Sebenarnya,Hamster boleh mandi dengan dua cara.
Sama ada spray air sabun khasnya atau mandi dalam pasir sabun.

Aku guna sabun pasir macam gambar bawah.senang.

RM12.80,pelbagai jenis bau..wangiiiii...!!!
Ada yang lagi kecil tau.

Cara-cara hamster mandi


Dulu aku letak sabun dalam tupperware sikit,pastu letak hamster,pandai-pandai la dia main dalam tu. Biar je,bagi sabun tu sentuh dia,bersih la tu.Cuma nak bagi dia bersih dan elak jangkitan.

Sekarang dah beli akuarium kecil harga dalam RM6.




Kadang-kadang dia gosok badan dia sendiri

Kadang-kadang,dia keluarkan makanan yang dia sembunyi kat leher dan makan dengan bahagia. Jangan risau.safe.


Kalau lama sangat boleh jadi sampai tertidur,haha.
Aku tinggal lama dalam nie sebab pergi bersihkan cage waktu nie.

Sebenarnya,mandikan dia sekejap je,dalam 5 minit,pastu keluarkan la.. takde la dia sempat berak atau kencing atau tertidur. So,boleh guna sabun yang sama untuk mandi lain kali. Mungkin boleh ulang 2 kali. Pastu buang sabun tu.

PENGGUNAAN BARANG ASAS HAMSTER

1. Salin makanan 1 kali sehari. Cek makanan dah habis belum terutama sebelum kita tidur dan bangun tidur.Kalau boleh jangan letak makanan banyak-banyak dalam bekas dia sekali gus sebab malas nak bagi makan setiap hari,takut nanti masuk angin,hamster tak makan.Reject,membazir. 

2. Bersihkan cage 2-3 kali dalam seminggu.Tukar bedding. Tapi lama-lama kita akan kenal dan tahu sendiri kerap mana perlu bersihkan depend pada hamster tu sendiri. Kalau sibuk macam mana pun seminggu mesti cuci sekali kalau tak,busuk la jawabnya....T_T 

3.Tukar air bergantung pada kita la..kalau dah habis masuk la balik air masak tu.

4.Selalu la bermain dengan dia supaya dia kenal tuan dia. Bau tangan tuan dia ,dia kenal. Baru dia suka,sayang.... =)

KESIHATAN HAMSTER

Nasihat aku,banyakkan kaji dan google macam dia anak sendiri.

1.Pastikan kebersihannya
2.Pastikan kekeringannya
3.Ambik tahu pasal jenis-jenis penyakit hamster contoh wet tail.
4.Ambik tahu klinik vaterina/haiwan terdekat. Kalau emergency senang.
5.Kalau ada luka pada badan dia,letak minyak gamat je,paling selamat.
6.Jauhi kucing.hehe.

TRAVEL HAMSTER

Sebenarnya akuarium tu aku beli untuk bawa hamster naik bas selama 8 jam atau lebih untuk balik kampung. Pernah guna tupperware tapi banyak kali dia keluar.

Sebenarnya ada bekas travel dia sendiri,berpuluh-puluh ringgit kalau tak silap.
Bila fikir-fikir balik,membazir jugak la kalau nak beli yang tu sebab naik bas bukan setiap hari. Besar pulak tu.
Aku cadangkan kalau nak bawa naik bas tu beli akuarium nie je la..

Tetiba jumpa akuarium nie,memang puas hati giler. Dah la kemas.tak senang terbuka.Ruang udara pun bagus. Kecik je. Selamat.

Dalam akuarium tu letak bedding banyak-banyak tapi jangan sampai penuh.Bagi ruang sikit.Dia suka menyorok dalam bedding tu. Sesuai la kalau bas tu sejuk dia masuk dalam bedding. Kalau dia rasa panas,dia naik atas bedding. Sesuai sangat!!!!!!

Nie waktu naik bas sebelum nie,lena dia tidur.macam baby.

Pastu aku letak akuarium nie dalam beg galas bawa naik kat kerusi.,zip beg,buka sikit zip supaya udara masuk.
Hamster suka gelap dan tidur.
Aku pun senang hati nak tidur.kehkeh.

KATA_KATA CINTAKAN HAIWAN

Sebenarnya,nie semua perkara asas dan bajet yang perlu tahu sebelum nak bela hamster. Selebihnya kena kaji sendiri bila dah ada hamster sendiri.
Kalau nak tahu bila dia dah lama dengan kita,kita akan kenal dia jenis macam mana,mungkin dia jenis yang tahan lasak,atau tahan sakit,atau selalu sakit atau sensitif atau tak suka benda nie,tak suka benda tu..dan banyak lagi.
Macam manusia jugak,ada kerenah masing-masing.

Hamster kalau dia rasa situasi tak membahayakan dia,dia tak gigit sampai luka.
Dan kalau macam aku selalu jugak kena gigit-gigit manja,rasa la gigi dia.Tapi tak luka pun,dia main-main je,,tak la sakit sangat..
Tapi...
serik jugak sehari sebab terkejut..kahkah.

Jangan risau.Jaga Hamster nie senang je. Tak menyusahkan pun dan boleh hilangkan stress lagi dengan kekiutannya.haha.


comel sangat kaki dan hidung dia.

Ok,sekian.


Thank you for selongkar my blog and good day!!

Sunday, 2 February 2014

Letters for me.

Assalamualaikum..

Hey,sape tak pernah makan Nasi Dagang?? 
Anda adalah manusia yang tak dapat menikmati hidup dengan baik...haha.  Sesuka hati kau je Martini..
 nampak sedap tak???,kalau datang terengganu jangan lupa makan nasi nie ok! sedap sangat. Kalau boleh cari yang original. Cari yang orang-orang kampung buat. Coz u will fall in love with it..

Kalau pernah makan tempat lain,tak boleh confirm la tu nasi dagang yang betul,tak asli tak sedap!
heee...
Cuti-cuti Terengganu ok,What i owez miss about this Ganu is FOOOOOOODDDDDD...Nasi lemak pun dah lain daripada yang lain tau.

Nasi lemak Terengganu nie ada Dua tau..tak tau la kalau ada yang ketiga..hihi..
Satu ada kacang goreng,ikan bilis goreng, dengan sambal pedas atau sambal ikan bilis,ada telur,ada kepingan timun.
Kedua,nasi lemak sambal ikan Aye. Orang luar panggil ikan tongkol kalau tak silap..

Ish,rasanya tak sama dengan tempat lain kecuali kalau orang tu memang orang Ganu.Sambal dia rasa lain sangat.lagi terasa.fuhh!!

itu Intro.haha

Adik.

she sends me a letter

hari kitorang buat kek coklat sama-sama.resepi yang aku cerita hari tu.

Masuk dalam peti ais.  Mungkin sebab rumah kami tak ada peti surat.haha.
Adik buat lawak.
Family aku gelak sakan.Aku penerima lagi laaaa.... gelak bersakansakansakan!

sweet kan? nie surat kedua.
Mungkin borink nak tunggu kek sejuk cepat-cepat.

Aku cepat-cepat ambik surat tu.takut surat beku. =P
Takut kempunan nak baca nanti. T_T

Nie surat pertama.

Aku ingat dia cuma nak bagi surat. Tapi dia bagi petinya.haha. im sick.
Bila buka,terharu T_T
walaupun bufday aku dah berlalu 5bulan yang lepas. haha.

Surat nie untuk aku kenapa adik tulis "Surat kepada adik"

and i wonder kalau gambar perempuan berdua tu adik dan aku,so,siapa manusia tersesat tanpa badan kat bawah tu(i guess a men)

Maaf surat daripada budak darjah 1.

oh.and thats not my hair.

Lepas dah baca. Adik suruh balas. I said I dont want to,tapi
"Ini kena balas jugak sebab adik bagi surat kat Ini,kena balas!!"
Nasib baik budak kecik yang paksa.

 love adik??
Itu format yang dia bagi kalau tulis surat untuk dia.

ok,ok..kena ikhlas..hehe.

"Surat kepada Ini"


hehehe..
Ops,nak tau isi surat kedua tuuuuu????

Teng teng teng!!

Terharu..lagi...T_T
tak kembang tapi,sampai memanjang bulu ketiak..sobsobss...
sangat-sangat jadi sagan-sagan... pun boleyy..!!

Budak-budak nie bila dia puji kena percaya tau.. =P
Tapi kalau dia kutuk cakap dalam hati "ala,budak-budak,apa dia tahu!" 
haha.

Lepas tu,dia bagi surat lagi dan lagi dan lagi..buku tulis dia hancur sebab main tarik-tarik kertas untuk disumbangkan kepada misi kami.
Sampai la surat dah tak masuk peti ais sebab dah jadi surat layang...kahkah.

Dulu aku pernah cakap nak tunjuk tulisan yang adik aku tulis sebelum sambut bufday dia. 
(boleh klik bufday tu kalau tak baca lagi ok ^^) 



nie dia!!
"ini comel adik sayang ini" tungganglanggang tulisan dia,cute kan? Tulisan waktu dia sekolah Tadika. Baru pandai menulis.Hobi waktu tu "MENULIS". Aku tak pernah berhobikan itu. =_="

Eh,nampak tak beza tulisan dia waktu tadika dengan sekarang,darjah 1?
Ye.betul! space between each word! hihi.

"ini,adik dah darjah 1,kawan adik nama Najah dan Balqis"


Emm..tapi aku suka la usik adik aku..aku ceritakan kisah Pak Pandir yang lawak tu pun dia takut...
Kisah Snow white pun dia takut..Aku sebut Pada Zaman Dahulu pun dia dah jerit-jerit... Antara surat yang aku bagi kat dia,


Aku dah sakit perut gelakkan dia tau..
Budak darjah satu baca kuat-kuat perkataan satu demi satu tau, sampai dekat ayat ".....anaknya yang sudah MAAAAAAAA......aaaahhhhhhhh!!!!" terus dia jerit.hahaha

Adik tak suka Ini bercerita sebab semua cerita Ini bunyi macam cerita HANTU. =_="

hey.pernah tengok muka budak bangga bila gigit rongakSSS jadi putih?
macam nie..
 chewgum quite help huh?hehe.



Thank you for selongkar my blog and good day!