click this cute!

Monday, 2 May 2016

Descendant of the sun

Assalamualaikum..


Sape tengok cite Descendant of the sun?

 mood hari nie : "sis"

Camni, biar sis cite... cite dia pasal dua pasangan kekasih. 

Yang pertama seorang askar nie pangkat kapten, jatuh cinta dekat seorang Doktor bedah (bedah tu bukan nama orang). Tapi Dr tu banyak kali reject Kapten tu sebab takleh terima pekerjaan kapten nie, bahaya sangat pastu berahsia-rahsia pulak..pastu tengah date, lelaki tu boleh pulak tinggal perempuan tu gitu je sebab kerja, kalau aku pun pikir 2,3 kali nak kawin dengan kapten nie, makan dalam tau!!!.. 

walaupun sebenarnya Dr nie dah jatuh hati dah dekat kapten nie dan kantoi la pada suatu hari,part nie kelakar kalau korang tengok..banyak peristiwa bahaya yang diorang lalui sampai diorang pun bercinta laa jugak akhirnya. Ada satu part time Dr tu bukak ambulans nak tengok pesakit rupanya pesakit tu kekasih dia sendiri..uhukkksss..sedih..

Pasangan kedua adalah sarjan lelaki dgn leftenan perempuan nie,leftenan nie Dr askar dan anak kepada ketua askar. Ketua nie tak restu percintaan mereka berdua. Diorang kejap berpisah, kejap okay, gitu laaaa..asyik gaduh je tapi sweet..hehe..lama-lama ayah dia pun terima la.
Cite nie memang la cerita cinta tapi action banyak, pembunuhan, penculikan, and so on.. kan cite pasal askar. Kalau lelaki tak mustahil layan kot..hihihi..

Ok sampai situ je, nak lebih-lebih tengok sendiri. =)

Mesti ada yang berangan nak ada pakwe geng-geng military nie kan..
Takpun mesti berangan nak jadi doktor..kahkah.. yang lagi sadis bila kau dah ambik bidang engineer, pastu baru tengok cite nie..pastu nyesal cakap dalam hati kenapa la aku tak ambik bidang kedoktoran dulu..hwahahaaaaa.

takziah.

Masa kecik-kecik dulu asal tengok cite best je mesti terpengaruh macam gitu lerrr. tapi sekarang dah umur plus minus 23 tahun 8 bulan, sis dah berhijrah.
maaf ye. sis dah matang dah sekarang. sis dah lama terima kenyataan dan tidak lagi hidup di awangannnnnn seperti anda semua. Bila sis tengok cite apa-apa, sis banyak ambik pengajaran. ececeehhh..
itu pemikiran yang matang atau pemikiran orang tua? haha.

Namun begitu, sis masih melalak terutama kat episod 15 bila perempuan-perempuan tu dapat tau buah hati diorang meninggal.
Itu bukan tak matang, itu orang panggil masih ada hati dan perasaan.
ehem! *flip hair*

bila dah tau buah hati diorang sebenarnya masih hidup lepas setahun, sis happy sangat. Sape sama macam sis??? ^_^

sama-sama diperbod*hkan oleh cite nie..hahah


Tapi yang peliknya sis masih melalak kat episod yang sama bila sis ulang balik tengok cite tu walaupun dah tau buah hati diorang tu masih hidup. hahahaaaa..
Padahal sis terbuka kejap je pasal nak download..sis nangis lagi..
sis memang emosional sikit. ini sangat memalukan! =_='

Baiklah..sekarang sis nak tanya, korang tengok cite nie pasal jalan cerita best ke, pasal perempuan tu cantik ke atau pasal lelaki tu hansome kiut miut gitu?

Yeay sama!! pasal lelaki tu comel angaaatttt, sweet sugar gitu..hihi..orang kiut tengok fon pun nampak kiut..alahaiii *_*

*ok, takleh puji banyak-banyak nanti kalau buah hati baca nie, abes la sis. haha

Pastu dua pasangan tu comel sangat..dua2 sis suka tau!


Tapi perasan tak, cite nie, asyik nak mati je, sorang-sorang.. tapi tak mati-mati..hahaha..
nasib laa..
sis suka.

Nak tengok Descendant of the sun kat mana? Anda semua boleh tengok kat SINI 
Kalau dah takde, korang google usha kat koreandrama, gooddrama or asiandrama.
Pasal selalu kalau nak tengok cite korea mesti cari kat sini. Goodluck!

 Oh ye, jadi apa pengajaran cite nie?
 >_<

emm..

Hidup ini banyak lagi yang harus difikirkan. hahaha

Thank you for selongkar my blog and good day! 


Thursday, 3 March 2016

Kenapa Yakult wajib ada kat rumah


Assalamualaikum!!

Nie aku nak share dengan korang kenapa bagi aku Yakult nie bagus gilerrr
 (mengikut pengalaman aku)
untuk orang dewasa macam aku, kau dan kita..hehe!

Baik kau baca sampai habis, mana tau nanti aku belanja sebotol..heeee... 

Dua hari lepas aku makan Cendol. Lepas tu aku sakit perut. Tak tahu la sebab Cendol ke sebab Beruang. So, aku cepat-cepat buka peti ais, cari Yakult, nak minum. yelaah takkan cari Yakult nak buang pulak. =_='

Sebenarnya benda nie dah jadi habit, bila perut tak selesa sikit,
 mesti cepat-cepat minum Yakult pasal aku takut giler kalau kena cirit.. hehe.
 :
Jangan fitnah aku minum sebab aku peminat setia Scha Alyahya eh! lempang kang!

So, aku dah standby dah satu paket yakult dalam peti ais tau setiap waktu setiap masa.
Dulu aku ingat yakult nie entah apa-apa la.. minuman budak kecik. omaigoddd!!

 Memang la ada tulis Everyone, Everyday..sape yang perasan? sape yang teliti sangat tu???
 aku pun tak perasan..

Citenya begini..
Satu hari tu aku sakit perut sebab salah makan ke apa entah, 2, 3 hari gak la..Bayangkan betapa gelapnya dunia ini kurasakan.. T_T
Lepas tu aku terbaca la satu artikel pasal yakult nie. Sebenarnya Yakult nie bukan untuk bebudak je, Badak macam kite kau pun boleh minum! hehe.

Korang nak tahu tak lepas aku minum Yakult hari tu, perut aku lega giler, sejuk dan selesa!! hihihi..macam iklan pampers pulak dah.
.aku mula menyedari bahawa AKU PATUT BUAT KAU JADI SPAREPART HIDUP aku la YAKULT.

Kenapa?

Kuk (nama manja Yakult, lenguh nak tulis nama dia nie haiiihhhh!!) sebenarnya boleh merawat cirit birit dan sembelit. Kalau nak tahu Kuk banyak disediakan untuk pesakit-pesakit yang menghidap penyakit berkaitan perut di hospital luar negara,
 kalau tak silap kat China.

Waktu aku beli sebotol Yakult berharga RM1.20, abang 7e tu tanya aku, 

"Dik, cukup ke minum air kecik tuuuu..hihi"

Pastu aku hentak botol Yakult atas meja dan berkata,

"Abang 7e!!! abang 7e tau tak dalam botol pendek macam abang nie mengandungi 30 billion bakteria Lactobacillus casei Shirota strain yang kuat iman dan baik hati macam saya dan mampu melawan bakteria-bakteria jahat macam abang yang dah beberapa hari menyeksa perut saya." 
(asal baik je aku, asal jahat je ekaww)

hahaha.. takde lerr nak jawab eksklusif sangat..
paling tak sangkut kat ayat "bakteria Lacto..lacto...lantak kau la bang!!!"
 letak yakult, pastu blaaaa.. malu sangatttt la kalau jadi macam tu, 7 keturunan aku haramkan pergi 7e lepas tuuu...tu pun kalau abang tu keje lagi la kat situ la kan. =P

Jadi 30 billion tu tersangat la cukup, dan aku cuma nak cakap kat sini yang semakin kita bertambah umur makin berkurang la bakteria baik dalam badan kita dan thats why pentingnya kita yang makin hari makin tua nie untuk minum Yakult. 
(hey jap, dah-dah la tu nyanyi lagu yakult, yakult..ingat aku tak tau!) 

Bagus sangat sebab dia takde pewarna mahupun pengawet..tak mahu..tak mahu!

Dan kalau kau rasa dalam 30 Billion tu ada sebahagiannya adalah jenis yang takde function, macam kau waktu buat study group, kau silap! sebab bakteria-bakteria nie akan membantu mengawal keseimbangan jumlah bakteria dalam usus kita kasi normal je.. takde la kau kena penyakit overdose bakteria.

Nie hafal kelebihan Yakult yang lain, nanti masuk soalan dalam paper sejarah, boleh tulis jawapan nie..

1. Baik untuk penghadaman dan memastikan perut sangat selesa! =D
2. Kurangkan perut kembung seperti BIG HERO 6! 
3. Meningkatkan sistem imunisasi badan dan kekebalan tubuh tapi kalau kena peluru sakit jugak!
4. Mencegah penyakit kronis!
 hah..nak apa lagi?

Okay la, kalau taknak kena cirit birit atau dah kena tapi masih tak dapat sinar petunjuk lagi, apakata minum Yakult tuuu...InsyaAllah baik la nanti!
Eh, tapi ingat minum lepas makan tau sebab bakteria nie tak mampu bertahan dengan asid perut. Cuma beberapa ribu je yang mampu sampai ke usus kalau kita minum sebelum makan..kesian kat bakteria tu, mati dalam iman..jangan kejam okay! makan dulu tau bagi asid kurang sikit! =)



Okay, lepas dah dapat kesedaran mengenai yakult, nasihat aku kalau adik-adik tengah minum Yakult boleh la start rampas cara halus tapi menusuk,

"Adik, dalam Yakult nie ada 30 Billion bakteria, nanti bakteria merayap keluar ikut hidung camne?'
Kalau adik kau bijak dia lari baling yakult sambil jerit..

Kalau dapat adik "Bakteria tu apa?"
lama lagi la rezeki kau.. *_*


Thank you for selongkar my blog and good day!

Maaf. botol dah buang tak sempat nak belanja sebotol. =P





Friday, 12 February 2016

Cara upload gambar ke instagram melalui laptop or PC


Assalamualaikum kawan-kawan!

Follow the instruction below..do not fill in the blank because this is not grammather kau nyeee exercise..yeeehaaa!!

Step 1: Daftar instagram dulu, kalau takde insta macam mana nak upload gambar, ingat gambar tu boleh terapung di awangan? kau ingat nie cinta? hihihi...

Step 2: Click SINI dan download application Gramblr nie. Click je kotak biru atau coklat yang sesuai dengan laptop kita.. kalau ahli mesyuarat tingkap tu, download tingkap je laaa..

Step 3: Bila dah download, silalah install. jemput-jemput.. =) Click file dia tu..

Step 4:  Bila install dah siap, nanti keluar terus macam gambar di bawah, isi borang nie..nie bukan borang BRIM tau!

Step 5: kalau tak keluar terus, boleh tengok kat window tu, click kat application Gamblr, lepas tu buat shortcut siap-siap, kan senang..


Step 6: Dah dapat buka, upload la gambar! yeay!! kalau tak dapat upload, upload sekali lagi sebab kadang-kadang dia hang jugak.. atau mungkin kau punya gambar berat ke..

Step 7: Syok-syok upload gambar tu, sebelum upload jangan lupa check aurat sendiri dan aurat kawan-kawan juga ok! tak pasal-pasal dapat dosa free sepanjang hidup dan waktu dah masuk kubur selagi dilihat bukan mahram! scary.. =)

Selamat mencuba!
Thank for selongkar my blog and good day!